Filem : Bhakshak
Hangat-Hangat Pekena Teh O Ais Limau
Kuih Bakul Sempena CNY
Limau Nipis Atau Limau Kasturi ??
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 , Tahun Naga Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan ternyata memberi tuah kepada golongan peniaga barang kelengkapan dan makanan untuk perayaan Tahun Baharu Cina
Baca juga : Pantang Larang Sepanjang Tahun Baru Cina
Naga merupakan simbol yang sinonim bagi masyarakat Cina dan berkait rapat dengan legenda, perayaan, astrologi, seni, nama dan simpulan bahasa. Naga dikatakan mengawal unsur semula jadi lain yang dikaitkan dengan hujan, angin, awan, guruh dan kilat. Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga merupakan antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Sekadar perkongsian deko-deko di sudut kecil tepi office CCL sempena Tahun Baru Cina .
Basah Tekak dengan Teh Ais Cincau
Breakfast Sandwich Chicken Popcorn
Kenali 4 Garam : Garam Laut, Garam Himalaya, Garam Bukit & Garam Halus
Hari Israk Mikraj 2024
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Surah Al-Israa’: 1
Tarikh Israk Mikraj 2024
Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.
Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.
Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj
Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.
Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja
6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj
- kuasa Allah SWT adalah tiada batas
- iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
- Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
- kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
- perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
- anjuran memberi dan menyebarkan islam
6 Jenis Gula Yang Selalu Kita Guna Kat Rumah
Limau Mandarin Tabur Serbuk Asam
Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Nasi Putih Bersama Ikan Kembung Masak Cuka Kembali ke rancangan bekal apa hari ni ? Ehh !! .. Hahaha . Tengahari tadi masak lebih lauk ikan kembung masak cuka ni , so decide bekalkan sedikit menu ni untuk makan masa rehat nanti .
Ikan kembung / temenung masak cuka ni antara salah satu menu feveret CCL . Kalau buat menu ni memang make sure akan buat kuah yang banyak , letak portion banyak-banyak memang sedap dan puas hati makan . Penampakan ikan kembung tersembunyi disebalik bawang & cili . Cukup la seekor ikan kembung CCL patahkan kepada dua bahagian untuk masukkan ke dalam bekas tersebut . Alhamdulillah kenyang . .
Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bekal Pasta Makaroni Carbonara Cendawan Cerita semalam bawa bekal pergi office, disebabkan dah jemu dengan makanan menu yang ada di cafe dan juga menu-menu di GrabFood so decide untuk bawa bekal dari rumah . Jimat pun jimat juga kan .
CCL dan pasta mahupun spaghetti memang tak mampu berpisah . Memang feveret sangat . So hari ni bekalkan pasta carbonara mushroom . Cukup la untuk kenyang perut . Nak masak pun tak ambil masa yang lama . Lagi-lagi kalau pakai pek instant macam ni memang sekejap jer nak masak .
Zus Coffee : Watermelon Frappe
Drama Korea : Marry My Husband
Top Commentators January 2024 : Tahniah Blogger Azhafizah MN
Filem : Kajiman Iblis Terkejam Penagih Janji

1 Februari 2024
Filem : From The Ashes
Dialah Yang Terpaling ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dialah Yang Terpaling... Pernah tak berdepan dengan jenis orang-orang yang macam mana pun dia lah yang terpaling? Terpaling hebat. Terpaling tragis. Terpaling sedih. Terpaling ada pengalaman.
Contoh lah kan kalau Kita post kejayaan kita, tengok tiba-tiba dia pulak up kejayaan dia. Kita post pencapaian kita, tiba-tiba dia pun nak tunjuk pencapaian dia. Kita cerita pengalaman kita, tapi dia pun nak cerita pengalaman dia yang jauh lebih dahsyat. Haa ni pula terma psikologi dia ialah "One-Upmanship", dan orang sebegini dikenali sebagai "One-Upper". Sebab apa One Upper? Sebab level dia mesti satu level lagi tinggi dari kita. kadang-kadang annoying bila berdepan dengan orang macam ni, so kita mesti laa kena ada cara nak handle melalui mindset supaya jiwa kita tak terganggu.
Fahami motif mereka
Orang macam ni kesian sebenarnya. Mereka ni ada masalah keyakinan diri, atau jenis yang suka kan perhatian. Kalau dorang tak one-up, dorang akan rasa orang lain lebih dari mereka dan kelemahan mereka terbongkar. Fahami mereka ada masalah dari segi mental, agar kita tidak terkesan dengan perbuatan mereka ni.
Jangan nak one-up balik
Jangan terjatuh dalam perangkap dorang ni. Fokus pada diri sendiri tanpa perlu rasa ada keperluan untuk bandingkan diri dengan orang lain.
Jauhi Diri dari Mereka
Kalau betul-betul rasa toxic dan menganggu ketenteraman jiwa anda, jauhi diri, dan ignore. settle.
Bersimpati
Fahami bahawa "One-Upping" adalah 'coping mechanism' bagi mereka dengan masalah keyakinan diri. Maka kita perlu bersabar serta ada sifat empati dan bersimpati dengan mereka.
Ingat! Kejayaan kita tidak perlu bergantung pada perangai mereka ni. Celebrate segala kejayaan anda dengan penuh rasa bangga! .
Kuntuman Sulung Orkid Ungu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kuntuman Sulung Orkid Ungu Setelah bertahun - tahun tanaman pokok orkid ni sehinggalah daun orkid tersebut turut gugur , CCL ingatkan pokok orkid yang tersandar pada dahan pokok mempelam ni dah hampir-hampir pupus . Petang tadi kemas-kemas sikit di tepi rumah ni baru perasan eh pokok orkid ni dah keluarkan kuntuman bunga sulung . punyalah cantik bunganya . Warna ungu pulak tue , CCL tak berapa arif sangat pasal jenis-jenis dan nama saintifik bunga orkid ni .
Kuntuman bunga pada jambangan tangkai pokok orkid ni sangat cantik walaupun tanpa sebarang tahun . CCL ada juga terbaca kalau pokok orkid ni botak tanpa daun menunjukkan ianya adalah pokok yang dah matang , dah ready untuk berbunga. So inilah hasilnya .
kemain gembira pokok orkid ni dah berbunga . Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan , tetapi diakhiri dengan satu keindahan . Betapa Tuhan dengan segala kebesaran mampu mencipta segala-galanya
Pokok Duit-Duit Melekat Pada Batang Pokok
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pokok Duit-Duit Melekat Pada Batang Pokok Balik kampung hari tu , menebas halaman dusun dengan rumput
yang tinggi paras pinggang , buang
ranting- ranting pokok yang sudah reput dan mati , alih-alih terpandang pada
pokok duit-duit yang melekat pada batang pokok .gambar diambil pada batang dan
dahan pokok Ciku .
Duit-Duit adalah sejenis tumbuhan yang hidup menumpang pada pokok lain tanpa mendatangkan sebarang mudarat.Duit-Duit atau nama saintifiknya "Drymoglossun Piloselloides Presl" adalah sejenis hidupan subur menjalar dengan akarnya melekat pada kulit pokok besar.Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya.
Daun Duit-Duit bersaiz lebih kurang 1sm atau lebih &
bertangkai pendek .Bentuknya bulat,tebal & bundar dengan permukaan daun
yang berlilin manakala tepinya rata.Daun yang sudah tua berwarna hijau
tua.Tumbuhan ini adalah dari jenis tidak berbunga & tidak berbuah.
Seluruh pokok duit-duit berkhasiat sama ada di
dalam keadaan segar mahupun yang telah dikeringkan. Apabila direbus,air
rebusannya dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kuning ,penyakit kelamin ,masalah sembelit
,batuk,keputihan bagi wanita & bagi penyakit kencing bernanah.
Untuk pemakaian di luar badan ,ia dipercayai amat
mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit
seperti kudis & kurap.Caranya ialah menumbuk daunnya sehingga lumat lalu
dilumurkan pada tempat yang sakit.Tanaman herba ini bersifat
sejuk,beralkali,tawar & antitoksik.















































