Assalamualaikum dan salam sejahtera
Certot : Resepi Tiktok Gita baru kehilangan kedua ibu bapanya. Ada adik-adik yang perlu diurus. Memandangkan ibu dan bapanya merupakan sama-sama yatim piatu yang membesar di rumah anak yatim, mereka tiada saudara. Hanya Gita dan adik-adiknya sahaja di dunia ini. Untuk itu, dia perlu kuat.
“Kakak… lapar.” Adik bongsunya yang berusia lapan tahun merengek.
Walaupun sudah berusia 18 tahun, tidak banyak jenis masakan yang Gita tahu masak. Setakat nasi, telur goreng, nasi goreng kicap itu dia tahulah. Lebih-lebih, dia tak reti. Takkanlah mereka adik-beradik nak makan itu sahaja setiap hari?
Gita mencari idea masakan ringkas yang boleh dia buat di TikTok. Puas membelek, dia temukan satu menu pasta yang cukup ringkas dan tak banyak bahan. Berbekalkan wang simpanan orang tuanya yang masih tersisa sementara Gita mencari kerja, dia ke kedai membeli bahan.
Setelah pulang, dia masak hidangan itu dan adik-adiknya makan dengan sangat lahap. Hari berganti hari, Gita semakin bersemangat untuk mencuba menu lain. Semuanya dia belajar daripada TikTok. Bukan itu sahaja, Gita juga ada menjual makanan yang dia masak ke dalam grup WhatsApp kejiranan serta rakan-rakan di tempat kerjanya.
Hal yang pada mulanya Gita pelajari hanya untuk bertahan hidup, kini menjadi antara penyumbang kepada pendapatan keluarganya. Walaupun Gita tak dapat meneruskan pelajaran kerana ingin membesarkan adik-adiknya, tapi dia seronok melakukan kerja-kerja ini. Moga suatu hari nanti, di kala semua adiknya sudah besar, Gita melihat kepada detik ini dan berkata kepada dirinya sendiri, “Kau kuat!”
8 Ulasan
Terharu bacanya. Baguuus sangat karakter tokoh di cerita ini. Kuat, tak mudah menyerah. Semoga yg membaca pun ikut JD semangat seperti Gita.
BalasPadamkalau rajin & gigih, pasti boleh berjaya..
BalasPadamSy klu masak pun ada jgk guna resepi tiktok
BalasPadamkalau rajin, insyaAllah boleh aja.. kita godek2 saja di medsos...
BalasPadamBetul..dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan...
BalasPadamBagus betul Gita. Pandai cari peluang.
BalasPadamGitulah bila keadaan memaksa...dari taktau jadi tau, dari tak boleh jadi boleh. Yang penting jangan mengharap kat orangggggggg je
BalasPadamInsyaallah practice makes perfect
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan