Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Coconut Shake Gula MelakaAssalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Bandung LaiciBahan-bahan Bandung Laici
-1 tin laici
-sirap ros
-ais kiub
-susu cair
Cara penyediaan Bandung Laici
1.Masukkan 1 tin laici serta satu tin susu cair dan blender halus lalu masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam jug yang diisi dengan ais kiub .
2.Tuangkan sedikit sirap ros kacau sehingga sebati .
Siap untuk diminum .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Orange Juice SodaBahan-bahan Oren Jus Soda
-Air oren jus
-Air soda bikarbonat
-daun pudina
-lemon
-ais kiub
Cara penyediaan Oren Jus Soda
1.Masukkan ais kiub ke dalam cawan , masukkan separuh cawan air oren jus dan separuh lagi air soda bikarbonat . Kacau sebati masukkan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina .
Sedia untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Khairulaming : Teh Bunga Longan
Bahan-bahan Teh Bunga Longan
-1 kotak teh bunga
-1 tin longan
-limau nipis
-asam boi
Ais kiub
Cara Penyediaan Teh Bunga Longan
1.Masukkan ais kiub , masukkan air teh bunga, boleh beli dalam kotak atau pun dalam tin . Perahkan sedikit limau nipis
2.Masukkan beberapa hiris limau nipis dan juga asam boi serta masukkan 1 tin longan kacau biar sebati .
Siap untuk dihidangkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Sahur Khairulaming : Telur Mata Goreng Cili Padi
Bahan-bahan
-telur
-cili padi hijau
-cili padi merah
-bawang merah
-bawang putih
-serai
-minyak
-garam
-gula
-serbuk perasa
-sos tiram
-sos ikan
-kicap manis
Cara Penyediaan Menu Sahur Khairulaming Telur Goreng Mata Cili Padi
1.Gorengkan beberapa biji telur mata dalam kuantiti minyak yang banyak supaya telur mata tu crispy bahagian bawah .
2. Hiriskan atau chopper bahan-bahan untuk tumis iaitu bawang merah , bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah tumis sampai naik bau , kemudian masukkan satu batang serai .
3.Masukkan 1 sudu besar sos tiram , sos ikan dan setengah sudu kicap manis tumis bersama bahan-bahan tadi sehingga naik bau dan masukkan gula , garam dan serbuk perasa .
Siap dihidangkan bersama telur mata yang sudah digoreng tadi . Selamat mencuba
Assalamualaikum & salam sejahtera
Lirik Lagu Genggam Aliff Aziz (OST Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah)
Verse:
Ternyata hati tak bisa berdusta
Sulit kulupakan kenangan kita
Rindu yang meragut separuh nyawa
Andainya kau rasa
Prechorus:
Jika bisa Undur Waktu
mungkin semua berbeda
Chorus:
Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua
Bridge:
Berharap Kau Kan tahu
Tidak Sekali Pun ku Membenci dirimu
Apakah kau turut merasakan
bahwa aku merindu...
Genggam Erat Jiwaku
genggam sampai engkau merasakan
disaat ku terluka
Mampukah Aku
Bertahan Tanpa dirimu sayang
Cukup sekali Aku merasa
Takkan Kali kedua
Composer: Amzar Razqa, Amsyar Razqa, Mekar, Syafiq Vai
Lyrics: Aliff Aziz, Amzar Razqa, Suffren Ghafar
Produced by: Amzar Razqa
Mix and Mastering Engineer: Zynakal
Lyrics: Aliff Aziz, Amzar Razqa, Suffren Ghafar
Produced by: Amzar Razqa
Mix and Mastering Engineer: Zynakal
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bucket List Travel January 2023 Permulaan tahun baru, bulan of course laa masing-masing ada goals yang tersendiri kan . Yes !! Goals CCL untuk tahun ni salah satunya ialah setiap bulan nak pergi travel ke mana-mana sahaja . Mungkin nak travel ke luar negara itu hanya angan-angan dulu . Kalau tercapai sekalipun kena perlukan tour guide . Luar negara kan . So dapat pusing-pusing satu Malaysia ni pun dah bersyukur alhamdulillah . Sebenarnya travel dalam negeri pun best. Tempat-tempat menarik pun banyak , tempat hidden gems, tempat healing cuma kena pandai teroka .
So dah masuk bulan Februari , pejam celik eh dah berlabuh tirai bulan Januari . Bucket list travel january 2023 pun sudah selesai .Walaupun tak jauh tapi happy kemain haaa dapat healing-healing dengan suami . Kerja keras dalam sebulan kena ambik masa pergi bercuti buang segala stress dan bebanan kerja dalam kepala otak .
Alhamdulillah untuk Januari , Allah bagi rezeki lebih dapat la jejak kaki ke dua negeri iaitu negeri semenanjung utara jugak ya . Penang dan Perak . Seperti yang CCL katakan tak perlu tempat jauh-jauh untuk bercuti asalkan happy dan kena dengan bajet .
16 Januari 2023
-Flamingo Penang
29 Januari 2023
-Alun Retreat, Pangkor Perak
30 Januari 2023
-Vagary Pangkor Perak
InsyaAllah entri akan datang CCL akan cerita serba sedikit rentetan percutian untuk pembaca blog CCL , sekadar perkongsian alang-alang dah pergikan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah kehadiran pokok cili besar yang tiba-tiba tumbuh atas tanah betul-betul tepi dinding rumah CCL akhirnya membuahkan hasil . Kehadiran pokok cili besar ni memang sudah diketahui , cumanya terlepas pandang . Tahu-tahu sudah mengeluarkan hasil walaupun tidak pernah disiram dan tidak pernah dibaja .
Itu pun CCL ternampak salah satu cili besar sudah pun masak bertukar warna dari hijau kepada merah, yang lain masih lagi berwarna hijau . Walaupun pokok tidak sebesar mana tapi keluarkan hasil yang boleh dikatakan banyak juga . Sekarang masih ada 7 tangkai cili besar . Sekali tengok seakan-akan pokok cili kering . Hahah . Semoga hidup lebih subur lagi . Niat nak pindahkan ke tempat lain takut tidak sesuai pulak . So CCL biarkan je lahh tumbuh di atas tanah tepi dinding ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Nantikan drama Terbaru 2023 adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan pelakon utama Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: Februari 2023
Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Films & TV Production
Watak Pelakon Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Halim Radzi sebagai Haikal
Shah Iskandar sebagai Adam Zikri
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Ayu Ayuni sebagai Alia
Jasper Supayah sebagai Najia
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Jasmine Suraya sebagai Maira
Hilal Azman sebagai Pak Ngah Zahid
Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.
Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.
Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.
“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah
Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dapat Hamper Sempena Chinese New Year Setaip tahun , tiap kali Chinese New Year menjelma . memang wajib wajida dapat satu hamper . Thank you Uncle Ah Keong bagi hamper sempena Chinese New Year 2023 . Hamper makanan, besar pulak tu ada minuman berkarbonat , kekacang , keropok dan biskut .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Cheongsam ? Nak Pakai Ke Tidak ? Seperti entri yang lepas-lepas CCL ada cerita yang tersinggah Queensbay Mall , Penang . sempena Chinese New Year pulak tue kan , tengok beberapa outlet baju semuanya cantik - cantik . kebanyakkan more to untuk chinese . Raya diorangkan, kasi rancak laa . CCL pun terpegang la sehelai baju Cheongsam ni . Cantik design bunga kecik-kecik . warna usah dikatalah semestinya merah bawa ong githu .
CCL beli ker cheongsam tu ? ehh ! tidak lah alang-alang berkenan dengan design tu, pegang dan lihat-lihat sekadar cuci mata aja ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Deko Chinese New Year Di QueensBay, Penang Minggu lepas laang-alang dah ada cuti suami bawa pergi jalan-jalan area Penang , dalam bersesak dengan kesesakan jalan raja jugak sempat juga singgah salah satyu mall yang terkemuka di sana Queensbay Mall , Penang . Dalam mall nak kata bersesak dengan orang ramai tidak lah juga , tapi rata-rata banyak Chinese yang tengah shopping barang-barang semperna Chinese New Year .
Pergi Queensbay,Penang shopping apa ? macam biasa kalau dapat jejalan cuti mata pun dah seronok . hanya masuk outlet itu dan ini , jamu mata itu dan ini akhirnya tak beli apa-apa . sebab niat hanya pergi telefon saja dah alang-alang ke sana kan .
Semasa di Queensbay Mall, Penang sempat juga tengok decoration yang diorang buat sempena Chinese New Year . Cantik juga . CCL apa lagi turun bawah terus serbu ruang tengah Queensbay Mall ..hahaha minta suami snap beberapa keping gambar .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doa Masuk Bulan Rejab Sedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab.Kurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.
Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Doa yang hangpa boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tudung Bawal Minaz Untuk Internship Betul lah ayat yang kita sering dengar ataupun baca di mana-mana "setiap pertemuan pasti ada perpisahan" . Memang betul-betul terjadi . Nak tak nak kena redha lah kan ..6 Januari 2023, beberapa hari lepas merupakan hari last untuk intership di office CCL . Setelah empat bulan macam tue, seledai sudah intership beliau . So kembali kepada asal .
Gembira , tertawa, sedih semua ada . Dalam tempoh empat bulan masing-nasing dah serasi, gelak ketawa, mengusik sana sini . Riuh..hahhh bila dah habis intership agak sunyi la sikit . So memandangkan hari tersebut merupakan hari last dia untuk dia . CCL decide untuk beli hadiah tanda penghargaan beliau selama empat bulan internship di sini .
Tudung bawal Minaz
CCL memilih untuk hadiahkan dia dua helai tudung bawal Minaz . CCL suka hadiahkan orang barang yang boleh dipakai lama, tak kisahlah tudung, baju or barang-barang yang boleh tahan jangka waktu yang lama berbanding makanan . Sebabnya kalau hadiahkan tudung, baju, jam or barang-barang lain if beliau pakai confirm-confirm akan ingat ohh barang ini pemberian dari sesiapa-sesiapa kan . Begitu juga rakan-rakan blogger yang pernah hadiahkan barang-barang . Amat hargai sangat . At least kalau kita guna auto teringat siapa yang bagi kan ..
Ok berbalik pada tudung bawal Minaz CCL memilih design flora . Kalau disebut flora of course laa ada bunga-bunga . Warna pun kedua-dua helai tudung CCL memilih warna-warna soft .
Tudung bawal Minaz ini code Madeena Lime . Warna memang betul-betul soft . Cantik gabungan warna .
Tudung bawal Minaz code Madeena Lilac sand . Gabungan warna lilac dan warna sand sangat cantik .
Ok bagi material tudung bawal Minaz ini memang sangat selesa iaitu menggunakan material dari Cotton Voile . Bidang tudung adalah 45cm . Bidang besar juga . Setiap pembelian tudung hadir dengan packaging ziplock dari Minaz dan signature ekslusif dari Minaz .
Eh ! Bagi tudung bawal pun nak menunjuk, perlu ke update di dalam blog ? Hah kalau orang hatinya busuk mesti terlintas dari isi hati macam tu . Tapi sebenarnya bukan nak menunjuk , sekadar berkongsi kenangan kenangan indah bersamanya dan lagi satu CCL kongsi mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan nak beli tudung bawal Minaz , design yang sama CCL beli terbekenan kan.Memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan hari-hari teristimewa .
Hangpa yang mana berkenan corak-corak di atas boleh la terjah mana-mana seller yang jual tudung Minaz . CCL macam biasa beli di shopee
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Kalender Meja Untuk Tahun 2023. Design Minimalist Dan Murah Dah masuk tahun baru kan of course laa setiap orang memerlukan kalender baru , tak kiralah kalender yang boleh gantung pada dinding , kalender yang boleh diletakkan pada atas meja dan sebagainya .
Tahun ini company tak bagi kalender meja so cukup susah sikit la nak remarks apa-apa meeting or event yang ada pada tarikh sekian-sekian . So CCL beli dalam shopee . Mujur ada juga yang jual mengikut 1 unit. Design pun simple-simple asalkan dia punya template pun sangat best .
CCl memang memerlukan template kalender yang macam ni. Cukup senang nak remarks segala birthday rakan-rakan , segala event dan meeting yang ada supaya CCL sendiri tidak lupa . Mudah bukan . Ruangan kotak pun besar . Sangat mudah untuk menulis . Material untuk kalender ni pun sangat best . Permukaan bahagian cover kalender diorang menggunakan kertas A4 yang tebal juga dan ada effect glossy sikit manakala bahagian dalam ketebalannya hampir sama cuma tiada effect glossy so lebih mudah untuk menulis apa-apa kan .
Monthly goal 2023 pun ada ..so apa-apa yang hangpa target untuk nak pada bulan tersebut boleh la tulis di bahagian monthly goal . Mudah-mudahan tercapai target yang hangpa nak untuk setiap bulan . Aamiin .
Kat mana beli kalender design simple dan murah ni ? Terjah shopee insight.mar https://shp.ee/uwy68ue
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Annual Dinner 2022 . Tema Black & Pink Alhamdulillah pada 6 Januari 2023 beberapa hari yang lalu telah berlangsungnya annual dinner bagi tahun 2022 . Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar bermula 8 malam hingga 12 tengah malam . Tahun Ini juga CCL berkesempatan untuk turut hadir ke dalam dewan untuk meraikan majlis makan malam tersebut . Seperti yang hangpa baca tajuk di atas begitulah tema pada malam tersebut .
Tema Black Pink ? Ada artis Korea datang ?
Setelah beberapa kali masuk meeting berkenaan annual dinner , nak tentukan tarikh, nak tentukan menu, acara apa yang nak dipersembahkan serta tema apa untuk tahun 2022 so masing-masing decide dengan tema Pink . Auchhh tak dapat bayangkan kaum-kaum lelaki semestinya tidak bersetuju dengan tema tersebut . Seperti yang dikatakan ada yang setuju dan ada yang tidak setuju . So decide punya decide , maka terjadilah tema Black & Pink pada malam tersebut . Nak dressing all black mahupun all pink pun boleh ataupun nak dressing black & pink pun ok jugak asalkan mengikut tema pada malam tersebut . Ada juga kaum lelaki yang memakai baju soft pink pada malam tersebut . Nampak segak bergaya kesemuanya .
Makan apa malam Annual Dinner ?
Hah, untuk tahun ini makan berhidang yer . No buffet !! So tahun ini bertemakan shellout . Kemain seronok laa penggemar-penggemar makanan laut . ,tapi kesian jugak pada yang allegik seafood . CCL alhamdulillah sementara waktu ni Allah bagi nikmat untuk makan segala jenis makanan laut . Alhamdulillah . Syukur . Bagi yang allegik seafood ada juga terselit makanan tambahan seperti laksa dan juga spaghetti . So makan sampai kenyang .
Acara wajib pada malam Annual Dinner
Yeahh kalau tak ada apa-apa acara semestinya annual dinner malam tersebut agak sendu bukan . So diselitkan antara aktiviti wajib setiap kali annual dinner adalah persembahan nyanyian daripada rakan-rakan sekerja CCL ..layan jerr sambil makan .
Acara seterusnya adalah ada dua acara permainan iaitu music chair yang dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan serta acara teka anggota badan siapa dan perlu sebutkan nama orang tersebut biarpun acara sedikit tetapi tetap meriah .
Menariknya tahun ini setiap department diberi tugas untuk membuat satu video Tiktok dan video tersebut akan dipersembahkan pada malam annual dinner . Alhamdulillah setiap department memberikan kerjasama yang amat bagus . Menarik juga video-video tiktok yang diorang sampaikan .
Nak tahu hadiah apa yang CCL dapat pada malam tersebut ? Next entri ok . Stay tune .
Thank you pada yang baca . Love uollss
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wordless Wednesday : Jenis Febreze With Ambi Pur Dapat Hilangkan Bau Hapak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Tahun Baru 2023 Dari CCL 'ala kulli hal , untuk segala-segalanya yang berlaku dalam hidup sepanjang tahun 2022 . biarpun baik mahupun buruk semuanya itu ujian dari Allah swt . Kita merancang tetapi perancangan Allah lagi hebat dari hambanya
Hari ni hari yang ke sembilan untuk tahun baru 2023 , baru berkesempatan sapu habuk di blog ni haa .. setelah sebulan lebih tak sempat nak hadpate blog disebabkan kekangan dengan kerja-kerja . semoga kawan-kawan blogger tak lupa CCL .hahahah .
Dikesempatan ini CCL ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua pembaca blog CCL & rakan maya CCL . Semoga tahun ini tahun yang lebih sukses untuk kita semua hadapi ranjau dan cabaran hidup yang akan datang .
QOUTES
New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .
ABOUT ME




























