Assalamualaikum dan salam sejahtera
REVIEW I VASELINE DEODORANT DRY SERUM Apabila disebut salah satu produk kecantikan dan penjagaan badan iaitu "vaseline" pastinya ramai yang akan terbayang akan kebaikan vaseline petroleum jelly yang mampu memberi pelbagai kebaikan untuk merawat anggota badan ,begitu juga dengan losyen tangan dan juga losyen badan . Tidak ketinggalan juga vaseline juga ada produk untuk penjagaan badan iaitu deodorant .
Fungsi utama deodorant adalah sebagai anti bakteria yang dapat mengurangi bau badan . Bagaimanapun pemilihan jenis deodorant juga sangat penting bagi memastikan korang selesa untuk memakai dan tidak meninggalkan kesan pada baju .
CCL nak kongsi dengan korang antara salah satu deodorant keluaran Vaseline iaitu Vaseline Deodorant Dry Serum Ultra Bright yang diformulasikan dari GlutaCollagen , Vitamin B3 dan niacinamide serum bagi memberikan kulit bawah lengan lebih putih seperti yang diidamkan
Kandungan utama vaseline deodorant dry serum ultra bright
Water, Aluminum Chlorohydrate, Glyceryl Stearate, Glycerin, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Stearyl Alcohol, Niacinamide, Steareth-20, Perfume, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Titanium Dioxide, Steareth-2, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Petrolatum, Collagen Amino Acids, Glutathione
Kelebihan vaseline deodorant dry serum ultra bright
-mengandungi GlutaCollagen ,Vitamin B3, Niacinamide serum yang cepat diserap ke dalam kulit untuk ketiak yang kelihatan lebih cerah , kering dan segar sepanjang hari .
-terbukti secara klinikal dapat memperbaiki dan menyuburkan kulit ketiak .
-didatangkan dalam formula ringan yang cepat meresap ke ketiak .
-ketiak kelihatan lebih cerah
-menutupi bau peluh dan bau badan selama 48jam
-tiada paraben
-tiada alkohol
Cara penggunaan vaseline deodorant dry serum ultra bright
Packaging deodorant ni sangat unik . Ianya berbentuk tiub , so cara penggunaannya memang sangat mudah . Ianya hanya tiub bukan jenis roll-on mahupun spray . So korang hanya perlu picitkan dalam kuantiti yang sedikit pun sudah memadai ke bahagian letak dan ratakan deodorant ini di bahagian ketiak .
Untuk korang yang inginkan Vaseline deodorant dry serum ultra bright ini korang boleh dapatkan di rangkaian drugstore guardian dan watsons juga di supermarket yang berdekatan .
4 Ulasan
yang ni best
BalasPadamtak melekit dan cerah
terbaek :)
BalasPadamPernah cuba masa mula mula keluar dulu. Menarik dalam bentuk krim tanpa roll on. Tapi tulah tak sesuai dengan saya.
BalasPadampakai yang ni dulu. wangi jugak baunya. tapi sekarang pakai brand Amway
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan