Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : BUBUR JAGUNG MANIS
Bahan-bahan membuat Bubur Jagung Manis
- 2 tongkol jagung (ambil jagung sahaja)
- 400 ml santan
- 1 sudu besar tepung kastard
- 250 gm gula pasir
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Sago biji secukupnya
Cara memasak Bubur Jagung Manis
- Rebus jagung sehingga empuk.
- Kemudian masukkan gula, santan, garam dan tepung kastard. Masak sehingga mendidih.
- Tambahkan sago biji yg telah dicuci ke dalam bubur jagung. Biar seketika sehingga sago lembut.
- Siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bahan - bahan
Perut Lembu
Daun Kesom
Tomato
Limau Nipis
Cili Padi
Bawang Merah (bakar)
Bawang Besar
Belacan
Asam Jawa
Garam
Gula
Ajinomoto (Tambahan)
Bahan untuk dikisar / tumbuk :-
Bawang merah yg dah siap dibakar. Cili padi sedikit belacan, air asam jawa, garam , gula & ajinomoto.
Bahan yg perlu dimayang :-
Bawang besar
Tomato
Daun kesom
Cara-cara penyediaan :-
1. Rebus perut lembu masukkan sedikit garam , hiris nipis kemudian toskan.
2. Masukkan bahan yg dikisar , gaul sebati.
3. Perahkan asam limau nipis secukup rasa masam manis
4. Gaul bersama bahan yg telah dimayang. Biarkan beberapa minit.
5. Sedia untuk dihidang
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : KEK PANDAN VERSI TOASTER sebenarnya walaupun tanpa oven ataupun ketuhar , mak - mak di rumah tetap boleh buat bakar kek , tak semestinya menggunakan oven baru nak jadi resepi kek tersebut . Petang ni CCL nak kongsi dengan korang semua Kek Pandan versi Toaster . mana lah tahu adunan dah siap diadunkan semua tetiba oven rosak , so rasa ni salah satu sebagai penyelamat .
BAHAN - BAHAN
- 2 biji telor
- 1/2 cwn gula
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan tepung (boleh guna tepung kek)
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla.. sy gntikan dgn esen pndan dan pewrna hijau
- butter
CARA MEMBUAT
1.blend 2 biji telur . 1/2 cawan gula, 2 sudu susu pekat . 1 sudu teh esen vanila ataupun esen pandan sehingga kembang smua ni.
2. Masukkan 1 cawan tepung kek bersama baking powder dan masukkan secawan minyak adun sehingga sebati .
3. Panaskan toaster , dan sapukan sedikit butter agar kek tidak melekat ketika proses membakar .
4. tuangkan adunan tadi ke dalam toaster , tutup dan bakar 3 minit sehingga 5 minit .
selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI NASI GORENG UDANG KERING | Selamat pagi dan salam hujung minggu bersama keluarga tercinta. Hujung-hujung minggu macam ni la semua orang berpeluang bersarapan bersama - sama family tercinta. So apa menu sarapan pagi korang hari ni ? Tak payah serabutkan kepala fikir menu apa yang sesuai untuk sarapan pagi hari ni . CCL akan kongsi satu resepi untuk korang semua yang mampu tambat selera ahli keluarga .
Nasi goreng udang kering.
Bahan-bahan
- Udang kering
- Cili kering
- Bawang merah
- Daun kucai
- Minyak masak
- Nasi putih
- Garam / gula
1.Rebuskan udang kering bersama cili kering. Itupun kalau korang rajin. Kalau tak rajin tak perlu rebus.
2.Gunakan lesung batu untuk tumbuk bawang merah, cili kering dan juga udang kering . Sebab itu CCL melakukan proses perebusan dulu, bila rebus Cili kering bersama udang kering senang untuk dihancurkan . Guna lesung batu itu satu kepuasan untuk memasak. Kalau malas boleh pakai blander
3.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus ke dalam kuali. Kacau sama rata.
4.Setelah bahan yang ditumbuk dimasak garing,tapi jangan sampai hangit yer. Korang boleh masukkan nasi putih . Gaul nasi putih dan bahan-bahan tadi biar sama rata .
5.Masukkan daun kucai. Kalau nak masukkan sayur lain pun itu ikut citarasa korang . Gaul sama rata, jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Dah siap untuk dihidangkan .
Selamat mencuba .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SIPUT LALA MASAK CILI PADI Salam Ahad dan selamat berhujung minggu . Hari ni CCL nak share resepi yang simple untuk masak siput lala . Selalunya kalau CCL beli siput lala ini tak lain tak bukan mesti buat masak lemak cili padi . So hari ni kelainanlah sikit . CCL beli sepinggan siput lala ni di pasar pagi berharga RM6 . Boleh tahan banyaknya.Al-maklum la dalam family CCL dua orang je yang feveret makan siput lala ni .
Bahan-bahan
* Siput lala
*cili padi
*bawang merah
*bawang putih
*minyak
*mentega
*halia
*daun kari
*serbuk kunyit
*gula
*garam
*kayu manis
Cara membuat
1. Rebuskan siput lala
2.Cili padi,bawang merah,bawang putih dan halia diblender bersama . Anggaran untuk bahan-bahan ini ikut citarasa masing-masing
3.Panaskan kuali masukan satu sudu kecil mentega dan minyak masak panas bersama, CCL masukkan sedikit mentega supaya nakkan aroma mentega .Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi bersama kulit kayu manis .
4.Tumis sampai garing dan masukkan daun kari untuk naikkan lagi aroma masakkan .CCL masukkan serbuk kari sebab nakkan kekuningan sikit pada siput lala .
5. Bahan-bahan yang ditumis sudah garing , masukkan siput lala , masukkan sedikit sahaja air,dan tunggu sehingga Siput lala masak . Letakkan sedikit gula dan garam .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LAPAN KETUL DONUT DUNKIN BERHARGA RM2 Salam Jumaat semuanya . Disebabkan hari ni CCL tak bekerja dah start bercuii selama 2 minggu,so habiskan sisa - sisa cuti yang ada dengan sebaik yang mungkin . Pagi hari ni CCL jamah sarapan pagi menunya ialah donut . Selalunya menu pagi hari wajib nasi.tak kiralah nasi lemak mahupun nasi goreng .
Pagi tadi CCL gigih singgah satu kedai di tepi jalan mencari pulut ayam , dan terbeli pulak donut . Agak lama jugak CCL tak makan donut . CCL beli lapan ketul donut dengan harga RM2 .hah banyak kan murah pulak tue .harga tue dah harga standard sekarang di mana-mana gerai yang jual . So donut yang CCL belikan itu hanyalah donut biasa yang disaluti gula aising .
Selesai makan pulut ayam , CCL jamah dua ketul donut .. Alhamdulillah kenyang perut ni . Berbakikan lagi enam ketul donut yang bersalut gula aising ini , mula dapat idea untuk nak makeup sikit donut ni bagi cantik ala-ala donut dunkin .
CCL mula selongkar peti ais mencari coklat masakan , masih ada saki baki coklat tue yang CCL simpan . CCL mula leburkan coklat masakan dalam boiled water . .selesai semua CCL celupkan donut yang disaluti gula aising, tapi kini dah disaluti dengan coklat . Selepas disaluti coklat CCL makeoverkan sikit mula letakkan coklat tabur warna-warni dan satu lagi CCL just letakkan kepingan cornflakes . Dah siap.sekali pandang macam donut dunkin kan . Hehe .. sekarang perut dah kenyang . Menu ni CCL boleh sambung makan petang nanti .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SOLOK LADA Hari ini CCL kongsikan Resepi membuat Solok Lado
Bahan-bahan
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara membuat
Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa.
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi.Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasaJika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk.Tuangkan santan.Rebus hingga masak. Boleh juga di kukus.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
RESEPI SANDWICH TELUR CHEESE Resepi yang bersiaran kali ini tersangatlah mudah , CCL pasti ramai yang padai membuat resepi yang cukup simple ini .Tetapi atas kerajinan CCL kongsi jugak resepi ini untuk uolls semua . Baiklah hari ini CCL akan kongsikan satumenu sarapan pagi dan boleh juga dijadikan menu di petang hari .. 'Sandwich Telur Cheese'
Bahan-bahannya :
5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
70gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
kepingan cheese
1 buku roti putih sandwich
Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur
Cara Penyediaan
1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati
2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis
potong dua/ menyerong. Siap! Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kalau tak nak pun tak pe..bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperanga..angkat dan hidangkan!
selamat mencuba
Assalamualaikum ..
LEMPENG DURIAN ATAU SERABAI DURIAN Kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang , lempeng durian atau nama femesnya yang lebih dikenali dengan serabai durian .Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar nama kuih tersebut .Kalau di negeri Perlis Indera Kayangan ini susah sikit nak jumpa gerai-gerai yang jual lempeng durian atau serabai durian ni.Selalunya zaman-zaman dahulu , zaman tok-tok kita yang pandai sediakan lempeng durian atau serabai durian ni .
Rasanya ini kali pertama CCL berpeluang menikmati kuih asli ini .Lempeng durian atau serabai durian ini hasil air tangan oleh tok sebelah mak CCL .Kalau tak ada tok CCL ..maka rasanya CCL pun tak sempat menikmati makanan yang tradisional ini. Serabai durian ni bentukknya macam lempeng.. dan dimakan dengan kuah durian .. kat bawah CCL ada share resepi lempeng durian / serabai durian .
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan nasi sejuk.
- 1/2 cawan santan pekat.
- 1 sudu kecil yis segera.
- 2 sudu gula.
- 1 1/2 cawan air.
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN SERABAI /LEMPENG:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.
CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.