Assalamualaikum dan hai semua
Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai | Khairul Aming Disebabkan ramai dah mula burn out sampai nak drop out, baiklah hari ni Khairul Aming share resepi simple sikit iaitu Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai. Boleh makan ni kalau stress, krup krap krup krap tu sedappp bila kunyah
Bahan-bahan
- Ayam (bahagian mana-mana pun boleh, KA guna tongkeng)
- 2 sudu besar sos ikan
- Black pepper secukupnya
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung Bestari
- 2 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Bijan
- Cili kering
- Daun limau purut
- Bawang putih
Cara membuat ayam goreng crispy
1.Gaulkan ayam dengan sos ikan, black pepper dan gula. Perap lebih kurang 30 minit.
2.Tanpa tukar mangkuk, masukkan terus tepung Bestari, tepung beras, garam dan serbuk perasa ke dalam ayam perapan tadi.
3.Masukkan air sikit-sikit sampai adunan jadi sederhana pekat (tak cair, tak pekat).
4.Masukkan bijan, gaul rata sampai semua ayam bersalut cantik.
5.Panaskan minyak betul-betul panas..masukkan ketulan ayam satu per satu, jangan masukkan serentak.
6.Bila ayam hampir masak, masukkan cili kering, daun limau purut dan bawang putih. Goreng sekejap sampai naik aroma wangi. Angkat ayam bersama bahan aromatik, toskan minyak.
7. Siap dihidangkan bersama sos thai sebagai pencicah
Selamat mencuba



10 Comments
Berdesup KA tahun ni, bagi assignment back to back hihi...
BalasPadamYang crispy tu yang tak boleh tahan....krup krap krup krap.
BalasPadamBahan ada ni bijan je takde boleh la buat nanti.
BalasPadamYg ni dh lama pass dh..memang dapat dekan terus...dh selalu buat..hahahaha...kan main KA ni....meroket dia bg resepi erk ..
BalasPadamAssignment one after another. Sebab ammi tak amik course masak2 kat faculty KA jadi ammi tengok jelah kengkawan lain struggle.
BalasPadamOoooo... student KA jugak ni....
BalasPadamsalam ramadhan., aminn
BalasPadamwah bila krup krap tu jadi tergoda nak mencuba
BalasPadamYang ini, ada tengok videonya. Dengar KA makan, kruk krak bunyi, sabor je la kan, berbunyi perut terus. 😁
BalasPadamSbnrnya saya nak buat yg ini. Apalagi pakai tongkeng atau buntut ayam.tapiiiiii di Indonesia nih tongkeng tak banyak dimakan. Rata2 dibuang. Jadi mencari tongkeng dalam jumlah banyak, bagai cari jarum dalam jerami 🤣🤣🤣. Padahal sedaaaap lah tongkeng nih 😄.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan