6 ANGGOTA PPDA MAUT KETIKA OPERASI MENYELAMAT REMAJA LEMAS


Assalamualaikum & salam sejahtera 



6 ANGGOTA PPDA MAUT KETIKA OPERASI MENYELAMAT REMAJA LEMAS  Enam anggota bomba dipercayai mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini malam ini.




Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.
Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian.




Keenam-enam anggota bomba tersebut sebelum itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada pukul 5.50 petang tadi.



Lemas itu syahid.moga Allah menempatkan wira2 kita dlm kalangan org soleh dan solehah. Saat Allah mendatangkan asbab tiada yg mampu menghalang..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Allah.. Takziah buat keluarga mangsa..

    BalasPadam
  2. Al_Fatihah
    Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat

    BalasPadam
  3. Alfatihah. Pagi ni menangis dengar berita pasal ni.

    BalasPadam
  4. sedih la kisah ni.
    ada baca komen negatif netizen on tragedi ni.
    apa la kan. ni tugas mereka. mereka pelaksana, pemegang amanah.
    demi nak menyelamatkan satu nyawa.
    moga mereka di tempat org2 yg beriman. jasa mereka akan dikenang selamanya.

    BalasPadam
  5. semoga our hero ditempatkan dengan orang yang beriman

    BalasPadam
  6. Innalillah Wainna ilahirajiun.. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Tapi tue la yang sedihnya komen netizen yang kurang prihatin dan kurang sensitif pada situasi terutama perasaan keluarga..

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnalillahirojiun..semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman, aamiin

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnalillahirojiun..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan