Assalamualaikum dan salam sejahtera
MENANG REBET MAXIS RM300 JARINGAN PRIHATIN DARI SCAMMER 017-7967358 Salam tahun 2022 , ni juga merupakan entri pertama blog untuk tahun 2022 . belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 untuk pembaca setia mahupun pengunjung blog CCL .
Awal pagi tadi CCL dikejutkan dengan satu panggilan dari Scammer . Bak kata , cari rezeki di awal pagi ni saat yang sangat penuh berkat . waktu pagi juga la waktu afdhal di mana rezeki sedang berkeliaran dari rumah ke rumah untuk mencari pemilikNya . tapi pastikan cari rezeki yang halal untuk diri dan juga ahli keluarga .
Pepagi lagi dah terima call dari scammer . Katanya si scamner ni call dari pihak Maxis Centre . , memandangkan number telefon CCL ni sudah pun lama berkhidmat dengan Maxis . So si Scammer Maxis ni pun berbesar hati nak rewardskan CCL dengan rebet Jaringan Prihatin RM300 sempena hari ulang tahun Maxis . CCL pun layan je agend si scammer ni , sempat juga tanya "why you call i pakai fone number biasa , call pula melalui whatsapp , kenapa you tak call pakai hotline number sahaja ? " si scammer pun jawab "hotline terlalu sibuk sekarang dengan beratusan panggilan masuk dan panggilan keluar" . Hahaha CCL tergelak dengan jawapan si Scammer .
Berbalik kepada cerita tadi . Si scammer pun explain mengenai rebet RM300 , boleh claim melalui prepaid/postpaid mahupun cash money . CCL pun bagi jawapan "ok i nak cash money la , tapi kalau cash money i kena bagi you akaun number lah yer ?? Si scammer pun jawab xperlu . You just bagi no TAC yang dihantar melalui mesej" . Dalam beberapa saat macam tu si scammer minta CCL check ada terima tak NO TAC . CCL pun segera check dan memang betul terima NO TAC . CCL kembali tanya pada si scammer , "kalau i bagi you no TAC ni memang safety ke ?? " Si scammer pun yakinkan aku bahawa ianya memang safety . CCl dari tadi memang tak sedap hati , tapi CCL layankan aje agenda dia .
Bagi NO TAC pada scammer ? memang tidak laa . Cari masalah lah kalau bagi . Kang lesap duit dalam bank kan ..
CCL pun minta si scammer tu tunggu sekejap untuk perbualan , sebab si scammer call time CCL tengah bekerja . CCL cakap tengah ada kerja , dia sanggup tak nak matikan perbualan . Segera CCL buka akaun CIMB CLICK dan amaun yang ada dalam akaun tersebut tak ada la banyak hanya ada RM121.** macam itu aje . CIMB bank ini guna untuk shopping barangan online sahaja . So CCL segerakan transfer RM100 ke akaun bank yang lain . So bakinya hanya tinggal RM21 sahaja . So boleh rasa selamat sedikit duit CCL .
Sambung perbualan tadi bersama si scammer, dia masih yakinkan CCL bahawa dia bukan scammer .walaupun CCL tidak sesekali terpedaya . CCL pun cakap "kalau betul you nak bagi rebet RM300 you boleh sahaja masukkan terus ke postpaid" segera so scammer putar cerita katanya xboleh . Ehh awal-awal tadi kau cakap boleh pilih postpaid/prepaid dan cash money " . Hahahah . CCL pun cakap "xapa lah kalau macam tu , nanti CCL pergi Maxis Centre berdekatan untuk claim rebet ni "
Hebatnya si Scammer ni , dia boleh tahu CCL tengah online akaun CIMB dan dia tahu CCL baru sahaja money out RM100 . Dashyat kerja diorang !!! Jadi takut pulak nak isi duit dalam CIMB BANK ni banyak-banyak untuk online shopping . Rasa macam dah tak safety .
Akhirnyaa si scammer tidak berjaya tarik duit selepas dia tengok ada transaksi money out dalam akaun CCL . Huhhh . Minta suami detectkan number si scammer , ianya memang betul-betul scammer . Dah ramai yang report number beliau .
Hati-hati korang .
19 Ulasan
mcm2 idea scammer ni kan..emm
BalasPadamselamat tahun baru!!!
makin hebat scammer sekarang.. gerun juga boleh sampai tau transaksi duit kita bagai
BalasPadamScammer ni suka call time sel2 otak kita belum berapa nak berhubung, dia ingat senang2 nak scam org
BalasPadamGigih betul scammers sekarang, tak penat2 cari mangsa. Risau bila baca pengalaman CCL ni. Maknanya dia dah ada access to your accountla kan…siap dah generate TAC lagi.
BalasPadamEh lupa pula! Happy 2022, CCL! Moga 2022 lebih indah dan membahagiakan!
BalasPadamSama la modus operandi dia ni...ramai dah yang dia call...lagi satu call dari seller Shopee nak refund duit kononnya terlebih bayar or ada barang takde..akak cakap kenapa x refund je..x boleh sebab takde dalam sistem shopee la apa..terusnya akak letak je tipon...malas nak layan
BalasPadamtakde kerja betul la dorg ni. buat kerja haram je. dah tahun 2022 kot.
BalasPadamseramnya huhu. diorang ni nak buat kerja biarlah halal, ni scam orang pulak. tak berkat langsung
BalasPadamsyabas puan, hati-hati dengan penipuan yang semakin hari semakin canggih. Baru ni abg saya kena, dia punya nombor telegram scammer guna untuk minta duit. Dia (scammers) menyamar jadi abg saya. dia kata, dia perlukan duit, dia whatsapp pukul 9 malam ke 12 malam pada 19 orang kenalan abg saya. Ada yang tertipu dengan kata-katanya. Ada juga yang tidak percaya.
BalasPadamManakan tidak dia minta pukul 9 malam dan berjanji akan masukkan semula pada 9 pagi esoknya. Duit yang diminta rm1,000. bayangkan kalau semua terpedaya dia akan dapat RM 19,000 dalam satu malam sahaja.
Laporan polis dah dibuat, tapi tetap sama, scammers ini tidak dapat ditangkap.
Macam hantu! Dah berjuta-juta kerugian diaorang ni buat. Tak rasa bersalah ke aniaya orang, makan duit haram! Taubatlah wahai scammers!
Wah, gigih betul scammer sekarang nie, memang takde rasa bersalah langsung dapat tipu orang dengan cara begini.. Apapun akak nak ucapkan selamat tahun baru pada CCL.. p/s : hadiah awak nanti akak poskan sebab tak sempat lagi nak buat demikian... hihi sori tau...
BalasPadamPepagi lagi dah buat kerja menipu orang. Kadang kalau scammer call, saja loudspeaker biar dia bebel sorang.
BalasPadamBahaya betul zaman sekarang, scammer ni macam macam taktik dia. Semakin bermaharajalela.
BalasPadamBahaya betul zaman sekarang, scammer ni macam macam taktik dia. Semakin bermaharajalela.
BalasPadamDapat call dari +601114300792 . Benda yang sama. Minta TAC.
BalasPadamBahaya ni. Selalunya no xkenal mmg terus block
BalasPadamBaru je dapat call siap nak bagi RM3,000.00 cash money apo????kita layan kejap pastu kita matikan phone block terus.Hati2 ye anda di luar sana
BalasPadamSaya pun baru kes ni sama call tadi. Tapi number yg dia pakai kali ni lain pula, 0172696143. Alert2 u all number yg i share tu ya. Dia guna WhatsApp call, proses yg tertulis dlm blog ni sama saja, tapi i tak layan sangat. Too suspicious. I cakap saja tak minat. Kes phishing ni. Hish.
BalasPadambaru kena tadi. jaringan prihatin kan dah lama expired en. tapi boleh pula si scammer ni nk TAC bagai. Thank you for sharing CCL!
BalasPadambaru tadi i juga terima call darii 0178967621 sama juga jaringan prihatin. i kata tengah kerja. panggil besok call i pada pukul 1pm
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan