Assalamualaikum & salam sejahtera
6 ANGGOTA PPDA MAUT KETIKA OPERASI MENYELAMAT REMAJA LEMAS Enam anggota bomba dipercayai mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.
Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian.
Keenam-enam anggota bomba tersebut sebelum itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada pukul 5.50 petang tadi.
Lemas itu syahid.moga Allah menempatkan wira2 kita dlm kalangan org soleh dan solehah. Saat Allah mendatangkan asbab tiada yg mampu menghalang..



