Beli Anak Pokok Rose Jepun Dalam Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Anak Pokok Rose Jepun Dalam Shopee Haritu dah kemas-kemas sikit susunan pokok-pokok di kawasan tepi rumah CCL ni, dah cabut segala anak rumput , ada yang replant semula pokok-pokok bagi hidup subur, ada la beberapa pasu kosong, tanah pun masih ada lagi . So datang laa idea nak bercucuk tanam lagi . Nak tanam pokok apa ?? 

CCL terbeli pokok rose jepun dalam Shopee yer . Hahahah ... Sebelum-sebelum ni pernah tanam , banyak kali juga . Kadang ambil benih kat rumah mama Rania , tapi sekarang ni pun kat rumah mama Rania dah tak ada benih . Pokok masing-masing dah reput dan mati . Sebelum ni pun CCL pernah juga beli dalam shoppe . Bila sampai pokok tak ada laa hancur patah-patah , sampai elok kejadiannya, cuma sedikit layu biasa la terperam dalam kotak kan . Rendam air sekejap segar la daun-daun tu , 


So pagi tadi CCL terbeli, cewahhhh terbeli ke sengaja beli ni ? Ok sengaja beli atas alasan ada pasu kosong yang terbiar . CCL dah checkout sepuluh id warna pokok rose jepun ni  . Satu id warna ni ada 5 keratan pokok dengan harga RM1.50 . Decide beli sikit sahaja sebab pokok ni mudah hidup melalui keratan pokok , just patahkan dan cucuk dalam tanah tunggu la beberapa hari akan mula tumbuh tunas pokok . 

Tapi tu la harap-harap, tak kena serang dengan bena putih dalam tanah , stress juga laa bila pokok merimbun hijau, penuh bunga tiba-tiba batang pokok jadi kering, padahal setiap hari jenguk pokok ni , kadang ada juga siput-siput kecil yang makan daun , tapi paling sakit hati bila nk replant pokok rose jepun ni tiba-tiba ada nampak bena putih . Aduhhh !! Lagi-, lagi bena putih tu serang dalam tanah , memang tak subur la pokok  tu. Ada yang petua sembur cuka epal , tapi macam tak menjadi , bena putih tetap ada , ke ada racun khas ? 

racun shopee, beli anak pokok rose jepun , pokok rose jepun, bubga rose jepun, tanaman pokok rose jepun, bunga rose jepun

Uguys kat rumah ada tanam pokok rose jepun ni tak ? Bila berbunga cantik ja dipandang kan .. 




Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. tahun lepas tanam sampai 3 pasu pokok bunga ros jepun ni tapi semua kena bena putih. geram sampai terus stop tanam haha

    BalasPadam
  2. Pernah tanam tapi itulah, letih layan bena putih dan lama-lama malas nak replant.

    Akak pulak baru beli bulb rain lily di Shopee. Dah sampai beberapa hari, belum tanam lagi 🤭😄

    BalasPadam
  3. Setakat sekarang banyak menanam sayur syuran.. bunga bunga ni mcm kurang sikit.. tapi suka pulak menengoknyer hahaha.

    BalasPadam
  4. Suka rose Jepun ni tapi tak pernah tanam. Rumah arwah Mak sedara dulu penuh halamannya dgn pokok rose Jepun warna fuscia. Lawa sangatttt!

    BalasPadam
  5. Lawa pulak bila gabung macam tu.

    BalasPadam
  6. Sebab tu orang cakap... "Apa je yang takde kat shoppee tu?" hehehehe

    BalasPadam
  7. Sekarang mudah semua beli dri shopee. Takyah pergi nursery yaa

    BalasPadam
  8. Nak try la tanam. Takut tak hidup tapi ada akak jiran sini kata senang hidup.

    BalasPadam
  9. pokok ni kalau tanam banyak2 dan berbunga mesti cantik

    BalasPadam
  10. wah...banyaknya pokok dia...dulu2 suka tanam pokok yang kembang 10 pagi tu...apa ntah nama dia..

    BalasPadam
  11. tahun lepas Mak Ana gila juga ros jepun ni tp bila kena serangan bena putih tu, terus jd give up sampai mati semua dah pkok ros jepun kami :(

    BalasPadam
  12. Lawa gambar pokok rose jepun yang merimbun tu

    BalasPadam
  13. murah je ye..pokok bunga pun boleh beli online sekarang ni kaan

    BalasPadam
  14. Wahhhh kalau macam ni kena cuba beli ni. Hahahahaha cantik pulak nengok. Bolehlah cuci mata dulu ni

    BalasPadam
  15. Saya sebatas suka melihat saja kak. Kalo tanam sendiri memang tak bisa. Tak pandai rawatnya, dan lama2 pasti mati 😅

    BalasPadam
  16. Ni sengaja beli ni. Hihi..dulu ada mak saya tanam di kampung. Sekarang dah habis buang dah.

    BalasPadam
  17. CCL ni meracun Kak SA supaya beli ni kan......cantik laaa....eh nak beli la..nanti nak tanam atas kubur arwah Mak...

    BalasPadam
  18. Ros jepun di rumah saya ni, versi lain sikit. Ha ah, pelik kan, bena putih tu cukup suka pokok ni. Setakat ni, tak pernah lagi beli pokok hidup dari shopee. Anak benih, pernah la.

    BalasPadam
  19. Cantiknya. Haha tidak rajin hendak tanam tapi suka tengok halaman orang ada pelbagai jenis pokok bunga.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan