Hadiah Birthday 2024 : Perfume Paradise Code Primadona & Wara Dari Adik Dan Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Perfume Paradise Code Primadona & Wara Dari Adik Dan Mak Birthday gift lagi !! Kali ni pemberian dari adik dan juga emak CCL . Alhamdulilah terima kasih family . Bagi hadiah kecil-kecilan yang bermakna buat CCL . 

Hadiah Birthday, perfume paradise, perfume paradise code primadona, perfume paradise code wara


Perfume paradise code primadona dan juga code wara memang wangian best sangat . Jarang tau orang nak bagi CCL perfume sebab rata-rata dah tahu CCL dan perfume ni memilih sikit haa bauan.. kadang wangi pada hidung orang lain , tapi tak wangi pada hidung CCL  . Begitulah . Tak berapa suka wangian perfume yang keras-keras sampai menyucuk hidung . Sesak nafas dibuatnya . 

But perfume paradise code primadona dan code wara ni CCL in love sangat ..bau lembut dan tahan lama . 


Oh mak CCL ada juga buatkan apam pisang. Tak sempat nak tangkap gambar. Air tangan mak sudah semestinya sedap . Alhamdulillah ..terima kasih semua 


Hadiah Birthday 2024 | Tudung Bawal LeeyanaRahman Dari Kak Syam

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 | Tudung Bawal LeeyanaRahman Dari Kak Syam  Hadiah yang paling awal  CCL terima sebelum beberapa hari menjelang hari lahir CCL . Masa CCL pergi Pesta Konvokesyen (PESKON) UNIMAP haritu  terjumpa kawan CCL,  alang-alang dah terjumpa tu apa lagi borak-borak la kejap  sambil cari- cari makanan di kawasan PESKON tersebut . Selesai semua dia cakap tunggu kejap ada dia nak bagi souviner dah alang-alang terjumpa sini kan ..

Hadiah, hadiah birthday, tudung bawal LeeyanaRahman


Kawan CCL hadiahkan sehelai tudung bawal LeeyanaRahman . Auchhh dia macam tahu-tahu saja CCL memang sukakan tudung bawal LeeyanaRahman lagi-lagi ada corak monogram LR . Memang fall in love sangat tau .. 


Hadiah, hadiah birthday, tudung bawal LeeyanaRahman

Cantik corak monogram ni . Gabungan warna hitam bersama warna olive ni cantik .  Design pun cantik . CCL suka !! . Paling best bila CCL keluarkan tudung ni dari parcel bau wangi tudung LeeyanaRahman ni memang rasa macam tak nak pakai ja ..

Hadiah, hadiah birthday, tudung bawal LeeyanaRahman

Lepas tu dapat sekali mini perfume LeeyanaRahman  . Bau of course la wangi . Bau- bau orang kaya gitu haa .. 

Terima kasih Kak Syam atas ingatan dan pemberian hadiah ni . Memang setiap tahun tak pernah lupa yerr . Memang selalu Kak Syam yang terawal bagi hadiah . Terima kasih semoga murah rezeki kak Syam . 


Certot : Minyak Masak Peket

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Certot : Minyak Masak Peket Berlarian kami berdua masuk ke sebuah kedai serbaneka apabila ternampak beberapa pembeli keluar dari situ sambil membimbit plastik jernih yang berisi minyak masak peket. Sayangnya, apabila  menuju ke rak yang biasa diletakkan stok tersebut, tinggal kotak kosong sahaja. Suamiku menggoyangkan pergelangan tangannya, tanda dah habis.

“Tak apalah, bukan rezeki,” kataku yang sedang menggendong Arif, bayi kami yang berusia 20 bulan.

Kami meneruskan agenda mencari sedikit barang dapur dan sudah semestinya, minyak masak peket juga termasuk di dalam senarai. Yalah, kami ini berstatus B40. Layak membeli barangan subsidi kerajaan yang semakin lama semakin tipis stoknya di pasaran.

Suamiku beratur untuk membayar barangan yang dibeli. Sementara aku pula, masih lagi memilih roti krim Gardenia di atas para. Aku bercadang untuk membayarnya menggunakan wang yang ditebus daripada program e-Madani melalui aplikasi Touch ‘n Go.

Ketika berurusan di kaunter bayaran, aku melihat sepasang suami isteri beratur di belakang aku sambil menjinjing dua peket minyak masak.

“Maaf, ambil di mana? Tadi saya pergi, dah habis,” tanyaku.

“Saya jumpa di belakang sana, tapi bukan dekat rak biasa. Letaknya di celah-celah barang,” jawab si isteri.

Certot

Tiba-tiba, staf di kaunter, seorang gadis muda yang sedang membungkus roti bertanya, “Kakak nak minyak peket ke? Di kaunter ni ada satu peket lagi.”

Terus aku mengangguk. Rasa berbunga hati ini apabila melihat bungkusan minyak yang dibawa keluar dari bawah meja kaunter. Jadilah… daripada tak ada langsung. Stok di rumah pun dah susut benar.

“Begini, kakak. Tadi ada ramai orang Bangladesh beratur untuk beli minyak masak ni. Seorang ambil dua peket. Bos saya dah pesan, jangan dijual kepada mereka. Tu yang satu peket ni tersadai di kaunter. Yang dua peket tu dari kawan dia yang beratur sama,” panjang lebar gadis tu menerangkan.

Aku mengucapkan terima kasih dan membayar barang yang dibeli tadi.

“Alhamdulillah, baguslah begini. Barangan subsidi tidak seharusnya dinikmati oleh warga asing. Kita ni nak jumpa pun susah. Senang-senang saja warga asing yang dapat,” kata suami wanita tadi.

Benar sangat apa yang dikatakan itu. Bukan kami menidakkan rezeki mereka, tetapi kawalan barangan subsidi haruslah lebih ketat kerana ia adalah hak rakyat Malaysia yang membayar cukai. Syabas! Semoga lebih banyak lagi kedai yang serius menjaga hak rakyat Malaysia daripada dimonopoli oleh warga asing.



Terbeli Gummy Aybam Hasil Teracun Live Shopee Ceduk-Ceduk

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Terbeli Gummy Aybam Hasil Teracun Live Shopee Ceduk-Ceduk Ketahuilah u guys sebaik sahaja entri ini dipublishkan gummy yang CCL beli ni sudah habis di makan . Rasanya beli gummy ni dah dua minggu lepas, tapi tu lah mood nak update entri blog sejak sebulan dua bulan mood betul-betul ke laut . Ni pun paksa juga diri untuk update blog . 

Haritu macam biasa CCL suka tengok live di platform Shopee, tersangkut laa di live Aybam Gummy . CCL tengah ralit ya tengok si Ayda ceduk-ceduk gummy masukkan ke dalam balang . Siapkan order customer . Lama juga la CCL buang masa tengok si Ayda ceduk-ceduk gummy ni . So CCL pun teracun juga ya untuk membeli .. 

Gummy, gummy halal, aybam gummy, gummy kenyal

Taraaa ..sebalang gummy yang CCL beli dari shopee Aybam Gummy dah pun sampai . Gummy ni sebenarnya coklat kenyal-kenyal . Nak kata manis sangat tu tidaklah . Manisnya boleh diterima dan bermacam perisa yang ada .. satu balang ni CCL beli dapat dengan harga RM18 . Memang banyak laa isi gummy yang ada dalam balang ni , padat ! 

Gummy, gummy halal, aybam gummy, gummy kenyal

Jumlah gummy dalam satu balang ni tak pasti berapa, sebab tahap kemalasan nak mengira itu tinggi yer gaisss .. cuma buka parcel, nak snap gambar ..ehh sebelum tu memang CCL check tanda halal tu dulu ya ..risau laa jugak termakan benda-benda haram .. gummy ni halal dan ada tanda halal.

Macam-macam design gummy yang ada . Menarik ya ! Setiap design tu flavour tidak sama . Tapi design gummy ni comel-comel . Tertarik nak beli .. 

Nak repeat lagi ? Mungkin kalau satu hari nanti teringin nak makan sure CCL akan repeat sebab gummy ni tak manis sangat tau . Boleh diterima tekak . Ni pun beli sebab nak rasa jer . Bila dah rasa dah tahu gummy ni macam mana dah okay kan .. 


You guys pernah makan gummy ?



Happy Birthday To Me | 16 November 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Happy Birthday To Me | 16 November 2024

Happy birthday , birthday november ,

Alhamdulillah . Tarikh 16 November merupakan hari lahir CCL yang ke 3+ . So dah cukup umur 3+ . Sempena hari lahir ni tak minta apa-apa pun . Cuma minta doa untuk CCL sentiasa kuat di sisi keluarga , ada mak , ayah dan adik-adik serta adik beradik terdekat itu pun dah cukup buatkan CCL gembira . 

16 November 2024 , Sabtu .. CCL memang kerja separuh hari , memang tak sempat nak celebrate secara kecil-kecikan dengan family . Disebabkan kerja separuh hari , tengahari tu kena attend konvo anak buah CCL .. 

Happy birthday , birthday november ,

Happy birthday , birthday november ,

Graduation Day Genius Aulad . First day anak buah nak naik pentas . So sebagai support lepas habis kerja CCL attend sekali la majlis ni . Majlis bertemakan klasik tradisonal . Pakaian ibubapa semua cantik-cantik belaka termasuk anak-anak . Hari ni big day anak buah .. dia ada buat persembahan ..sebelum masuk dewan dia dah pesan jangan balik , tunggu sampai dia habis buat persembahan .. sebelum tu memang CCL ada cakap dengan dia .. tak boleh attend konvo ..kerja .. tapi sengaja suprise .. kemain happy laa nampak CCL ada dalam dewan tu .. 

Happy birthday , birthday november ,

Lepas habis majlis konvo, pergi makan petang dengan diorang . Cukup laa sekadar order nanchos chip cheese dan croissant . 


Happy birthday , birthday november ,

Malam pula adik CCL buat trotilla wrap ..dia cakap tak sempat lagi nak beli kek .. 

Alhamdulillah atas rezeki . Terima kasih semua yang wishes dan doa yang baik-baik untuk CCL . Tak terbalas semuanya hanya doa yang baik berbalik untuk u guys semua . Terima kasih juga yang bagi untuk CCL hadiah . 



Best Korean Skincare | Anua Rice Enzyme Brightening Cleansing Powder

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Best Korean Skincare | Anua Rice Enzyme Brightening Cleansing Powder Another  product from Anua Skincare. CCL berpeluang untuk cuba skincare apa lagi ya dari Anua Skincare Korean Products ni . Haaa nampaknya dah tiga skincare CCL dah cuba ..ketiga-tiga memang fall in love .. dari toner, lepas tu serum and now CCL nak racun korang dengan satu cleanser yang snagat-sangat best dan yang paling best texture cleanser ni boleh dikatakan sangat unik tau . 

Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

Anua Rice Enzyme Brightening Cleansing Powder merupakan salah satu pembersih muka yang menggunakan kuasa semula jadi dari enzim beras . Packaging kotak ala-ala aesthetic gitu haa . Reka bentuk pembersih muka ni pun unik dengan kuantiti sebanyak 40g.


Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

Key ingredients 
  • Rice water
  • Ceramide
  • Papain
  • Alpha arbutin 
  • Glycerin 


Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

Kelebihan utama Anua Rice Enzyme Brightening Cleansing Powder 
  • Membersihkan kotoran dan minyak yang menyumbat pori-pori dengan bantuan ekstrak beras . 
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membaiki tekstur kulit wajah serta tona tidak sekata
  • Mengekalkan kelembapan semulajadi
  • Menjadikan kulit wajah lembut, licin, cerah dan segar 


Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

U guys jangan terkejut tau kalau nak pakai pencuci muka ni , sebab texture dia serbuk macam ni, kena mix dengan air . Barulah boleh sapu pada kulit wajah . 


Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

Dari serbuk cleanser tadi bila dah dicampur dengan air . Teruja pakai cleanser ni . Texture dia lain dari yang lain tau .. ibarat main slime , texture macam marshmallow. 


Anua skincare, anua cleanser, anua Rice Enzyme Brightening Cleansing, best cleanser from anua, korean skincare, kbeauty product

Multifunction product ! Cleanser ni  boleh digunakan sebagai  pembersih muka dan juga sebagai mask di muka.  Untuk u guys yang nak menggunakan cleanser ni tak perlu letak dengan jumlah yang banyak . Lepas pakai cleanser ni , kulit wajah memang rasa bersih, lembut dah rasa kelembapan . 

Customer Bagi Handbag .

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Customer Bagi Handbag . Berkat kongsi rezeki dengan orang sekeliling . Hari ni  CCL dapat handbag dari customer  . Dapat customer yang baik yang tak banyak ragam pun salah satu rezeki juga yer . Tapi bukan CCL sorang sahaja yang dapat tau , CCL dan beberapa orang staff yang lain juga dapat . Alhamdulillah moha murah rezeki customer tersebut . Terima kasih yang tak terhingga . 

Handbag, handbag leather

Cantik kan handbag nii, warna pun cantik besar, tapi CCL tak berapa sesuai pakai handbag ni , CCL selalu pakai handbag kecil-kecik , sling bag ke , sesuai laa dengan tubuh badan CCL yang kecil juga ni kan .. kalau nak bawa sling bag besar macam ni tak confident pulak ..  rezeki takkan nak tolak kan ., nanti kecil hati pula .. 

Kalau CCL simpan tak pakai pun rugi juga , takut lama-lama handbag ni rosak . Maka CCL bagi dekat mak CCL . Kemain gembira la dia .. handbeg tu compartment luas . Boleh letak telekung, boleh letak Al-Quran katanya.  

Biar pun handbag ni bukan handbag branded , tapi niat nak bagi tu penting . Yang penting handbag ni cantik sangat . Terima kasih sekali lagi customer yang baik hati . Moga melimpah rezeki untuk beliau . 

kadang kita terlupa rezeki kita bukan sekadar duit, kesenangan hidup , ketenangan hati dan rasa syukur juga salah satu bentuk rezeki yang Allah bagi . Rezeki yang tidak ternilai . Allah hantar rezeki dalam pelbagai cara yang kadang tu kita sendiri pun tak pernah sedar .. 


Garlic Bread & Mushroom Soup Untuk Sarapan Pagi Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


garlic bread , mushroom soup, garlic bread roti gardenia, garlic butter spread

Semalam adik CCL, Fatin ada buatkan garlic bread dengan mushroom sup ..teringin katanya ..alang- alang mushroom soup yang semalam tu ada lebih lagi , pagi ni panaskan balik, sebab boleh makan lagi why not nak kena membazirkan . Pagi ni just sapu butter garlic pada roti bakar kejap makan panas-panas . Sedap !! 

Roti pun guna roti gardenia, sapukan dengan garlic butter spread . Butter campur bawang putih & daun parsley . Gaul sehingga sebati supaya butter tidak berketul . 

Simple breakfast & mengenyangkan .. 



Makan-Makan Malam Deepavali

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


makan malam, bbq, menu bbq,

Mak CCL ni dah lama plan nak buat makan-makan rasanya dari awal tahun hari tu .. tapi tue laa lama benor plan beliau .tapi tak tetapkan tarikh lagi .  Last CCL ingat family gathering awal bulan 6 beberapa hari selepas birthday ayah CCL ..gathering family pergi makan ikan bakar dekat Kuala Perlis . Ini mak laa teringin nak balik kampung buat BBQ .. 

Disebabkan tak decide tarikh, so biar CCL yang decide tunggu mak CCL bagi tarikh alamatnya hujung tahun baru buat yer . Sengaja buat makan-makan Deepavali hari tu disebabkan semua cuti .  

makan malam, bbq, menu bbq,

BBQ ikan, ayam dan daging . Ayam dan ikan dah diperapkan awal pagi sebelum nak bakar .. 


makan malam, bbq, menu bbq,

makan malam, bbq, menu bbq,

CCL buatkan sos thai dannok untuk dicicahkan bersama daging atau ayam bakar . Kuah santan percik tu buat percik pada ikan bakar .. 

makan malam, bbq, menu bbq,

Settle ! Dah boleh hidang , dah boleh makan .. menu tak perlu banyak janji kenyang .. kalau dah nama BBQ ni lepas makan nasi memang banyak yang ratah-ratah lauk jer . 

Settle dah BBQ ..next plan .. 


Puding Susu Laici

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


puding laici, puding susu laici, puding susu, resepi puding laici Khairulaming, resepi pencuci mulut, agar-agar laici

Imbas balik cerita-cerita minggu lepas, sebenarnya banyak nak diceritakan ..satu per satu lah .. ni baru sempat nak update blog dan baru ada mood nak menulis ni .. 

Kisah puding susu laici, actually pada hari Deepavali hari tu family CCL ada buat makan-makan sikit . Family gathering, memang dah lama plan . So decide Deepavali laa sebab semua cuti, semua ada kan .. so pagi sebelum nak keluar pergi barang-barang lain , buatkan puding susu laici . Bahan-bahan semua pun dah ada.so jalan je lah .. 

CCL guna agar-agar serbuk untuk jimatkan masa, memang senang juga agar-agar serbuk ni larut dalam air , tambah susu cair satu tin, air tin laici, susu pekat sikit . Satu paket serbuk agar-agar bersamaan campuran air dan susu cair sebanyak 100ml . Memang elok kejadiannya . 

Sedang-sedang puding ni nak sejuk CCL letak la sikit laici kat atas tu  . Lebihan puding tu CCL campur dengan pati sirap sikit , letak atas laici ala-ala nak meriahkan sedikit puding tu kan .. 


Mighty White | Blackpepper Chicken Bun

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Mighty White, roti mighty white, mighty White Blackpepper chicken bun, Blackpepper chicken bun

Kembali lagi ke entri Mighty White . Kali ni cuba Blackpepper chicken bun . Antara banyak-banyak flavour yang lain , ni salah satu flavour yang menjadi kesukaan CCL . Memang sedap sangat bagi tekak CCL . Sesuai la dengan nama yang diberikan . Black pepper chicken bun . Gabungan ayam dan juga lada hitam yang seimbang . Pedas ? Ya ada rasa pedas lada hitam tu sedikit . But nice .. 


Kolum Deepavali 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kolum deepavali, deepavali, design kolum deepavali, happy deepavali

Deepavali pun dah habis, dah seminggu berlalu pergi kan .. so CCL nak update juga la entri yang berlaku dalam minggu lepas . Sebenarnya banyak yang nak diceritakan . Tapi terkubur pulak kekangan masa . So why not kita pakai teknik imbas kembali kejap tumpang idea nak menulis mencurah-curah datang kan .. 

So ini kolum Deepavali untuk tahun ni 2024 . Office CCL masih lagi mengekalkan kolum Deepavali beserta deco-deco lain sempena hari Deepavali . Kolum ni bukan orang luar yang buat , tapi ada seorang staff india satu tempat kerja dengan CCL , dia lah yang setiap tahun dipertanggungjawabkan untuk designkan kolum Deepavali ni  . 

Menggunakan 20kg beras bagi menyiapkan kolum Deepavali . Design pun ringkas dan kolum ni sederhana besar . Ok laa kan at least ada juga .. 

Cantik ke cantik sangat ? 


Bekal : Chicken Wrap

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



chicken wrap, chicken grill, shawarma

Pagi ni bangun awal nak buat bekal sarapan pagi . Tiba-tiba jadi terajin pulak kan . Ingat nak buat sandwich telur ja untuk makan sarapan pagi ni , tapi roti gardenia putih pula habis . So decide tukar menu chicken wrap ni je lah . Semua bahan dah ada . 

chicken wrap, chicken grill, shawarma

Ayam grill pun dah bersembunyi bawah bahan-bahan lain ..salad, carrot dan bawang letak mayonis , sos black papper dan sos cili itu dah memadai .janji cukup rasa . 

U guys breakfast apa harini ?


Happy Birthday To Me !! Giveaway For You .

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Happy Birthday To Me !! Giveaway For You . Lama betul tau CCL tak libatkan diri untuk join sebarang Giveaway yang berjalan di blog ni . Kadang tak sempat, alih-alih tarikh giveaway pun dah menceburui . Kadang kekangan kerja sampai terlupa . So now , CCL nak join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu ..sempena bylan November ni bulan Kelahiran beliau .. aihh Mummy Ayu .. birthday kita dua bulan yang sama tau .. so November Girls . 

Untuk Mummy Ayu , 

CCL ucapkan Selamat Hari Lahir . Semoga panjang umur , murah rezeki selalu .  Dengan pertambahan umur ni , semoga Mummy Ayu sentiasa sihat sejahtera , sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik bebas dari penyakit kronik . Stay strong women , stay strong girls , stay smile !! Happy birthday to you Mummy Ayu !! 


Giveaway ni berlangsung sehingga 11.11.2024 . So masih ada baki beberapa hari lagi untuk join . Korang yang nak join boleh terus klik banner dekat atas tau .. ! 

Semoga ada rezeki untuk menjadi slaah seorang pemenang giveaway ni ..aamiin . 



Top Commentators Of October 2024 : Tahniah Blogger Rabia !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Top Commentator

Hai u guys !! . Dah 4 hari kita semua melangkah ke bulan November kan . Masa berlalu sangat cepat. Macam biasa entri wajib untuk awal bulan tak lain tak bukan entri ' Top Commentators Of October

Setiap bulan of course CCL ternanti-nanti siapakah top one dan siapakah yang tersenarai dalam top 5 .. pada yang tidak tersenarai jangan lah terasa hati ya , CCL hargai semua kawan-kawan yang sudi singgah ziarah blog CCL yang tak seberapa ni .. 

So untuk bulan Oktober, CCL masih lagi gagal untuk konsisten update blog setiap hari . InsyaAllah akan comeback dalam masa terdekat kalau tak busy lah kan .. untuk bulan lepas ada dua blogger dengan jumlah komen yang sama iaitu sebanyak 18 komen  iaitu blogger Rabia dan juga blogger Mummy Ayu . So memandangkan disebabkan jumlah komen yang sengit untuk bulan ni CCL memilih blogger Rabia untuk Top Commentator of October . Blogger Mummy Ayu pun  dah beberapa kali juga menjadi juara top Commentator ni .
Tahniahh !! 


Top 5 commentator of October 
Untuk blogger Rabia, CCL dah ada detail Rabia untuk pengeposan hadiah , kalau nak tukar alamat boleh enail CCL ya ke virgoyana61@yahoo.com 

Tahniah juga untuk semua .. so siapakah top commentator untuk bulan November ?? Sama-sama kita nantikan .. 


Doorgift Kenduri : Dapat Pinggan Plastik

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Doorgift murah , doorgfit pinggan plastik, doorgfit paling mudah, doorgift kenduri , doorgift set pinggan mangkuk

Doorgift dari rumah kenduri kali ni dapat pinggan plastik . Cantik juga pinggan plastik ni siap design bunga lagi . Kualiti pinggan plastik ni nak cakap tebal pun tak ada la tebal mana, tapi masih boleh letak hidangan makanan dalam pinggan ni . 


Doorgift murah , doorgfit pinggan plastik, doorgfit paling mudah, doorgift kenduri , doorgift set pinggan mangkuk

Pandai tuan rumah ni cari Doorgift, pinggan plastik ni siap paperbeg khas untuk pinggan ni lagi tau . Lagi memudahkan 


Nasi Lemak & Paru Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nasi Lemak & Paru Goreng Kunyit Ceritanya breakfast pagi tadi tak sempat nak update blog . Menu breakfast tadi nasi lemak dengan paru goreng kunyit . 

Ni kali kedua CCL try nasi lemak paru goreng kunyit . Bila dah try yang kedua kalinya sudah semestinya sedap .. kalau sedap repeat .kalau tak sedap tak repeat . Begitulah ..

nasi lemak, menu nasi lemak , nasi lemak paru goreng, nasi lemak sambal paru, nasi lemak paru goreng kunyit , Paru goreng kunyit

Nasi lemak paru goreng kunyit ni memang sangat sedap . Murah pulak tu . Sebungkus ni RM6 . Lauk pun banyak tau , telur rebus sebiji . Paru yang diletakkan pun banyak . Siap boleh ratah-ratah lagi 

Sini sapa suka makan nasi lemak paru goreng kunyit or tak kisah lah sambal paru ker ? Sedap kan ? 

Alhamdulilllah untuk rezeki pagi tadi .



Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee Beberapa minggu ni CCL rajin sangat la angkut susu kotak Farm Fresh ni, dah macam kanak-kanak ribena  sehari sekotak atau dua kotak wajib minum . Dah tu dua atau tiga hari sekali lepas balik keja kena singgah topup stock farm fresh la kan . So CCL terus godek-godek susu farm fresh ni dalam Shopee .. haa bila dah buat kira-kira harga berbaloi atau tak untuk beli di Shopee baru lah terus checkout . 

Susu kotak farm fresh , susu farm fresh coklat , susu farm fresh cafe latte

Susu farm fresh yang CCL order melalui Shopee dah selamat sampai  tanpa sebarang kemek pada air kotak tu tau . CCL order dua karton terus haa .. setiap satu karton ada 12 air kotak .. kalau dua karton so total semua 24 air kotak . CCL beli dua perisa .. coklat dan juga cafe latte . CCL memang suka susu farm fresh ni berbanding Dutch Lady . Beli kotak kecil ni sensng nak minum , kalau beli terus kotak besar kalau dah buka penutup kotak susu tu kena cepat-cepat habiskan . Susu kan tak elok simpan melebihi dua tiga hari . Rasanya pun dah jadi lain nanti .

Susu kotak farm fresh , susu farm fresh coklat , susu farm fresh cafe latte

Harga lebih kurang beli di kedai juga . Tapi kat kedai susah nak ada jual yang satu karton ni , tapi kalau jenama Dutch Lady ada pulak jual satu karton ..pelik juga .. nak beli ni Kena pandai cari voucher untuk free shipping . 


Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dapat juga Hannah Delisha & Nora Danish ! CCL jumpa artis ke ?? Ehhh tidakkkk laa awak .. tapi tajuk tu macam jumpa artis .. hahhh tidak sama sekali ya .. sini nak cerita niii .  Kisahnya terjadi bila feed ig LeeyanaRahman , ya LeeyanaRahman ala brand tudung dan baju kurung ratus-ratus tu .. haa kalau korang follow setiap design tudung yang LeeyanaRahman keluarkan  korang mesti dah boleh agak  ada apa dengan Hannah Delisha dan Nora Danish ..

Bulan lepas, brand LeeyanaRahman ni ada keluarkan tudung edisi Mono Claire dan duta utama tudung untuk bulan lepas adalah Hannah Delisha .. CCL ada juga grab sehelai design bulan lepas ..mono claire code anna .. u guys boleh tengok design tu di Entri ini , CCL ada cerita .. tapi tu laa ada satu lagi design hot yang CCL berkenan warna meroon iaitu code Lela .. haishh awal-awal sebelum release hari tu macam tak berkenan .. ni alih-alih berkenan pulak . Design nampak cantik ..  

Kisah si Nora Danish ni pulak .. bulan ni brand LeeyanaRahman keluarkan design baru pulak u guys ..edisi Veil of Demura .. duta untuk edisi kali ni of course Nora Danish  .. edisi tudung ni akan release pada 27 Oktober, tapi design paling hot kali ni memang susah sangat nak battle .. at seller yang naikkan sedikit harga .. ada yang jual combo dengan code lain .. aaahhh  

Tapii .. tapiii 

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

Akhirnyaa ... cari dan gali lagi .. fuhhh dedua design dapat haaa .. kedua-dua design hot.. dapat beli per item  bukan combo ok ..   lepas cari design veil of demura code Marilyn tu tak dapat .. bukan tak dapat, tapi cari yang berbaloi . Banyak seller yang jual combo dengan design lain .. ada juga seller yang naikkan harga untuk design hot ni ..  so tak mengapalah .. 

Cari lagi.. eh terjumpa pulak dengan Hannah Delisha ..edisi mono claire code lela ni ..harha pun macam biasa laa ..terus checkout haaa ..tunggu lagi ..memang takkan tunggu laa sebab dah beberapa minggu cari tauuu .. lepas checkout Hannah Delisha .. scrolll lagi dan lagi ehhh terserempak dengan Nora Danish code design hot tu .. terus checkout haaa .. surut laa duit ujung bulan ni yer .. tapi tak apalah demi kepuasan untuk diri sendiri .. 

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

tudung LeeyanaRahman, bawal LeeyanaRahman, tudung monogram LeeyanaRahman LeeyanaRahman edisi mono claire, LeeyanaRahman edisi veil of demure

Dah dapat beli dua helai ni terus senyum bahagia .. begitulah perempuan .. kadang diri sendiri kena cipta kebahagiaan tanpa mengharapkan orang sekeliling . 






Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ?? Setiap bulan wajib terjah eco , dah menjadi slaah satu tempat  untuk healing- healing habiskan duit . Tapi bukan habiskan duit untuk beli benda-benda yang tak berfaedah tau .. Eco pun dah upgrade sikit tau ..dulu hanya bekalkan raga sahaja untuk beli barang , sekarang nahhh diorang dah sediakan troli .. makin sakan laa nak memborong silap-silap boleh penuh troli kan .. aduhhh ..racun betul .. 

Masa pegi Eco ni banyak juga barang-barang yang diorang baru restock .. bekas organizer, tools makeup, cermin makeup cantik- cantik .. tapi tak beli pun just cuci-cuci mata jer .. pegang, tengok letak balik tempat asal. Dalam hati meronta-ronta nak beli tapi pujuk hati sabar, sebab point utama nak masuk eco nak restock coklat dan jajan-jajan untuk dibawa ke office sebagai kudap-kudapan masa buat kerja .. 

Nak tengok CCL shopping apa untuk bulan ni 

shopping di eco , eco haul, barang eco, barang eco murah

Semua barang ni muat-muat ja dalam satu bag Eco tu . 

  • Sabun pencuci pinggan
  • Tisu muka
  • Berus
  • Getah pengikat rambut
  • Span makeup 
  • Tisu kitchen cleaner
  • Hand towel
  • Sticky note 
  • Liquid paper
  • Sos tiram
  • Coklat
  • Keropok
  • Plastik sampah 
Total lost RM86.40


Spring Cleaning Karpet Ruang Tamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Spring cleaning , cuci karpet velvet, cara cuci karpet velvet

Tengahari tadi CCL bagi karpet ni healing tengah panas, lepas sental-sental dengan air sabun , sidai dekat ampaian luar rumah lalu cuci dengan air bersih . Karpet ni jenis karpet velvet , so nipis dan tak tebal so nak keringkan tue mudah sahaja , make sure cuaca kat luar tu matahari tengah terik la . Mudah nak keringkan .. lepas basuh hanya biar kena cahaya matahari .. kering laa sendiri nanti ..

Haritu CCL dah spring cleaning  karpet dalam bilik . Hari ni cuci karpet ruang tamu pulak . Saja tak guna vakum sesekali kena basuh guna air sabun juga baru bersih sikit kan .


Menu Picnic Petang Isnin

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Menu picnic

Selalunya kalau plan lama-lama, set tarikh itu ini memang takkan jadi .. so kita plan je lah last minit ..ehh last minit ? Tak ada laa last minit sangat .. dua hari lepas plan nak picnic, ok plan itu dah settle petang isnin yang indah langit nan biru gitu .. alhamdulillah .. 

Dapat berkumpul semua , makan-makan  . Menu ala kadar sahaja banyak-banyak kang nanti tak habis membazir . Masing-masing bawa sorang sikit . Set makanan ni makan biar habis tak nak ada yang lebih . So kenyang atau terlampau kenyang tetap la kena makan dengan habis . 

Menu picnic petang isnin 
  • Roti jala kari ayam & kentang 
  • Cucur jagung 
  • Vietnam roll
  • Takoyaki 
  • Apam gula hangus
  • Teh o panas
  • Air anggur 
Alhamdulillah atas rezeki untuk petang tadi .