Kupasan Iklan Raya PKNS 2024 : Conteng

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kupasan Iklan Raya PKNS 2024 : Conteng Mak ayah ni ada dua jenis. jenis yang nak anak membesar mengikut acuan yang mereka nak dan jenis yang ajak anak membentuk sendiri acuan ikut kecerdasan dan minat yang ada.Iklan raya yang sangat beri kesan kepada CCL  ialah iklan PKNS yang bertajuk Conteng yang diinspirasi dari kisah benar  ni.

Iklan raya pkns 2024 conteng, iklan raya pkns conteng , iklan raya conteng , iklan raya paling sedih 2024, iklan raya 2024, kupasan iklan conteng

Terbaik cerita kisah seorang anak yang mempunyai bakat terpendam, tapi mak ayah Wan ni bila tonton sampai habis video baru faham rupanya dia ni ada dyslexia.

Jadi Wan ni selalu struggle untuk membaca dengan lancar, mengingat perkataan, mengikuti urutan abjad dan memahami arah tulisan (seperti dari kiri ke kanan), tapi ayahnya tak faham, yang tahu Wan ni pemalas, tak nak belajar, suka menconteng je, katanya conteng tak jamin masa depan. Tapi hakikatnya, conteng atau melukis inilah special talent yang Wan ni ada. tapi dinafikan, diperlekehkan minat dan kecenderungannya itu.Tak cukup itu, dibandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain. Sampailah Wan bawa diri tak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya. 

Satu sisi lagi, hayati watak ayahnya pula. Ayah-ayah ni memang keras sifatnya tapi sebenarnya dia lah yang banyak menangis di belakang anak-anak. Dialog yang sangat deep bila ayahnya cakap

“ Lama abah cari tapi tak jumpa Wan kenapa lama sangat Wan pergi Wan”

Mujurlah dalam drama pendek ni sempat Wan ni pulang dan ibu ayahnya masih hidup lagi. Jika dan meninggal macam iklan Elrah tu macam mana nak minta maaf?

Bila anak buatkan ibu ayah sedih, menangis, tersentuh hati pun berdosa besar. Apatah lagi bila tinggalkan begitu berpuluh tahun mak ayah tahan kerinduan. 

Jadi iklan ni sarat pengajaran untuk kedua-dua belah pihak,Baik anak mahupun mak ayah. Padu, semua main peranan. Buat ibu bapa, peka dan hargai setiap kecerdasan anak kita miliki. Buat anak pula, jangan terlalu ikut emosi khuatiri akan timbul penyesalan dikemudian hari.

Tonton iklan raya PKNS 2024 : Conteng



 

Salam Nuzul Al-Quran 2024 / 1445H

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Nuzul Al-Quran 2024 / 1445H

Salam nuzul quran, nuzul quran 1445h, peristiwa nuzul quran, hari nuzul quran, cuti peristiwa nuzul quran, ucapan hari nuzul quran

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kita Al-Quran pada hari ini . 



Dapat Bubur Lambuk

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dapat Bubur Lambuk Bubur lambuk ni memang antara menu wajib laa tiap kali masuk bulan Ramadan . Ianya akan dimasak secara gotong-royong di masjid, surau dan di mana-mana sahaja tempat lalu diagihkan kepada orang ramai . Memang setiap tahun CCL akan dapat bubur lambuk dari agihan orang ramai . 

Bubur lambuk, resepi bubur lambuk, resepi mudah bubur lambuk, bubur lambuk versi selatan, bubur lambuk versi pantai timur

Satu Tupperware bubur lambuk ni sebagai juadah sahur pagi ni dah cukup mengenyangkan .  Rasa bubur lambuk memang kena dengan selera tekak CCL . 

Bubur lambuk bagi setiap negeri juga berbeza dari segi cara masakan . Ada juga yang gemar memasak bubur lambuk ni dengan rasa berempah dan ada juga yang letakkan banyak sayuran . Apa-apa pun bubur lambuk ni memang famous satu Malaysia bila tiba Ramadan . 

Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga Dua hari lepas memang tak jenguk pokok-pokok tanaman di tepi rumah , kalau CCL bekerja shift petang , memang giliran mak CCL yang akan siram pokok setiap pagi atau setiap petang . Kena dengan musim panas sekarang ni memang kea siram tiap hari kalau taknak pokok mati kering kontang begitu . 

Petang tadi yang redup-redup sikit , CCL keluar jenguk tanaman-tanaman sekaligus siram pokok petang hari . Mata tertangkap pada satu bunga yang jarang-jarang sekali CCL nampak bunganya . Selidik punya selidik ehh dah berbunga yerr. 

pokok lily bakung , spesis pokok lily bakung , tanaman pokok lily bakung, jenis pokok lily bakung, jenis corak pokok lily bakung

pokok lily bakung , spesis pokok lily bakung , tanaman pokok lily bakung, jenis pokok lily bakung, jenis corak pokok lily bakung

Pokok bunga lily bakung, pemberian mak saudara CCL sudah pun berbunga . Ni juga bunga sulung semenjak CCL menjaga pokok lily bakung ni . Sekali berbunga pokok lily bakung ni bagi tiga kuntum sekali gus dalam satu tangkai . Teruja betul tengok bunga sulung dari pokok lily bakung ni . So tunggu apa lagi CCL ambil handphone terus snap gambar untuk abadikan di sini dan juga hantar sekeping gambar bunga ni menerusi WhatsApp mak saudara CCL . Katanya dirumah beliau sudah pun berbunga , tapi dah hampir layu . 

Haishhh, mujur time CCL perasan ni bunganya masih kembang elok tanpa layu lzgi . Kalau tidak tak sempat la nak snap gambar cantik-cantik . Teruja tengok warna pokok lily ni  . Gabungan oren, peach dan putih . In love sangat . Ohh kalau korang nak tahu pokok lily bakung ni masih ditanam dalam plastik bag hitam  khas untuk tanaman tu . Ada masa terluang nanti CCL akan replant pokok tersebut ke dalam pasu . Musim panas ni kalau nak tanam pokok apa pun tak menjadi . Risau kangg mati pulak . 

Sebenarnya pokok lily ni banyak spesis . Ada yang jenis bunga besar dan bunga kecik . Dulu ada spesis bunga kecil . tapi dah mati . So tinggal ni jer satu-satunya benih yang ada . Pokok lily bakung ni juga ada pelbagai warna . Cantikkan kalau pokok ni kerap keluarkan bunga.

Sedikit info tentang pokok lily bakung 
  • Tanaman bakung merupakan bahagian dari genus lilium 
  • Mempunyai 110 spesis tanaman bakung
  • Tanaman ini jenis tanaman berumbi
  • Mempunyai ketinggian 0.25-1.25mm 
  • Mempunyai tangkai yang kukuh 
  • Bunga bakung yang besar baunya yang harum 
  • Terdapat beberapa jenis warna lily bakung .
  • Pokok lily bakung ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan tahunan , dalam satu tahun pokok ini akan berbunga sekali sahaja.

Dah Cuba Kurma Butter Yang Viral .. Tapi ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dah Cuba Kurma Butter Yang Viral.. Tapi.. Semenjak bulan Ramadan ni terlalu lalang saja di media sosial 'Kurma Butter Viral' . Japp nak tanya siapa yang paling awal cipta resepi kurma viral ni ehh .. tiba-tiba viral .hahaaa . Kreatif memang laa kreatif tapi dari segi kesihatan akan ada kebaikkan dan juga kekurangannya . Untuk pengambilan yang banyak tidak baik untuk kesihatan . Bukan tu sahaja ia juga dapat menyebabkan kegemukkan apabila paras kalori tinggi dalam tubuh badan . Pengambilan secara berlebihan juga menyebabkan paras kolestrol jahat meningkat dan secara tidak langsung menungkatkan risiko sakit jantung . 

Setelah beberapa hari lalu lalang . Kejap tadi lepas berbuka puasa biar nasi dan segala lauk lauk turun ke dalam perut . Duduk relax-relax dulu barulah teringat nak mencuba resepi kurma butter yang tengah viral ni . 

Kurma butter, kurma butter viral, resepi kurma butter viral, kurma butter yang tengah viral , rasa kurma butter viral , butter lurpak,

Inilah rupa bentuk kurma butter viral tue . Mudah ja nak buat , korang just basuh dulu kurma tue, belah tengah dah keluarkan biji kurma tersebut and then boleh selitkan butter di dalam kurma . Hasil kejadiaan macam dalam gambar . 

CCL macam teragak-agak nak makan kurma ni , tapi ada yang cakap rasa manis-manis berlemak . So nak tak nak benda dah buat kena juga makan . So far CCL buat ni sebiji kurma sahaja untuk diri sendiri saja nak cuba . Kalau tak cuba tak tahu rasa macam mana . So bila dah sebiji ni masuk kedalam mulut . Kunyah kunyah dan terus kunyah, cakap dalam hati terus insaf tak nak cuba dah resepi viral ni . Kali pertama dan terakhir . Resepi ni memang tak kena dengan tekak CCL . Rasa manis kurma tu ok , bila dah kunyah rasa muak sekaligus oily sedikit . Memang muak sangat !


Kurma butter, kurma butter viral, resepi kurma butter viral, kurma butter yang tengah viral , rasa kurma butter viral , butter lurpak,

CCL guna unsalted butter jenama Lurpak . Tak pasti kalau guna butter lain rasanya akan sedikit berbeza ikut kepada pemilihan butter . Ada yang letak kekacang mungkin rasanya akan berlemak gitu . 

So far , for me memang muak dan tak kena dengan citarasa tekak . Mybe dengan uolss sedap . Citarasa kita kan berbeza , tak sama so penentuan atas apa diri masing-masing . Apa-apa pun tidak disarankan makan dalam kuantiti yang banyak . Jaga kesihatan . 


Lirik Lagu : Jagakan Dia - Arul Rasheed

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



lirik lagu jagakan dia arul rasheed , lagu melayu terbaru 2024 , lagu terbaru 2024 , biodata arul rasheed


Judul Lagu : Jagakan Dia
Penyanyi :  Arul Rasheed
Lagu : Aiman Sidek (NAR Publishing Sdn Bhd)
Lirik : Aiman Sidek (NAR Publishing Sdn Bhd)


Apa mahumu sayang
Apa mahu dariku
Telah kucuba semuanya
Untukmu padamu


Telahku beri semua
Apa yang kau inginkan
Apa lagi kau mahukan
Kucuba lakukan


Oh Tuhan
Ku cinta dia

Oh Tuhan
Ku sayang dia

Oh Tuhan
Jagakan dia
Untukku bila aku tiada


Apa lagi pintamu
Kan kucuba turuti
Kuserahkan semuanya
Jiwaku ragaku


Oh Tuhan
Ku cinta dia

Oh Tuhan
Ku sayang dia

Oh Tuhan
Jagakan dia
Untukku bila aku tiada


Oh Tuhan
Ku cinta dia

Oh Tuhan
Ku sayang dia

Oh Tuhan
Jagakan dia
Untukku bila aku tiada

Oh Tuhan
Dia segalanya

Nadiku juga nyawaku
Selamanya hanyalah dia
Tetap kucinta ke akhir nyawa

Menu Ramadan ke-14 : Daging Masak Hitam & Kerabu Taugeh Bersama Kacang Kelisa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-14 : Daging Masak Hitam & Kerabu Taugeh Bersama Kacang Kelisa

Menu ramadan , kerabu taugeh , kerabu kacang kelisa , daging masak hitam

Dah puasa yang ke-14 yerr . Bermakna dah 2 minggu kita semua berada dalam bulan Ramadan ni . Sekejap saja rasa, alih-alih dah nak sampai ke penghujung Ramadan .  Hari ni CCL offday so ni ja peluang untuk berbuka dengan family . Khabarnya adik CCL dah bertolak balik dari Selangor balik ke Perlis . Esok atau lusa insyaAllah dapat la kami semua berbuka sekeluarga 5 beranak . 

Menu Ramadan ke-14

  • Daging masak hitam
  • Kerabu taugeh bersama kacang kelisa @ kacang botol
  • Ikan masak asam (lebihan menu semalam)
  • Ulam & sambal belacan 
  • Roti john 
  • Harumanis 
  • Sirap bandung cincau 


F&N Teh Tarik Kurang Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


F&N teh tarik , F&N teh tarik tin , teh tarik kurang manis, minuman tin , teh tarik, resepi teh tarik kurang manis, serbuk teh tarik

Pergi Eco Shop, masuk bahagian minuman tin, ada F&N Teh tarik , sebelum ni memang tak pernah cuba tapi hari ni tangan capai air tin ni masuk dalam raga . Tak ambil banyak cukup hanya satu tin untuk rasa-rasa . 

Tertera pada tin yang ditulis kurang manis . Yes  ! F&N teh tarik ni memang kurang manis sekaligus rasa teh yang  kuat dan ada sedikit rasa kelat teh . 


Menu Ramadan ke-13 : Roti John

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-13 : Roti John Hari ni menu yang paling ringkas . Cukup dengan satu makanan beserta satu minuman . Hari ni berbuka puasa bertiga bersama kawan-kawan  . Ini pun memang last minit plan , berbuka di dataran . Planning nak beli makanan lain risau banyak-banyak takut tak termakan semua .. berbuka di outdoor ni risiko sikit takut hujan jenuh juga nak berpindah randah .. lagi pun masing-masing kekangan masa ..

petang kelmarin bumi Perlis alhamdulillah dituruni hujan , tapi petang tadi tiada hujan . 

Menu ramadan , roti john


Menu ramadan ke-13
  • Roti john
  • Kopi ais vanilla 

Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk Labu Seminggu yang lepas, CCL terima parcel dari seseorang . Siapakah gerangannya ? Jenggg ! Jenggg ! Jenggg ! .Parcel tersebut daripada akak SA empunya blog Suria Amanda . Beberapa minggu yang lepas Blogger Suria Amanda (SA) umumkan top komentator february 2024 menerusi blog beliau . Ada 10 blogger yang tersenarai  sebagai kaki komen yang paling banyak 
Korang boleh tengok link entri di sini . Jadi sebagai penghargaan kepada pembaca blog akak SA, CCL dipilih untuk menerima cenderahati  . Nak tahu apa dia ? 

Taraaa ! CCL dapat periuk labu .. 


Periuk labu, periuk design buah labu , periuk non stick, periuk comel , hadiah dari blogger , harga periuk labu

Periuk labu ni bukan khas untuk masak menu-menu labu yerr . Boleh masak macam-macam , cuma design periuk ni seakan bentuk buah labu . Design yang sangat comel, tambahan pula warna pink lagi bertambah comel .  Oh ya, pemegang kiri kanan periuk dan juga pemegang pada penutup periuk tu kena pasang sendiri yer . Mujur ada adik lelaki CCL yang tolong pasangkan . Pasang tu mudah dah tersedia beberapa skru bagi mengukuhkan lagi tempat pemegang tersebut . Design periuk ni pun nampak mahal . 

Periuk labu ni juga besar yer , boleh la masak dalam kuantiti yang banyak . Tak sabar rasanya CCL nak memasak rasmi periuk labu pemberian akak SA ni . 

Kepada akak SA , terima kasih beri cenderahati yang sangat bermanfaat untuk CCL . Bila memasak guna periuk ni auto teringatkan akak SA , sekali gus teringat juga setiap menu yang akak SA selalu share dalam blog beliau . CCL doakan semoga akak SA sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak . 

Sekali lagi , terima kasih buat Blogger Suria Amanda . 

Menu Ramadan ke-12 : Sambal Ayam & Kerabu Suhun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-12 : Sambal Ayam & Kerabu Suhun

Menu ramadan

Ramadan ke-12, setelah beberapa bulan bumi Perlis tak ditimpa hujun walaupun sekejap , petang tadi dalam pukul 6.30 petang hujan turun membasahi tanah . Tak berapa lebat sangat tapi  cukup untuk membasahi tanah .. hujan sehingga Maghrib tiba . Alhamdulillah turun sikit bahang panas malam ni . 

Macam biasa berbuka dengan family kami berempat . Adik CCL belum balik Perlis lagi . 


Menu Ramadan ke-12

  • Sambal ayam
  • Kerabu suhun
  • Gulai ikan talang & terung (menu semalam)
  • Ikan kembung goreng
  • Ikan pekasam & ikan kering
  • Harumanis
  • Puding roti marble
  • Teh ais cincau 

Cara Kenal Label Tarikh Luput Barang di Dapur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cara kenal label tarikh luput, tarikh luput makanan

Cara Kenal Label Tarikh Luput Barang di Dapur korang selalu kan beli barang dapur tapi korang tengok tak label tarikh luput tue pada barang ?  Ni antara benda penting tau sebelum korang beli sesuatu produk supaya produk tersebut kekal bersih dan dijamin untuk makan . Label tarikh luput ni ada 3 jenis tau . 


Cara kenal label tarikh luput, tarikh luput makanan

1. Best before / baik sebelum

Melibatkan soal kualiti produk tersebut. Ia masih selamat untuk di makan  atau dijual selepas tarikh yang dinyatakan tetapi kesegaran nutrisi, rasa makanan akan berubah selepas tarikh yang dinyatakan .


Cara kenal label tarikh luput, tarikh luput makanan

2. Use before / guna sebelum

Untul label ini ia tidak boleh dimakan  selepas tarikh yang dinyatakan. Contoh produk sejuk beku, dan lain-lain


Cara kenal label tarikh luput, tarikh luput makanan

3. Expired date / tarikh luput

Ia sama seperti use before , makanan selepas tarik yang dinyatakan juga tidak boleh dimakan . Ianya selalu terpapar pada produk tenusu, makanan tin dan cecair formula . 

So sebagai pengguna korang  perlu bijak memilih 



Menu Ramadan ke-11 : Gulai Ikan Talang & Kerabu Kaki Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-11 : Gulai Ikan Talang & Kerabu Kaki Ayam

Menu ramadan

Berbuka dengan family lagi yer hari ni . Cukup laa menu untuk 4 orang . Alhamdulillah macam biasa tak banyak menu tetapi cukup kenyangkan perut.


Menu Ramadan ke-11

  • Gulai ikan talang bersama terung
  • Kerabu kaki ayam
  • Ikan kembung goreng & ikan kembung rebus
  • Ikan pekasam goreng
  • Ulam raja
  • Kurma & harumanis
  • Sirap bandung cincau 

Menu Ramadan ke-10 : Air Asam Telur Rebus , Singgang Bendi & Kway Teow Goreng

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-10 : Air Asam Telur Rebus , Singgang Bendi & Kway Teow Goreng


Menu ramadan

Menu ringkas & kurang minyak untuk berbuka Ramadan hari ke 9 . 

  • Kway teow goreng 
  • Singgang bendi
  • Air asam telur rebus
  • Ikan terubuk goreng
  • Ulam bunga betik
  • Kuih cara manis 
  • Air cincau 

Menu Ramadan ke-9 : Daging Goreng Kunyit & Sambal Ikan Talang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Ramadan ke-9 : Daging Goreng Kunyit & Sambal Ikan Talang 

Menu ramadan, nasi daging goreng kunyit, sambal ikan talang

Hari ni rezeki, rezeki dapat nasi putih bersama daging goreng kunyit . Memang kalau bulan puasa menu daging ataupun ayam goreng kunyit menjadi juadah berbuka CCL . Memang dah jadi favourite . Tapi sejak-sejak bazar Ramadan berdekatan ni berpindah le tempat lain so proses nak mencari nasi daging goreng kunyit ni sukar sekali . Kalau rajin terpaksa laa jelajah semua bazar- bazar yang ada di Perlis ni . Dengan keadaan cuaca yang panas ni memang tidak laa nak pergi berjalan , bersesak dengan orang ramai .  

Apa-apa pun terima kasih, kongsi rezeki untuk hari ni . Semoga murah rezeki berterusan berpanjangan . 

Menu Ramadan ke-9

  • Daging goreng kunyit
  • Sambal ikan talang
  • Cucur keria, cucur badak & tepung talam
  • Buah tembikai & kurma
  • Air laici

Menu Ramadan ke-8 : Kurma Ayam & Gulai Rebung dan Daging

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Ramadan ke-8 : Kurma Ayam & Gulai Rebung dan Daging


Menu ramadan , menu berbuka puasa , gulai daging rebung , kurma ayam

Ramadan ke 8 ,  macam biasa nak share menu berbuka walaupun bukanlah menu yang special . Menu yang simple , alhamdulillah atas rezeki cukup untuk kenyangkan perut selepas seharian berpuasa .


Menu ramadan ke-8

  • Gulai rebung & daging
  • Kurma ayam
  • Buah tembikai
  • Kuih lompang & kuih cara berlauk 
  • Air tembikai susu + laici ( tak interframe)


6 Cara Malas Masak Telur Yang Sedap !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah


6 Cara Malas Masak Telur Yang Sedap ! Korang yang minat makan telur atau suka masak yang ringkas tapi cepat siap tu boleh la cuba masak resepi berasaskan telur yang berbeza setiap hari . Tak ada la asyik makan telur masak kicap jer tiap hari kan .  Jom follow resepi kat bawah ni . 

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah

Resepi telur, resepi telur ringkas, sambal telur hancur, sambal telur mata, telur budu, telur crispy penyet, sambal telur cili kering, telur pecah


FILEM : DAMSEL

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Filem damsel, sinopsis filem damsel, tonton online filem damsel, neflix damsel, filem top neflix

FILEM : DAMSEL  Filem fantasi Amerika ini mengisahkan Puteri Elodie (Millie Bobby Brown ) dilamar oleh putera raja dari negara yang Elodie tak pernah dengar pun. Atas nasihat ayahnya yang mengatakan perkahwinan tu bakal memberi manfaat pada rakyat mereka, Elodie setuju. 

Sejurus selepas majlis perkahwinan, Elodie di bawa ke sebuah gua oleh suaminya untuk upacara penghormatan kepada leluhurnya. Rupanya Elodie ditipu, perkahwinan tu hanyalah alasan untuk Elodie keluar jauh  mengembara dari negaranya untuk di jadikan santapan seekor naga. Elodie di campak oleh suaminya sendiri ke dalam lohong yang dalam. Maka  bermula lah pertarungan Elodie dengan seekor naga yang penuh amarah dan dendam. Elodie perlu mencari jalan untuk selamatkan diri sebelum dia hangus terbakar terkena hembusan api naga.

Millie Bobby Brown berjaya membawa watak Elodie dengan baik. Lasak dan bijak . CGI cerita ni ada masa cantik, ada masa nampak agak kartun , (ada satu  babak naga menghembus api) .  Itu pandangan peribadi CCL, mungkin akan ada perbezaan pandangan dengan orang lain) CCL suka watak ibu tiri Elodie, seorang ibu tiri yang penyayang yang pada mulanya CCL ingatkan dia ni jahat . 

Sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Menu Ramadan ke-7 : Ikan Gerut Bakar & Tomyam Ayam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Ramadan ke-7 : Ikan Gerut Bakar & Tomyam Ayam Sedar tak sedar hari ni dah seminggu kita semua berada dalam Bulan Ramadan dan hari ni juga genap seminggu arwah tok pergi menghadap ilahi. Kita yang masih diberi kesempatan bernafas, gunakan sebaik yang mungkin . Ramadan ke- hari ni berbuka di rumah bersama-sama family . 

Menu ramadan , cerita ccl

Menu Ramadan ke-7

  • Ikan gerut bakar
  • Tomyam ayam
  • Air asam perut / sambal belacan
  • Cucur keria
  • Harumanis
  • Teh bunga & anggur lemon (tak interframe)

Rindu pulak pada adik CCL yang nun jauh di sana . Puasa pertama berpeluang berbuka sekali dengannya . 

Wonda Coffee : Extra Shot Black Coffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Cerita edisi ngopi lagi hari ni , masih lagi dengan Wonda Coffee . Kali ni edisi black coffee . Jenis ni memang tak ada susu , tapi ada rasa gula . CCL jarang sekali tau minum kopi o kosong ni tapi alang-alang dah beli ni so minum jer lahh . Hirupan pertama perghh ! dia punya rasa gula tu manis , bagi korang yang  tak berapa minat kopi o kosong ni memang takkan boleh go . Rasa kopi yang agak keras lebih keras dari kopi susu booster . Pahit kopi ni boleh menyegarkan mata .