TEALIVE : SPARKLING PINK GUAVA TEA WITH ROSELLE JELLY

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 



TEALIVE : SPARKLING PINK GUAVA TEA WITH ROSELLE JELLY Tealive ada keluarkan perisa terbaru , kali ini dengan gandingan perisa pink guava bersama jeli roselle . CCL pun tunggu apa lagi terus nak cuba menu baru nie , memandangkan cuaca kat peqelih ni memang hangat lit-lit so CCL malas pulak nak keluar pergi Tealive, sudah tu kalau ramai terpaksa beratur ikut giliran . So tanpa melengahkan masa CCL terus buka apps foodpanda . Apa lagi, search sahaja Tealive Kangar and then terus pilih minuman dan terus bayar .



Menu baru Tealive Pink Guava 

-Sparkling pink guava tea with roselle jelly

-Milkshake pink guava with roselle jelly



FOOD , REVIEW, TEALIVE , SPARKLING PINK GUAVA TEA WITH ROSELLE JELLY , SPARKLING PINK GUAVA TEALIVE, CARA ORDER TEALIVE MELALUI FOODPANDA , APPS FOODPANDA , TEALIVE PINK GUAVA , TEALIVE SPARKLING PINK GUAVA


Tersilap submit order minuman !!

Bila cuaca hangat sangat ni , of course laa tekak pun dahaga sangat . Kering tekak beb !! bila bukak apps foodpanda Tealive Kangar boleh pula tersilap submit order  . Aduhh mata ni tersalah tengok , CCL hanya nampak pink guava terus jari ni laju je klik . Dalam 15 minit macam tu abang panda pun selamat hantar order tersebut . . Buka plastik tealive maka CCL pun eh ! eh ! eh ! .. Hahaha . Bila tengok label ok pink guava but bukan milkshake tapi terorder sparkling . Nak tak nak kena minum juga la ..Salah diri sendiri juga kan . 



Sedap tak Sparkling pink guava tea with roselle jelly  ? 

Macam biasa , ia ikut citarasa masing-masing . Ada yang boleh terima tekak dan ada yang tak boleh terima tekak . Memandangkan CCL tidak berapa sukakan air yang bergas , so memang tidak la nak repeat air sparkling pink guava tea ini . 



Rasa sparking pink guava tea with roselle jelly

-gabungan perisa pink guava , rebusan teh hijau , bersama air soda bikarbonat 

- ada rasa-rasa pink guava , manis-manis sedikit dan rasa kelat-kelat pahit teh hijau . Tapi pahit tu tak ada laa sepahit-pahit ubat , just nice sahaja rasanya . Gabungan rasa yang seimbang githuu 

-jeli roselle sedap sangat . CCL puji sebab CCL suka roselle ni . 



Kalau korang belum rasai lagi sparkling pink guava bersama roselle jelly ni boleh la terjah Tealive yang berhampiran dengan tempat korang tinggal . 


Next time nak order milkshake pink guava . 

Harap-harap sedap ! 




SENARAI PESERTA GIVEAWAY 2022 : HAPPY ANNIVERSARY CCL & HUSBAND

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


SENARAI PESERTA GIVEAWAY 2022 : HAPPY ANNIVERSARY CCL & HUSBAND  Alhamdulillah setelah hampir dua minggu Giveaway yang CCL anjurkan berjalan dengan lancar .. 4 April 2022 adalah tarikh di mana giveaway tersebut bakal berlabuh tirai . Alhamdulillah terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sudi join Giveaway yang julung-julung kalinya CCL adakan di platform blog kesayangan CCL . 


Untuk korang yang belum join dan tak tahu lagi tentang Giveaway yang sedang berlangsung . Korang semua boleh la tekan link " di sini " . Dan untuk korang yang dah join ribuan terima kasih CCL ucapkan .. Di sini korang boleh la double check senarai peserta-peserta Giveaway tersebut , sambil-sambil tu boleh la blogwalking blog rakan-rakan lain . 



Senarai peserta giveaway 2022 : happy anniversary CCL & husband 


1.www.shikinrazali.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

2.https://www.syaznirahim.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

3.https://mummyayu.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

4.https://www.sheilaarshad.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

5.https://pemudattbc.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

6.https://anakomak6.blogspot.com/2022/03/laman-utama-giveaway-2022-giveaway-2022.html

7.https://www.zianaeunos.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

8.https://sharhanah.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

9.https://www.farhanajafri.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

10.https://itsthesuraya.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

11.https://www.mamapipie.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

12.https://jm2u.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

13.http://www.suriaamanda.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

14.https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

15.https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

16.https://saranur74.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

17.https://www.yamanaimy.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

18.https://salinasafea.blogspot.com/2022/03/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

19.http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2022/03/laman-utamagiveaway-2022giveaway-2022.html

20. https://www.fairusmamat.com/2022/04/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl.html

21.https://www.akifimtiyaz.com/2022/04/giveaway-2022-happy-1st-anniversary-ccl-dan-husband.html

CARA MENDAPATKAN TANDA "SAH / VERIFIED" DI MYSEJAHTERA



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CARA MENDAPATKAN TANDA "SAH / VERIFIED" DI MYSEJAHTERA Ramai telah berkongsi di media sosial bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’


Bagaimana nak dapatkan tanda "sah / verified " di MySejahtera ? Caranya memang sangat mudah .


INFO , MYSEJAHTERA , VERIFIED MYSEJAHTERA , CARA DAPATKAN VERIFIED MYSEJAHTERA , KEMASKINI MYSEJAHTERA , KEMASKINI VERIFIED MYSEJAHTERA, CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA ,


Langkah 1 :

-Pastikan korang  mengemaskini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas. korang tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.


Langkah 2 :

-Dalam skrin Daftar Masuk, korang akan nampak butang berwarna merah   yang tertera dengan "Sahkan Segera" .Klik pada butang tersebut.


Langkah 3 :

-Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :


1.Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.


2.No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.


3.ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini.


Langkah 4 : 

Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.


Langkah 5 :

Setelah korang selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran korang kepada pasukan MySejahtera.



DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA (TV3)


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA (TV3) Drama adaptasi novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah diterajui oleh Remy Ishak dan Amyra Rosli akan mengisi slot Megadrama Astro Ria bermula 21 Mac 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.


DRAMA, JANGAN MENANGIS CINTA , DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA , FULL EPISOD DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA , SITI ROSMIZAH , DRAMA ADAPTASI NOVEL , SINOPSIS JANGAN MENANGIS CINTA , ASTRO RIA JANGAN MENANGIS CINTA


Jangan menangis cinta

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: MegaDrama Astro Ria

Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Raja Mukhriz

Produksi: SR One Sdn Bhd



Pelakon drama jangan menangis cinta

Remy Ishak sebagai Zafran

Amyra Rosli sebagai Riyana

Rita Nadira sebagai Dina

Halim Radzi sebagai Hariz

Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana

Kiah Propa sebagai Mak Yang

Atilia Haron sebagai Amirah 

Khaty Azian sebagai Puan Sabrina

Wanns Ahmad sebagai Hafiz

Fiza Thomas sebagai Mawar

Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah

Amanda Amry sebagai Nabilah

Idzham Ismail sebagai Zulkifli

Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar

Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah

Hilal Azman sebagai Pak Nordin



Lagu OST drama jangan menangis cinta

Jangan Menangis Cinta - Idayu

Selamat Tinggal Cinta - Syarfa Rianna



Sinopsis drama jangan menangis cinta

Menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.


Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan mak mertua yang begitu membencinya.


Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menunjukkan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja



DUA KALI REPEAT 'HANNHAF PERFUME' WANGIAN VICTORIA"S SECRET SCANDALOUS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


DUA KALI REPEAT 'HANNHAF PERFUME' WANGIAN VICTORIA"S SECRET SCANDALOUS Dulu CCL salah sorang pembeli minyak wangi, boleh dikatakan setiap bulan akan ada sahaja koleksi minyak wangi drngan wangian yang berbeza . Mahal murah hanganya CCL bedal sahaja sehinggakan  sampai penuh juga dalam almari mekap bahagian minyak wangi ni . Beli banyak-banyak pakainya kurang . Sehinggalah CCL terpaksa sedekah setengah minyak wangi CCL kepada sepupu , adik beradik dan kawan-kawan .  Semua minyak wangi masih banyak , penggunaannya tidak melepasi separuh . Nak buang sayang .so cara alternatifnya sedekah sahaja kepada diorang yang nak . 


Alhamdulillah sekarang hanya ada tiga atau empat botol sahaja minyak wangi yang CCL ada dengan wangian yang berbeza . Dah taknak beli banyak-banyak tapi pakainya jarang-jarang sekali . Dah,taknak rasa membazir macam tu . Sekarang dah,hadkan pembelian .. 


CERITA CCL , HANNHAFF PERFUME , PERFUME , MINYAK WANGI , TIPS MINYAK WANGI TAHAN LAMA , BAU PERFUME


Kawan officemate CCL ada jual minyak wangi iaitu "Hannhaff perfume" murah je sebotol hanya RM10 .dalam banyak-banyak wangian CCL tertarik dengan wangian "Victoria Secret Scandalous" . Baunya tidak terlalu keras dan wangiannya sedap je bauan manis-manis gitu . Support sikit kawan officemate CCL beli sebotol dahulu walaupun banyak,wangian lain yang ada . Sebotol RM10 bersamaan 10ML lama juga,bertahan untuk dihabiskan ikut kekerapan penggunaan . Macam CCL sekali guna akan,spray 2 atau 3 kali sahaja . Cukup la wangian tu melekat kat baju .spray banyak-banyak nanti baunya jauh sebatu . Hahahaha ..


CERITA CCL , HANNHAFF PERFUME , PERFUME , MINYAK WANGI , TIPS MINYAK WANGI TAHAN LAMA , BAU PERFUME


Dah cukup habis sebotol , semalam CCL repeat sekali lagi jenama minyak wangi yang sama dan bauan pun yang sama juga . Jarang-jarang sekali CCL nak repeat minyak wangi , tapi dengan wangian dari Hannhaff Perfume ni memang best . Wangian memang tahan lama dengan  Eau De Parfume . 


Korang pernah cuba Hannhaff Perfume tak ??

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera .


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA Alhamdulillah .Tanggal 12 Mac 2021  ,genap satu tahun ulang tahun perkahwinan CCL yang pertama dengan suami . Pejam celik , pejam celit ehh dah cukup setahun melayari bahtera nakhoda rumah tangga yang pelbagai macam liku-liku kehidupan .

  

CERITA CCL , ANNIVERSARY , HAPPY ANNIVERSARY , SAMBUTAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN


Terbinanya satu rumah tangga, bohong laa kalau setiap hari sentiasa manis-manis belaka . Ada hari bahtera nakhoda dilanda ribut juga . Nak mempertahankan itu memang susah . Pelbagai cabaran , pelbagai perasaan so laluilah segala cabaran rumah tangga dengan tenang . Memandangkan CCL  suami masih lagi PJJ walaupun seberang negeri .. Sorang di Perlis dan sorang lagi di Kedah cabaran hidup PJJ ni memang mencabar . Nak tak nak kena laluinya dengan tenang ..


Rentetan majlis akad nikah , majlis resepsi perempuan dan majlis resepsi lelaki alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun masa tu bumi Malaysia bergelut dengan wabak Covid-19 tetapi SOP yang ditetapkan oleh MKM untuk sesi majlis kenduri tetap boleh dijalankan mengikut kapasiti yang telah MKM tetapkan . Alhamdulillah walaupun keadaan sedikit membimbangkan , Allah permudahkan segala urusan untuk CCL adakan majlis penting dalam hidup tepat pada tarikh cantik yang CCL inginkan . 


Alhamdulillah Allah berkati kami berdua untuk bina masjid . 

-Akad nikah berlangsung pada 12.03.2021

-Majlis resepsi perempuan 13.03.2021

-Majlis resepsi lelaki 20.03.2021


Doakan rumahtangga yang terbina kekal ke jannah ..next  entri yang akan datang CCL nak share rentetan majlis . Tahun lepas tak dapat nak share atas kekangan masa . 


Untuk korang yang belum join GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND   , jemputlah join . Giveaway akan melabuhkan tirai pada 4 April 2022 




TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS

 

Assalamualaikum da salam sejahtera


TUANKU PERLIS CEMAR DULI RASMI BILIK SENSORI SUMBANGAN RMHC DI PERLIS “Amin amin ya Rabaljalil, Doa hamba yang sangat zalil, Kekalkan daulat serta adil Bagi perintah Jamalullail”. Haa korang pernah dengar tak ayat ni? Kalau tak pernah dengar inilah lirik negeri tanah tumpah kelahiran CCL, mana lagi kalau bukan Perlis Indera Kayangan yang amat CCL cintai.


Nak kenal siapakan yang memerintah negeri Perlis ini, sudah tentulah kerabat diraja Jamalullail. Baru-baru ini, CCL ada terbaca berita berkaitan Tuanku berdua yang telah mencemar duli untuk merasmikan bilik sensori sumbangan dari pihak RMHC. 


Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.



Apakah Itu RMHC? 

RMHC merupakan singkatan kepada Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia). RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  


Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya sekarang untuk kegunaan kanak-kanak OKU.   


RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  


Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.



Perlis Turut Menerima Sumbangan Zakat RM100,000 

Tidak hanya itu, CCL ikut terkejut apabila pihak McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan zakat dalam jumlah yang agak besar. Tidak sedikit ya, RM100,000 yang diberikan. 


Acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.


Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 


Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti.



“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 

 

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”



CCL sebagai anak jati Perlis mengucapkan jutaan billion trillion terima kasih, terima kasih sangat-sangat tak terhingga terhadap McDonald’s Malaysia kerana tidak meminggirkan negeri kami yang sangat kecil comel molek ini.


Tak hanya CCL, rasanya seluruh rakyat Perlis berbesar hati dengan sumbangan yang telah dihulurkan

27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



27 KOMEN TERKURUNG DALAM SANGKAR "SPAM" AKHIRNYA DAH BEBAS Malam-malam macam ni ada masa terluang sedikit , CCL bagi sedikit ruang untuk,entri blog. Sudah beberapa hari blog sunyi tanpa berita . Sebenarnya CCL baru sahaja habis bercuti . "short vacation" memang kalau mood bercuti tak sempat nak usha-usha blog . Nak tahu CCL bercuti di,mana tunggu next entri tau . 


Ok.seperti,biasa tiap kali CCL post apa-apa entri baru, beberapa jam selepas itu CCL akan double check semula rakan-rakan blogger yang rajin singgah,ke entri blog CCL dan tinggalkan seketul, dua ketul komen. Macam biasa CCL aktifkan "comment moderation" , normal lah bila korang tinggalkan komen akan masuk dalam inbox dahulu  then lepas CCL approve baru baru komen korang akan appear dalam entri tersebut . 


Malam ni , setelah selesai CCL membaca komen dan approve komen korang di dalam entri blog CCL , jari CCL tertekan pada bahagian komen lagi satu iaitu bahagian "spam" , terkejut juga laa ada 27 komen dari rakan blogger tercicir ke bahagian spam . Ribuan kemaafan CCL ucapkan untuk korang ya . Terlepas pandang . 



CERITA CCL, KOMEN MASUK SPAM,CARA MENGATASI I'M NOT ROBOT DI KOTAK KOMEN,KOTAK SPAM , KOTAK KOMEN BLOG


Maka terpaksa juga CCL baca dan approve sorang demi sorang . 27 tu banyak jugakan . Alahai main sembunyi-sembunyi di kotak spam pulak yer . 


CERITA CCL, KOMEN MASUK SPAM,CARA MENGATASI I'M NOT ROBOT DI KOTAK KOMEN,KOTAK SPAM , KOTAK KOMEN BLOG


Alhamdulillah akhirnya komen korang yang dah terkurung ke dalam sangkar spam akhirnya bebeas ke ruangan komen . Lepas ni kena lebih alert juga la. 



p/s : CCL nak adakan satu giveaway . Agak-agak ramai tak nak join 😊