Zus : Ice Watermelon Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte

Asyik dengan Spanish Latte jer kan . Hari ni ubah citarasa sikit , lepak Zus sambil order Watermelon Latte . Not bad juga rasanya .  Rasa kopi dan juga rasa tembikai tu dua-dua rasa yang seimbang . Kombinasi antara kopi dan tembikai yang boleh diterima tekak CCL  . Rasa  espresso yang tidak terlalu kuat dan rasa perisa tembikai yang tidak terlalu manis, sambil sedut air ni, sambil terbau-bau aroma tembikai . 

Zus coffee, zus watermelon series, zus watermelon latte, review zus ice watermelon latte, hot watermelon latte, ice watermelon latte


Harga Ice Watermelon Latte RM10.90


Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Gulai Ikan Tongkol, Daging Kunyit & Sambal Ayam

Gulai ikan tongkol, ikan talang goreng bawang, ayam goreng sambal, daging kunyit, daging masak kunyit, sambal ayam, gulai ikan dan bendi

Menu untuk hari ni empat jenis lauk pauk . Banyak pulak yerr .. sebenarnya masak dua jenis lauk jer hari ni .. Daging masak kunyit . Tengok ada lagi beberapa ketul ayam dalam peti ais terus goreng buat masak sambal dari dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais , rosak pulak ayam tu nanti lama-lama . Menu ikan talang goreng bawang dan cili tu lebihan menu semalam . Boleh di makan lagi . Jiran depan rumah CCL pulak kongsi rezeki tengahari ni bagi gulai ikan tongkol .Eh betulkan ikan tongkol , kangg tersalah pulak 😅 .  Alhamdulilah atas rezeki hari ni . 

Menu Tengahari 

  • Daging kunyit
  • Ayam goreng sambal
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Gulai ikan tongkol & bendi
  • Air ais kosong 

Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Alhamdulillah, Hujan Turun Lebat Selesai sidai selimut dan tuala di ampaian luar, sejam berlalu , cuaca dah mula bertukar mendung kegelapan . Dah ada tanda-tanda hujan bakal turun dengan lebat . Langit sangat gelap, awam terkandung untuk melepaskan hujan bila-bila masa sahaja . CCL pun terus ambil segala kain yang disidai di ampaian luar  bertukar tempat sidai di ampaian kawasan luar rumah yang berbumbung supaya tak terkena percikkan air hujan . 

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

pokok hijau , hujan lebat, hujan turun

Selepas 10 minit begitu , maka hujan pun turun dengan lebat datang sekali  guruh . Alhamdulillah dapat la menghilangkan bahang panas yang terlampau panas ni . Panas sekarang ni kat Perlis bukan panas biasa-biasa ya . Panas sehinggakan berpeluh dan boleh jadi gatal-gatal satu badan . Syukur alhamdulillah Allah Taala turunkan sedikit hujan pada petang ni .. Bau hujan tu nikmat ya 

Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ikan Talang Goreng Bawang & Bendi Tumis Air

Ikan talang goreng bawang, sayur tumis bendi, telur goreng,

Hari ni nak share menu yang paling-paling ringkas lagi . Disebabkan hari ni tak ramai yang ada di rumah . So masak menu ringkas pun dah memadai . 

Menu Tengahari 

  • Ikan kembung goreng
  • Bendi tumis air
  • Telur goreng 
  • Ikan talang goreng bawang & cili padi
  • Sambal tumis 
  • Teh o ais lemon 

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Beli Rak Rempah 3 Tingkat Minggu lepas terfikir nak beli rak untuk bahan-bahan rempah untuk mak CCL . Alang-alang tu boleh la tukar deko sikit-sikit di dapur ni . Setelah tercari-cari di platform Shopee, rupanya pelbagai macam jenis rak yang ada . Rambang mata dibuatnya . Ada yang jenis kayu, aluminium, plastik, besi keluli , jenis bertingkat, jenis rak berpusing-pusing pun ada fuhh kalau diperhatikan lama-lama memang tak keruan dibuatnya . So tunggu apa lagi , yang mana berkenan terus add to cart dalam troli Shopee . Setelah difikirkan masak-masak dua hari lepas barulah CCL checkoutkan rak rempah tersebut . Hari ni courier dah Selamat hantar rak rempah CCL.

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah tiga tingkat ni hadir sekali dengan kotak , Setelah dibukak untuk lihat keadaan rak tersebut semuanya ok tiada sebarang kesan defect . Cumanya macam biasa rak tersebut kena pasang sendiri ..  seller dah bagi skru untuk dipasang . So part ni kena tunggu adik lelaki balik dari kerja minta dia tolong pasangkan . Sebenarnya boleh sahaja nak pasangkan sendiri  . Tapi bila bermain dengan banyak jenis skru ni malas pulak . 

rak rempah, rak rempah tiga tingkat, rak rempah bertingkat, rak rempah serendah RM50, Rak rempah minimalist, rak rempah di dapur , rak rempah murah

Rak rempah ni hadir dengan dua warna hitam dan putih . CCL memilih warna hitam mengikut kesesuian dapur CCL , tapi warna putih pun cantik juga . Harga rak rempah 3 tingkat ni murah sahaja serendah RM50 . Boleh beli di platform Shopee melalui link https://s.shopee.com.my/7UtvmIiwZY

Dah siap pasang nanti CCL akan share dengan korang semua . Stay tune !


Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Tomyam Bebola Seafood & Sawi Goreng Sos Tiram

Tomyam bebola seafood , tomyam ayam , sawi goreng, sawi goreng sos tiram ,

Selesai masak , kena make sure dapur mestilah kemas, segala barang-barang disimpan semula dalam peti sejuk , segala periuk , kuali, sudip , tupperware yang dah digunakan dibasuh dan lap semua table top baru boleh hidangkan makanan . Hari ni sempat lagi nak snap gambar . Kadang lepas masak  rushing makan dan siap-siap pergi kerja . Kadang tu CCL tolong mak masak kat dapur jer ..Tapi hari ni lepas susun semua hidangan terus snap gambar . 

Menu Tengahari 

  • Tomyam bebola seafood
  • Sawi goreng sos tiram
  • Ikan kembung goreng
  • Sambal
  • Mangga susu
  • Sirap cincau 

Sebenarnya hari ni nak masak simple-simple sahaja , alang-alang dah ada bebola steamboat yang CCL beli penghujung Ramadan haritu belum terusik dalam peti ais, so cari-cari bahan semuanya ada maka terjadilah tomyam bebola seafood . Letak isi ayam sedikit . Masuk kubis bunga sikit . Settle . Buat lebih sikit malam ni boleh makan dengan kway teow . 

Oh itu bukan harumanis . Itu mangga susu bila dah masak memang manis tak ada sikit pun rasa masam . Manis-manis lemak gitu . Warna kuning pun beza dari harumanis . 

 

Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini. Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya

Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan peniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my. Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya sepertj makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.

Kempen mari beki lokal , ramadan raya , mari beli lokal , kuskoo, kementerian pembangunan usahawan dan koperasi , kempen ramadan raya


Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis  Menjelang awal hujung bulan Mac, di Perlis ni memang dah musim Harumanis berbuah. Korang yang mana teringin nak makan & teringin nak rasa Harumanis ni boleh la berkunjung ke negeri Perlis. Tahun ni musim Harumanis berbuah dari ujung bulan Mac hingga bulan Mei. Harga pasaran bagi harumanis gred A boleh mencecah RM35 ke RM30 bagi 1kg. Bagi korang yang nak beli harumanis , sebelum nak beli wajib la kenal pasti serba sedikit rupa bentuk harumanis supaya tidak tertipu dengan peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab raih untung . 

CERITA CCL, HARUMANIS, MUSIM HARUMANIS, HARGA HARUMANIS, HARGA HARUMANIS IKUT GRED, HARGA PASARAN HARUMANIS

Untungnya kat rumah CCL ada tanam beberapa pokok harumanis, semuanya lebat berbuah memandangkan musim kemarau yang panjang , panas terik memang menjadi betul buah . Alhamdulilah dapat juga rezeki makan harumanis tahun ni . Kupas-kupas makan begitu sahaja pun dah sedap . Tapi ada juga yang makan bersama pulut santan . Sedap juga tue . 


Kita Hanya Sebatas Senja

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kita Hanya Sebatas Senja  Senja selalu menjadi waktu yang paling ditunggu . Saat matahari kembali berehat setelah seharian berjuang memberi sinar mentari untuk kehidupan bumi . 

Motivasi hidup, kita hanya sebatas senja , senja, gambar matahari terbenam, sunset, matahari terbenam, langit senja

Tiada indah yang abadi di dunia.  Bukan aku, bukan kamu dan juga bukan senja . Kita hanya sebatas senja . Saling melihat tapi tak terikat , saling menatap tapi tak saling menetap . Walaupun terkadang dia pergi unruk menghilang , tapi tidak untuk senja . Dia pergi dan berjanji untuk kembali lagi . Senja juga mengajar kita bahawa apa pun yang terjadi hari ini pasti akan berakhir dengan indah . 


Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Tengahari : Ayam Masak Kicap , Kacang Buncis & Sambal Penyet

Menu tengahari, ayam masak kicap , kacang buncis goreng, ikan haruan kering, ayam sambal penyet

Selamat tengahari Isnin , tengahari ni tiba-tiba rasak nak share menu tengahari CCL, siap-siap masak, siap-siap kemas dapur, teringat nak snap gambar masakan tengahari ni , boleh laa kongsi dalam entri blog daripada ketandusan idea nak cari idea apa yang nak dituliskan . 

Menu tengahari 

  • Ayam kicap
  • Ayam goreng sambal penyet
  • Kacang buncis goreng
  • Ikan haruan kering (goreng)
Settle menu simple hari ni , tak beraneka sangat sebab tak pandai nak makan banyak-banyak jenis lauk pauk . Cukup sekadar dua atau tiga jenis ni . Ayam goreng sambal penyet tu tak ada sup, sebab malas . Hahaa . Sebab ini pun dah cukup memadai . 


Zus Coffee : Ice Green Tea Latte

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Zus Coffee : Ice Green Tea Latte Semenjak dah boikot MCD ni , Zus Coffee lah yang menjadi pilihan CCL . Bagi CCL yang pengemar kopi  sekali sekala rasa teringin jugak nak merasai menu lain yang ada di Zus Coffee ni . 


zus coffee , zus coffee ice green tea latte , harga zus coffee , menu zus cofee ,

Kali ni CCL memilih untuk mencuba menu Ice Green Tea Latte , walaupun CCL bukanlah seorang peminat green tea, tetapi minuman Ice Green Tea Latte dari Zus Coffee ni dapat diterima tekak CCL , sebab rasa green tea tu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu pahit tapi manis berlemak .

“Did You Know? Green Tea Latte contains no coffee. Green Tea Latte = Green Tea with Milk. The cup that everyone knows and loves. Blended with Pure Green Tea, fused with Milk, & Organic Sweetener.” - ZUS


Harga Ice Green Tea Latte RM9.70

Top Commentators March 2024 : Tahniah Blogger NA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Top commentators march , kongsi rezeki , hadiah top Commentators bulan mac

Sepatutnya entri ini keluar pada minggu pertama bulan April . Tapi atas faktor  sibuk, postpone punya postpone hari ni baru release . Maaf andai entri ini terperam lama, nak release minggu raya hari tu pasti masing-masing sibuk dengan beraya , ada yang balik kampung, ada yang ziarah sanak saudara jiran tetangga , ada yang meraikan raya dengan anjurkan rumah terbuka . So hari ni  CCL akan umumkan Top 5  kaki komen untuk bulan Mac . Nampaknya calon-calon baru juga yang tersenarai ni .. korang boleh terjah blog-blog diorang . Support each other untuk terjah dan tinggalkan komen-komen . 

Top 5 commentators March 2024
  1. NA
  2. Azhafizah MN
  3. Ladybird
  4. mummy_ayu
  5. Bola Katok

Alhamdulillah top Commentators  January dan February adalah  calon yang berlainan . Hadiah pun telah selesai CCL berikan . Untuk bulan February CCL beri hadiah INI kepada blogger Ladybird . 

Taknak bebel panjang . CCL nak umumkan Top Commentators untuk bulan Mac adalah jatuh kepada blogger NA . Yang mana belum follow atau belum singgah blog NA boleh laa terjah blog NA . Untuk blogger NA boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com untuk pegeposan hadiah saguhati untuk awak sebagai tanda penghargaan CCL kepada awak yer .InsyaAllah CCL akan pos hadiah selepas raya , tak nak kejadian barang sangkut di HQ courier terlalu lama . Tahniah tak jemu- jemu singgah blog CCL . 

Tahniah juga top 5 yang lain , terima kasih juga pada rakan blogger yang lain datang berkunjung tinggalkan komen . Setiap komen sangat bermakna untuk CCL , penyuntik semangat nak tulis entri banyak-banyak lagi . Doakan semoga CCL murah rezeki , boleh kongsi hadiah-hadiah yang best untuk korang . 

Love you all . 
Salam Aidilfitri 


Menu Syawal Kedua : Mee Kuah

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Menu Syawal Kedua : Mee Kuah

Menu syawal, menu raya, mee kuah , menu pagi syawal

Syawal kedua beraya di kampung . tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya . Balik kampung tak semeriah dulu , lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia . Balik kampung sunyi sedikit . Kediaman arwah tok dan tokwan sekarang ni mak menakan yang duduk di situ . Balik kampung hanya ada mereka tanpa arwah tok dan tokwan . 

Menu syawal kedua dihidangkan dengan mee kuah , jarang-jarang sekali CCL nak makan mee, dan mee juga bukan kesukaan CCL , lagi-lagi kalau mee tersebut rasa kapur . Sukar untuk di telan . Mujur mee ni tak rasa pahit payau kapur , tambah dua kali juga laa memandang perut pun tengah lapar kan . 

Teringat dulu arwah tok tiap kali rasa semestinya akan buat kuih siput memang antara menjadi menu wajib tiap kali raya . Ketupat pulut arwah tok buat banyak untuk anak menantu cucu balik beraya . Gulai ayam kampung serta rendang daging memang menjadi kewajipan juga tiap kali pulang beraya . Tapi sejak dua tiga tahun ni dah tak ada lagi nak rasa air tangan arwah tok .semuanya hanya tinggal kenangan . 



Menu Syawal Pertama : Bihun Soto

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Syawal Pertama : Bihun Soto Cerita Syawal pertama , baru hari ni nak kongsikan . Syawal pertama ramai yang sibuk balik kampung, ziarah saudara mara di kampung, ziarah jiran so memang sibuk sikitkan plus penat pulak tu . So blog sunyi sepi sekejap untuk beberapa hari . Tahniah juga la yang konsistem update entri walaupun pada hari raya . 

Tahun ni korang buat open house tak?  CCL pulak open house kecil-kecilan . Memandangkan pagi raya CCL dah kerja , so malam raya memang akan prepare semua keperluan untuk lagi raya . Tolong mak CCL serba sedikit di dapur .

Raya, menu syawal pertama, kemeriahan syawal pertama, menu simple di pagi raya

Pagi Syawal tahun ni bihun soto menjadi hidangan utama . Asalkan hanya buatkan dua bungkus bihun dan juga dua bungkus nasi impit . Cukup untuk saudara mara  terdekat yang setiap tahun memang akan kunjung rumah CCL pada Syawal pertama . Petang hari eh ramai pulak yang kunjung tiba  . Alhamdulillah  ramai . Walaupun rumah terbuka bukanlah besar-besar dengan hidangan menu yang banyak . Cukup sedekit dan rezeki kongsi dengan yang lain untuk kenyangkan tetamu yang datang . 

Petang tu celur bihun  sebungkus dan celur kway teow dua bungkus . Mujur sup soto buat dalam kuantiti yang banyak dalam periuk besar . Cuma cili kicap dan juga bergedil kentang CCL kena tambah semula . 

Kuih raya tahun ni pun tak banyak , ada dua tiga jenis sahaja , tak sempat nak membeli . Menu pun tak sempat nak snap semua gambar , sempat snap hidangan soto ni sahaja .

Menu raya Syawal pertama 

  •  Bihun soto
  • Ketupat / lemang 
  • Serunding daging
  • Gulai daging
  • Sagu gula melaka 
  • Harumanis
  • Air anggur kordial
  • Kuih raya ( samperit susu, mazola, biskut coffee)
  • Kuih tradisional ( popia simpul, kuih kapal terbang, maruku) 

10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H , genap sebulan pemergian arwah tok . Sekejap saja dah masuk sebulan rasa macam arwah tok baru sahaja pergi . Nak tak nak kena redha dengan ketentuan Allah SWT . Dia hanya pinjamkan untuk sementara waktu , dan bila tiba masanya Dia akan ambil semula . Begitulah kitaran hidup kita . Kita yang hidup kena teruskan hidup . 

Arwah tok, kenangan arwah tok

Kubur arwah tok dah cantik , dah ada kepak kubur dan juga dah ada batu nisan . 

Raya pertama CCL kerja macam biasa , tahun ni tak cuti, so lepas balik dari kerja petang tu terus melawat kubur arwah tok . Al-fatihah untuk arwah tok . Selamat hari raya , moga arwah tok dipermudahkan untuk lalui titian ke syurga . 

Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tema Baju Raya 2024 : Hitam Itu Menawan  Bertemu kembali kita  . Dah Syawal keempat baru sempat nak muncul kat entri blog . Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog CCL . Ampun maaf dipinta andai tertulis yang tak sepatutnya , terkomen yang menguris hati . Harap dimaafkan segalanya . Salam kosong-kosong yer .  Sepatutnya entri ni dikeluarkan hujung-hujung puasa . Disebabkan sibuk sedikit so CCL edit sedikit entri ini untuk dipublishkan . 

Minggu akhir Ramadan baru settle persiapan baju raya untuk tahun ni .Mood raya tahun ni memang tak berapa nak ada, tetapi tetap beli juga baju raya semampu yang boleh untuk mak ayah dan juga adik-adik . Cuma untuk tahun ni baju raya untuk diri sendiri sahaja tak beli , decide pakai sahaja baju mana yang ada . Sebab lepas raya lagi banyak nak pakai duit settlekan apa yang kena settle . So tahun ni kena berjimat cermat sedikit . 

Seperti biasa untuk setiap tahun memang CCL yang akan decide tema warna , so family akan ikut sahaja tema warna tersebut . Janji semuanya ada baju raya untuk dipakai pagi raya . Umumnya untuk setiap tahun memang CCL akan beli online sahaja lebih mudah kerja . Untuk tema raya tahun ni warna adalah warna hitam. Walaupun cuaca kat Perlis ni boleh tahan juga panasnya tetap memilih warna hitam . 


Persiapan raya, persiapan baju raya , tema baju raya , hitam itu menawan

Tahun ni baju raya ayah dan adik lelaki CCL dari Qayraa . Pemilihan setiap tahun masih lagi kurta . Sebenarnya first time CCL beli baju kurta di Qayraa . Sebelum-sebelum ni CCL shopping tshirt microfiber alih-alih tahun ni Qayraa mengeluarkan baju melayu dan juga kurta . So why not untuk cuba jenama ni pulak kan . Harga pun berpatutan beli time live ada sales dapat la sehelai RM44.90 , material kain soft cotton . Tak tebal dan tak jarang . Just nice . 

Untuk pemilihan baju raya emak CCL pulak , tahun ni CCL belikan beliau jubah abaya . Jubah abaya ni dari EjStyle . Design yang sangat cantik dan ada lace pada lengan baju . Harga sepasang abaya ni adalah RM99. Tapi time dalam gambar tu mak CCL dah tukar pakai blouse biasa.

Bagi baju adik perempuan CCL pula baju kurung moden sulam dari brand Zoe Arissa . Harga pun mampu milik . Beli time live sepasang baju ni hanya RM80  . Design dan material pun sangat cantik . Design bersulam di hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . 

Untuk CCL pula, tahun ni memang tak beli apa-apa , hanya pakai baju yang mana tersimpan dalam almari tu . Sehari sebelum raya baru teringat tokmama ada hadiahkan sepasang baju kurung berwarna hitam , hadiah sempena birthday CCL tahun lepas . Sepasang baju kurung dari tokmama yang belum terusik lagi . So decide untuk untag dan pakai baju tersebut . 

Macam biasa setiap tahun kena ada juga family potrait . Yang ada dalam gambar mak serta adik-adik CCL . Cuma ayah CCL jer tak ada dalam gambar ni . Ayah memang susah sikit nak ajak bergambar ni . Heheh . Sorry tak expose sangat gambar family dalam blog . 

Ramai yang cakap tahun ni warna brick orange yang banyak orang pakai .eh betul ker ? Korang tema warna apa tahun ni ?




Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-28 : Ayam Kicap , Gulai Daging & Rebung , Bendi Goreng Telur

Menu ramadan, gulai daging rebung, masak lemak nangka, ayam kicap, bendi goreng, murtabak

Menu hari ni macam terlebih banyak pulak . Penuh meja . Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi. Masak lemak gulai nangka mak saudara CCL yang bagi . Murtabak pun beli di gerai . Alhamdulillah dah hampir sebulan kita puasa, tahun ni catat sejarah tak jejak kaki ke bazar Ramadan. Jimat sikit duit kan . Hahaha ..kalau tidak tengok itu nak beli tengok ini nak dibeli . Banyak-banyak membazir pulak . Puasa tahun ni seladar singgah membeli kuih muih , air , murtabak dan roti john di gerai-gerai tepi jalan . 

Menu Ramadan ke-28

  • Gulai daging dan rebung
  • Ayam kicap
  • Bendi goreng telur
  • Masak lemak nangka
  • Murtabak
  • Ikan kembung & ikan bawal goreng
  • Murtabak
  • Sirap laici

Menu Ramadan ke-26 : Ayam Bakar Black Pepper Sos

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-26 : Ayam Bakar Black Pepper Sos


Ayam bakar black pepper sos, ulam sambal belacan

Menu yang paling-paling simple . Satu jenis lauk sahaja . Dah tak tahu nak makan menu apa lagi . Cukup sekadar  berbuka kenyangkan perut . 

Menu ramadan ke-26

  • Ayam bakar black pepper sos
  • Ulam & Sambal belacan 
  • Kuih seri muka & kuih keria 
  • Buah nanas
  • Epal jus 

Tukar Duit Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tukar Duit Raya

Penukaran duit raya, penukaran duit raya di hong leong bank, duit raya, tukar duit raya di atm

Hari Khamis , dua hari yang lepas selesai proses pertukaran duit raya , alhamdulillah dapat juga tukar duit raya baru . Ada juga di beberapa bank  tukar tapi dapat duit recycle . Seawal 10.00 pagi CCL dan kawan pergi beratur di Hong Leong Bank . Time beratur tu mujur tak ramai lagi . Sebab proses penukaran duit raya melalui kaunter bank bermula pada pukul 10.30pagi . CCL merupakan orang ketiga yang beratur di kaunter tersebut . Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan . Beratur pun tak ambil masa yang lama . 

Pertukaran duit raya untuk tahun ni tak banyak seperti sebelum-sebelum ni , tahun ni bajet sikit sebab  duit ada planning ke bahagian lain . So cukup la sekadar sedikit ini . Pihak Hong Leong bank juga bagi sampul raya untuk tahun ni , cantik juga design dia . 

korang dah tukar duit raya ? Berapa bajet duit raya tahun ni ? Dapat duit baru ataupun duit recycle ?



Menu Ramadan ke-25 : Daging Padprik , Kurma Telur & Kambing Bakar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-25 : Daging Padprik, Kurma Telur & Kambing Bakar

Menu ramadan , kambing bakar, kurma telur, daging padprik

Kalau tengok lauk-pauk semua terhidang dalam bekas tupperware begini of course la CCL berbuka kat tempat kerja . Cukup la portion yang sedikit untuk seorang makan sahaja.  Banyak nanti tak habis membazir kan . 

Menu ramadan , kambing bakar, kurma telur, daging padprik

Lepas solat, makan lagi . Sambung makan kambing bakar cicah dengan black pepper sos . 


Menu Ramadan ke-25

  • Daging padprik
  • Kurma telur
  • Kambing bakar black pepper sos
  • Tembikai
  • Air laici 

Sahur Dengan Roti John Zinger Chicken Crispy & Roti John Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sahur Dengan Roti John Zinger Chicken Crispy & Roti John Daging

Roti john , roti john RM10, harga roti john , roti john zinger crispy chicken, resepi roti john zinger crispy chicken, resepi mudah roti john,

Petang semalam ada beli roti john , tapi disebabkan dah terlalu kenyang perut terisi nasi beserta menu-menu lain . So roti john tersebut yang dimasukkan dalam peti sejuk . Sahur pagi ni menu ini jer la . Roti john zinger crispy chicken . 

Roti john zinger crispy chicken , kemain panjang betul namanya . Harga untuk satu roti john ni RM10 . korang rasa mahal ke murah ? Bagi CCL sendiri ok . Not bad juga harganya . Bayaran RM10 ni memang berbaloi dengan kualiti roti john dan juga kuantiti yang ada pada roti john tak mustahil lagi . Isi ayam popcorn yang rangup diconcang sederhana besar lalu dimasukkan ke dalam roti john beserta baha- bahan lain . Memang puas hati sangat makan roti john kali ni . Memang tak kedekut bahan . 

Roti john daging sedap, harga RM10.memang puas hati makan, cincangan daging hancur pun banyak, ditambah pulak dengan sos, mayonis dan cheese lagi menambah kesedapan roti john tersebut . Melimpah isi tu .

Tiap- tiap tahun beli kat sini memang tak pernah tak sedap . Kualiti memang padu habis . Tiap- tiap tahun memang beratur panjang la nak beli roti john . CCL pula tak kuasa la nak beratur panjang-panjang memandangkan cuaca panas terik kang tak pasal pitam pulak kat situ satu hal . So order dan bayar , pastu pergi ambil . Settle kerja . Cepat pun cepat . 

Tempat korang harga roti john berapa yer ? Mahal atau murah . Share laa 


Menu Ramadan ke-23 : Asam Pedas Ikan Kembung & Sup Kaki Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-23 : Asam Pedas Ikan Kembung & Sup Kaki Ayam

Menu ramadan, sup kaki ayam, asam pedas, asam pedas ikan kembung , roti john

Salam Ramadan ke-23 . Korang berbuka apa hari ni ? Macam biasa nak kongsi menu simple berbuka hari ni . Mana tahu boleh bagi idea untuk korang masak hari esok ker kan .. cukup hanya beberapa jenis menu sebab jenis tak suka sangat makan nasi terhidang tiga , empat jenis lauk pauk . Kadang cukup hanya satu jenis menu lauk dan satu jenis menu sayur . Kenyang . Oh hari ni mak saudara CCL ada bagi sup kaki ayam . Memang kesukaan CCL , tapi selalu kalau beli kaki ayam CCL akan buat kerabu kaki ayam . Sedap ! . Lama juga tak merasa sup kaki ayam ni .. 


Menu Ramadan ke-23

  • Asam pedas ikan kembung & bendi
  • Sup kaki ayam  
  • Sambal kicap & sambal belacan 
  • Tembikai & nenas
  • Ikan merah bakar
  • Roti john 
  • Air cincau 

Menu Ramadan ke-22 : Siput Lala Masak Lemak Cili Api & Sayur Campur

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-22 : Siput Lala Masak Lemak Cili Api & Sayur Campur


Menu ramadan , siput lalal masak lemak cili api , sayur campur

Kalau hidangan dalam mangkuk tersusun atas meja macam maksudnya hari ni CCL berbuka dengan family kat rumah . Menu hari ni pun simple . Yang penting ada menu dari air tangan mak juga . Oh haaa ikan merah bakar tu permintaan tokwan . So bakar lah untuk dia


Menu Ramadan ke-22

  •  Siput lala masak lemak cili api 
  • Sayur campur 
  • Ikan kembung goreng & ikan pari goreng 
  • Ikan merah bakar ( permintaan tokwan)
  • Roti john
  • Teh o bunga 

Kupasan Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 : Mak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Kupasan Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 : Mak Dah tengok iklan Raya Elrah? Pasti ramai yang tak boleh tahan keluar air mata tengok Hilmi meratap di kubur ibunya. 

iklan raya elrah, iklan raya elrah 2024, iklan raya sedih elrah, iklan elrah , iklan raya 2024, kupasan iklan raya elrah

"Orang tak pernah suka mak" 

Itu yang dia sebut di kubur maknya. Sambil dia menyelak satu-satu lembaran kehidupannya dengan seorang ibu yang tak pernah tunjuk kasih sayang pada anaknya. aupun si abang cuba meyakinkan si adik yang kasih sayang ibunya tak pernah kurang, namun bagi Hilmi apa yang terzahir lebih memberi kesan kepadanya. 

Sayang dekat anak tapi tak tunjuk. Anak bawa balik kejayaan pun tak ada respond. Apa-apa tentang anak buat tak tahu. Kalau semua anak ibu bersikap kontang sebegitu tak apa. Ini tidak. Anak-anak yang lain dilayan dan dibelai. Dipuji dan disiapkan.

Tiba-tiba anak yang seorang tu ibu buat 'derk' jer dekat dia. Macam lantaklah kau nak pergi ke mana pun. Atau apa kejayaan yang kau dapat pun. Ibu buat tak tahu. Sedihlah dia. 

Akhirnya plot twist. Rupa-rupanya di belakang anak itu ibu tidak henti-henti berdoa. Bab doa dalam diam tu bagus. Tapi kenapa dingin di hadapan anak yang satu itu? Kenapa kena bezakan paparan kasih sayang? Mengapa kena sorok sayang itu? Sebab anak itu jahat? Anak itu bodoh? Anak itu degil? Dalam iklan tersebut kurang jelas bab ini. Anak itu dituduh mencuri .

Ibu hakikatnya, walau bagaimana sekalipun sikap anak-anak, mereka tetap perlukan kita. Bukan setakat doa dalam diam, tetapi mereka juga perlukan belaian dan sokongan daripada kita. Jangan malu atau kedekut untuk menunjukkan kasih sayang itu. Jangan bezakan kasih sayang kerana sikap pilih kasih itu racun yang memusnahkan ikatan kekeluargaan.

Entahlah, mungkin dari satu sudut, iklan ini bukan untuk anak-anak. Bukan iklan tipikal cerita Anak derhaka tak balik kampung, tapi iklan tentang peringatan kepada ibu bapa. Tak kisah siapa pun anak kita, macam mana pun perangainya, tanggungjawab kita tetap memberi kasih sayang pada mereka. Kasih sayang ini perlu dizahirkan. Supaya anak rasa diperhati, dilindungi, dididik dan dihargai. 

Tonton iklan raya 2024 Elrah: Mak






Menu Ramadan ke-21 : Nasi Daging Utara , Dalca Sayur & Tomyam Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-21  : Nasi Daging Utara , Dalca Sayur & Tomyam Ayam

Menu ramadan , nasi daging utara , dalca sayur, tomyam ayam , menu simple berbuka

Dah beberapa hari lepas tak sempat nak kongsi menu berbuka . Sibuk  sedikit . Hari ni kembali lagi ke rancangan 'kongsi menu berbuka' acewahh ingat rancangan tv kerr ? . Ahaahhakkk . Seperti biasa menu yang ringkas-ringkas saja , janji kenyang . Kalau yang cakap ehh sikitnya makan .. Ya puasa-puasa ni memang portion makanan sikit jer . Dahaga air ais tu membuatkan perut cepat kenyang . 

Cukup la sekadar kuantiti yang sedikit daripada banyak tapi membazir , rasa lapar boleh ceduk-ceduk makan lagi . 

Menu Ramadan ke-21

  • Nasi daging utara 
  • Dalca sayur
  • Tomyam ayam
  • Harumanis 
  • Cucur keria & karipap ubi 
  • Teh ais 

1 April 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

1 April 2024

Cerita CCL, april 2024, semangat april

Selamat pagi . Salam pagi Isnin . Salam 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadan 1445h .  Tak beberapa hari lagi kan kita semua akan berada di ujung-ujung penutup Ramadan untuk tahun ni . Ya hanya tinggal seminggu sahaja lagi . Masa yang singkat , moga - moga tahun hadapan kita semua dpaat rasa lagi nikmat berpuasa dalam bulan Ramadan . 

Bagaimana persiapan raya ? Ada yang dah selesai buat persiapan raya ? Ada yang hampir-hampir selesai ? Wah bangus ambil langkah awal untuk elak bersesak dengan orang ramai di saat-saat akhir . 

Bagi CCL pula , setakat sekarang belum ada apa-apa persiapan raya . Kuih raya pun tak tercari-cari lagi . Kalau tahun lepas memang mood buat kuih raya walaupun sejenis dua jenis , tahun ni memang tak ada semangat nak buat apa-apa . Persiapan baju raya pun belum cari lagi . Belum decide pakai warna apa . Bila dah makin meningkat umur ni dah tak kisah nak pakai sedondon , sekayu , baju baru atau baju lama . Tapi tue la nak tak nak kena cari juga baju- baju raya untuk mak, ayah dan juga adik-adik . Kalau dulu masa kecik- kecik mak ayah buatkan persiapan raya , sekarang kita yang dah besar ni galas tanggungjawab tersebut . Memang mak ayah tak minta semua tue , tapi sebagai anak dengan cara tu boleh bahagiakan mereka sementara mereka masih ada di dunia .    


Penghujung Mac 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Penghujung Mac 2024

Penghujung Mac, goodbye mac, cabaran ujian Bulan mac

Selesai sudah episod 31 hari kita semua dalam bulan Mac . Alhamdulillah , masih ada lagi , masih dapat lagi nikmat Allah Taala . Kadang-kadang terfikir Allah bagi nafas lagi , Allah nak kita hidup lagi . Allah nak kita kumpul pahala untuk menuju jalan akhirat kelak . Allah bagi kita semua ujian dan cabaran , Allah nak tengok sama ada kita boleh lalui atau tak liku-liku ujian dan cabaran yang Allah Taala bagi . Kadang diri sendiri tak mampu nak hadap , tapi Allah tahu kita kuat sebab tu Allah bagi. 

Bulan Mac, bulan yang memang down sangat-sangat  bagi CCL . Bulan yang nak senyum ketawa depan orang tapi tak mampu terpaksa relakan diri untuk senyum berhadapan orang ramai .. 

Bagi readers blog CCL rasanya dah tahu salah satu kesedihan CCL bulan Mac ni adalah CCL kehilangan arwah tok, pemergiannya dua hari sebelum kita semua melangkah ke bulan Ramadan . Memang terkesan sangat .. kesedihan , kehilangan kali ni memang CCL sudah belajar apa itu erti redha dengan pemergian orang yang kita sayang, yang kita sendiri dah tak boleh tatap wajahnya , dengar suaranya . Semua itu hilang serta merta . Yang tinggal hanyalah gambar dan video sebagai kenangan untuk ditatap toap kali kerinduan itu datang . 

Kesedihannya yang keduanya , ini yang paling membuatkan CCL hilang semangat untuk setiap hari . Sedih hanya Allah saja yang tahu . CCL tak dapat kongsikan kesedihan ini  . Biarlah diri CCL seorang sahaja yang tahu . Sampai masa yang sesuai CCL kongsi untuk semua . Cuma CCL perlukan ruang , doa dan kata-kata semangat . Doakan CCL sentiasa sihat sejahtera . Doakan CCL sentiasa kuat . Walaupun diri sendiri tahu, setiap hari nak kena hadap perkara yang sama jadi terpaksa rela . Entah sampai bila .. mungkin sebulan ..mungkin dua bulan . Doakan akhir bulan April nanti ada sinar kegembiraan untuk CCL . Moga kesedihan ini tak kekal lama . Moga Allah kembalikan semangat CCL seperti sebelum-sebelum ni . 

Kita rasa hidup kitalah yang paling susah , paling banyak cabaran dan ujian , tapi lebih ramai yang susah di luar sana .

Menu Ramadan ke-19 : Sambal Ikan Talang & Kerabu Mangga

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-19 : Sambal Ikan Talang & Kerabu Mangga

Menu ramadan , sambal ikan talang, kerabu mangga, popia goreng, popia sira, popia basah

Menu paling simple , nasi putih makan bersama sambal ikan kering ni pun dah cukup . Kawan CCL open COD kerabu mangga . So order dengan Kak Sya satu bekas tu RM5 . Memang penambah selera kalau ada kerabu mangga ni  makan dengan nasi pun boleh , nak ratah- ratah macam tu pun ok . 

Rezeki , kawan CCL hantarkan popia goreng sira & popia basah . Memang feveret CCL laa popia basah ni . Terima kasih Qay . Moga murah rezeki . 

Menu Ramadan ke-19

  • Sambal ikan talang
  • Kerabu mangga
  • Popia sira, popia basah , cucur keria & kuih ketayap
  • Kopi ais

Kupasan Iklan Raya Mr.DIY 2024 : Sama-Sama Melangkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kupasan Iklan Raya Mr.DIY 2024 : Sama-Sama Melangkah Mr.DIY melancarkan filem pendek yang menyentuh hati bertajuk "Sama-Sama Melangkah" tepat pada masanya untuk Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan intipati ikatan keluarga .

iklan raya mr diy, iklan raya sedih, iklan raya mr diy sama-sama melangkah, kupasan iklan rasa mr diy 2024 iklan raya 2024

Filem pendek berdurasi 4 minit ini mengisahkan seorang suami nernama Rahmat yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, ibu , isteri dan anak perempuannya Alisha .

Kerjayanya yang memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar menyebabkan Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua . Walaupun begitu Rahmat tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibunya melalui panggilan telefon . Rahmat amat kesal kerana tidak mampu menjaga ibunya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka.

Bagaimanapun , selepas satu kejadian yang telah berlaku menyebabkan anak perempuan Rahmat iaitu Alisha menuduh Rahmat mengabaikannya yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibunya kembali semula membuatkan Rahmat berasa kesal mengabaikannya ibunya .

Filem ini berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya dan mereka sekeluarga meraikan Hari Raya dengan penuh meriah .

Tonton iklan raya dari Mr DIY : Sama-sama Melangkah