Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS MEMOHON VISA KE AUSTRALIA, CHINA , US , INDIA DAN CANADA Korang tau tak passport Malaysia ni sebernarnya membolehkan korang travel ke 161 negara TANPA VISA. Tapi masih banyak negara2 yang korang perlu dapatkan VISA untuk masuk ke negara tersebut.. antaranya China, India, USA, Canada, Australia dan lain2..
Hari ni CCL nak sharekan satu panduan membuat visa yang telah dibuat oleh Traveloka khas untuk korang..
Panduan Memohon Visa Untuk Rakyat Malaysia
Jangan tak tahu, pasport Malaysia adalah keempat paling berkuasa di dunia tau! Ini bermakna anda boleh ke lebih dari 160 negara tanpa visa. Untungkan jadi rakyat Malaysia! Tapi ada beberapa negara yang masih memerlukan permohonan visa. Jadi, ini adalah perkara yang korang perlu tahu.
1. Jenis visa - Ada banyak jenis visa, bergantung kepada sebab anda ke sesebuah negara. Berikut adalah 3 jenis visa jika anda ke negara luar untuk bercuti atau bekerja.
- Visa sekali masuk - korang hanya boleh masuk sesebuah negara sekali sahaja walaupun tempoh sah visa itu melebihi tempoh masa korang di negara itu. Kalau korang meninggalkan negara itu, korang mesti memohon visa baru walaupun visa lama masih sah.
- Visa beberapa kali masuk - korang boleh masuk negara itu sebanyak mana yang anda mahu sepanjang tempoh sah visa. Tetapi, pastikan korang mempunyai sebab yang sah untuk melawat negara itu berulang kali, atau korang boleh dihalang masuk.
- Visa transit - kalau korang nak jalan-jalan sementara transit, jangan lupa untuk periksa sama ada negara yang disinggah memerlukan visa ini.
2. Berapa lamakah proses permohonan visa?
bergantung pada negara yang korang nak lawati. Proses permohonan visa boleh mengambil masa dari sehari hingga empat minggu.
3. Apakah dokumen yang anda perlu sediakan untuk memohon visa?
Bergantung pada negara yang korang ingin lawati, tetapi ini adalah beberapa dokumen yang wajib ada:
(i) Kad pengenalan Malaysia yang sah atau lesen.
(ii) Pasport asal (tarikh tamat tempoh mestilah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh berlepas)
(iii) Borang permohonan visa yang lengkap
(iv) Maklumat penerbangan yang anda ingin tempah atau dalam sesetengah kes, tiket penerbangan anda.
(v) Bukti pembayaran fi visa.
(vi) Penyata bank atau cek kembara.
(vii) Gambar berukuran pasport (dengan latar belakang berwarna biru muda atau putih).
4. eVisa vs permohonan melalui kedutaan
'Buat apa susah-susah beratur sedangkan boleh memohon dalam talian!” Memang bolehh, tapi untuk sesetengah negara, lebih senang untuk terus ke kedutaan sahaja.
5. Antara sebab yang boleh menyebabkan kegagalan permohonan anda atau diminta memohon semula:
(i) mempunyai rekod jenayah yang dianggap serius oleh negara yang ingin lawati
(ii) telah melebihi tempoh lawat sebelum ini.
(iii) Dokumen perjalanan palsu.
(iv) gagal memberikan tujuan lawatan yang sah.
(v) Beberapa jawapan korang tidak tepat.
(vi) Jawapan temuramah korang dan rakan perjalanan korang tidak selari.
(vii) Baki akaun bank yang tidak mencukupi.
(viii) memakai gincu berwarna merah atau solekan yang tebal dalam gambar passport (Ini bukan gurauan tau!)
(ix) Kedua-dua bahu korang tidak sepenuhnya dalam gambar pasport.
(x) memakai tudung berwarna-warni dalam gambar (ada sesetengah negara menetapkan warna tudung tertentu untuk gambar pasport anda)
(xi) Sijil lahir atau nikah yang tidak diterima.
6. Sumber:
(ii) http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=225808&folderId=231025&name=DLFE-1922.pdf
(v) https://blog.seduniatravel.com/post/156061371730/countries-malaysian-citizens-dont-need-a-visa-to
Pegawai Imigresen berhak menghalang kemasukan korang atau hanya membenarkan korang untuk melawat selama beberapa hari atau minggu sahaja bergantung pada tujuan lawatan. Ayuh sama-sama berharap perkara ini takkan terjadi kepada kita!
29 Ulasan
nice info! manalah tau nak gi becuti kat china ke nanti leh rujuk blogpost ccl
BalasPadamBagusnya info ni sebab banyak membantu macam mana cara nak dptkan visa. Maklum la tak semua tau camne cara nak dapatkan visa ni kan..termasuk lah saya heheh..tqtqtqtq
BalasPadambagus info ni, nak dapatkan visa US ni memang payah kalau tak betul-betul. diorang tengok dalam account ada bpe balance jugak tau
BalasPadamDiantara visa yang disebutkan di atas, visa USA yang paling remeh kot sebab involve interview lagi. Visa Australia ok juga tapi recently bila ramai orang Malaysia masuk nak petik buah kat Australia...visa dia makin payah pulak nak lulus.
BalasPadamDoing a visa is not easy especially for business purpose and it will take up to rm600 for multiple entry. So far has not facing it. Only my hubby need it as need to travel for business.
BalasPadamOo..baru tahu. Thanks for info ye
BalasPadamWah, terima kasih di atas tips yang sangat berguna.. Nanti senanglah nak mohon visa..
BalasPadamThank i so much! Tak sangka proses buat visa lain2 negara lain proses dia! Sangat information, dah bookmark so later boleh study lagi :)
BalasPadamTeeima kasih atas perkongsian..tips ni ssangat berguna..boleh akak jadikan rujukan..plan nak ke sana ttu ada..so bleh la fahamkan term dia
BalasPadamSis baru memohon visa ke India, buat sendiri aje tanpa bantuan agen. Murah sikit. Alhamdulillah mudah je segala urusan. Cuma tu lah..berdoa bila nak masuk sana nanti tak ada masalah apa2 tentang visa ni
BalasPadam
BalasPadamWah boleh Ika guna tips ni semasa memohon VISA Ke AUSTRALIA tahun hadapan. INgat guna passport dah cukup. Nasib baik awak bagi tahu!
Terkejut AM.. AM xtau plak xboleh oakau solekan merah n gincu merah tebal.. terima kasih yea atas perkongsian penuh informasi nie
BalasPadamTips camni mudah untuk orang travel. I pernah experience apply visa for china and myanmar. They are all relatively efficient if you provide complete information.
BalasPadamPermohonan untuk visa ni mudah kalau documentation semua lengkap. In shaa Allah pass. Tak boleh ambil remeh tentang visa ni. Nice sharing! :)
BalasPadamSiapa ada visa kena amik tau la ye,nad ni takde lagi. Pergi luar negara pun tak pernah lagi..hehehe..
BalasPadamBagus info ni untuk orang yang tak pernah ada visa dalam seumur hidup walaupun dah tua..haha. Nak apply visa nanti, kena cari balik nota ni. Senang nak prepare nanti.
BalasPadamso far, aida lom lagi nak ke australia.
BalasPadamwajib ke sana. tgh kumpul dana holiday. kak ipar sulung di sana, PR.
tak mudah ekk proses nyer.
perlu la cek semua details and dokumen carefully.
yes. di border, kuasa pegawai imigresen adalah penuh. kita kena folo.
then, amik gambar passport pun now kena hati2. aida gi ari tu, kena tukar tudung, kena pakai blazer, lipstick jgn terang. kena buka spec.
wah boleh pulak pasal gincu tu di tolak ye, hehehe
BalasPadamAkak biasa buat visa utk ke Ausie ja 2x..Alhamdulillah dua2 kali lepas sebab skrang ni ke Aus da ketat x mcm dulu2..masa 2016 ok lagi..this year memang risaj sebab husband punya visa aftet 24hrs baru approved..risau woooo. Tiket semua da b3li kot
BalasPadamTak pernah mohon. Sebab belum terpikir nak berjalan ke luar negara. Baru tahu rupanya banyak benda kena titik beratkna time nak mohon tu ye. Sampaikan pakai gincu terang pun tak boleh.
BalasPadamPergh, tak pernah tahu pun pasal tak boleh pakai lipstick terang tu. Tapi kenapa eh?
BalasPadamThanks sebab bagi tips sebegini. Memang sesuai dan berguna untuk bakal pelancong di masa akan datang. TQ ye.
BalasPadamNak mohon visa ni memang seram skit. Sebab banyak proses. Tapi kalau sekali buat, mesti dah tak takut dah. Dulu ruby takut bab duit dalam bank dan gambar. Hahaha. Lipstick tu memang betoi.
BalasPadamTerima kasih untuk info ini.
BalasPadamterima kasih info. kak pun tak pernah amek tau pasal visa ni semua. haha. passport pun belum ada :P
BalasPadamLama jugak proses apply visa sampai 4 minggu...
BalasPadamBaguslah info nie..
BalasPadamgood sharing CCL..takat ni, tak baper gemar melancong ke negara yang perlukan VISA..leceh..haritu mr hubby ikut trip company ke China, kena apply visa ni...leceh la hai..kena isi borang bagai...
BalasPadamNice sharing CCL
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan