cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai | Khairul Aming Disebabkan ramai dah mula burn out sampai nak drop out, baiklah hari ni Khairul Aming share resepi simple sikit iaitu Ayam Goreng Crispy Cicah Sos Thai. Boleh makan ni kalau stress, krup krap krup krap tu sedappp bila kunyah

Ayam goreng crispy cicah sos thai Khairul Aming, ayam goreng crispy Khairul Aming, resepi ayam goreng crispy, resepi Khairul Aming, ayam goreng

Bahan-bahan

  • Ayam (bahagian mana-mana pun boleh, KA guna tongkeng)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Black pepper secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung Bestari
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Bijan 
  • Cili kering
  • Daun limau purut
  • Bawang putih

Cara membuat ayam goreng crispy 

Ayam goreng crispy cicah sos thai Khairul Aming, ayam goreng crispy Khairul Aming, resepi ayam goreng crispy, resepi Khairul Aming, ayam goreng

1.Gaulkan ayam dengan sos ikan, black pepper dan gula. Perap lebih kurang 30 minit.

2.Tanpa tukar mangkuk, masukkan terus tepung Bestari, tepung beras, garam dan serbuk perasa ke dalam ayam perapan tadi.

3.Masukkan air sikit-sikit sampai adunan jadi sederhana pekat (tak cair, tak pekat).

4.Masukkan bijan, gaul rata sampai semua ayam bersalut cantik.

5.Panaskan minyak betul-betul panas..masukkan ketulan ayam satu per satu, jangan masukkan serentak.

6.Bila ayam hampir masak, masukkan cili kering, daun limau purut dan bawang putih. Goreng sekejap sampai naik aroma wangi. Angkat ayam bersama bahan aromatik, toskan minyak.

7. Siap dihidangkan bersama sos thai sebagai pencicah 


Selamat mencuba 



 Assalamualaikum dan hai semua 

Nasi Kukus Ayam Berempah | Khairul Aming

nasi kukus ayam berempah khairul aming, resepi nasi kukus ayam berempah, nasi kukus ayam berempah versi Khairul Aming, resepi Khairul Aming


Bahan-bahan untuk perapan ayam berempah 

  • 2 paha ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 4 batang serai
  • Lengkuas (anggaran besar ibu jari)
  • 2 tangkai daun kari
  • Air secukupnya


Bahan-bahan untuk nasi kukus

  • Beras Basmathi 1121


Bahan-bahan untuk kuah

  • 1 biji bawang Holland
  • Halia (besar ibu jari)
  • 5 ulas bawang putih
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 2 sudu rempah kurma daging
  • Ayam (dipotong dadu)
  • Hati ayam (ikut suka 😆)
  • 1 kotak kecil santan
  • ½ ketul kecil gula Melaka (cincang)
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Terung
  • Kacang panjang


Bahan-bahan untuk Sambal Belacan 

  • 2 biji lada besar
  • 10 biji cili padi
  • Belacan sedikit (dibakar)
  • 4 biji air limau kasturi
  • 2 biji limau kasturi (ambil isi + kulit, buang biji)
  • 2 sudu gula
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Air sikit


Cara membuat Nasi Kukus Ayam Berempah versi Khairul Aming 

nasi kukus ayam berempah khairul aming, resepi nasi kukus ayam berempah, nasi kukus ayam berempah versi Khairul Aming, resepi Khairul Aming

1️⃣ Ayam Berempah

1.Blend serai dan lengkuas dengan air secukupnya, kemudian tapis..Air jangan buang, simpan!

2.Gaulkan ayam bersama semua serbuk rempah, garam, daun kari, dan bahan blend tadi.

3.Tambahkan sedikit air serai & lengkuas.

4.Perap selama 20 minit..Goreng ayam bersama rempah sampai garing dan rangup.


2️⃣ Nasi

Masak beras Basmathi 1121 seperti biasa.


3️⃣ Kuah Kari

nasi kukus ayam berempah khairul aming, resepi nasi kukus ayam berempah, nasi kukus ayam berempah versi Khairul Aming, resepi Khairul Aming

nasi kukus ayam berempah khairul aming, resepi nasi kukus ayam berempah, nasi kukus ayam berempah versi Khairul Aming, resepi Khairul Aming


1.Blend bawang Holland, halia dan bawang putih. Tumis dengan sedikit minyak dan rempah 4 sekawan hingga naik bau

2.Masukkan cili kisar, rempah kari daging dan rempah kurma.Masukkan ayam dadu dan hati ayam, kacau rata.

3.Tambahkan air dan santan, masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.

4.Masukkan gula Melaka, garam dan serbuk perasa.

5.Akhir sekali, masukkan terung dan kacang panjang. Masak hingga lembut.


4️⃣ Sambal Belacan

1.Blend semua bahan sambal bersama sedikit air.

2.Rasa dan sesuaikan masam, manis, masin.


Beli memang murah, tapi masak sendiri… rasa dia lain macam ..Selamat mencuba & selamat menjamu selera!



Assalamualaikum dan hai semua 

Sambal Tempe | Khairul Aming

Sambal tempe, resepi sambal tempe Khairul Aming, sambal tempe Khairul Aming, sambal gesek tempe, sambal tempe berlado, resepi Khairul Aming


Bahan-bahan Sambal Tempe versi Khairul Aming 

  • 1 blok tempe
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 5 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai lada besar merah
  • 1 tangkai lada besar hijau
  • ½ biji tomato
  • ½ biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa 
  • Limau nipis / limau kasturi 


Cara membuat Sambal Tempe versi Khairul Aming 

Sambal tempe, resepi sambal tempe Khairul Aming, sambal tempe Khairul Aming, sambal gesek tempe, sambal tempe berlado, resepi Khairul Aming

  1. Potong tempe dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan..
  2.  Potong kasar semua  bahan+bahan-bahan, cili padi, cili besar, tomato bawang merah dan bawang putih, lalu panaskan minyak..dan goreng semua bahan sampai layu ..
  3. Angkat bahan goreng tadi, tumbuk atau lenyek dalam lesung sampai jadi sambal , tak perlu halus sangat pun tak apa..
  4. Masukkan garam, gula & serbuk perasa ikut citarasa masing-masing
  5. Masukkan tempe yang dah siap digoreng lenyek-lenyek sikit je jangan hancur, biar ada rupa tempe..
  6. Last sekali perahkan limau, gaul rata dan siap 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Mantou Buttermilk Sauce | Khairul Aming 

Mantou Buttermilk Sauce, mantou Buttermilk Sauce versi Khairul Aming, mantou Buttermilk Sauce Khairul Aming, resepi Khairul Aming

Kali ni KA share resepi yang sangat mudah .. Mantou Buttermilk Sauce .. kalau buttermilk sauce tu mudah dan ringkas .. misi mencari roti mantou frozen tu yang susah sikit . Sebab sebelum ni memang CCL belum pernah jumpa roti mantou frozen .. mungkin kena pergi geledah pasaraya Giant .. 


Bahan-bahan Mantou buttermilk sauce 

  • Butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili merah
  • 1/2 tin susu cair
  • Sekeping cheedar cheese 
  • Sedikit kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil susu pekat
  • Garam
  • Daun kari 
  • Roti mantou frozen 

Cara membuat Mantou buttermilk sauce versi Khairul Aming 

Mantou Buttermilk Sauce, mantou Buttermilk Sauce versi Khairul Aming, mantou Buttermilk Sauce Khairul Aming, resepi Khairul Aming

Mantou Buttermilk Sauce, mantou Buttermilk Sauce versi Khairul Aming, mantou Buttermilk Sauce Khairul Aming, resepi Khairul Aming


  1.  Bawang putih dan cili merah dichopper lalu tumis dengan butter . 
  2. Lalu masukkan daun kari , susu cair , sekeping cheedar cheese, 1 sudu kecil susu pekat sedikit kiub pati ayam dan sedikit garam, gaul hingga sebati
  3. Gorengkan roti mantou frozen sehingga keperangan . 
  4. Siap dihidangkan, cicah bersama buttermilk sauce . 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Cantonese Yee Mee| Khairul Aming

Cantonese Yee Mee, Cantonese Yee Mee versi Khairul Aming, resepi Cantonese Yee Mee Khairul Aming, resepi Khairul Aming


Bahan-bahan Cantonese Yee Mee 

  • 4 ulas bawang putih
  • Sotong
  • Udang
  • Fish cake 
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu serbuk lada putih
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Serbuk perasa
  • Minyak bijan
  • Air tepung jagung 
  • Sebiji telur
  • Yee mee

Cara membuat Cantonese Yee Mee versi Khairul Aming 

Cantonese Yee Mee, Cantonese Yee Mee versi Khairul Aming, resepi Cantonese Yee Mee Khairul Aming, resepi Khairul Aming

  1.  Tumiskan 4 ulas bawang putih yang dah siap chopper.. masukkan sekali sotong, udang serta fish cake lalu masukkan sedikit air . 
  2. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih, masukkan lobak merah serta sedikit garam, gula dan juga serbuk perasa .. 
  3. Letakkan sedikit minyak bijan , tambahkan sayur sawi ..masukkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah ..masukkan telur kacau rata..
  4. Masukkan yee mee, tak perlu balikkan yee mee tersebut, hanua curah+curah kuahnya ke atas yee mee..  
Sedia dihidangkan ..


 Assalamualaikum dan hai semua 

Ayam Pop | Khairul Aming 

Ayam pop versi Khairul Aming, resepi ayam pop Khairul Aming, ayam pop makanan indonesia, ayam pop menu orang minangkabau, ayam pop versi rebus

CCL baru tahu menu Ayam Pop ni memang asalnya makanan orang Minangkabau (Minang) dari Bukittinggi, Indonesia. ..Hidangan ni popular dalam masakan Minang  atau Nasi Padang.. belum pernah cuba .tapi Khairul Aming dah share resepi tauu..so lena rajin-rajin cuba menu baru.

Bahan-bahan ayam pop 

  • Ayam
  • 4 batang serai diketuk 
  • Halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cawan air kelapa
  • Santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji tomato
  • 15 biji cili padi
  • 1 ulas bawang merah
  • 5ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 2 helai limau purut
  • Perisa seasonings 
  • Air tepung jagung 
  • Pucuk ubi kayu 

Cara membuat ayam pop versi Khairul Aming 

Ayam pop versi Khairul Aming, resepi ayam pop Khairul Aming, ayam pop makanan indonesia, ayam pop menu orang minangkabau, ayam pop versi rebus

Ayam pop versi Khairul Aming, resepi ayam pop Khairul Aming, ayam pop makanan indonesia, ayam pop menu orang minangkabau, ayam pop versi rebus

  1. Masak ayam dengan batang serai, halia dan bawang putih. Tuangkan air kelapa, 1/4 cawan santan dan garam, lalu didihkan. Kacau ayam selalu.
  2. Kisarkan tomato, cili padi, bawang-bawang dan belacan dalam minyak. Masak sampai mengering sambil tambahkan daun limau. Tambahkan air dan 2–3 sudu santan selepas itu, dan teruskan menumis sambil tambahkan perisa hingga pecah minyak.
  3. Keluarkan ayam tadi serta bahan sampingan tetapi tinggalkan kuah. Teruskan masak kuah itu sambil tambahkan 1/2 kotak kecil santan, sedikit gula dan air tepung jagung hingga pekat.
  4. (Pilihan) Rebuskan pucuk ubi kayu sambil tambahkan sedikit garam sebagai hidangan sampingan
Selamat mencuba !! 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Puding Karamel | Khairul Aming  Selalunya kalau CCL buat puding karamel, versi paling ringkas tak perlu telur, tak perlu kukus. Campur, masak atas dapur, tuang dalam loyang, sejukkan… siap! Memang jenis resepi senang dan menjadi setiap kali.

Puding karamel versi khairul aming, puding karamel khairul aming, resepi puding karamel khairul aming, resepi puding karamel guna telur ,

Tapi kali ni terpengaruh dengan resepi dari Khairul Aming. KA ada olah puding karamel dia lain macam sikit. Nampak lebih creamy, lebih lembut dan tekstur dia pun nampak premium.

Bahan-bahan puding karamel 

  • 1/2 cawan gula
  • 2 keping roti
  • 2 cawan susu cair
  • 4 biji telur 
  • 1/2 susu pekat
  • 1/2 krim keju
  • Esen vanilla
  • Garam

Cara membuat puding karamel versi Khairul Aming 

Puding karamel versi khairul aming, puding karamel khairul aming, resepi puding karamel khairul aming, resepi puding karamel guna telur ,

Puding karamel versi khairul aming, puding karamel khairul aming, resepi puding karamel khairul aming, resepi puding karamel guna telur ,

  1. Panaskan gula hingga cair lalu tuang ke ddalam loyang .
  2. Kisar kepingan roti yang siap dipotong bersama susu cair, telur, susu pekat,krim keju,esen vanilla dan tambahkan sedikit garam 
  3. Bahan yang siap dikisar...lalu ditapis barulah dimasukkan ke dalam bekas gula karamel tadi ..
  4. Loyang tadi dialas dengan aluminum foil lalu kukus selama 45minit . 
  5. Siap kukus biarkan puding tersebut sejuk dan barulah diterbalikkan dam sedia untuk dihidangkan 
Selamat mencuba .. 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Nasi Goreng Cili Kering | Khairul Aming Kalau waktu sahur, memang tak sesuai nak masak lauk pauk banyak-banyak sebab kita nak cepat dan ringan je. Menu paling mudah tapi tetap menambat selera tentulah nasi goreng .. Uguys boleh cuba resepi dari Khairul Aming .. Nasi goreng cili kering !! .. 

Nasi goreng cili kering, nasi goreng cili kering khairul aming, resepi nasi goreng cili kering, nadi goreng cili kering versi khairul aming

Bahan-bahan nasi goreng cili kering

  • Nasi putih 
  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Cili kering 
  • Telur
  • Perencah nasi goreng 
  • 1 sudu kicap manis 
  • Sayur sawi

Cara membuat nasi goreng cili kering 

Nasi goreng cili kering, nasi goreng cili kering khairul aming, resepi nasi goreng cili kering, nadi goreng cili kering versi khairul aming

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis serta cili .. 
  2. Gorengkan telur hancur dan ketepikan 
  3. Tumiskan bahan-bahan yang siap dikisarkan serta masukkan nasi putih gaul rata 
  4. Tambah perencah nasi goreng dan kicap manis , gaul rata 
  5. Masukkan sayur dan telur hancur yang siap di goreng tadi .. 
Siap untuk dihidangkan 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Brisk walk 19 Februari | Brisk walk 1KM Mission Jalan + Cari Murtabak Petang tadi, sejam lagi nak masuk pukul 7, CCL pun keluar rumah konon nak cari murtabak.. Tapi alang-alang dah keluar, kita buka terus apps Strava. Rugi lah kalau jalan kaki tak record kan..ehh tiberr ..

Misi asal cuma nak beli murtabak untuk berbuka, tapi sambil tunggu siap tu CCL pusing-pusing kawasan gerai. Jalan santai saja, bukan laju macam betul-betul brisk walk. Sambil tu sempat singgah beli air untuk berbuka puasa sekali. Sekali jalan, sekali settle dua benda.

Briswalk, briskwalk 1KM, cara briskwalk 1KM, cara briskwalk tanpa penat

Bila tengok balik kat apps, ehh elok-elok cukup 1KM untuk petang ni. Alhamdulillah. Walaupun ambil masa 24 minit, tapi kira okay la kan… janji ada pergerakan dari duduk rumah saja..CCL bukan brisk walk sungguh-sungguh, sebab banyak berhenti membeli makanan, tengok juadah, tengok harga ..Tapi sekurang-kurangnya ada usaha.

Ramadan ni kalau boleh tiap petang buat misi kecil macam ni. Tak perlu jauh pun, 1KM pun jadi lah. 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sardin Tumis Bersantan | Khairul Aming Kalau ikutkan, menu yang paling ringkas kadang-kadang jadi paling memuaskan. Sardin Tumis Bersantan yang dikongsi oleh Khairul Aming ni antara resipi yang tak perlukan banyak bahan .. Sardin Tumis Bersantan ..Kadang-kadang bila dah bosan makan sardin biasa, versi Sardin Tumis Bersantan yang dikongsi oleh Khairul Aming memang boleh ubah selera..


sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, sardin tumis bersantan khairul aming, resepi khairul aming,

Bahan-bahan Sambal Tumis Bersantan 

  • Sardin tin
  • 2 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • Cili padi
  • 3 tangkai cili besar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 kotak santan
  • Limau nipis 

Cara membuat sambal tumis bersantan

sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, sardin tumis bersantan khairul aming, resepi khairul aming,

sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, resepi sardin tumis bersantan, sardin tumis bersantan khairul aming, resepi khairul aming,

  1.  Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili besar lalu tumis dalam minyak panas.  Tambahkan serai dan sedikit kunyit gaul rata . 
  2. Tambahkan kuah sardin , sedikit air dan 1/2 santan ke dalam bahan yang siap ditumis tadi . Tumis sehingga pecah minyak  lalu masukkan sardin  dan cili api  .
Selamat mencuba 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Ayam Sos Plum | Khairul Aming   Kalau ikutkan, setiap kali Khairul Aming muat naik resipi baru, memang laju saja orang cuba dan kongsi hasil masing-masing. 30 hari 30 resepi bersama Khairul Aming .. Tahun ni resepi pertama dari Khairul Aming adalah menu Ayam Sos Plum .. 

Jadi dalam entri kali ni, CCL nak kongsikan versi Ayam Sos Plum yang mudah dan sesuai untuk semua.

ayam sos plum, resepi ayam sos plum, resepi khairul aming, ayam sos plum khairul aming, senarai resepi khairul aming, senarai resepi khairul aming,

Bahan-bahan Ayam Sos plum

  • Kepak ayam
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • 6 tangkai cili besar 
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu sos plum
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • 3 helai daun limau purut

Cara memasak Ayam Sos Plum

ayam sos plum, resepi ayam sos plum, resepi khairul aming, ayam sos plum khairul aming, senarai resepi khairul aming, senarai resepi khairul aming,

ayam sos plum, resepi ayam sos plum, resepi khairul aming, ayam sos plum khairul aming, senarai resepi khairul aming, senarai resepi khairul aming,

  1. Gaul kepak ayam atau mana-mana bahagian ayam dengan lada hitam dan sos tiram lalu bakar dalam air fryer denfan suhu 200°c selama 20 minit .
  2. Potong cili besar, cili padi dan bawang, kalau nak mudah boleh guna chopper . Tumiskan kesemua bahan tadi hingga sedikit garing dan masukkan sedikit air tambahkan sos plum, kicap manis dan sos ikan ..
  3. Tambahkan hirisan serai, daun limau purut serta cili padi ke dalam kuah ..masukkan ayam yang telah digoreng tadi .gaul rata..
Selamat mencuba



 Assalamualaikum dan hai semua 

Salam Ramadan Buat Semua Alhamdulillah… bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh barakah, bulan yang sentiasa dirindui bulan Ramadan ..Rasa sebak pun ada, syukur pun ada. Bukan semua orang dapat rezeki bertemu Ramadan tahun ni. Ramadan juga bulan yang selalu buat CCL rindu suasana dulu-dulu..Zaman kecik dulu nii . tunggu azan Maghrib sambil intai jam berkali-kali. Bila dengar azan, terus capai minum air dulu. Air sirap waktu tu rasa paling sedap dalam dunia...Sekarang bila dah besar, rasa Ramadan tu lain pula, bukan sekadar tunggu waktu berbuka..

salam ramadan, selamat menyambut ramadan, ramadan mubarak, ucapan ramadan, ramadan 2026, doa di bulan ramadan, persiapan ramadan, amalan bulan ramadan

Ramadan ni mengajar erti sabar yang sebenar..Sabar bila penat bekerja,  Sabar bila diuji dengan emosi. Sabar bila diuji dengan kekurangan..dan dalam sabar tu, ada manisnya. Moga Ramadan kali ni CCL lebih banyak bersyukur dari merungut, lebih banyak memberi dari meminta dan lebih banyak memaafkan dari menyimpan..

Kalau ada salah silap sepanjang CCL menulis dan berkongsi di blog ini, mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ..Semoga Ramadan kali ni jadi titik mula untuk kita semua jadi insan yang lebih baik..Slow-slow pun tak apa… asalkan tak berhenti.

Selamat Menyambut Ramadan Mubarak semua .. Semoga Ramadan kali ni meninggalkan kenangan paling indah dalam hidup kita, dan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menghabiskan Ramadan sampai ke penghujungnya.



 Assalamualaikum dan hai semua 

Throwback Hadiah Birthday 2025 : Dapat Mug Comel Tengah belek-belek gambar dalam galeri telefon, konon CCL nak kosongkan storage sikit… sekali jumpa pulak gambar hadiah birthday November tahun lepas yang CCL belum sempat kongsikan..

Hadiah birthday, senarai hadiah untuk kawan perempuan, senarai hadiah untuk kawan lelaki, senarai hadiah birthday, mug printing, Idea deco guna mug

Sempena birthday CCL, dapat hadiah mug comel yang sangat comel.. Mug ni jenis berat dan tebal. Bila pegang rasa solid sangat, bukan jenis ringan-ringan tu, so CCL rasa sayang pula nak guna buat minum hari-hari takut terjatuh.. Jadi CCL dah dapat idea dalam kepala mug ni nanti nak jadikan barang dekorasi saja. Letak bunga hiasan kecil dalam tu, susun dekat mana-mana sudut rumah yang bersesuaian. Confirm nampak cantik dan aesthetic ..

Terima kasih banyak atas pemberian mug comel ni. Cantik sangat… CCL memang suka!..Seronok bila ada kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tak kisah besar atau kecil hadiah tu, yang penting ingatan..

 Assalamualaikum dan hai semua 

Declutter Kasut Selalunya CCL kongsikan cerita declutter baju.. Baju yang masih elok dan boleh pakai, CCL akan bagi kepada sesiapa yang memerlukan. Kali ni lain sikit… giliran kasut pulak..Petang tadi CCL luang masa sekejap duduk depan rak kasut. Konon nak susun sikit, sekali jadi healing sambil declutter kasut-kasut. Satu-satu CCL tengok, pilih dan asingkan..

Kasut yang masih boleh dipakai, CCL simpan semula dalam almari.. Yang dah tak boleh pakai pulak ada yang kulit dah mengelupas, ada yang tapak kasut dah lekang .. CCL terus buang.. Kalau letak gam pun, pakai tak lama nanti tapak tu akan lekang balik juga. Daripada simpan dan penuhkan ruang, baik buang ..

declutter kasut, kemas rak kasut, susun kasut di rumah, declutter rumah, buang barang tak perlu, kasut lama, kasut rosak, cara declutter kasut di rumah, pengalaman declutter kasut lama, tips buang kasut rosak

Hasilnya, penuh jugak satu beg plastik dengan kasut-kasut yang dah tak boleh pakai. Berpasang-pasang jugaklah jumlahnya. Selama ni tersimpan elok dalam almari, ada yang dalam kotak kasut.. rupa-rupanya dah lama ‘menunggu masa’ untuk dibuang..ni bukan kasut CCL seorang je tau, satu isi keluarga sekali jalan..

Rasa lega bila rak kasut nampak lebih kemas dan lapang. Boleh beli kasut baru pulak kan .. ehhh .. 



 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Dalam Proses Pengubahsuaian Agak lama juga CCL pakai template yang lama ni… rasanya dah 5 tahun kot tak tukar.. Tahun ni rasa macam nak beri nafas baru pada blog, tukar template sikit.. Tapi since uguys dah biasa tengok CCL tukar template blog, jangan terkejut kalau nampak lain dari biasa sebab sekarang tengah dalam proses make & match semuanya..

Template blog, template blog 2026, template blog mesra SEO, template blog responsive, free template blog, template blog percuma

Biasalah, CCL ni jenis guna free template blog je… edit coding sikit-sikit kalau rajin. Baru ada mood nak selak coding blog hari ni.. Bukannya pandai sangat pun, tapi enjoy je lah. Jadi kalau esok tengok template lain pulak, jangan pelik sebab masih dalam fasa eksperimen. Kadang scroll template, tersangkut hati pada satu, esok tengok lain pulak… haa, macam tu lah perangai CCL bila bab blog ni..Nak design ini, nak cuba itu, pening juga nak pilih! Yang penting tetap nak kekalkan tema minimalist.. Sebab kalau over-design nanti hilang feel santai. Blog ni kan tempat CCL share cerita, resepi, dan pengalaman hidup sikit-sikit… jadi kena nampak simple, senang mata tengok.

Sekarang ni memang tengah main-main dengan warna, font, layout… kadang fikir nak letak sidebar ke tak, nak letak widget sini ke sana. Tapi semua ni proses lah… lambat laun, mesti jumpa kombinasi yang ngam.

Jadi, uguys kalau nampak blog hari ni lain, esok lain pulak, paham-paham je lah. CCL tengah seronok explore dunia coding & design blog ni, sementara mood rajin.. 



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (84)
    • ▼  Mac (30)
      • Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
      • Tembikai Rose Sparkling | Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
      • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
      • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
      • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Makmur
      • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming
      • Udang Masak Tempoyak Petai| Khairul Aming
      • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
      • Puding Jagung Sos Kastard | Khairul Aming
      • Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Na...
      • Wordless Wednesday | Backdrop Raya
      • 10 Mac 2026 | 2 Tahun Tanpa Raut Wajah Susuk Bada...
      • Rupa Puding Karamel , Menjadi Ke Tidak ?
      • Spaghetti Bolognese | Khairul Aming
      • Pretzels | Khairul Aming
      • Bumi Perlis Hujan
      • Chocolate Mousse | Khairul Aming
      • Misi Pencarian Serbuk Kacang Hijau & Kacang Badam ...
      • Udang Masak Tempoyak Petai | Khairul Aming
      • Tauhu Sumbat Crispy | Khairul Aming
      • Shopee Live 1 Pagi, Tercheckout Tumbler ZUS Coffee...
      • Wordless Wednesday | Gerhana Bulan 13 Ramadan 1447H
      • Siakap Stim Bersantan | Khairul Aming
      • Juara Ruang Komen Februari 2026 : Blogger Roziah @...
      • Aiskrim Goreng | Khairul Aming
      • Mineral Bubble 0² & Collagen Plus Bird Nest
      • Gulai Ayam Padang | Khairul Aming
      • Hadiah Screenshot Pageview Blog Kak Cie Dah Sampai!
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (473)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (62)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

SUBSCRIBE & FOLLOW

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Masak apa 29 Ramadan
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Sahur 30 Ramadan 1447H
  • Drawing the Words
    Dapat Parcel Misteri
  • Bola Katok
    Gigih ke bandar cari sticker ZUS Coffee x Butterbear.
  • Blog Begins At Forty
    March 19, 2026
  • SURIA AMANDA
    Menu Iftar Day 28
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Cerita kuih raya
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: REFUND TIKET ETS :.
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 22
  • Hidup Itu Indah
    Pulang Kampung
  • Mulan
    DARI PERTH KE KUANTAN
  • cikcappuccinolatte
    Biskut Raya 2026 | Tart Nenas
  • KakmimDotCom
    Beli Apa di Tiktok
  • Sii Nurul
    Terima Hadiah dari Blogger Etuza
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
  • Coffee Break With Me
    Progress Larian #4
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

MOST VIEWED POST

  • Semaian Biji Benih Tembikai Susu
  • Biskut Raya 2026 | Chocolate Cornflakes Chruncy
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM
  • Biskut Raya 2026 | Biskut Mazola Kacang Peas
  • SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE
  • Moreh Satay Lepas Jalan Bazar
  • Biskut Raya 2026 | Samperit Susu
  • PEMBUKAAN CAWANGAN BARU KAISON DI AMAN CENTRAL,ALOR SETAR KEDAH
  • Jus Tembikai Oren | Khairul Aming

MARCH 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte