Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade Bulan lepas CCL sempat join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu. Alhamdulillah, rezeki berpihak kat CCL sebab berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Hehe.. Hadiah pun dah selamat sampai hujung bulan lepas lagi, tapi biasalah kan... CCL asyik tak sempat nak update. So hari ni baru ada masa nak share kat sini.

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Apa yang CCL dapat? Jeng jeng jeng!

👉 Cup crochet

👉 Cup coaster

👉 Keychain aiskrim

CCL share sikit gambar hadiah ni nanti kat bawah ya, kasi korang cuci mata sekali. Hehe 

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Mummy Ayu hadiahkan hasil tangan ibu beliau sendiri iaitu cup crochet, cup coaster & keychain aiskrim. Serius comel gila!  Anyaman kemas, warna pun sweet sangat – gabungan pink peach dengan hijau, memang kena dengan jiwa girly.Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Memang boleh guna dan dalam masa sama jadi kenangan manis sebab hasil crochet handmade, bukan senang nak dapat tau ..

Yang bestnya, bila pegang tu rasa lain macam sebab kita tahu ianya handmade, penuh dengan hasil seni & kesabaran. Memang nampak jelas betapa telitinya kerja tangan ibu Mummy Ayu. Boleh bayang betapa sabarnya nak kait satu-satu sampai jadi cantik macam ni..

Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Boleh guna untuk letak cawan, boleh jugak jadi hiasan meja. Keychain aiskrim tu pula boleh CCL gantung pada beg telekung . 

Kalau korang nak kenal dengan Mummy Ayu, jangan lupa singgah blog Mummy Ayu Banyak cerita menarik, perkongsian santai, 



Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Tahniah. Bertuah tu dapat hasil tangan MA.

    BalasPadam
  2. Tahniah Lyana. Alhamdulillah selamat sampai sudah hadiahnya. Cantik dan kemas hasil crochet ibu Mummy Ayu. Seronok dapat hadiah handmade seorang ibu ni. Dapat feel dibuat dengan kasih sayang dan ikhlas tu kan. Cantik gabungan warna dia. Ingatkan warna pink. Peach rupanya ye. Lebih kurang warnanya.

    BalasPadam
  3. Tahniah CCL. Cantik hadiahnya. Menarik warnanya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan Tahniah. Cantik hadiahnya.

    BalasPadam
  5. Tahniah. Cantik warna dia.

    BalasPadam
  6. Tahniah CCL. Cantik dan kemas buatan tangan ibu MA

    BalasPadam
  7. Tahniah! Mahal hadiah ni, hasil tangan ibu MA :)

    BalasPadam
  8. wah tahniah ccl. cute sangat

    BalasPadam
  9. Memang rapiiii sangat hasil crochet mummy ayu. Saya pernah dapat waktu saya ke KL tahun lalu. Sukaaa lah. Apalagi dalam bentuk coffee holder begini ❤️

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rezeki.. cantik dan boleh diguna pakai sbb bila kotor boleh basuh tgn.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki CCL.. itulah bestnya bila jd blogger ni

    BalasPadam
  12. Memang warna buat mata tertangkap. Cantik.

    BalasPadam
  13. Tahniah CCL dapat hadiah hasil tangan Ibu Mummy Ayu...

    BalasPadam
  14. Tahniah CCL... Comelnya crochetnya... Dulu pernah belajar juga tp tak masuk otak hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan