Beli Murah-Murah (BMM) Adakan Clearance Stok . Semua Barang RM1.50 !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Beli murah murah, barang clearance stock

Minggu lepas time lalu nak beli Mixue, ada ternampak banner Clearance Stock . Semua barang RM1.50 . Perempuan kan kalau nampak perkataan Clearance Stock , Sales, Diskaun , Year End Sales (YES) memang wajib terjah kan .. kalau tak membeli tengok-tengok pun dah cukup . Window shopping , tapi disebabkan kekangan masa untuk pergi ke tempat seterusnya CCL batalkan niat nak masuk sini .. next day lah cakap dalam hati . 

Hari ni memang jejak kaki ke sini lah. Beli Murah-Murah (BMM) buat clearance stock , semua barang dengan harga RM1.50 .  BMM ni baru sahaja beroperasi beberapa bukan yang lepas , tapi disebabkan kurang mendapat sambutan , maybe owner terpaksa tutup dan buat clearance stock untuk semua barang-barang . 

Beli murah murah, barang clearance stock

Beli murah murah, barang clearance stock

Barang-barang yang diorang buat clearance ni memang banyak pilihan. Dari bahagian tools makeup, barangan alat tulis, barangan mandian, barangan dapur serta perapatan pertukangan semua ada . Hanya beberapa gambar sahaja yang CCL snap, tak kuasa pulak snap snap setiap ruangan yang ada . Mujur la time pergi ni orang tak ramai . Majoriti harga asal barangan ni RM2 ke atas . Lelong jadi RM1.50 . Barangan seperti terjual di Eco Shop dan Mr.DIY. 


Beli murah murah, barang clearance stock

Ini beberapa barang hasil tangkapan CCL ke sana ..tak banyak pun total lost RM10.50 .. 
Beli apa ?? Beli wet tisu dan tisu muka . Beli tea spoon untuk bawa ke office sebab berkenan design ala-ala marble . Terselit juga barangan comel , keychain untuk gantung di dlaam kereta atau bilik . Memang dah lama nak beli haritu tengok dekat Mr.DIY mahal juga berbelas ringgit . Tapi tangguh la dulu ni disebabkan RM1.50 beli laa juga satu . Pastu CCL beli penyepit rambut . Beli sebab design dia comel bukannya nak pakaikan dekat rambut sangat pun . Beli sebab nak sepitkan pada buku planner . Cantik kan .

Alang-alang dah singgah beli juga sikit . 




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Dekat mana ni CCL?
    Macam best je nak serbu hehe ...

    BalasPadam
  2. Murah dah tu kena borong banyak2. Berbaloi sangat harganya.

    BalasPadam
  3. ish kalau saya masuk sini memang membeli sakan dah penuh sebakul

    BalasPadam
  4. Murah sangat dah ni. Berbaloi_baloi.

    BalasPadam
  5. Kalau Kak SA ni confirm terjebak jugak ni CCL...especially tisu basah tu...

    BalasPadam
  6. Menarik ni tapi kesian juga yer kat onwer nya tak dpt bertahan dalam persaingan dunia perniagaan.

    BalasPadam
  7. Murah betul. Berbaloi beli.

    BalasPadam
  8. waduhh waduhh kat mana ni? murahnya harga 1.50! rambang mata nak pilih hehehe

    BalasPadam
  9. Jadi kasian pula dengan owner yg tak bisa survive sampai harus bagi diskount clearance

    Tapi memang barang2 diskount besar seperti ini pastilah selalu menarik minta banyak orang. Saya pun suka 😄. Bisa kalap jika shopping dengan harga murah begitu

    BalasPadam
  10. Kalau Cuya pantang tengok kedai murah2 gini... hahahh ada je benda nak beli

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan