Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rania Main Air & Masak-Masak Petang yang redup selang seli dengan terik dari cahaya matahari luar rumah , Rania tunjuk paip air, minta mama dia bukakan untuknya tak lain tak bukan rupa-rupanya nak main air. Selepas permintaanya di approve , Rania mula cari-cari besen kecil, isi air dan bawakan mainan masak-masak.. Seronok betul tengok dia leka main air sambil Bermulalah dunia kecilnya yang penuh dengan tawa dan percikan air seperti berada di dunia yang diciptanya sendiri.
Air dalam bekas plastik tu jadi macam ‘dapur’ mini dia. Pinggan kecik, senduk mainan, dan daun-daun yang dia kutip jadi bahan masakan. Main air pun boleh jadi macam dapur besar untuk dia! Air bersepah sana sini, lencun satu badan sampai ke seluar. Tapi senyuman dia tak hilang.
Setiap kali Rania cebok air, bunyi gelak tawa dia tak henti. Main air betul-betul buat dia gembira tanpa perlu mainan mahal. Terus teringat kenangan-kenangan masa CCL kecil dahulu pun pernah lalui kenangan ini , main masak-masak .. kutip laa segala daun-daun yang ada di pokok buat masak-masak .
Rasa tenang sangat tengok dia bermain... tak perlu gajet pun. Imaginasi dan alam sekeliling dah cukup buat dia gembira. Lepas dah puas main air, habis basah lencun terus ke bilik air pula untuk sesi mandi.
Memori kecil macam ni yang paling manis untuk dikenang


13 Ulasan
seronok nya anak kecil kan...benda simple pun buat dia happy
BalasPadamseronoknyaaaa
BalasPadambagus untuk perkembangan minda rania, sambil bermain sambil dia berfikir......
BalasPadamBetul, kalau zaman budak budak dulu apa sahaja kat depan mata kita ada je akal nak di buat...
BalasPadamMusim panas memang best main air macam ni.
BalasPadamSeronok sangat dia ye dapat main air kat luar. Seronok jadi budak kecik tak fikir apa2. Main macam tu je dah happy.
BalasPadamSeronok dapat main air...
BalasPadamSeronok nya dia.
BalasPadamMemang seronok sangat Rania dapat main air tu. Betullah tu, budak-budak ni benda simple macam ni dah boleh buat mereka happy. Tak perlu mainan mahal-mahal dan gadget. Kita je kena ada masa untuk luangkan masa bersama. Itu yang penting.
BalasPadambetul tu kita masa kecik pun mmg suka main air ehehe
BalasPadamPandainya dianmain sendiri ye...good girl la Rania...budak2 dengan air memamg x dapat dipisahkan...dari dalam perut dikelilingi air kan..
BalasPadamMasa kanak2 memang nampaknya sukaaaa main air kan. Saya ingat , dulu kecil paling suka kalau diajak berenang, main hujan, pokok nya yg berhubungan dengan air. Tp sekarang, jangan tanya lah 😅. Diajak berenang dah pasti menolak. Alasannya, panas takut hitam 🤣🤣
BalasPadamBudak2 memang suka main air
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan