Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz Aplikasi GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile. Ia juga mudah diakses dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan kewangan digital. Ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan negeri yang menyokong termasuklah Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. Dengan ini, pembayaran boleh dibuat dengan mudah, pantas dan di mana-mana sahaja menerusi satu aplikasi. 


INFO, BAYAR ZAKAT FITRAH ,APLIKASI BAYAR ZAKAT FITRAH, BAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI APLIKASI GOPAYZ , APLIKASI GOPAYZ ,BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE,


5 Langkah Mudah Pembayaran Zakat Fitrah melalui Aplikasi GoPayz


Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz

Langkah 2: Klik pada “Islamik Services”, kemudian diikuti dengan pemilihan pusat zakat

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti tahun, jenis beras dan kapasiti bayaran

Langkah 4: Lengkapkan alamat penuh, nombor telefon & emel

Langkah 5: Lafaz niat bayar zakat seperti yang tertera & teruskan bayaran



Status Kuarantin Bagi Positif Covid-19 Bermula 1 Mei 2022

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Status Kuarantin Bagi Positif Covid-19 Bermula 1 Mei 2022 Mulai 1 Mei, Kes Positif Covid-19 Boleh Dilepaskan Dari Kuarantin Awal Jika Negatif Pada Hari Ke-4

Bersama-sama perubahan sejumlah SOP bermula 1 Mei 2022, kini Kementerian Kesihatan turut mengumumkan perubahan pada bagaimana kuarantin untuk kes positif Covid-19 dilaksanakan.

Kes positif Covid-19 wajib untuk kuarantin selama 7 hari. Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan ujian Covid-19 negatif pada hari ke-4, maka mereka boleh dibebaskan lebih awal.


Tiada ujian lanjut juga perlu dilakukan oleh mereka yang positif Covid-19 selepas hari ke-7.


Baca juga : Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022


Baca juga : Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022



Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan sebentar tadi pemakaian pelitup muka di tempat terbuka dan keperluan Imbasan kod MySejahtera tidak lagi diwajibkan di Malaysia bermula 1 Mei. Selain itu, individu dengan status vaksinasi yang tidak lengkap tidak lagi akan dihalang dari memasuki sebarang premis. Pemilik premis hanya perlu memastikan status negatif Covid-19 sahaja.



Pemakaian pelitup muka masih lagi mandatori di tempat tertutup dan pengangkutan awam termasuk kenderaan seru pandu. Pelepasan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dibenarkan di tempat makan, ketika bersenam, dan mereka yang melakukan persembahan misalnya. Individu yang berisiko tinggi, bergejala dan berisiko masih lagi disarankan untuk memakai pelitup muka.


Baca juga : Daftar MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022


Langkah yang diambil adalah selari dengan yang telah dilakukan di Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jumlah kes baharu yang semakin berkurangan dan persediaan ke fasa endemik adalah sebab utama mengapa SOP telah dikemaskini hari ini.

Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022 Kerajaan kini mengumumkan daftar masuk ke premis menggunakan imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan untuk memasuki premis atau kawasan awam bermula 1 Mei 2022 kelak.Pada masa yang sama, orang ramai turut boleh memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi masing-masing.


INFO , MYSEJAHTERA ,APLIKASI MYSEJAHTERA, DAFTAR MASUK MYSEJAHTERA DIMANSUHKAN , DAFTAR MASUK MYSEJAHTERA TIDAK DIPERLUKAN BERMULA 1 MEI , SOP COVID19 1 MEI 2022 , SOP TERBARU COVID19 ,CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA,KEMASKINI VERIFIED MYSEJAHTERA,

Walaubagaimanapun, mereka yang positif Covid-19, berstatus “Risiko Tinggi” dan berada dalam HSO dilarang daripada memasuki premis.


Baca juga : Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022


Kerajaan turut menyatakan aplikasi dan beberapa ciri-ciri MySejahtera akan ditambah-baik lagi. Orang ramai juga diminta mengaktifkan ciri MySJ Trace dalam memudahkan penjejakan kontak sekiranya berlaku sebarang penularan.




Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer Berbuka hari ini rasa nak buat manisan Puding Roti. Tapi tak nak bakar, nak cuba guna air fryer. Hah air fryer, macam mana pula tu? Boleh ke? Menjadi ke?Korek punya korek, Khairul Aming ada  kongsi satu resepi mudah puding roti tak guna oven tapi guna air fryer.


Nah… resepinya.


RESEPI , PUDING ROTI, RESEPI PUDING ROTI TANPA OVEN, RESEPI PUDING ROTI , RESEPI PUDUNG ROTI GUNA AIR FRYER , PUDING ROTI TANPA OVEN ,RESEPI KHAIRUL AMING, BAKAR PUDING ROTI TANPA OVEN , RESEPI PUDING ROTI SUKATAN CAWAN


Bahan-bahan

-2 cawan fresh milk 

-2sudu butter 

-⅓ cawan gula 

-1sudu kecil esen vanila 

-2biji telur  

-serbuk cinnamon 

-sedikit garam 

-roti gardenia 



Cara Penyediaan Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer


1.Gaul semua bahan dan barulah hidupkan api , kacau-kacau sehingga sebati  dan boleh padamkan api . 


2.Ambil roti gardenia dan potong kepada beberapa bahagian menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi . Gaul sehingga ia serap ke dalam roti dan mengembang dalam 20 minit , kemudian barulah masukkan dalam aluminium cup,nak lagi sedap boleh taburkan sedikit kismis . 


3.Kemudian bakar dalam air fryer dan bakar dalam suhu 180c selama 10 minit  . 


4.Dah siap bakar boleh letakkan 1 scoop ais vanilla dan drizzle sedikit dengan coklat sos dan boleh dihidangkan .





Lagu Raya 2022 : Kita Rai Kita Raya Nyanyian Youtuber Alieff Irfan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Lagu Raya 2022 : Kita Rai Kita Raya Nyanyian Youtuber Alieff Irfan




Di syawal yang mulia

Akhirnya berkumpul jua 

Setelah lama tak jumpa

Yang jauh dimata

Hantarlah khabar berita 

Sejuk hati keluarga 

Meriahnya suasana syawal mulia 

Tiba jua


Kita rai 

Hari raya bermaafan semua 

Hari murni hari raya 

Ikhlas kan jiwa raga 

Hari mulia dan ceria 

Bahagia gembira 

Hari raya masa kita 

Meraikan bersama 


Ohh Balik kampung 

Ohh rakan btandang 

Ohh balik kampung 

Ohh hati lapang 





Lirik Lagu Gatal Versi Raya Nyanyian Janna Nick

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Lirik Lagu Gatal Versi Raya Nyanyian Janna Nick Sekarang ni kalau,buka je mana-mana radio kebanyakkan lagu raya yang akan berkumandang , tak kisahlah lagi raya versi lama mahupun versi baru .. Mood rayalah katakan .Tengah semangat buat kerja tadi , telinga ni tertangkap satu bunyi alunan muzik yang bagi CCL sedap juga la didengar . Bila difokuskan alunan muzik tersebut barulah perasan rupa-rupanya lagu raya yang berkumandang itu nyanyian oleh Janna Nick . Tajuk lagu Gatal yang pernah menjadi kontroversi haritu diberikan alunan lirik baru Gatal versi Raya . 



GATAL RAYA , GATAL RAYA JANNA NICK , LAGU GATAL VERSI RAYA JANNA NICK , JANNA NICK , LAGU RAYA 2022 , LAGU RAYA , LIRIK LAGI GATAL VERSI RAYA , LIFIK LAGU GATAL NYANYIAN JANNA NICK , LAGU RAYA JANNA NICK


Bukannya 1, bukannya 2, tetapi 3! Begitulah rancaknya penangan single ‘Gatal’ nyanyian bintang popular tanah air, Janna Nick yang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian penduduk global, single tersebut kemudiannya diadun semula oleh seorang DJ antarabangsa terkenal dari Denmark dengan ‘Gatal (SMYLES Remix)’dan yang terbaharu, ‘Gatal Raya’ pula diilhamkan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, terbitan label terkenal negara, Warner Music Malaysia.


Tajuk lagu : GATAL RAYA


Artis : Janna Nick

Penulis Lirik : Aepul Roza

Komposer : Aepul Roza

Terbitan : Warner Music Malaysia




(Chorus)


Hari Raya Raya Raya

Hari untuk kita gembira

Sebulan puasa  

Tiba masa meraikannya


(Verse 1)

Lupa, sesekali jangan pernah lupa

Dalam gembira kita menyambut Raya

Maaf bermaafan bersama

Semoga terhapus semua sengketa  


(Verse 2)

Indah, semua berpakaian serba indah

Tawa bahagia di samping keluarga

Lama, yang lama tak berjumpa  

Teruja hatiku bila bersua

Takbir bergema, membawa rasa

Bersyukur kepada-Nya



Senarai Lebuhraya Yang Menawarkan Tol Percuma & Diskaun Sempena Aidilfitri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Senarai Lebuhraya Yang Menawarkan Tol Percuma & Diskaun Sempena Aidilfitri Selepas dua tahun beraya secara berjauhan, ramai yang merancang untuk balik kampung pada tahun ini. Selari dengannya, kini kerajaan turut membuat kejutan, dan mengumumkan penawaran tol percuma dan juga diskaun tol untuk pulang beraya.



INFO , TOL PERCUMA , PLAZA TOL PERCUMA , SENARAI PLAZA TOL PERCUMA , TOL PERCUMA , SENARAI LEBUHRAYA TOL PERCUMA , LEBUHRAYA TOL PERCUMA SEMPENA HARI RAYA , SENARAI LEBUHRAYA DISKAUN 30%, SENARAI LEBUHRAYA DISKAUN 50%, PLUS



Tol percuma diberikan melibatkan PLUS dan juga LPT dari 12 tengah malam, 30 April 2022 sehingga 11.59 malam 1 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.Disamping itu, tol percuma turut diberikan untuk pulang kembali selepas beraya – di PLUS dan juga LPT, bermula 12 tengah malam 7 Mei 2022 hingga 11.59 malam 8 Mei 2022 untuk semua kelas kenderaan.Sementara itu, tawaran diskaun tol atara 30% ke 50% akan diberikan pada lebuhraya yang lain.



Senarai lebuhraya yang menawarkan tol percuma

-Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

-Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

-Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

-Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

-Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

-Jambatan Pulau Pinang (JPP)

-Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

-Lebuhraya KL – Karak (KLK)



Senarai Lebuhraya Diskaun 50%

-Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

-Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

-Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)

-Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

-Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

-Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

-Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

-Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)


Senarai Lebuhraya Diskaun 30%

-Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)

-Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

-Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)

-Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

-Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)

-Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).

-Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah -(JPP2)

-Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

-Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)

-Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

-Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

-Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

-Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)



Cendawan Enoki Goreng Tepung Resepi Khairul Aming

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Cendawan Enoki Goreng Tepung Resepi Khairul Aming Buat penggemar cendawan, semestinya korang cendawan enoki . Biasanya kalau korang pergi makan steamboat mesti akan tersedia cendawan enoki yang halus-halus . Selain dimakan bersama steamboat cendawan enoki juga boleh dibuat kudapan . Pernah makan cendawan enoki celup tepung ? 



RESEPI , CENDAWAN ENOKI ,RESEPI KHAIRUL AMING, CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG, CENDAWAN ENOKI CELUP TEPUNG , CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG BESTARI, CENDAWAN ENOKI ALA KOREA , RESEPI CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG


Resepinya memang sangat-sangat mudah 


Bahan-bahan Cendawan Enoki goreng tepung 

-cendawan enoki 

-minyak masak 

-air 

-sos cili / sos thai 

-rumpai laut 

-tepung gandum


Cara penyediaan Cendawan Enoki goreng tepung


1.Masukkan tepung gandum dan air untuk jadikan ia gam.


2.Lepastu ambil cendawan enoki , kemudian potongkan akarnya, pecah-pecahkan menjadi saiz yang sederhana kecil.


3.Then ambil rumpai laut kemudian balutkan bahagian ujung cendawan enoki dengan rumpai laut dan gamkan ia dengan bancuhan tepung gandum tadi. 


4. Masukkan tepung bestari  bersama air gaul sehingga sebati dan salutkan dengan cendawan enoki .


5. Goreng sekejap sahaja ke dalam minyak yang panas , dah siap boleh dihidangkan bersama sos pencicah  . 


Selamat mencuba . 


Sardin Telur Pecah Resepi Khairul Aming

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Sardin Telur Pecah Resepi Khairul Aming Kalau tekak rasa nak makan sardin, semestinya korang akan masak sardin sambal tumis bukan? Kadang-kadang mesti rasa bosan so disebabkan nak buat sedikit kelainan untuk makan ikan sardin sambal tumis ini. Jangan risau, pernah dengar sardin telur yang viral baru-baru ini? Hidangannya lain sedikit dari yang biasa kita buat tapi rasanya memang sedap.



RESEPI, SARDIN TELUR PECAH , RESEPI SARDIN VIRAL , RESEPI SARDIN TELUR PECAH ,RESEPI KHAIRUL AMING, RESEPI MUDAH SARDIN TELUR PECAH ,RESEPI RINGKAS KHAIRUL AMING,



Bahan-bahan sardin telur pecah 

-satu tin sardin 

-3biji telur ayam 

-1 sudu besar kicap manis 

-bawang merah 

-bawang putih 

-bawang besar 

-air 

-minyak masak 

-daun ketumbar 

-perahan air limau nipis 

-gula

-garam 

-cili padi 



Cara penyediaan sardin telur pecah 


1.Menggunakan satu tin sardin , korang asingkan ikan sardin dan juga kuah sardin . Kemudian korang gorengkan ikan sardin tersebut ke dalam kuali yang mempunyai sedikit minyak masak sehingga garing dan boleh alihkan ikan tersebut ke dalam pinggan 


2.Masukkan hirisan bawang merah dan juga bawang putih, goreng sehingga naik baru , and then masukkan sos tomato yang ada dalam tin sardin tadi dan letakkan sedikit air .


3.Masukkan sos kicap manis , gula dan sedikit garam , gaul rata dan masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi dan leraikan sardin tersebut . 


4.Kemudian masukkan telur ayam , ke dalam masakan dan pecah-pecahkan sedikit telur tersebut  sehingga ia bergabung dengan sardin .


5. Masukkan hirisan bawang besar , cili padi dan daun ketumbar , tidak lupa juga masukkan sedikit perahan limau nipis .


Siap untuk dihidangkan . 



Wordless Wednesday : Senarai Buffet Ramadhan Di Alor Setar 2022


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Wordless Wednesday : Senarai Buffet Ramadhan Di Alor Setar 2022


1.The Jerai Hotel , Alor Setar 

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,



2. Hotel Seri Malaysia , Alor Setar 

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,

3. Grand Alora Hotel , Alor Setar 

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,

4. Starcity Hotel , Alor Setar

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,

5. Raia Hotel & Convention Centre , Alor Setar

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,

6. Starsky Menara Alor Setar

INF0 , BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR 2022 , SENARAI BUFFET RAMADHAN DI ALOR SETAR ,

 

7. Hotel Grand Crystal , Alor Setar





16 Ramadan : Berbuka Puasa Di Kampung

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


16 Ramadan : Berbuka Puasa Di Kampung  Alhamdulillah hari ini kita semua dapat menjalani ibadah puasa yang ke 16 Ramadan . Hari ini juga berpeluang balik kampung berbuka puasa dengan sanak saudara yang ada di kampung . Tahun lepas tak dapat nak balik kampung berbuka puasa sama-sama . Alhamdulillah tahun ini dapat juga,berkumpul. 

Berkumpul berbuka puasa tahun ini tak seperti tahun-tahun yang lepas . Tahun ini sambut puasa tanpa arwah tok dan arwah tokwan. Teringat bila arwah masih ada di muka bumi , bila dapat tahu anak cucu nak,balik kampung berbuka puasa ramai-ramai , of course diorang la yang paling happy . Mula laa nak masak pelbagai menu sehinggakan sampai tak tahu nak makan apa sedangkan banyak menu yang terhidang depan mata .

Kalau dulu buka puasa di kampung arwah tokwan wajib beli murtabak yang boleh dikatakan femes jugak la di area Kodiang ni . Lepas solat Zuhur jer arwah tokwan akan singgah untuk pesan,sesiap murtabak tersebut . Memang menjadi kegemaran arwah tokwan dan anak cucu menantu semua . Arwah tok pula , bila dapat tahu anak cucu serta menantu nak balik  semestinya menu utamanya adalah ayan kampung . Arwah tok akan minta arwah tokwan sembelihkan ayam kampung yang dibela dikampung . Memang banyak ayam kampung yang arwah tok bela. Selalunya arwah tok akan masakkan gulai ayam kampung . Itu slaah satu menu feveret menantunya iaitu ayah CCL memang sukakan gulai ayam kampung . Air asam picit juga wajib ada . 

Tetapi sangat berbeza tahun ni , tiada lagi menu murtabak yang arwah tokwan selalu beli , tiada lagi menu ayam kampung masakan arwah tok . Berbeza dan sangat berbeza . Alhamdulillah turut cekal,dan tabahkan hati untuk berbuka tanpa diorang . 


Untuk menu berbuka tadi , cukup la sekadar menu dan mengenyangkan kami sekeluarga . Ada ikan goreng ,ikan talang goreng cili bawang, udang masak kunyit , daging kurma , ayam masak kunyit, asam pedas ikan pari , kerabu pelam, ikan goreng serta sambal belacan,dan ulam . Nampak banyak menu kan , tapi semuanya di masak dalam portion yang sedikit . So tak ada isu pembaziran makanan bulan puasa ni . Sebagai pemanis mulut juga ada harumanis . Mujur dalam menu ni tiada menu-menu yang arwah tok dan arwah tokwan suka masak kalau tidak pecah juga la empangan air mata CCL mengenangkan kenangan tersebut . 

Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki yang Allah bagi . Allah bagi rezeki kekuatan kepada ku, Allah bagi rezeki dapat berkumpul dengan keluarga tercinta  serta Allah bagi rezeki nikmat makanan yang tak terhingga. Syukur Alhamdulillah. 

Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming Jom buat air milo soya cincau  masa berbuka nanti . , confirm esok akan repeat lagi  . Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar  tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam "rare" je kan resepi ni  . Walaupun cuma menggunakan bahan-bahan mudah seperti air , milo , cincau  tetapi ia tetap menyegarkan . Nak tahu macam mana tahap kesedapannya , bolehlah korang buat untuk berbuka nanti 


Resepi Air Milo Soya Cincau Yang Mudah Dan Sedap!




Bahan-bahan :

6 sudu besar serbuk Milo

Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo

1 sudu besar susu pekat manis

1/4 cawan cincau

Serbuk kopi

Air soya

Ais


Cara Penyediaan Air Milo Cincau 

1.Bancuhkan serbuk milo , serbuk kopi dengan sedikit air panas.Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.


2.Kemudian, penuhkan cawan dengan ais kiub, masukkan setengah cawan air soya dan masukkan bancuhan serbuk milo dan akhir sekali masukkan cincau yang sudah siap diparut


Siap untuk dihidangkan


Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 - Episod 35

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku 3

Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. 


Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.


DRAMA , DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 , TONTON ONLINE DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 , FULL EPISOD DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 , EPISOD PENUH DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1 - Episod 35 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 1

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 2

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 3 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 4 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 5 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 6 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 7

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 8 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 9 

7 Hari Mencintaiku 3 Episod 10

7 Hari Mencintaiku Episod 11

7 Hari Mencintaiku Episod 12

7 Hari Mencintaiku Episod 13

7 Hari Mencintaiku Episod 14

7 Hari Mencintaiku Episod 15

7 Hari Mencintaiku Episod 16

7 Hari Mencintaiku Episod 17

7 Hari Mencintaiku Episod 18

7 Hari Mencintaiku Episod 19

7 Hari Mencintaiku Episod 20

7 Hari Mencintaiku Episod 21

7 Hari Mencintaiku Episod 22

7 Hari Mencintaiku Episod 23

7 Hari Mencintaiku Episod 24

7 Hari Mencintaiku Episod 25

7 Hari Mencintaiku Episod 26

7 Hari Mencintaiku Episod 27

7 Hari Mencintaiku Episod 28

7 Hari Mencintaiku Episod 29

7 Hari Mencintaiku Episod 30

7 Hari Mencintaiku Episod 31

7 Hari Mencintaiku Episod 32

7 Hari Mencintaiku Episod 33

7 Hari Mencintaiku Episod 34

7 Hari Mencintaiku Episod 35


Tamat