Menu Berbuka Khairulaming : Daging Harimau Menangis Versi Sos Thai Hijau

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Daging Harimau Menangis Versi Sos Thai Hijau

MENU KHAIRUL AMING, Resepi,RESEPI KHAIRULAMING, Daging harimau menangis versi sos thai hijau , resepi daging harimau menangis sos thai hijau , resepi sos thai hijau

Bahan-bahan

-Daging dihiris nipis

-1 sudu besar sos tiram

-1 sudu besar sos ikan

-lada hitam 

-1 sudu besar gula perang 

-minyak


-3 ulas bawang putih

-8 tangkai cili padi hijau

-3 sudu besar gula 

-1 sudu besar sos ikan 

-limau nipis 

-daun ketumbar 


Cara penyediaan 

1.Perapkan daging yang dihiris nipis bersama sos tiram, sos ikan , lada hitam dan gula perang  . Daging yang siap diperap bolehlah di goreng dengan kuantiti minyak yang sedikit . 


2.Sos pencicah daging . bawang putih dan cili padi hijau ditumbuk lalu masukkan perahan air limau nipis , gula , sos ikan dan masukkan daun ketumbar yang siap dipotong halus . Gaul sebati 


Selamat mencuba 

Menu Berbuka Khairulaming : Soya Ais Campur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Menu Berbuka Khairulaming : Soya Ais Campur

Menu berbuka khairulaming, Soya ais campur , resepi, resepi soya ais campur , resepi air soya , soya , soya ais campur versi khairulaming,RESEPI KHAIRUL AMING,

Bahan-bahan Soya Ais Campur

-Soya Kotak

-Susu cair

-nata de coco

-laici

-cincau


Cara Penyediaan Soya Ais Campur 

1.masukkan air soya kotak ke dalam beberapa bekas untuk dibekukan di dalam peti ais selama 3 hingga 4 jam 


2. Air soya yang siap dibekukan dimasukkan ke dalam blender untuk dikisarkan sehingga nampak tekstur seperti ais blended  . 


3.Air soya yang siap dikisar dimasukkan ke dalam mangkuk, tambahkan  cincau, nata de coco, laici dan curahkan sedikit susu cair untuk dapatkan lagi tekstur creamy . Korang juga boleh oleh menggunakan buah-buahan yang ada . 


Selamat mencuba 



Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Ayam Gepuk Sambal & Kicap

Menu berbuka khairulaming,MENU KHAIRUL AMING, Ayam gepuk khairulaming , resepi , resepi ayam gepuk , ayam gepuk versi khairulaming


Bahan-bahan Ayam Gepuk Sambal & Kicap

-halia sebesar ibu jari 

-lengkuas sebesar ibu jari

-1 sudu besar biji ketumbar 

-1sudu besar serbuk kunyit

-garam

-air 

-ayam


-gajus

-cili padi

-5ulas bawang putih

-garam & serbuk perasa 

-minyak 


-kubis

-tempe

-tauhu goreng

-timun

-kicap cair


Cara penyediaan Ayam Gepuk Sambal & Kicap


1.Untuk bahan perapan ayam hanya perlu kisarkan halia, lengkuas, biji ketumbar, serbuk kunyit , dan garam sehingga halus dan masukkan bahan-bahan yang sudah siap dikisar ke dalam ayam , perap selama setengah jam.


2. Ayam yang siap diperap dengan bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam periuk . Letakkan sedikit air ke dalam periuk sehingga tenggelam ayam dan rebus. 


3. Selesai proses rebus ayam , boleh tos ayam sehingga kering air dan teruskan proses mengoreng ayam sehingga garing


4. Untuk sambal ayam  masukkan gajus yang telah ditumbuk halus lalu curahkan minyak panas ke dalam gajus tersebut . 


5 . Sambal cili pula korang boleh tumbuk cili padi merah, serta beberapa ulas bawang putih dan curahkan minyak panas . 


6. Goreng kubis , tempe, tauhu  untuk dimakan bersama ayam gepuk  . Siap untuk dihidangkan . Boleh letakkan sedikit kicap cair ke atas nasi . 



Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula Melaka

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula Melaka

Menu berbuka khairulaming, Coconut shake gula melaka , coconut shake gula melaka khairulaming, resepi , resepi khairulaming,RESEPI SAHUR KHAIRULAMING,

Bahan-bahan Coconut Shake Gula Melaka 

-Air kelapa beserta isi kelapa

-Ais kiub

-Ais Vanila 

-3 sudu besar Susu pekat

-3 sudu besar Gula Melaka 


Cara penyediaan Coconut Shake Gula Melaka 


  1. Blendkan kesemua bahan sehingga halus dan masukkan ke dalam juga, hias dengan isi kelapa dan siap untuk diminum . 

Menu Berbuka Khairulaming : Bandung Laici

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menu Berbuka Khairulaming : Bandung Laici



Bahan-bahan Bandung Laici 

-1 tin laici

-sirap ros 

-ais kiub 

-susu cair


Cara penyediaan Bandung Laici


1.Masukkan 1 tin laici serta satu tin susu cair dan blender halus lalu masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam jug yang diisi dengan ais kiub . 


2.Tuangkan sedikit sirap ros kacau sehingga sebati . 


Siap untuk diminum .


Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice Soda

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice Soda

Menu berbuka khairulaming, Resepi ,RESEPI KHAIRUL AMING, Orange juice soda , orange juice soda khairulaming ,RESEPI KHAIRULAMING,


Bahan-bahan Oren Jus Soda 

-Air oren jus

-Air soda bikarbonat

-daun pudina 

-lemon 

-ais kiub 


Cara penyediaan Oren Jus Soda 

1.Masukkan ais kiub ke dalam cawan , masukkan separuh  cawan air oren jus dan separuh lagi air soda bikarbonat . Kacau sebati  masukkan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina . 


Sedia untuk dihidangkan 

Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan


Menu berbuka khairulaming,resepi,resepi teh bunga longan,Teh bunga longan,RESEPI KHAIRUL AMING,teh bunga longan khairulaming,


Bahan-bahan Teh Bunga Longan 

-1 kotak teh bunga

-1 tin longan

-limau nipis

-asam boi 

Ais kiub 



Cara Penyediaan Teh Bunga Longan 

1.Masukkan ais kiub , masukkan air teh bunga, boleh beli dalam kotak atau pun dalam tin .  Perahkan sedikit limau nipis


2.Masukkan beberapa hiris limau nipis dan juga asam boi serta masukkan 1 tin longan kacau biar sebati .


Siap untuk dihidangkan  

Menu Sahur Khairulaming : Telur Mata Goreng Cili Padi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Sahur Khairulaming : Telur Mata Goreng Cili Padi


telur mata goreng cili padi,RESEPI SAHUR KHAIRULAMING,telur mata goreng cili padi resepi khairulaming,menu sahur khairulaming 2023,Menu sahur khairulaming,RESEPI KHAIRULAMING,


Bahan-bahan

-telur

-cili padi hijau 

-cili padi merah 

-bawang merah 

-bawang putih 

-serai 

-minyak 

-garam 

-gula

-serbuk perasa 

-sos tiram

-sos ikan 

-kicap manis


Cara Penyediaan Menu Sahur Khairulaming Telur Goreng Mata Cili Padi


1.Gorengkan beberapa biji telur mata dalam kuantiti minyak yang banyak supaya telur mata tu crispy bahagian bawah . 


2. Hiriskan atau chopper bahan-bahan untuk tumis iaitu  bawang merah , bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah tumis sampai naik bau , kemudian masukkan satu batang serai . 


3.Masukkan 1 sudu besar sos tiram , sos ikan dan setengah sudu kicap manis tumis bersama bahan-bahan tadi sehingga naik bau dan masukkan gula , garam dan serbuk perasa  . 


Siap dihidangkan bersama telur mata yang sudah digoreng tadi . Selamat mencuba 


Lirik Lagu Genggam Aliff Aziz (OST Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah)


Assalamualaikum & salam sejahtera 


lirik lagu 2023 , genggam aliff aziz , lagu aliff aziz , aliff aziz gegar vaganza , lagu aliff aziz , lagu genggam ost drama ku akad kau dengan bismillah . biodata aliff aziz , aliff aziz

Lirik Lagu Genggam Aliff Aziz (OST Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah)

Verse:
Ternyata hati tak bisa berdusta
Sulit kulupakan kenangan kita
Rindu yang meragut separuh nyawa
Andainya kau rasa

Prechorus:
Jika bisa Undur Waktu
mungkin semua berbeda

Chorus:
Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua

Bridge:
Berharap Kau Kan tahu
Tidak Sekali Pun ku Membenci dirimu
Apakah kau turut merasakan
bahwa aku merindu...

Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua

Composer: Amzar Razqa, Amsyar Razqa, Mekar, Syafiq Vai
Lyrics: Aliff Aziz, Amzar Razqa, Suffren Ghafar
Produced by: Amzar Razqa
Mix and Mastering Engineer: Zynakal

Bucket List Travel January 2023

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bucket List Travel January 2023 Permulaan tahun baru, bulan of course laa masing-masing ada goals yang tersendiri kan . Yes !! Goals CCL untuk tahun ni salah satunya ialah setiap bulan nak pergi travel ke mana-mana sahaja . Mungkin nak travel ke luar negara itu hanya angan-angan dulu . Kalau tercapai sekalipun kena perlukan tour guide . Luar negara kan .  So dapat pusing-pusing satu Malaysia ni pun dah bersyukur alhamdulillah . Sebenarnya travel dalam negeri pun best. Tempat-tempat menarik pun banyak , tempat hidden gems, tempat healing cuma kena pandai teroka . 


So dah masuk bulan Februari , pejam celik eh dah berlabuh tirai bulan Januari . Bucket list travel january 2023 pun sudah selesai .Walaupun tak jauh tapi happy kemain haaa dapat healing-healing dengan suami .  Kerja keras dalam sebulan kena ambik masa pergi bercuti buang segala stress dan bebanan kerja dalam kepala otak . 


Alhamdulillah untuk Januari , Allah bagi rezeki lebih dapat la jejak kaki ke dua negeri iaitu negeri semenanjung utara jugak ya . Penang dan Perak . Seperti yang CCL katakan tak perlu tempat jauh-jauh untuk bercuti asalkan happy dan kena dengan bajet . 


Travel, bucket list travel 2023 ,CERITA CCL,  Travel penang, travel perak , alun retreat pangkor , vagary pangkor , flamingo hotel penang , review


16 Januari 2023

-Flamingo Penang


29 Januari 2023

-Alun Retreat, Pangkor Perak


30 Januari 2023

-Vagary Pangkor Perak


InsyaAllah entri akan datang CCL akan cerita serba sedikit rentetan percutian untuk pembaca blog CCL , sekadar perkongsian alang-alang dah pergikan . 

Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah kehadiran pokok cili besar yang tiba-tiba tumbuh atas tanah betul-betul tepi dinding rumah CCL akhirnya membuahkan hasil . Kehadiran pokok cili besar ni memang sudah diketahui , cumanya terlepas pandang . Tahu-tahu sudah mengeluarkan hasil walaupun tidak pernah disiram dan tidak pernah dibaja .  


Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah

Itu pun CCL ternampak salah satu cili besar sudah pun masak bertukar warna dari hijau kepada merah, yang lain masih lagi berwarna hijau . Walaupun pokok tidak sebesar mana tapi keluarkan hasil yang boleh dikatakan banyak juga . Sekarang masih ada 7 tangkai cili besar . Sekali tengok seakan-akan pokok cili kering .  Hahah . Semoga hidup lebih subur lagi . Niat nak pindahkan ke tempat lain takut tidak sesuai pulak . So CCL biarkan je lahh tumbuh di atas tanah tepi dinding ni . 

Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Nantikan drama Terbaru 2023 adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan pelakon utama Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.


Drama 2023, drama terbaru tv3 2023, senarai drama terbaru 2023, ku akad kau dengan bismillah , tonton online drama ku akad kau dengan bismillah , novel ku akad kau dengan bismillah, sinopsis drama ku akad kau dengan bismillah


Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: Februari 2023

Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop

Produksi: Nuansa Films & TV Production


Watak Pelakon Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah

Aliff Aziz sebagai Luth Mikail

Halim Radzi sebagai Haikal

Shah Iskandar sebagai Adam Zikri

Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar

Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah

Ayu Ayuni sebagai Alia

Jasper Supayah sebagai Najia

Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim

Jasmine Suraya sebagai Maira

Hilal Azman sebagai Pak Ngah Zahid


Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.


Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.


Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.


“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail


“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah


Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Dapat Hamper & 3 Kotak Limau Mandarin Sempena Chinese New Year

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Dapat Hamper Sempena Chinese New Year Setaip tahun , tiap kali Chinese New Year menjelma . memang wajib wajida dapat satu hamper . Thank you Uncle Ah Keong bagi hamper sempena Chinese New Year 2023 . Hamper makanan, besar pulak tu ada minuman berkarbonat , kekacang , keropok dan biskut . 


limau mandarin,hadiah sempena CNY,limau mandarin tahan lama,hamper CNY,hamper murah CNY,tips limau mandarin tak masam,hamper chinese new year,CERITA CCL,

Bukan sekadar hamper je tau , Uncle Ah Keong bagi 3 kotak limau mandarin untuk kami sekeluarga . wah tambah vitamin C lah bulan ni yer , tiap hari makan buah limau 

Beli Cheongsam ? Nak Pakai Ke Tidak ?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Cheongsam ? Nak Pakai Ke Tidak ? Seperti entri yang lepas-lepas CCL ada cerita yang tersinggah Queensbay Mall , Penang  . sempena Chinese New Year pulak tue kan , tengok beberapa outlet baju semuanya cantik - cantik . kebanyakkan more to untuk chinese . Raya diorangkan, kasi rancak laa . CCL pun terpegang la sehelai baju Cheongsam ni . Cantik design bunga kecik-kecik . warna usah dikatalah semestinya merah bawa ong githu .

 

chinese new year , baju cheongsam , design baju cheongsam , beli baju cheongsam merah ,

CCL beli ker cheongsam tu ? ehh ! tidak lah alang-alang berkenan dengan design tu, pegang dan lihat-lihat sekadar cuci mata aja .. 

Deko Chinese New Year Di QueensBay Mall Penang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Deko Chinese New Year Di QueensBay, Penang Minggu lepas laang-alang dah ada cuti suami bawa pergi jalan-jalan area Penang , dalam bersesak dengan kesesakan jalan raja jugak sempat juga singgah salah satyu mall yang terkemuka di sana Queensbay Mall , Penang . Dalam mall nak kata bersesak dengan orang ramai tidak lah juga , tapi rata-rata banyak Chinese yang tengah shopping barang-barang semperna Chinese New Year . 

Pergi Queensbay,Penang shopping apa ? macam biasa kalau dapat jejalan cuti mata pun dah seronok . hanya masuk outlet itu dan ini , jamu mata itu dan ini akhirnya tak beli apa-apa . sebab niat hanya pergi telefon saja dah alang-alang ke sana kan . 

Semasa di Queensbay Mall, Penang sempat juga tengok decoration yang diorang buat sempena Chinese New Year . Cantik juga . CCL apa lagi turun bawah terus serbu ruang tengah Queensbay Mall ..hahaha  minta suami snap beberapa keping gambar . 


Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,

Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,

Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,


Doa Masuk Bulan Rejab

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Doa Masuk Bulan Rejab Sedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab.Kurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.


Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

doa masuk bulan rejab , doa bulan rejab , bulan rejab , amalan bulan rejab , amalan sunat bulan rejab , doa istifar bulan rejab , kelebihan bulan rejab


Doa yang hangpa boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ


Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]

Tudung Bawal Minaz Untuk Internship


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tudung Bawal Minaz Untuk Internship Betul lah ayat yang kita sering dengar ataupun baca di mana-mana "setiap pertemuan pasti ada perpisahan"  . Memang betul-betul terjadi . Nak tak nak kena redha lah kan ..6 Januari 2023, beberapa hari lepas merupakan hari last untuk intership di office CCL . Setelah empat bulan macam tue, seledai sudah intership beliau . So kembali kepada asal . 

Gembira , tertawa, sedih semua ada . Dalam tempoh empat bulan masing-nasing dah serasi, gelak ketawa, mengusik sana sini . Riuh..hahhh bila dah habis intership agak sunyi la sikit . So memandangkan hari tersebut merupakan hari last dia untuk dia . CCL decide untuk beli hadiah tanda penghargaan beliau selama empat bulan internship di sini . 

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz

Tudung bawal Minaz 
CCL memilih untuk hadiahkan dia dua helai tudung bawal Minaz . CCL suka hadiahkan orang barang yang boleh dipakai lama, tak kisahlah tudung, baju or barang-barang yang boleh tahan jangka waktu yang lama berbanding makanan  . Sebabnya kalau hadiahkan tudung, baju, jam or barang-barang lain if beliau pakai confirm-confirm akan ingat ohh barang ini pemberian dari sesiapa-sesiapa kan . Begitu juga rakan-rakan blogger yang pernah hadiahkan barang-barang . Amat hargai sangat . At least kalau kita guna auto teringat siapa yang bagi kan .. 


Ok berbalik pada tudung bawal Minaz CCL memilih design flora .   Kalau disebut flora of course laa ada bunga-bunga . Warna pun kedua-dua helai tudung CCL memilih warna-warna soft . 

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz
Tudung bawal Minaz ini code Madeena Lime . Warna memang betul-betul soft . Cantik gabungan warna .

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz
Tudung bawal Minaz code Madeena Lilac sand . Gabungan warna lilac dan warna sand sangat cantik . 

Ok bagi material tudung bawal Minaz ini memang sangat selesa iaitu menggunakan material dari Cotton Voile . Bidang tudung adalah 45cm . Bidang besar juga . Setiap pembelian tudung hadir dengan packaging ziplock dari Minaz dan signature ekslusif dari Minaz . 


Eh ! Bagi tudung bawal pun nak menunjuk, perlu ke update di dalam blog  ? Hah kalau orang hatinya busuk mesti terlintas dari isi hati macam tu . Tapi sebenarnya bukan nak menunjuk , sekadar berkongsi kenangan kenangan indah bersamanya dan lagi satu CCL kongsi mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan nak beli tudung bawal Minaz , design yang sama CCL beli terbekenan kan.Memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan hari-hari teristimewa . 

 Hangpa yang mana berkenan corak-corak di atas boleh la terjah mana-mana seller yang jual tudung Minaz  . CCL macam biasa beli di shopee