Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tenang Tapi Tewas Hidup tapi tak hidup, bernyawa tapi kosong dan ketawa tapi takda rasa apa- apa. Ada orang, dia bangun setiap pagi tapi jiwa dia dah tidur bertahun-tahun lamanya. Dia pakai baju, dia pergi kerja, tapi hati dia tak ada kat situ. Dia makan, dia scroll phone, dia layan drama, tapi sebenarnya dia dah mati rasa.
Orang tengok dia okay. Orang nampak dia senyum, tapi dalam diam, dia dah lama tak rasa ‘hidup’. Dia bukan penat badan tapi dia penat jiwa . Dia bukan malas tapi dia lost . Dia bukan tak nak bahagia tapi kan dia dah lupa rasa bahagia tu macam mana.
Ada satu masa dulu ni kan dia pernah jadi orang yang ada impian pernah juga jadi orang yang bersinar, pernah ada cita-cita tinggi, dan pernah tulis dalam diari — “Aku nak jadi somebody.”
Tapi lepas satu demi satu usaha tak menjadi, satu demi satu orang yang dia percaya mengkhianati, satu demi satu harapan dia dikecewakan dia dah pelan-pelan jadi robot . Ya robot ! Jadi pelakon dalam hidup sendiri . Dialog yang sama juga skrip yang sama, tapi plot hidup yang membosankan tapi dia tetap nak ulang sebab dia dah taktau nak buat apa lagi. Kau kenal orang macam ni? atau sebenarnya kaulah orang tu .
Sampai satu tahap, dia rasa bersalah sebab tak ada rasa. Orang peluk dia, dia rasa kosong. Orang bagi hadiah, dia senyum sebab terpaksa. Orang kata “Kau okay?”Dia jawab “Okay…” sebab dia tak tahu nak cakap apa. Bukan dia tak bersyukur , bukan dia tak taju orang lain pun struggle juga . Tapi dia cuma hilang bukan untuk sementara tapi dah lama ..
Dan orang sekeliling pun makin menjauh. Sebab bagi diorang, dia pelik. Dia banyak diam. Dia banyak termenung. Dia tak excited. Dia tak macam dulu. Tapi tak da siapa yang tau dalam diam tu lah dia tengah menjerit, berharap ada orang datang tepuk bahu dan cakap ' talk to me, aku akan dengar tanpa menghakimi' . Sebab bukan semua luka berdarah. Ada luka yang tak nampak, tapi dalam dan menyakitkan dan lama.
Kalau kau tengah baca ni, dan kau rasa macam dia percayalah kau tak keseorangan. Ramai antara kita masih hidup tapi mati rasa dan tak salah pun kalau kau tengah rasa macam tu, tapi jangan duduk lama sangat kat situ, sebab hidup ni kan bukan tempat untuk bertahan , tapi hidup ni tempat untuk rasa bahagia, rasa cinta dan rasa cukup segalanya .
Mungkin sekarang kau penat. Tapi jangan padam terus cahaya dalam diri. Slowly… hidupkan semula tak perlu terus lari tapi cukup sekadar melangkah dan kalau tak ada siapa peluk kau, peluklah diri sendiri cakap dalam hati 'aku ada, aku takkan tinggalkan kau lagi' . Bangkit perlahan-lahan . Carilah ketenangan yang menghidupkan sebab mati rasa itu tenang tapi tewas .
15 Ulasan
Begitulah asam garam kehidupan. Mahu tidak mahu kena jalan terus biarpun terpaksa merangkak dan mengesut. Patah hati tetapi tetap perlu bertahan
BalasPadamKesian kalau jalani hidup macam ni. Kena usaha dekatkan diri dengan Allah. Bagi hidup semula dan dapat semangat baru. Kena keluar jumpa orang. Say hi atau salam to strangers. Buat benda baru yang tak pernah buat dalam hidup. Tak lama pun kita hidup di dunia ni. Jadi, cubalah hidup dengan gembira. Hidup kita, pilihan di tangan kita.
BalasPadamAda teman yg seperti ini. Memang masalah dia lama2 dilihat semakin complicated. Yg bisa kami lakukan, bagi dia semangat, supaya dia menyadari kalo dia tak sendiri. Jangan sampai dia terpikir utk bunuh diri. Krn beberapa kali dia memang ada sebut itu di medsos atau story IG. :(.
BalasPadamSedih tapi tetap kena senyum. Derita tepi tetap kena pamer bahagia. Itulah hidup. Sesakit mana pun kita tetap kena kuat dan terus kuat. Sepenat mana pun kita jangan pernah mengalah. Rehat seketika dan bangkit untuk masa depan sendiri.
BalasPadamKena cepat2 sedar...tujuan kita hidup. Ambil masa utk diri sendiri, puji and hargai diri sendiri...and back to pencipta kita...Yang Maha Esa. Dia sentiasa ada utk kita dikala kita rasa...x de siapa2 dgn kita
BalasPadamAnd bila kita rasa...kita susah, percaya la...ada org lain yg lagi susah dr kita.
Semuanya akan kembali okay. InsyaAllah. kita tetap jalani walau rasa tu dah mati...sebab ada rasa baru yang kita perlu beri ruang selepas matinya semua rasa...
BalasPadamSayangi diri. Moga dipermudah kan semua urusan nya.
BalasPadamSemua diuji...cara kita handle ujian tu paling penting...
BalasPadamramai juga yg jadi mati rasa zmn skrg ni terutama dgn pasangan yg tak pandai lgsung nak tunjuk effort
BalasPadamsemoga yang baik2 je untuk kita semua...Aamin
BalasPadamTerus hidup bak kata Aina Abdul. Jangan mati rasa itu. Love yourself and move on. Hidup ini hanya persinggahan. Kita nikmati sebaik mungkin.
BalasPadamAllah uji sebab allah sayang...apakah erti seuah kehidupan tanpa sebarang ujian? ujian buat kita matang..
BalasPadamsemoga yang baik2 je untuk kita semua...Aamin
BalasPadamSemoga bukan kita di kedudukan sebegini. Life is too short to be sad, maka enjoy setiap saat kita di bumi ni. Cari punca kebahagiaan kita, jangan sedih lama lama
BalasPadamYa kadang-kadang rasa tidak bersemangat untuk hidup tapi cari benda yang boleh membahagiakan hati.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan