Assalamualaikum dan salam sejahtera
UDANG MASAK KARI HIJAU BERSAMA KENTANG Nak masak dengan mudah tanpa perlu sediakan banyak bahan-bahan , tanpa perlu potong-potong bahan . Nak masak tapi sangat - sangat rushing kejar masa ke sana ke sini ? Jangan risau Ayam Brand telah mengeluarkan satu produk terbaru iaitu pes masakan . Dengan adanya pes masakan ini semua kerja menjadi mudah dan dapat selesaikan masalah di atas dengan cepat .
CCL dah cuba pes kari hijau keluaran ayam brand ini . Memang best sebab jimat masa dan tak perlu potong apa-apa bahan . Nampak tekstur pes kari hijau yang telah dikisar halus korang hanya perlu tumis sampai naik bau sahaja . So apa menu yang CCL dah cuba dengan menggunakan pes kari hijau ayam brand ini
Udang masak kari hijau bersama kentang .
Bahan-bahan
-udang
-pes kari hijau ayam brand
-kentang
-air
-santan
-minyak masak
-gula/garam
Cara membuat
1.Tumiskan pes kari hijau sehingga naik bau .
2.masukkan air dan masukkan kentang, masak sehingga ubi kentang empuk .
3.Masukkan udang ke dalam bahan yang telah ditumis tadi .
4.Masukkan santan untuk menaikkan lagi rasa pes kari hijau tersebut dan letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing-masing .
Siap untuk dihidangkan . Pelbagai menu yang korang boleh olah menggunakan pes kari hijau .
5 Ulasan
Mudah betul kerja memasak bila ada ready made pes. Cepat pun cepat kan.
BalasPadammenarik jugak ni. convenient bila nak cepat. thanks for sharing CCL
BalasPadamWahh.. Yang mudah mudah macam ni memang Naniey suka. Boleh cuba nanti. Tak perasan pula kewujudan pes ni..
BalasPadamMudah nak masak bila ada pes ready to use ni. Tinggal sediakan bahan bahan lain je. Cepat kerja memasak. Sedap pun sedap kan.
BalasPadamBerselera tgk masakan ada udang tu
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan