Beli Sabun Aiskrim

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Sabun Aiskrim  Sebelum ni memang kalau nak bersih badan pakai sabun buku . Rasa selesa , walaupun kadang-kadang guna juga shower gel tetapi tetap kena bersih badan guna sabun buku  . Kali ni CCL cuba beli sabun aiskrim . U guys pernah dengar tak sabun aiskrim . Ya sabun untuk mandian bukan untuk di makan tau .. no !! Tak boleh makan  . 


Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Sabun aiskrim ni tekstur memang sangat lembut . Ambil dalam kuantiti yang mencukupi , sapu pada seluruh tubuh badan dan bilas dengan air .. mudah kan .. teracun untuk cuba sabun aiskrim ni dari mana lagi tak lain tak bukan kalau bukan dari platform Shopee . Tengok live seller tengah ceduk-ceduk sabun aiskrim ni ke dalam balang terus rasa nak cuba ..yang paling best setiap hari flavour sabun aiskrim ni lain-lain tau ..so setiap kali masuk live seller di Mellysha Beauty Rich kena tahan diri laa ..bukan apa sebab CCL dah beli dua flavour, risau terbeli setiap minggu tak sempat nak pakai haa .. 

Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Sabun aiskrim Shea butter & mint . Gabungan tiga warna iaitu purple bau bubblegum,  biru dengan bauan  honeydew dan juga warna kuning bauan pineapple . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit . 


Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Ni flavour kedua sabun aiskrim gelenggang mint . Flavour merah dengan bauan scandalous  . Hitam pula  dari charcoals cherry blossom . Wangi melekat pada badan . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit .

Sabun aiskrim ni bukan hanya padai di seluruh tubuh badan sahaja tau , pakai pada kulit wajah pun boleh .. harga pun murah hanya RM11.90 sahaja .

Kalau tanya CCL best ke tidak pakai sabun aiskrim ni , of course best  sebab ingredients di dalam sabun ni sangat best . Segar tubuh badan tau .



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Aduh.. Rasa nak makan pun ada. Serupa ais krim. Hehe

    BalasPadam
  2. Cantiknya.. x pernah jumpa plak. Kalau jumpa sure try gak ni... 😅

    BalasPadam
  3. Lulur pada badan aje tau..jangan termakan plak..nampak sedap dah tu ha serupa aiskrim...jauhkan dari budak2 jugak ye..

    BalasPadam
  4. bestnyaaa sabun ni. da lama teringin nak beli .kityut macam aiskrim! dah boleh imagine bau yang wangi lepas keluar dari toilet

    BalasPadam
  5. menarik tu tp kn bdk2 tgk die ingt bole makan..bahaya juga

    BalasPadam
  6. Nampak sedap macam boleh makan. Hahaha

    BalasPadam
  7. Terasa lapar pulak ni. 😄

    BalasPadam
  8. Cantik, warna-warni. Rasa nak makan hahahaa.

    BalasPadam
  9. aduh kalernya macam aiskrim rainbow paddle pop tu pulak, risau terjilat je bekas tu xD
    murah jugak harga dia, igtkan puluh2 tadi

    BalasPadam
  10. Macam boleh dikunyah-kunyah jugak ni. Hehe. Warna-warni ya sabun ni.

    BalasPadam
  11. Kenapa comel sangat cam aiskrim paddle pop ni… 😁

    BalasPadam
  12. Pengen coba kan jadinya 😍😍. Tapi ini tak ada butiran scrub berarti ya kak. Betul2 halus saja? Belum pernah liat yg tekstur sabun seperti ini.

    BalasPadam
  13. selalu tengok live dekat tiktok jual sabun ni. ramai ckp best.. warna dia pun menarik

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan