Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna Pensel putih . Ya ! Pensel warna putih yang dianggap tak berguna tapi ia amat dihargai oleh mereka yang tahu melihat nilainya. Pensel putih , sering diketawakan, kononnya paling tak berguna dalam kotak warna . Tak nampak bila digunakan dan tak mencuri perhatian.
Tapi bagi pelukis yang tahu ia bukan sekadar untuk melukis, tetapi ia untuk memberi cahaya, untuk melembutkan sudut tajam, untuk menambah sinar pada bayang.
Begitulah juga dalam hidup. Ada orang yang tak menonjol. Tak bising. Tak viral. Tak bersinar di mata ramai. Tapi diam-diam, dia menyempurnakan hidup orang sekeliling. Dia yang mendamaikan suasana. Dia yang menampung bila orang lain hampir rebah.
Bukan semua orang akan nampak nilainya.Tapi yang tahu, akan selalu hargai.


17 Ulasan
Dulu masa kecil, kalau nak warna pink, kena guna yang warna merah dan warna putih. Sebab pensel warna dulu tiada warna pink.
BalasPadamlinda suka pakai warna putih untuk campurkan dalam warna...lagi cantik kesannya
BalasPadamHanya jauhari yg mengenal manikam, berikan kepada seorang pelukis...
BalasPadamini yg org sllu kata Yang Tau Je Tau (YTJT) sbb tanpa 'putih', tak dpt lah nak kurangkan garangnya kaler merah & tak dpt nak padam hitam yg dah terconteng..
BalasPadamKalau pensil warna asas sahaja, warna putih banyak membantu. Untuk menjadikan warna merah jambu, putih perlu disatukan bersama merah untuk menghasilkannya. Sangat berguna sebenarnya putih ini. Hehe.
BalasPadamSetiap benda pasti ada gunanya. Cuma tak pandai nak memanfaatnya.
BalasPadamIsssh sukaaaa sangat baca ini 😍😍😍. Itulah, biasanya orang2 yg seperti si pensil putih, memang tak bersinar, atau tak terlihat. Tapi tanpa dia, hidup bisa berantakan atau tak sempurna. 😁.
BalasPadamAmbil contoh seorang asisten rumah. Orang lain mungkin melihat dia orang kecil, kerja berat. Tapi tanpa dia, hidup saya bisa berantakan 😅. Krn itu saya tak nak menganggap seorang asisten hanyalah pembantu. Krn pekerjaan mereka yg menyempurnakan si owner rumah
hanya mereka yang menghayati seni akan faham warna putih..
BalasPadamSalam kenal dari New Follower...jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.
Sometimes ad agunanya warna putih, hanya mereka yang menhargai seni yang mengetahui...banyak kegunaan dan menjadi penyelamat keadaan
BalasPadamada beberapa brand tak wujud dah warna putih ni. ada cream ke peach camtu. eh bila nak buat kelabu campur hitam putih dah susah.haihh
BalasPadambukan tak berguna tapi jarang sgt diguna & tak pandai nak guna maybe..emmm
BalasPadamDulu memang tak tahu bila waktu paling sesaui nak pakai pensel warna putih. Selalunya warna inilah yang kekal tajam walau warna lain habis tumpul dan memendek.
BalasPadamIstimewanya warna putih.
Warna putih ni lah kadang SS selalu simpan untuk guna pada kertas warna hitam. Sekarang jarang mewarna tapi still excited dengan bau pensil warna✨
BalasPadamwarna putih ni sebenarnya pelengkap juga tau
BalasPadamWarna putih kalau digunakan pada orang yg tepat dia akan menjadi indah hasilnya
BalasPadamBetul. Yang warna lain dah pendek sebab asah selalu, warna putih tetap panjang.
BalasPadamSelalu guna warna putih ini atas warna lain.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan