TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS
Assalamualaikum da salam sejahtera
TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS “Amin amin ya Rabaljalil, Doa hamba yang sangat zalil, Kekalkan daulat serta adil Bagi perintah Jamalullail”. Haa korang pernah dengar tak ayat ni? Kalau tak pernah dengar inilah lirik negeri tanah tumpah kelahiran CCL, mana lagi kalau bukan Perlis Indera Kayangan yang amat CCL cintai.
Nak kenal siapakan yang memerintah negeri Perlis ini, sudah tentulah kerabat diraja Jamalullail. Baru-baru ini, CCL ada terbaca berita berkaitan Tuanku berdua yang telah mencemar duli untuk merasmikan bilik sensori sumbangan dari pihak RMHC.
Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Apakah Itu RMHC?
RMHC merupakan singkatan kepada Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia). RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya sekarang untuk kegunaan kanak-kanak OKU.
RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Perlis Turut Menerima Sumbangan Zakat RM100,000
Tidak hanya itu, CCL ikut terkejut apabila pihak McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan zakat dalam jumlah yang agak besar. Tidak sedikit ya, RM100,000 yang diberikan.
Acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.
Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti.
“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.
“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”
“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”
CCL sebagai anak jati Perlis mengucapkan jutaan billion trillion terima kasih, terima kasih sangat-sangat tak terhingga terhadap McDonald’s Malaysia kerana tidak meminggirkan negeri kami yang sangat kecil comel molek ini.
Tak hanya CCL, rasanya seluruh rakyat Perlis berbesar hati dengan sumbangan yang telah dihulurkan
27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera
27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS Malam-malam macam ni ada masa terluang sedikit , CCL bagi sedikit ruang untuk,entri blog. Sudah beberapa hari blog sunyi tanpa berita . Sebenarnya CCL baru sahaja habis bercuti . "short vacation" memang kalau mood bercuti tak sempat nak usha-usha blog . Nak tahu CCL bercuti di,mana tunggu next entri tau .
Ok.seperti,biasa tiap kali CCL post apa-apa entri baru, beberapa jam selepas itu CCL akan double check semula rakan-rakan blogger yang rajin singgah,ke entri blog CCL dan tinggalkan seketul, dua ketul komen. Macam biasa CCL aktifkan "comment moderation" , normal lah bila korang tinggalkan komen akan masuk dalam inbox dahulu then lepas CCL approve baru baru komen korang akan appear dalam entri tersebut .
Malam ni , setelah selesai CCL membaca komen dan approve komen korang di dalam entri blog CCL , jari CCL tertekan pada bahagian komen lagi satu iaitu bahagian "spam" , terkejut juga laa ada 27 komen dari rakan blogger tercicir ke bahagian spam . Ribuan kemaafan CCL ucapkan untuk korang ya . Terlepas pandang .
Maka terpaksa juga CCL baca dan approve sorang demi sorang . 27 tu banyak jugakan . Alahai main sembunyi-sembunyi di kotak spam pulak yer .
Alhamdulillah akhirnya komen korang yang dah terkurung ke dalam sangkar spam akhirnya bebeas ke ruangan komen . Lepas ni kena lebih alert juga la.
p/s : CCL nak adakan satu giveaway . Agak-agak ramai tak nak join 😊
JOM JOIN GIVEAWAY SYAZNI RAHIM BLOG MASUK TINGKATAN 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera
JOM JOIN GIVEAWAY SYAZNI RAHIM BLOG MASUK TINGKATAN 1
SYARAT-SYARAT
Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 adalah seperti berikut:
1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!
2. Follow Blog Syazni Rahim.
3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. Kalau tak dapat klik kanan (terutama yang menggunakan desktop), guna Snipping Tool ya!
4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)
5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway ini.
6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!
Nak join ? Boleh tekan banner giveaway di atas .
SUSU PISANG FARM FRESH MILK "RASA PISANG TAKKAN PISHANG"
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SUSU PISANG FARM FRESH MILK "RASA PISANG TAKKAN PISHANG" Kebanyakan rakyat Malaysia memang tergila-gilakan susu berperisa pisang dan banyak jenama dah mula keluarkan perisa ini.Tak ketinggalan juga jenama Farm Fresh pula muncul dengan susu pisang . Sebenarnya dah lama juga syarikat Farm Fresh keluarkan perisa susu pisang ni , dan CCL juga dah beberapa kali merasai susu pisang dari Farm Fresh Milk Malaysia . Cuma kali ini sempat berkongsi rasa di dalam blog .
Jatuh cinta dengan Susu Pisang Farm Fresh Milk ?
Walaupun banyak jenama dah keluarkan susu pisang ni , tetapi dalam banyak-banyak jenama yang ada susu pisang dari Farm Fresh Milk Malaysia tetap menjadi pilihan citarasa CCL .
Pertama kali buka penutup botol susu pisang tersebut sudah terbau-bau aroma bauan pisang . Masa mula-mula cuba susu pisang ni memang dapat rasa pisangnya yang sangat segar bukan bau dari pati pisang tapi dapat bau dari buah pisang itu sendiri .Diperbuat dengan susu lembu segar gred A susu yang dihasilkan berprotein tinggi dan kalsium serta puri pisang sebenar, dengan tambahan gula perang untuk buat susu pisang lebih umph! Dan takkan rasa macam esen . Sedap dan segar, ini barulah susu pisang ! Rasanya juga sangat sedap dan tidak terlalu manis .
Size 200ml ni kecil kiut miut je senang nak bawa ke mana sahaja. masuk dalam bag pun boleh! so boleh lah uolls rasa kenikmatan susu pisang Farm Fresh ni .
Susu Pisang Farm Fresh diperbuat daripada susu lembu segar, yang tinggi dengan sumber protein dan kalsium. Ianya boleh didapati di semua pasar raya besar, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak serta melalui ‘home dealer’. Pengguna boleh melayari untuk mencari pengedar produk susu Farm Fresh terdekat.
KITSUI WHITIE SNOW : KEJELITAAN BERMULA DARI DALAM Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KITSUI WHITIE SNOW : KEJELITAAN BERMULA DARI DALAM Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari ! Pernah tak setiap kali cuba macam-macam produk penjagaan muka untuk hilangkan jerawat dan kulit kusam tapi tak ada kesan? Kadang rasa macam nak "give-up" tau. Korang tau tak sebenarnya bukan 100% salah produk atau produk tu yang tak bagus tetapi badan kita terlalu banyak toksin yang menyebabkan darah kita menjadi kotor.Orang cakap ambiklah produk apa pun memang susah nak serap, itu yang terjadinya kurang berkesan. Jadi, kita haruslah jaga usus yer!
Tau tak rahsia untuk mendapatkan kulit cantik bermula daripada dalaman kita. Jika dalaman kita bersih automatik luaran juga akan nampak bersih dan cantik. Jadi macam mana nak dapatkan kulit yang cantik? Pertama sekali kita perlu detoks. Tujuan detoks ini adalah untuk mencuci usus dan toksin dalam darah. Bahan-bahan toksin yang diserap masuk ke dalam badan perlu dibuang! .
CCL nak kongsi dengan korang semua satu lagi produk keluaran Kitsui yang dapat membantu korang dalam masalah tersebut iaitu Kitsui Whitie Snow.
Menariknya Kitsui Whitie Snow ini adalah diformulasikan lengkap dengan formula seperti Prebiotic + Probiotic 10 Billion CFUs per sachet seperti vitagen yang dapat mempercepatkan lagi proses penghadaman pemakanan sekaligus menyihatkan usus korang .Usus yang bersih pastinya akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat dengan 2 kandungan yang hebat seperti NIACINAMIDE dan VITAMIN C pencerah kulit yang paling berkesan dan selamat digunakan .
Gabungan semulajadi Kitsui Whitie Snow
-ProBiotic
-PreBiotic 175ME
-Vitamin C
-Vitamin B3 / Niacinamide
-Grape Seed Extract
-Frutafit IQ Inulin
-DermaNia
Kitsui Whitie Snow diformulasikan khas untuk korang yang mengalami masalah
-keradangan kulit
-usus yang tidak sihat
-enzima
-kulit sensitif
-sistem imunisasi badan rendah
-kulit kusam dan berjerawat
-ketidakhadaman
Manfaat Kitsui Whitie Snow kepada pengguna
-menjadikan sistem penghadaman makanan lebih baik
-penyerapan nutrisi dalam badan lebih cekap
-usus lebih sihat dan bersih
-menjadikan kulit wajah lebih cerah dan cantik
-memudarkan parut jerawat serta bekas luka
-mengurangkan masalah kulit seperti ekzima
baca juga : kitsui coffee xslim untuk kurus
Produk keluaran ini turut mendapat anugerah Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi korang boleh amalkan dengan rasa selamat.Kitsui juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan disahkan HALAL oleh JAKIM.
Kitsui Whitie Snow bebas bahan berbahaya.Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi dan tiada sebarang bahan larangan seperti bebas hormon, tiada pengawet , bebas dari bahan kimia , tiada gluten dan GMO
Cara pengambilan Kitsui Whitie Snow
Setiap sachet ni boleh diminum dengan mencampurkan 150 ml air sejuk ataupun suam. Kalau sesiapa ada shaker tu boleh juga pakai shaker, barulah sebati sikit. Rasa kitsui ni tersangat sedap sehingga rasa tak cukup kalau minum satu sachet tu. Rasanya seolah-olah manis buah Berry dan wangi seperti manis manis strawbery. Korang boleh jer minum 1 - 2 sachet sehari tapi sebaiknya diambil waktu pagi dan malam .
baca juga: Kitsui whitenin bb & kitsui vitamin c
Testimoni selepas mencuba Kitsui Whitie Snow
Selepas seminggu konsisten dengan Kitsui Whitie Snow , proses untuk membuang pada setiap pagi amat lancar tanpa perlu rasa sembelit . Walaupun sepanjang hari bekerja, badan tetap rasa cergas dan tidak mudah letih . Walaupun baru sahaja mengambil Kitsui Whitie Snow tetapi CCL dah mula rasakan hasilnya .
Korang nak kan kulit yang cantik, ia harus bermula dengan menjaga kesihatan usus.Jangan lupa untuk cuba Kitsui Whitie Snow.
Kitsui website : https://kitsui.com.my/
Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9
Kitsui Official Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/
Kitsui Official Tiktok : https://www.tiktok.com/@kitsuimalaysia
Jadi apabila kita detoks badan kita akan lebih sihat dan kulit akan cantik.
#Kitsui #KitsuiLovers #KitsuiWhitieSnow #WhitieSnow #Watsonsmalaysia #Guardianmalaysia
ROTI GARDENIA QUICKBITES BLACK FOREST DENGAN KISMIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera
ROTI GARDENIA QUICKBITES BLACK FOREST DENGAN KISMIS Semalam CCL ada cerita mengenai roti Gardenia QuickBites Karamel Masin . So hari ini ada satu lagi gardenia QuickBites yang CCL akan kongsikan iaitu Gardenia QuickBites Black Forest bersama kismis .
Dari segi ban roti berwarna coklat . Tidak ada rasa pahit dan tidak berbau hangit pada ban roti tersebut . Di dalam ban roti ni juga terselit beberapa ketulan kismis .
Dari segi tekstur inti black forest agak creamy . Dapat rasa inti tersebut dari blueberry dicampurkan dengan whipping cream . So agak muak jugak bagi CCL kalau makan banyak-banyak . Kuantiti inti dalam roti agak banyak tak macam kuantiti inti pada karamel masin tu agak sedikit .
So CCL sudah cuba untuk kedua-duanya .Something like new tetapi Ianya tidak menepati citarasa dan selera CCL .
ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN Siapa kat sini peminat Karamel , tak kisahlah sama ada karamel itu diletakkan di dalam makanan mahupun minuman, bagi korang yang peminat pada karamel wajib cuba kan . . baru ni , eh tak ada baru sangat kan Gardenia Malaysia ada lancarkan dua roti berperisa baru selepas pelancaran pelancaran roti gardenia pandan coconut yang sangat mendapat sambutan hangat . Tidak lepas peluang kali ini Gardenia Malaysia keluarkan roti gardrnia quickbites karamel masin .
Tertarik juga untuk cuba roti gardenia bites karamel masin ni , di awal-awal tu memang susah sikit nak dapat , biasa laa bila baru keluar mesti ramai yang tertarik untuk cuba . Begitu juga dengan CCL . Teruja juga untuk cuba roti karamel masin ni .
Dari segi tekstur pada ban roti , warna ban roti sedikit keperangan dan rasa sedikit pahit , nak kata hangit itu tak pasti , tapi bila makan dapat rasa sedikit kepahitan .
Dari segi tekstur dan rasa inti karamel masin dalam roti tersebut not bad juga la . Pipping inti karamel masin dalam roti amat sedikit , walaupun sedikit tetapi dapat juga rasa sedikit inti karamel masin tu, ianya tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis .
Bila digabungkan sekali inti karamel masin itu ke dalam roti , dapat hilangkan sedikit rasa kepahitan pada ban roti tersebut
Roti Gardenia QuickBites Karamel masin tidak begitu menepati citarasa CCL , tetapi masih lagi boleh dimakan .
