MACAM MANA NAK TUDUNG KEKAL CANTIK , TAK LUSUH DAN TAK LUNTUR WARNA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

MACAM MANA NAK TUDUNG KEKAL CANTIK , TAK LUSUH DAN TAK LUNTUR WARNA ?  Okay, hari ni CCL nak kongsi sikit Tips Penjagaan Tudung especially tudung bawal Walaupun cantik, tudung bawal ni sensitif tau.


tips penjagaan tudung , tudung bawal , tutorial tudung , kekalkan warna tudung , tips simpan tudung ,


1) Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.

2) Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur.  Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.

3) Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.

4) Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.

5) Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung.Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.

6) Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.

7) Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.


Harap-harap tips penjagaan tudung ni dapat membantu korang semua dalam menjaga dan mengekalkan keanggunan tudung-tudung. Penjagaan tudung yang betul boleh buatkan tudung bawal anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.

Okay thats all , Kalau ada tips-tips lain, share lah dengan CCL .


MACAM MANA NAK TUDUNG KEKAL CANTIK , TAK LUSUH DAN TAK LUNTUR WARNA ? MACAM MANA NAK TUDUNG KEKAL CANTIK , TAK LUSUH DAN TAK LUNTUR WARNA ? Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 5:42:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

  1. Nice info CCL. Sekarang ni kinah dah jarang pakai bawal. Bila ada anak ni semuanya kena instant hahaha

    BalasPadam
  2. thanks for info,,, mmg bawal cpt luntur

    BalasPadam
  3. Sis tak guna tudung bawal tapi cara penjagaan ini boleh juga apply pada shawl kann Cik CL..

    By the way good tips..

    BalasPadam
  4. tapi kak CCL... saye sgt 'rajin' nak basuh tudung dgn tangan.. hehe :p

    BalasPadam
  5. Yes. Pin tajam tu penting.

    BalasPadam
  6. Simple tips..senang nk follow..tq ccl.

    BalasPadam
  7. nice tips... sis selalu jemur kat hanger dlm rumah takut warna luntur.. nnti dh x cantik

    BalasPadam
  8. nice info.
    aida pencinta bawal :)

    BalasPadam
  9. tips yang sangat berguna..thnks ccl..:P

    BalasPadam
  10. Thankyou for the tips :) hee

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.