- Sup tulang & daging
- Tomyam ayam & bebola
- Ikan bakar & daging bakar
- Air asam tomato & ulam jantung pisang
- Sotong goreng tepung
- Sirap limau ais
- Puding marble kastard keladi
Puding Marble Kastard Keladi
Tumbler Kosong Bertukar Menjadi Tumbler Cute !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tumbler Kosong Bertukar Menjadi Tumbler Cute ! Sebelum ni tumbler pinky-pinky ni memang kosong tanpa sebarang bentuk design. . Kisahnya kawan CCL ada beli novel, so dapat la free git penanda buku besertakan beberapa sticker . Disebabkan kawan CCL tak nak sticker tu, so dia bagi pada CCL , lupa pula nak snap gambar sticker tu ada design arnab, buah, dan bunga .
Bila tengok sticker comel ni mula laa idea mula berkembang dalam otak . Mula tu nak tampal pada planner book CCL, lepas tu datang pulak idea nak tampal pada tumbler CCL yang kosong .. so ambil beberapa design bunga dna buah strawberi . tampal sikit- sikit kangg banyak nanti nampak serabut pula kan ..
Lepas makeover tumbler yang kosong , auchh nampak comel nampak minimlist pulak design kan ..tampal-tampal jer..
Done Submit Order Kuih Raya
Tehyeish : Caramel Donut
Tehyeish : Spanish Latte VS Chocolate Ice
Nasi Kabsah Ustaz Firdaus Firabib
Salam Nifsu Sya'ban
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Nifsu Sya'ban Malam yang penuh keberkata. Nisfu Syaaban adalah peluang untuk kita muhasabah diri, memperbanyakkan doa, dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia juga merupakan malam di mana buku amalan kita diangkat dan digantikan dengan yang baru.
Semoga kita semua diberikan kesihatan, kelapangan rezeki, serta hati yang tenang dalam menuju Ramadan yang mulia. Mari kita manfaatkan malam istimewa ini dengan memperbanyakkan ibadah, berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga, dan seluruh umat Islam.
Certot : Pelaris
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semenjak jalan utama ke lorong Kafe Sedap ditutup oleh pihak berkuasa tempatan, hasil jualan semakin merudum teruk. Mereka cuma berharap dengan jualan atas talian.
“Abang rasa macam nak tambah menu baru. Nasi lemak RM1. Buka juga tempahan untuk infak. Macam mana?” Mata Nura membulat dan senyumannya melebar. “Nura setuju, bang. Bagus idea tu.”
Mereka terus mengira kos bahan mentah dan menyiapkan bahan masakan untuk cadangan Abu esok hari.
Sebelum pulang, seperti biasa, Nura akan ke belakang kedai untuk membuang sampah. Tanpa diduga, dia melihat satu kelibat berwarna putih bertenggek di atap kedainya. Mukanya seperti dipercikkan air dingin. Sejuk dan kaku.
“Ya Rabbi! Nura, apa yang awak termenung kat belakang ni? Puas abang cari awak,” seru Abu kaget. Nura hanya terdiam kaku di situ. Abu memapah isterinya masuk ke dalam kedai.
“Lepas ni, tak payah buang sampah. Biar abang saja yang buat. Kita balik dulu,” arah Abu. Nura hanya melemparkan pandangan kosong.
Tiba di rumah, Puan Anim yang berasa pelik dengan kelakuan menantunya telah menasihatkan Abu supaya berjumpa dengan orang yang tahu tentang perkara ghaib. Abu hanya menganggukkan kepala. Dia berasa sangat lesu.
Keesokannya, kedai terpaksa ditutup. Puan Anim meminta bantuan Haji Jalal, kawan baik arwah suaminya.
“Janganlah risau. Segala yang ada di muka bumi ni makhluk Allah. Takkan bergerak seinci zarah pun kalau tak diizinkan-Nya. Kita usaha pulihkan anak dan menantu kamu serta kedai mereka ya.” Lembut tutur Haji Jalal. Menurut hematnya, ada yang ingin menguji kekuatan tahap ilmu hitam terhadap keluarga itu.
“Abang Haji buatlah apa yang patut,” balas Puan Anim sayu. Seperti yang dijangka, Haji Jalal menemukan tulang haiwan dan beberapa genggam tanah yang dipercayai tanah kubur di pintu belakang kedai. Sambil menunjukkan bukti sihir kepada Abu dan Nura, Haji Jalal berpesan supaya cuma bergantung harap kepada Allah sahaja. Biarkan Tuhan sahaja yang membalas.
Certot : Cerpen Kontot
Alhamdulillah, Gaji Dah Masuk
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sarapan Pagi | Zus Spanish Latte & Roti Planta
Selera Tekak Masing-Masing
Samperit Susu RM10 !!
Rania Healing Tepi Sawah Padi
Top Commentators Of January 2025 | Tahniah Blogger NA !!
Hadiah Birthday 2024 | Tumbler Labubu Dari Farah
Kaki Rania Dah Sembuh
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kaki Rania Dah Sembuh uguys ingat lagi tak awal bulan September 2024 , CCL ada kongsi cerita kaki Rania terkena air panas . Melecur teruk juga la ..
Korang yang belum tahu kisah Rania terkena air panas boleh terjah entri di bawah
Dah lama CCL tak update pekembangan Si Rania . Alhamdulillah ,Rania sekarang sihat, makin hari makin lasak, makin buass, tak hirau laaa kalau kaki sebelah berbalut pun . Aktif sedia .
Gambar ni gambar bulan 10 tahun lepas .. lupa nak update sini ..alang-alang nak clear gallery ni baru teringat . Pertumbuhan kulit baru di kaki Rania . Licin halus jerr , cuma bahagian pergelangan kaki ada sedikit lagi parut .
Sekarang Rania dah tak pakai stoking nipis tu lagi .. kulit kaki dah ok .alhamdulillah dah full coverage . Cuma ada sedikit parut , Mama Rania ada beli cream untuk hilangkan parut di kaki .
Parcel Delay CNY Dah Sampai !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Parcel Delay CNY Dah Sampai ! Bila parcel dah sampai of course laa gembira, tak sabar nak unboxing parcel barang yang CCL order tempoh hari . Kisahnya parcel ni delay tak ada la lama sangat . Sebab CCL submit order sehari dua sebelum CNY . Memang dah tahu cuti CNY dua hari tu mana-mana courier akan cuti umum juga . So nak salah kan pihak courier of course la tak boleh . But barang yang CCL order ni bukanlah urgent sangat .
Tahu..tahu tiga parcel sampai yerr. Eh shopping apa tu ? Sebaik sahaja parcel ni mendarat atas nama CCL, opismate dah bebel lagi .'ehh tengok parcel dan saiz parcel pun dah tahu CCL order apa' . Dengar lah kejap bebelan tu . Sebab memang setiap minggu boleh dikatakan CCL akan order barang ni ... Tapi barang apa ya ??














































