Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Sahur Khairulaming : Telur Mata Goreng Cili Padi
Bahan-bahan
-telur
-cili padi hijau
-cili padi merah
-bawang merah
-bawang putih
-serai
-minyak
-garam
-gula
-serbuk perasa
-sos tiram
-sos ikan
-kicap manis
Cara Penyediaan Menu Sahur Khairulaming Telur Goreng Mata Cili Padi
1.Gorengkan beberapa biji telur mata dalam kuantiti minyak yang banyak supaya telur mata tu crispy bahagian bawah .
2. Hiriskan atau chopper bahan-bahan untuk tumis iaitu bawang merah , bawang putih, cili padi hijau dan cili padi merah tumis sampai naik bau , kemudian masukkan satu batang serai .
3.Masukkan 1 sudu besar sos tiram , sos ikan dan setengah sudu kicap manis tumis bersama bahan-bahan tadi sehingga naik bau dan masukkan gula , garam dan serbuk perasa .
Siap dihidangkan bersama telur mata yang sudah digoreng tadi . Selamat mencuba
7 Ulasan
Selamat bersahur
BalasPadamLauk simple camtu memang membangkitkan selera
BalasPadamYummeh. Ini memang boleh bangkitkan selera waktu bersahur ni.
BalasPadamMenggiurkan 😍❤️🌟
BalasPadamBuat menu sahur memang layan ini..
BalasPadamini kalau mkn perghhh terangkat! haha
BalasPadamsimple ni..nk try lah nanti..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan