SOP PKP MKN YANG DIBENARKAN BERMULA 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SOP PKP MKN YANG DIBENARKAN BERMULA 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021



SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASI 

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan  termasuk  penokok diet , 
  3. Penjagaan  haiwan , klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  4. Air
  5. Tenaga
  6. Keselamatan (security and safety) , pertahanan , kecemasan , kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  7. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembentungan 
  8. Pengangkutan melalui darat , air atau udara
  9. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang  termasuk penunggahan , pengangkutan laiter , pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  10. Komunikasi termasuk media , telekomunikasi dan internet,perkhidmatan pos dan kurier  serta penyiaran 
  11. Perbankan , insurans, takaful dan pasaran modal
  12. Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
  13. E-dagang dan teknologi maklumat
  14. Pengeluaran , penyulingan , penyimpanan ,pembekalan serta pengagihan bahan api  dan pelincir 
  15. Hotel dan penginapan (bagi tujuan kuarintin  sahaja)
  16. Pembinaan , penyelenggaraan dan pembaikan kritikal 
  17. Perkhidmatan perhutanan dan hidupan liar 
  18. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu


SENARAI PERKHIDMATAN PERLU MINGIKUT SEKTOR

A- Pembuatan (Kapasiti 60% pekerja) 

1) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO) 
2) Makanan dan minuman 
3) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan 
4) Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci 
5) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan 
6) Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran 
7) Komponen bagi peranti perubatan 
8) Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global) 
9) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia 
10) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja 
11) Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja 
12) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir


B- Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi (Kapasiti Optima) 

1) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya 
2) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko) C- Pembinaan 1) Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal 2) Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
 3) Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ )


D- Perdagangan Pengedaran 


1) Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
2) Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja, 
3) Restoran 
4) Dobi (termasuk layan diri) 
5) Other Specialty Retail Stores (stesen minyak) 
6) Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan 
7) Kedai cermin mata dan barang optik 
8) Kedai hardware 
9) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti 
10) E-dagang (semua kategori produk) 
11) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja) 


E- Lain- Lain 


1) Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu. 



KAWALAN PERGERAKAN

1. Mendapatkan barang keperluan harian
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman

2. Mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman

3. Urusan kes kematian dan bencana alam
Dibenarkan dengan kebenaran PDRM

4.Urusan berkaitan vaksinasi
Dibenarkan dengan bukti tarikh vaksin

5.Penjawat Awam
Tidak dibenarkan hadir ke pejabat kecuali untuk pekhidmatan perlu dengan disertai dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.

6.Bantuan bencana atau kemanusiaan
Dibenarkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) 


KENDERAAN DAN PENGANGKUTAN 

1.Dua orang termasuk pemandu dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian.
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman 

2. Tiga orang termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, keselamatan atau kecemasan
Dibenarkan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman

3. Dua orang termasuk pemandu teksi dan e-hailing dibenarkan

4. Pelabuhan dan lapangan terbang dibenarkan 

5. Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat
Dibenarkan terhad 50% kapasiti kenderaan

6.  Kenderaan membawa pekerja seperti bas pekerja dan van pekerja
Dibenarkan terhad 50% kapasiti kenderaan

7.  Kenderaan perdagangan dan kenderaan yang membawa barangan perlu (essential)
Dibenarkan tertakluk kepada lesen pendaftaran kenderaan

8. Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan
Dibenarkan berdasarkan kapasiti kenderaan


PENDIDIKAN

1. Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di IPT di bawah kawal selia KPT dilaksanakan secara dalam talian

2. Menghadiri peperiksaan sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa

3. Pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di (IPT)

4. Pelajar yang berada di asrama selain di bawah KPM, universiti atau institusi pendidikan agensi lain.


PENIAGAAN DAN PERKHIDMATAN 

1. Dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam
• Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah
• Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran 
• Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai hardware 
• Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya/ pasar raya besar, departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman/ keperluan asas, kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai serbaneka/ mini mart untuk take away dan penghantaran ke rumah 
• Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan 
• Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata 
• Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

2. E-Dagang (semua kategori produk) dibenarkan 

3. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja) dibenarkan 

4.Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan 
Dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi

5. Kedai farmasi 
Dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

6. Pasar harian dan pasar awam
Dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang

7. Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet ( MFO), Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang

8. Pasar Segar Terkawal (PST)
Dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

9.Pasar borong
Dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 tengah malam sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang

10.Stesen minyak
Dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam

11. Stesen minyak di lebuh raya bertol
Dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam


OPERASI PERKHIDMATAN AWAM 

• HANYA perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan 
• HANYA untuk perkhidmatan perlu dengan kehadiran tidak melebihi 20% pada satu-satu masa 


OPERASI PERKHIDMATAN SWASTA 

Dibenarkan beroperasi dengan keberadaan 60% untuk perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan

MESYUARAT 
Mesyuarat secara sidang video dibenarkan


SEKTOR PERTANIAN , PERIKANAN , PENTERNAKAN , PERLADANGAN DAN KOMODITI
Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi (kelapa sawit, getah, lada dan koko) dibenarkan 


AKTIVITI AGAMA ISLAM

1.Aktiviti solat di masjid dan surau
Dibenarkan HANYA untuk 12 orang AJK masjid dan surau dengan ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

2. Upacara pernikahan (akad nikah) orang Islam
Dibenarkan HANYA di Jabatan/ Pejabat Agama Islam dengan ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

3.Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam
Dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

AKTIVITI IBADAT SELAIN ISLAM 

1. Aktiviti rumah ibadat selain orang Islam
Dibenarkan HANYA untuk 12 orang AJK rumah ibadat dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

2. Pengurusan pengebumian selain orang Islam
Dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN)

3. Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama
Dibenarkan mengikut ketetapan pihak JPN


PUSAT JAGAAN BERKEDIAMAN 

1.  Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai
Dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan


SUKAN DAN RIADAH 

1.  Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman sahaja
Dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurangkurangnya 2 - 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan sahaja bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam


SEMINAR , BENGKEL , KURSUS , LATIHAN DAN CERAMAH

1.Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah secara dalam talian dibenarkan

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Smg SOP yang dibuat diberkatiNya

    BalasPadam
  2. Semoga usaha lockdown ni berhasil turunkan kes..

    BalasPadam
  3. nice info! selamat berpkp. stay safe :)

    BalasPadam
  4. Semoga kali ini kes Covid-19 turun dengan mendadak..in sya Allah..aaminn

    BalasPadam
  5. Ada juga sektor yang masih dibenarkan buka. Maksudnya bukan Sekatan Pergerakan Penuh.

    BalasPadam
  6. Harap dpt mengurangkan kes nanti. Aaminnn.

    BalasPadam
  7. Sektor saya, macam biasa je .

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan