Assalamualaikum dan salam sejahtera
MACAM MANA NAK TUDUNG KEKAL CANTIK , TAK LUSUH DAN TAK LUNTUR WARNA ? Okay, hari ni CCL nak kongsi sikit Tips Penjagaan Tudung especially tudung bawal Walaupun cantik, tudung bawal ni sensitif tau.
1) Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
2) Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
3) Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
4) Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
5) Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung.Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
6) Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
7) Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.
Harap-harap tips penjagaan tudung ni dapat membantu korang semua dalam menjaga dan mengekalkan keanggunan tudung-tudung. Penjagaan tudung yang betul boleh buatkan tudung bawal anda tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.
Okay thats all , Kalau ada tips-tips lain, share lah dengan CCL .

