Assalamualaikum dan salam sejahtera
SIPUT LALA MASAK CILI PADI Salam Ahad dan selamat berhujung minggu . Hari ni CCL nak share resepi yang simple untuk masak siput lala . Selalunya kalau CCL beli siput lala ini tak lain tak bukan mesti buat masak lemak cili padi . So hari ni kelainanlah sikit . CCL beli sepinggan siput lala ni di pasar pagi berharga RM6 . Boleh tahan banyaknya.Al-maklum la dalam family CCL dua orang je yang feveret makan siput lala ni .
Bahan-bahan
* Siput lala
*cili padi
*bawang merah
*bawang putih
*minyak
*mentega
*halia
*daun kari
*serbuk kunyit
*gula
*garam
*kayu manis
Cara membuat
1. Rebuskan siput lala
2.Cili padi,bawang merah,bawang putih dan halia diblender bersama . Anggaran untuk bahan-bahan ini ikut citarasa masing-masing
3.Panaskan kuali masukan satu sudu kecil mentega dan minyak masak panas bersama, CCL masukkan sedikit mentega supaya nakkan aroma mentega .Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi bersama kulit kayu manis .
4.Tumis sampai garing dan masukkan daun kari untuk naikkan lagi aroma masakkan .CCL masukkan serbuk kari sebab nakkan kekuningan sikit pada siput lala .
5. Bahan-bahan yang ditumis sudah garing , masukkan siput lala , masukkan sedikit sahaja air,dan tunggu sehingga Siput lala masak . Letakkan sedikit gula dan garam .
Selamat mencuba
16 Ulasan
Boleh di bakar kah siput lala ni?
BalasPadamMudah je nak buat resepi ni dan sedap pulak tu. Cuma lala tu sikit je la isinya. Biasanya abe kie ratah aje.
BalasPadamSedapnya nampak, mudah juga bahan dia. tak pernah cub lagi guna mentega tu, nanti boleh try. nyum3
BalasPadamtengok gambar pun dah jilat skrin hahaha.. =P
BalasPadamLala memang best...kalau lagi segar lagi best
BalasPadamSedap.. My feveret ini..
BalasPadammemang sedap.
BalasPadamSepinggan boleh perabih sorang
woi... sedap ni...
BalasPadamnyummeh !! sedap nye.. tapi kena makesure pedas2 ngam lepas tu makan dengan nasi putih panas2.. hee~
BalasPadamkak lina selalu jugak beli lala...mahal jugak satu pek tu kan...tp kak lina sakit hati tau,banyak kulit kosong je,..isi nye secoet jek...hihi
BalasPadamsedap nih..boleh cuba nanti
BalasPadamehhh lapar tengok hehehe
BalasPadamSedap nampak tapi xpermah makan lala
BalasPadamSedanyaaa. Nak kena masak lala lah gini
BalasPadamFeberet saya dan anak anak!!!
BalasPadamterliur sudah..nampak kepedasan di situ
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan