Menu paling simple , nasi putih makan bersama sambal ikan kering ni pun dah cukup . Kawan CCL open COD kerabu mangga . So order dengan Kak Sya satu bekas tu RM5 . Memang penambah selera kalau ada kerabu mangga ni makan dengan nasi pun boleh , nak ratah- ratah macam tu pun ok .
Rezeki , kawan CCL hantarkan popia goreng sira & popia basah . Memang feveret CCL laa popia basah ni . Terima kasih Qay . Moga murah rezeki .
Kupasan Iklan Raya Mr.DIY 2024 : Sama-Sama Melangkah Mr.DIY melancarkan filem pendek yang menyentuh hati bertajuk "Sama-Sama Melangkah" tepat pada masanya untuk Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan intipati ikatan keluarga .
Filem pendek berdurasi 4 minit ini mengisahkan seorang suami nernama Rahmat yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, ibu , isteri dan anak perempuannya Alisha .
Kerjayanya yang memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar menyebabkan Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua . Walaupun begitu Rahmat tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibunya melalui panggilan telefon . Rahmat amat kesal kerana tidak mampu menjaga ibunya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka.
Bagaimanapun , selepas satu kejadian yang telah berlaku menyebabkan anak perempuan Rahmat iaitu Alisha menuduh Rahmat mengabaikannya yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibunya kembali semula membuatkan Rahmat berasa kesal mengabaikannya ibunya .
Filem ini berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya dan mereka sekeluarga meraikan Hari Raya dengan penuh meriah .
Tonton iklan raya dari Mr DIY : Sama-sama Melangkah
Kupasan Iklan Raya PKNS 2024 : ContengMak ayah ni ada dua jenis. jenis yang nak anak membesar mengikut acuan yang mereka nak dan jenis yang ajak anak membentuk sendiri acuan ikut kecerdasan dan minat yang ada.Iklan raya yang sangat beri kesan kepada CCL ialah iklan PKNS yang bertajuk Conteng yang diinspirasi dari kisah benar ni.
Terbaik cerita kisah seorang anak yang mempunyai bakat terpendam, tapi mak ayah Wan ni bila tonton sampai habis video baru faham rupanya dia ni ada dyslexia.
Jadi Wan ni selalu struggle untuk membaca dengan lancar, mengingat perkataan, mengikuti urutan abjad dan memahami arah tulisan (seperti dari kiri ke kanan), tapi ayahnya tak faham, yang tahu Wan ni pemalas, tak nak belajar, suka menconteng je, katanya conteng tak jamin masa depan. Tapi hakikatnya, conteng atau melukis inilah special talent yang Wan ni ada. tapi dinafikan, diperlekehkan minat dan kecenderungannya itu.Tak cukup itu, dibandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain. Sampailah Wan bawa diri tak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya.
Satu sisi lagi, hayati watak ayahnya pula. Ayah-ayah ni memang keras sifatnya tapi sebenarnya dia lah yang banyak menangis di belakang anak-anak. Dialog yang sangat deep bila ayahnya cakap
“ Lama abah cari tapi tak jumpa Wan kenapa lama sangat Wan pergi Wan”
Mujurlah dalam drama pendek ni sempat Wan ni pulang dan ibu ayahnya masih hidup lagi. Jika dan meninggal macam iklan Elrah tu macam mana nak minta maaf?
Bila anak buatkan ibu ayah sedih, menangis, tersentuh hati pun berdosa besar. Apatah lagi bila tinggalkan begitu berpuluh tahun mak ayah tahan kerinduan.
Jadi iklan ni sarat pengajaran untuk kedua-dua belah pihak,Baik anak mahupun mak ayah. Padu, semua main peranan. Buat ibu bapa, peka dan hargai setiap kecerdasan anak kita miliki. Buat anak pula, jangan terlalu ikut emosi khuatiri akan timbul penyesalan dikemudian hari.
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kita Al-Quran pada hari ini .
Dapat Bubur Lambuk Bubur lambuk ni memang antara menu wajib laa tiap kali masuk bulan Ramadan . Ianya akan dimasak secara gotong-royong di masjid, surau dan di mana-mana sahaja tempat lalu diagihkan kepada orang ramai . Memang setiap tahun CCL akan dapat bubur lambuk dari agihan orang ramai .
Satu Tupperware bubur lambuk ni sebagai juadah sahur pagi ni dah cukup mengenyangkan . Rasa bubur lambuk memang kena dengan selera tekak CCL .
Bubur lambuk bagi setiap negeri juga berbeza dari segi cara masakan . Ada juga yang gemar memasak bubur lambuk ni dengan rasa berempah dan ada juga yang letakkan banyak sayuran . Apa-apa pun bubur lambuk ni memang famous satu Malaysia bila tiba Ramadan .
Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga Dua hari lepas memang tak jenguk pokok-pokok tanaman di tepi rumah , kalau CCL bekerja shift petang , memang giliran mak CCL yang akan siram pokok setiap pagi atau setiap petang . Kena dengan musim panas sekarang ni memang kea siram tiap hari kalau taknak pokok mati kering kontang begitu .
Petang tadi yang redup-redup sikit , CCL keluar jenguk tanaman-tanaman sekaligus siram pokok petang hari . Mata tertangkap pada satu bunga yang jarang-jarang sekali CCL nampak bunganya . Selidik punya selidik ehh dah berbunga yerr.
Pokok bunga lily bakung, pemberian mak saudara CCL sudah pun berbunga . Ni juga bunga sulung semenjak CCL menjaga pokok lily bakung ni . Sekali berbunga pokok lily bakung ni bagi tiga kuntum sekali gus dalam satu tangkai . Teruja betul tengok bunga sulung dari pokok lily bakung ni . So tunggu apa lagi CCL ambil handphone terus snap gambar untuk abadikan di sini dan juga hantar sekeping gambar bunga ni menerusi WhatsApp mak saudara CCL . Katanya dirumah beliau sudah pun berbunga , tapi dah hampir layu .
Haishhh, mujur time CCL perasan ni bunganya masih kembang elok tanpa layu lzgi . Kalau tidak tak sempat la nak snap gambar cantik-cantik . Teruja tengok warna pokok lily ni . Gabungan oren, peach dan putih . In love sangat . Ohh kalau korang nak tahu pokok lily bakung ni masih ditanam dalam plastik bag hitam khas untuk tanaman tu . Ada masa terluang nanti CCL akan replant pokok tersebut ke dalam pasu . Musim panas ni kalau nak tanam pokok apa pun tak menjadi . Risau kangg mati pulak .
Sebenarnya pokok lily ni banyak spesis . Ada yang jenis bunga besar dan bunga kecik . Dulu ada spesis bunga kecil . tapi dah mati . So tinggal ni jer satu-satunya benih yang ada . Pokok lily bakung ni juga ada pelbagai warna . Cantikkan kalau pokok ni kerap keluarkan bunga.
Sedikit info tentang pokok lily bakung
Tanaman bakung merupakan bahagian dari genus lilium
Mempunyai 110 spesis tanaman bakung
Tanaman ini jenis tanaman berumbi
Mempunyai ketinggian 0.25-1.25mm
Mempunyai tangkai yang kukuh
Bunga bakung yang besar baunya yang harum
Terdapat beberapa jenis warna lily bakung .
Pokok lily bakung ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan tahunan , dalam satu tahun pokok ini akan berbunga sekali sahaja.
Dah Cuba Kurma Butter Yang Viral.. Tapi.. Semenjak bulan Ramadan ni terlalu lalang saja di media sosial 'Kurma Butter Viral' . Japp nak tanya siapa yang paling awal cipta resepi kurma viral ni ehh .. tiba-tiba viral .hahaaa . Kreatif memang laa kreatif tapi dari segi kesihatan akan ada kebaikkan dan juga kekurangannya . Untuk pengambilan yang banyak tidak baik untuk kesihatan . Bukan tu sahaja ia juga dapat menyebabkan kegemukkan apabila paras kalori tinggi dalam tubuh badan . Pengambilan secara berlebihan juga menyebabkan paras kolestrol jahat meningkat dan secara tidak langsung menungkatkan risiko sakit jantung .
Setelah beberapa hari lalu lalang . Kejap tadi lepas berbuka puasa biar nasi dan segala lauk lauk turun ke dalam perut . Duduk relax-relax dulu barulah teringat nak mencuba resepi kurma butter yang tengah viral ni .
Inilah rupa bentuk kurma butter viral tue . Mudah ja nak buat , korang just basuh dulu kurma tue, belah tengah dah keluarkan biji kurma tersebut and then boleh selitkan butter di dalam kurma . Hasil kejadiaan macam dalam gambar .
CCL macam teragak-agak nak makan kurma ni , tapi ada yang cakap rasa manis-manis berlemak . So nak tak nak benda dah buat kena juga makan . So far CCL buat ni sebiji kurma sahaja untuk diri sendiri saja nak cuba . Kalau tak cuba tak tahu rasa macam mana . So bila dah sebiji ni masuk kedalam mulut . Kunyah kunyah dan terus kunyah, cakap dalam hati terus insaf tak nak cuba dah resepi viral ni . Kali pertama dan terakhir . Resepi ni memang tak kena dengan tekak CCL . Rasa manis kurma tu ok , bila dah kunyah rasa muak sekaligus oily sedikit . Memang muak sangat !
CCL guna unsalted butter jenama Lurpak . Tak pasti kalau guna butter lain rasanya akan sedikit berbeza ikut kepada pemilihan butter . Ada yang letak kekacang mungkin rasanya akan berlemak gitu .
So far , for me memang muak dan tak kena dengan citarasa tekak . Mybe dengan uolss sedap . Citarasa kita kan berbeza , tak sama so penentuan atas apa diri masing-masing . Apa-apa pun tidak disarankan makan dalam kuantiti yang banyak . Jaga kesihatan .
Dah puasa yang ke-14 yerr . Bermakna dah 2 minggu kita semua berada dalam bulan Ramadan ni . Sekejap saja rasa, alih-alih dah nak sampai ke penghujung Ramadan . Hari ni CCL offday so ni ja peluang untuk berbuka dengan family . Khabarnya adik CCL dah bertolak balik dari Selangor balik ke Perlis . Esok atau lusa insyaAllah dapat la kami semua berbuka sekeluarga 5 beranak .
Menu Ramadan ke-14
Daging masak hitam
Kerabu taugeh bersama kacang kelisa @ kacang botol
Pergi Eco Shop, masuk bahagian minuman tin, ada F&N Teh tarik , sebelum ni memang tak pernah cuba tapi hari ni tangan capai air tin ni masuk dalam raga . Tak ambil banyak cukup hanya satu tin untuk rasa-rasa .
Tertera pada tin yang ditulis kurang manis . Yes ! F&N teh tarik ni memang kurang manis sekaligus rasa teh yang kuat dan ada sedikit rasa kelat teh .
Menu Ramadan ke-13 : Roti JohnHari ni menu yang paling ringkas . Cukup dengan satu makanan beserta satu minuman . Hari ni berbuka puasa bertiga bersama kawan-kawan . Ini pun memang last minit plan , berbuka di dataran . Planning nak beli makanan lain risau banyak-banyak takut tak termakan semua .. berbuka di outdoor ni risiko sikit takut hujan jenuh juga nak berpindah randah .. lagi pun masing-masing kekangan masa ..
petang kelmarin bumi Perlis alhamdulillah dituruni hujan , tapi petang tadi tiada hujan .
Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk LabuSeminggu yang lepas, CCL terima parcel dari seseorang . Siapakah gerangannya ? Jenggg ! Jenggg ! Jenggg ! .Parcel tersebut daripada akak SA empunya blog Suria Amanda . Beberapa minggu yang lepas Blogger Suria Amanda (SA) umumkan top komentator february 2024 menerusi blog beliau . Ada 10 blogger yang tersenarai sebagai kaki komen yang paling banyak
Korang boleh tengok link entri di sini . Jadi sebagai penghargaan kepada pembaca blog akak SA, CCL dipilih untuk menerima cenderahati . Nak tahu apa dia ?
Taraaa ! CCL dapat periuk labu ..
Periuk labu ni bukan khas untuk masak menu-menu labu yerr . Boleh masak macam-macam , cuma design periuk ni seakan bentuk buah labu . Design yang sangat comel, tambahan pula warna pink lagi bertambah comel . Oh ya, pemegang kiri kanan periuk dan juga pemegang pada penutup periuk tu kena pasang sendiri yer . Mujur ada adik lelaki CCL yang tolong pasangkan . Pasang tu mudah dah tersedia beberapa skru bagi mengukuhkan lagi tempat pemegang tersebut . Design periuk ni pun nampak mahal .
Periuk labu ni juga besar yer , boleh la masak dalam kuantiti yang banyak . Tak sabar rasanya CCL nak memasak rasmi periuk labu pemberian akak SA ni .
Kepada akak SA , terima kasih beri cenderahati yang sangat bermanfaat untuk CCL . Bila memasak guna periuk ni auto teringatkan akak SA , sekali gus teringat juga setiap menu yang akak SA selalu share dalam blog beliau . CCL doakan semoga akak SA sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak .
Sekali lagi , terima kasih buat Blogger Suria Amanda .
Ramadan ke-12, setelah beberapa bulan bumi Perlis tak ditimpa hujun walaupun sekejap , petang tadi dalam pukul 6.30 petang hujan turun membasahi tanah . Tak berapa lebat sangat tapi cukup untuk membasahi tanah .. hujan sehingga Maghrib tiba . Alhamdulillah turun sikit bahang panas malam ni .
Macam biasa berbuka dengan family kami berempat . Adik CCL belum balik Perlis lagi .
Cara Kenal Label Tarikh Luput Barang di Dapur korang selalu kan beli barang dapur tapi korang tengok tak label tarikh luput tue pada barang ? Ni antara benda penting tau sebelum korang beli sesuatu produk supaya produk tersebut kekal bersih dan dijamin untuk makan . Label tarikh luput ni ada 3 jenis tau .
1. Best before / baik sebelum
Melibatkan soal kualiti produk tersebut. Ia masih selamat untuk di makan atau dijual selepas tarikh yang dinyatakan tetapi kesegaran nutrisi, rasa makanan akan berubah selepas tarikh yang dinyatakan .
2. Use before / guna sebelum
Untul label ini ia tidak boleh dimakan selepas tarikh yang dinyatakan. Contoh produk sejuk beku, dan lain-lain
3. Expired date / tarikh luput
Ia sama seperti use before , makanan selepas tarik yang dinyatakan juga tidak boleh dimakan . Ianya selalu terpapar pada produk tenusu, makanan tin dan cecair formula .
Hari ni rezeki, rezeki dapat nasi putih bersama daging goreng kunyit . Memang kalau bulan puasa menu daging ataupun ayam goreng kunyit menjadi juadah berbuka CCL . Memang dah jadi favourite . Tapi sejak-sejak bazar Ramadan berdekatan ni berpindah le tempat lain so proses nak mencari nasi daging goreng kunyit ni sukar sekali . Kalau rajin terpaksa laa jelajah semua bazar- bazar yang ada di Perlis ni . Dengan keadaan cuaca yang panas ni memang tidak laa nak pergi berjalan , bersesak dengan orang ramai .
Apa-apa pun terima kasih, kongsi rezeki untuk hari ni . Semoga murah rezeki berterusan berpanjangan .
Ramadan ke 8 , macam biasa nak share menu berbuka walaupun bukanlah menu yang special . Menu yang simple , alhamdulillah atas rezeki cukup untuk kenyangkan perut selepas seharian berpuasa .
6 Cara Malas Masak Telur Yang Sedap ! Korang yang minat makan telur atau suka masak yang ringkas tapi cepat siap tu boleh la cuba masak resepi berasaskan telur yang berbeza setiap hari . Tak ada la asyik makan telur masak kicap jer tiap hari kan . Jom follow resepi kat bawah ni .