Memaparkan catatan dengan label resepi sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sedap. Papar semua catatan

RESEPI SIPUT LALA MASAK CILI PADI



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SIPUT LALA MASAK CILI PADI Salam Ahad dan selamat berhujung minggu . Hari ni CCL nak share resepi yang simple untuk masak siput lala . Selalunya kalau CCL beli siput lala ini tak lain tak bukan mesti buat masak lemak cili padi . So hari ni kelainanlah sikit . CCL beli sepinggan siput lala ni di pasar pagi berharga RM6 . Boleh tahan banyaknya.Al-maklum la dalam family CCL dua orang je yang feveret makan siput lala ni .

Resepi siput lala,resepi siput lala masak cili padi,siput lala masak cili padi,siput lala,blog resepi,masakaan kampung,gambar siput lala,resepi sedap


Bahan-bahan

* Siput lala
*cili padi
*bawang merah
*bawang putih
*minyak
*mentega
*halia
*daun kari
*serbuk kunyit
*gula
*garam
*kayu manis


Cara membuat 

1. Rebuskan siput lala

2.Cili padi,bawang merah,bawang putih dan halia diblender bersama . Anggaran untuk bahan-bahan ini ikut citarasa masing-masing

3.Panaskan kuali masukan satu sudu kecil mentega dan minyak masak panas bersama, CCL masukkan sedikit mentega supaya nakkan aroma mentega .Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi bersama kulit kayu manis .

4.Tumis sampai garing dan masukkan daun kari untuk naikkan lagi aroma masakkan .CCL masukkan serbuk kari sebab nakkan kekuningan sikit pada siput lala .

5. Bahan-bahan yang ditumis sudah garing , masukkan siput lala , masukkan sedikit sahaja air,dan tunggu sehingga Siput lala masak . Letakkan sedikit gula dan garam .

Selamat mencuba


RESEPI BUTTERMILK CHICKEN



resepi buttermilk chicken,buttermilk chicken,resepi sedap,cara membuat buttermilk chicken,buttermilk chicken rice , menu buttermilk chicken,blog resepi




Bahan-bahannya:



  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (saya guna cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau
  • Minyak untuk goreng ayam

Cara masaknya :



  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak .Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer.

selamat mencuba resepi buttermilk chicken