Assalamualaikum dan salam sejahtera
CINTAILAH APA SAHAJA YANG MENJADIKAN KITA BAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT | Kata orang, "Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada Allah, hanya dia yang kekal abadi."Memang betul. Tepat. Dan cantik sekali kata-kata ini. Namun, ada orang menjadikan kata-kata seumpama ini sebagai alasan. Untuk langsung meninggalkan cinta kepada manusia. Juga cinta kepada dunia.
Tidak salah mencintai manusia. Tidak salah mencintai dunia. Kerana cinta kepada manusia dan dunia merupakan landasan untuk menuju ke sana. Kita perlu ingat, sekarang kita berada dalam kelompok manusia. Dan berada dalam sebuah yang bernama dunia.Jadi nikmati kehidupan ini sebaiknya. Yang penting, jangan pernah membelakangkan akhirat.
Cinta kepada manusia ada banyak. Cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada suami atau isteri. Cinta kepada suami. Cinta kepada kanak-kanak. Barulah seronok. Kalau hidup tanpa cinta, dunia ini akan kosong dan hambar.
Cinta kepada mereka yang sepatutnya dengan landasan yang betul kelaknya akan membuahkan biji-biji pahala. Sebagai bekal menuju ke sana.
Jadi bagaimana pula dengan cinta kepada dunia? Kita cinta kepada apa yang kita buat. Cintailah kerjaya kita. Kerana jangan fikir kerjaya kita hanya sekadar dunia. Kerana apa yang kita buat, kita akan dapat imbuhan. Kita dapat gaji. Jadi apa yang kita dapat itu kelaknya bolehlah salurkan semula dalam bentuk lain. Itu juga belakan untuk menuju ke sana.
Cintailah apa sahaja. Apa sahaja yang akan menjadikan kita manusia yang bahagia di dunia. Bahagia di akhirat. Dan bahagia kedua-duanya.
1 Ulasan
cinta pada Yang Maha Esa
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan