Assalamualaikum dan hai semua
Blog Dalam Proses Pengubahsuaian Agak lama juga CCL pakai template yang lama ni… rasanya dah 5 tahun kot tak tukar.. Tahun ni rasa macam nak beri nafas baru pada blog, tukar template sikit.. Tapi since uguys dah biasa tengok CCL tukar template blog, jangan terkejut kalau nampak lain dari biasa sebab sekarang tengah dalam proses make & match semuanya..

Biasalah, CCL ni jenis guna free template blog je… edit coding sikit-sikit kalau rajin. Baru ada mood nak selak coding blog hari ni.. Bukannya pandai sangat pun, tapi enjoy je lah. Jadi kalau esok tengok template lain pulak, jangan pelik sebab masih dalam fasa eksperimen. Kadang scroll template, tersangkut hati pada satu, esok tengok lain pulak… haa, macam tu lah perangai CCL bila bab blog ni..Nak design ini, nak cuba itu, pening juga nak pilih! Yang penting tetap nak kekalkan tema minimalist.. Sebab kalau over-design nanti hilang feel santai. Blog ni kan tempat CCL share cerita, resepi, dan pengalaman hidup sikit-sikit… jadi kena nampak simple, senang mata tengok.
Sekarang ni memang tengah main-main dengan warna, font, layout… kadang fikir nak letak sidebar ke tak, nak letak widget sini ke sana. Tapi semua ni proses lah… lambat laun, mesti jumpa kombinasi yang ngam.
Jadi, uguys kalau nampak blog hari ni lain, esok lain pulak, paham-paham je lah. CCL tengah seronok explore dunia coding & design blog ni, sementara mood rajin..
Assalamualaikum dan hai semua
Masalah Had Following Blog | Dari 2K Tinggal 200 Beberapa bulan lepas, CCL ada perasan satu benda pelik.. Blog CCL gagal nak follow blogger baru, termasuk juga rakan blogger lama yang baru CCL kenal hasil blogwalking dari blog rakan-rakan lain.. Masalah pertama yang CCL perasan tak boleh nak follow blog diorang langsung.
Mula-mula CCL ingat mungkin blog CCL yang bermasalah. Puas juga la CCL cari punca, tapi tak jumpa-jumpa...Lepas beberapa hari, barulah perasan rupanya ada rakan blogger lain pun alami masalah yang sama. Rupanya sekarang ni blog ada limit following, tak boleh melebihi 1,000 blog.Aduhh… memang satu masalah juga kan ..
Bila CCL check balik, rupa-rupanya CCL follow hampir 2,000 blog, bermakna CCL kena remove (unfollow) sebahagian blog yang ada, barulah boleh follow blog baru. .Mula-mula CCL cuba unfollow beberapa blog yang dah lama tak aktif, lepas tu cuba follow blog baru… tapi masih tak boleh.Nak tak nak, memang kena unfollow..
Proses nak unfollow ni pula ambil masa juga, bukan sekejap, makan masa beberapa hari jugaklah.. CCL tapis satu-satu.. ada blogger yang last aktif tahun 2013,ada yang blog dah dipadam, ada juga yang domain expired.. semua tu CCL tapis satu per satu.
Tapis punya tapis… akhirnya tinggal 200 lebih sahaja..Terkejut juga la CCL, daripada empat angka, tinggal tiga angka. Memang dasyat !! Tapi alang-alang dah tapis tu, tak apa lah kan. .Kita anggap bagi ruang dan nafas baru pula.
Lepas following dah tinggal tiga angka ni, barulah CCL boleh follow blogger baru dengan mudah.. Masalah pun selesai ..
Assalamualaikum dan hai semua
Check Performance Blog CCL sebenarnya baru lepas blogwalking blog rakan-rakan blogger , bukan blogwalking kosong-kosong tauu sekali CCL hantar komen pukal .. komen pukal tauuu bykan pukau .. uguys jangan silap .. bahaya tu .. haahaa .. yang mana belum terkena komen pukal dari CCL uguyss sabar jap tauu ..akan menyusul .. tadi giliran blogger kak Adnil Linda .. lepas sesi ziarah entri beliau ada laa satu entri ni Blog performance -pengaruh Kak Min .. lepas baca CCL pun terpengaruh juga untuk check performance blog ..rasanya dah lama tak check .
Biasalah… bila blog dah lama bernyawa, kita pun kadang tertanya-tanya .. “Blog aku ni berat ke ringan sebenarnya?”
Buka GTMetrix, tekan analyze…Keputusan keluar dan ya, boleh tarik nafas lega sikit.
GTmetrix Grade: A
Performance 96%
Structure 93%
Tak adalah perfect 100%, tapi untuk blog yang kadang aktif, kadang tidak update, ini pun dah cukup buat hati CCL rasa senang.
Largest Contentful Paint: 1.0s
Blog cepat paparkan content utama. Tak sempat ugyus scroll pun, dah nampak isi.kira alhamdulillah sangat kan..
Total Blocking Time: 79ms
Rendah. Maksudnya blog tak berat dengan script yang mengganggu.
Cumulative Layout Shift: 0.07
Tiada drama layout melompat-lompat masa loading.
Pendek kata, blog rasa smooth bila dibuka. Apa pendapat korang tentang blog CCL ? .smooth ?? Loading lambat ?? Perlahan-lahan baiki, sikit-sikit kemas, yang penting konsisten ..
Sebenarnya ada terfikir tahun baru nak tukar template baru .. header blog baru .. tapi plan tu terkubur seketika waktu ..sibuk kekangan kerja ..nantilah kalau rajin-rajin nak check coding blog ..
header comel minimalist tu pun hasil rekaan dari blogger akak Azhafizah .. boleh baca entri CCL Free Header dari Blogger Azhafizah . Akak Fizah bagi header ni tahun 2021 .. bermakna hampir 5 tahun juga CCL pakai header dari akak Fizah .. lama jugak kan .. big thanks to blogger akak fizah create header ikut citarasa CCL ..