Bahagia Cara Sendiri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bahagia Cara Sendiri  Semua orang ada definisi bahagia sendiri. Apa yang buat kita seronok, mungkin tak menyeronokkan bagi orang lain tapi tak apa lah kebahagiaan tak perlukan endorsement daripada orang lain. Yang penting, kita tak menyusahkan, tak merendahkan dan tak menghina cara orang lain memilih untuk menikmati hidup macam orang lain kan ..


Ada orang suka bahagiakan diri dengan shopping. Orang perempuan suka beli handbag dan aksesori mahal. Orang lelaki pula suka menambah aksesori kenderaan. Tapi, ada pula yang suka simpan duit dalam unit trust atau emas dan suka mengamalkan gaya hidup sederhana. Itu pilihan. Betul kan ?? Benda macam ni terjadi dalam diri setiap di antara kita . Tak kira laki atau pun perempuan .. 

Ada orang bahagia apabila travel, kumpul memori dan kurang mengumpul aset. Ada orang bahagia dengan berdiam diri di rumah dan memenuhkan rumah dengan kelengkapan dan perhiasan. Itu pilihan. 

Ada orang suka memasak. Dia sanggup beli gajet memasak yang branded seperti Periuk Noxxa atau Philips Air Cooker mahupun Breadmaker. Ada orang suka memasak guna dapur gas sahaja. Itu pilihan. Tiada pilihan yang salah sebab masing-masing tahu keupayaan sendiri. Yang salah hanyalah apabila kita rasa kita sahaja yang betul dan paksa orang ikut cara kita.

Educate boleh,  kondem jangan. Kita bahagia dengan cara tersendiri , jangan berlumba-lumba bahagia macam orang lain ..



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. sukanya baca motivasi pepagi camni. terima kasih selalu berkongsi kebaikan! Kekja ada tinggalkan juga link worksheet untuk anak2 atau anak sedara sepanjang cuti sekolah minggu depanm Semoga bermanfaat

    https://toyyibpay.com/BBM-Education-4-9-years-Old-faezahmdnor

    BalasPadam
  2. betul sgt..kita kena la happy kan diri kita sendiri...selft reward, me time...penting sgt pd pandangan MA

    BalasPadam
  3. Saya bahagia bila hidup tenang..

    BalasPadam
  4. iot cara sendiri, ikot poket sendiri...jgn sampai menyusahkan orang lain, konon2 nak bahagiakan diri sendiri

    BalasPadam
  5. betul tu.. kita pilih utk bahagia kita sendiri ;)

    BalasPadam
  6. Benar, setiap orang ada minat yang berbeza. Kita jangan kondem. Bahagia dan syukuri dengan apa yang kita ada. Simple.

    BalasPadam
  7. Agreeeee sangat2 ❤️❤️👍👍👍. Jangan samakan diri kita dengan orang lain, atau mengharuskan orang lain supaya sama dengan kita.

    Selera tak sama, rezeki tak sama, hobby pun berbeda. Jadi hormati saja kalo orang lain suka yg berbeda dari kita. Asalkan hobby mereka tak mengganggu hidup kita, tak pakai duit kita, kenapa pula kita yg sibuk kan.. 😁. Better fokus membahagiakan diri sndiri .

    BalasPadam
  8. Kita bukan seisapa untuk menilai orang, kena belajar menerima dan menghargai

    BalasPadam
  9. SS setiap kali hujung minggu auto rasa tenang dan bahagia sebab dapat spend masa dengan diri sendiri✨ rasa macam ada lagu this is the best day of my life aaa nyanyian American Authors tu.

    Lagu tu dah jadi anthem weekend SS dah😂

    BalasPadam
  10. Yang penting kita cuba bahagiakan diri kita dahulu...

    BalasPadam
  11. yang penting hidup kita kena ceria

    BalasPadam
  12. Yang penting tak kacau orang, happy2 sendiri saja

    BalasPadam
  13. Betul, masing-masing ada cara bahagia sendiri. Tak perlu nak banding-banding, dan iri hati.

    BalasPadam
  14. Bahagia saya ialah berjalan laju (briskwalk)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan