Assalamualaikum dan salam sejahtera .
ROTI GARDENIA QUICKBITES KARAMEL MASIN Siapa kat sini peminat Karamel , tak kisahlah sama ada karamel itu diletakkan di dalam makanan mahupun minuman, bagi korang yang peminat pada karamel wajib cuba kan . . baru ni , eh tak ada baru sangat kan Gardenia Malaysia ada lancarkan dua roti berperisa baru selepas pelancaran pelancaran roti gardenia pandan coconut yang sangat mendapat sambutan hangat . Tidak lepas peluang kali ini Gardenia Malaysia keluarkan roti gardrnia quickbites karamel masin .
Tertarik juga untuk cuba roti gardenia bites karamel masin ni , di awal-awal tu memang susah sikit nak dapat , biasa laa bila baru keluar mesti ramai yang tertarik untuk cuba . Begitu juga dengan CCL . Teruja juga untuk cuba roti karamel masin ni .
Dari segi tekstur pada ban roti , warna ban roti sedikit keperangan dan rasa sedikit pahit , nak kata hangit itu tak pasti , tapi bila makan dapat rasa sedikit kepahitan .
Dari segi tekstur dan rasa inti karamel masin dalam roti tersebut not bad juga la . Pipping inti karamel masin dalam roti amat sedikit , walaupun sedikit tetapi dapat juga rasa sedikit inti karamel masin tu, ianya tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis .
Bila digabungkan sekali inti karamel masin itu ke dalam roti , dapat hilangkan sedikit rasa kepahitan pada ban roti tersebut
Roti Gardenia QuickBites Karamel masin tidak begitu menepati citarasa CCL , tetapi masih lagi boleh dimakan .
7 Ulasan
Belum pernah makan roti gardenia qickbites karamel masin. Tapi macam berminat pula nak rasa karamel masin tu tau.
BalasPadamramai dah orang buat review, kita tak beli2 lagi roti ni haha
BalasPadamTidak rasa sangat pahit. Suka sebab tidak manis sangat.
BalasPadamAda ternampak rakan blogger kongsikan tentang roti ni. Tapi tak berpeluang untuk cuba lagi.
BalasPadamDah rasa. Sedap! Kena dengan selera. Filling dia ikut nasib gak. Kadang ada sikit kadang banyak sikit.
BalasPadamoh..ban ke yang pahit? ingatkan intinya
BalasPadamRasa dia macam pelik sikit..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan