Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade Bulan lepas CCL sempat join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu. Alhamdulillah, rezeki berpihak kat CCL sebab berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Hehe.. Hadiah pun dah selamat sampai hujung bulan lepas lagi, tapi biasalah kan... CCL asyik tak sempat nak update. So hari ni baru ada masa nak share kat sini.
Apa yang CCL dapat? Jeng jeng jeng!
👉 Cup crochet
👉 Cup coaster
👉 Keychain aiskrim
CCL share sikit gambar hadiah ni nanti kat bawah ya, kasi korang cuci mata sekali. Hehe
Mummy Ayu hadiahkan hasil tangan ibu beliau sendiri iaitu cup crochet, cup coaster & keychain aiskrim. Serius comel gila! Anyaman kemas, warna pun sweet sangat – gabungan pink peach dengan hijau, memang kena dengan jiwa girly.Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Memang boleh guna dan dalam masa sama jadi kenangan manis sebab hasil crochet handmade, bukan senang nak dapat tau ..
Yang bestnya, bila pegang tu rasa lain macam sebab kita tahu ianya handmade, penuh dengan hasil seni & kesabaran. Memang nampak jelas betapa telitinya kerja tangan ibu Mummy Ayu. Boleh bayang betapa sabarnya nak kait satu-satu sampai jadi cantik macam ni..
Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Boleh guna untuk letak cawan, boleh jugak jadi hiasan meja. Keychain aiskrim tu pula boleh CCL gantung pada beg telekung .
Kalau korang nak kenal dengan Mummy Ayu, jangan lupa singgah blog Mummy Ayu Banyak cerita menarik, perkongsian santai,





16 Ulasan
Tahniah. Bertuah tu dapat hasil tangan MA.
BalasPadamTahniah Lyana. Alhamdulillah selamat sampai sudah hadiahnya. Cantik dan kemas hasil crochet ibu Mummy Ayu. Seronok dapat hadiah handmade seorang ibu ni. Dapat feel dibuat dengan kasih sayang dan ikhlas tu kan. Cantik gabungan warna dia. Ingatkan warna pink. Peach rupanya ye. Lebih kurang warnanya.
BalasPadamTahniah CCL. Cantik hadiahnya. Menarik warnanya.
BalasPadamAlhamdulillah dan Tahniah. Cantik hadiahnya.
BalasPadamTahniah. Cantik warna dia.
BalasPadamTahniah CCL. Cantik dan kemas buatan tangan ibu MA
BalasPadamTahniah! Mahal hadiah ni, hasil tangan ibu MA :)
BalasPadamwahh.. comelnyaaa. Tahniah
BalasPadamwah tahniah ccl. cute sangat
BalasPadamMemang rapiiii sangat hasil crochet mummy ayu. Saya pernah dapat waktu saya ke KL tahun lalu. Sukaaa lah. Apalagi dalam bentuk coffee holder begini ❤️
BalasPadamAlhamdulillah rezeki.. cantik dan boleh diguna pakai sbb bila kotor boleh basuh tgn.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki CCL.. itulah bestnya bila jd blogger ni
BalasPadamCantik
BalasPadamMemang warna buat mata tertangkap. Cantik.
BalasPadamTahniah CCL dapat hadiah hasil tangan Ibu Mummy Ayu...
BalasPadamTahniah CCL... Comelnya crochetnya... Dulu pernah belajar juga tp tak masuk otak hehe
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan