APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

PERTABALAN AGONG, ADAT ISTIADAT PERTABALAN AGONG, TATACARA PERTABALAN AGONG

APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ?  Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong ? Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong? Hari ini kita akan kupas secara mendalam bagaimana proses Pertabalan Yang Dipertuan Agong itu berlaku.

YDPA - Yang Dipertuan Agong
DPML - Datuk Paduka Maharaja Lela
DPI - Datuk Penghulu Istiadat



Istiadat Pertabalan YDPA selalunya akan diadakan beberapa bulan selepas pemilihan YDPA yang baharu oleh Majlis Raja-Raja. Pertabalan ini hanya bersifat “ceremonial” sahaja kerana YDPA yang baru dipilih itu akan terus berkhidmat sebaik sahaja Baginda mengangkat sumpah jawatan



Istiadat pertabalan ini merupakan gabungan “hybrid” daripada upacara2 yang terdapat di negeri-negeri diraja Malaysia. Semua dari upacara negeri-negeri ini (Kecuali negeri Johor) mempunyai satu persamaan: Mereka tidak menggunakan mahkota, tetapi menggunakan Tengkolok Diraja.



Tepat 10 pagi pada hari Pertabalan, Baginda YDPA bersama Raja Permaisuri akan memasuki Balairong Seri, Istana Negara, diumumkan oleh Pengerusi UpacaraSebaik sahaja Baginda berada di pintu masuk utama Balairong Seri, Nobat akan dimainkan. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja terdiri daripada enam jenis iaitu Serunai, Nafiri, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong





Baginda YDPA serta Raja Permaisuri Agong akan berjalan masuk ke Balairong Seri, diikuti dengan pemegang Regalia Diraja seperti Cokmar, Cogan Alam, Cogan Agama dan lain lagi .Setelah mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) akan mengundur dan mengumumkan secara rasminya bermula Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selepas pengumuman tersebut, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran lain bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri.

Antara Alat Kebesaran yang digunakan semasa upacara pertabalan adalah:


1) Al-Quran
2) Keris Kerajaan (Keris Panjang Diraja)
3) Watikah Pengisytiharan
4) Watikah Ikrar (Perlantikan)

DPML kemudian akan meminta kebenaran Baginda YDPA untuk membawa “Regalia” Diraja yang lain untuk pemasangan.


Setelah diperkenankan, DPI akan mengetuai rombongan kedua yang kali ini membawa Quran, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan & Watikah Perlantikan.
Pada ketika ini kumpulan Nobat akan memainkan lagu “Menjunjung Duli” dah Al-Quran akan diberikan kepada Baginda YDPA.

Baginda akan seterusnya mencukup Al-Quran tersebut. Ini simbolik melambangkan peranan YDPA sebagai Ketua Agama Islam Malaysia .Datuk Paduka Maharaja Lela seterusnya akan menjemput YAB Perdana Menteri untuk membacakan Watikah Pengisytiharan.



Upacara seterusnya adalah penyerahan Keris Kerajaan kepada Baginda YDPA. Penyerahan ini juga akan dilakukan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dimana beliau akan menerima dulang daripada Datuk Penghulu Istiadat, melutut dan mempersembahkan Keris.Baginda YDPA akan menerima Keris itu, kemudian mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Selepas mencium Keris tersebut, Yang Dipertuan Agong akan diberi Watikah Perlantikan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela melalui Datuk Penghulu Istiadat (DPI), dan kemudian akan membacanya dengan kuat. Para hadirin di Istana akan berdiri tegak sebagai tanda hormat.

Setelah YDPA selesai membacanya, watikah tersebut akan diberikan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela & seterusnya kepada Datuk Istiadat, untuk diletakkan kembali atas Dulang Emas



Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan mengetuai Hadirin Istana dalam melaungkan “Daulat Tuanku!” x3
Ini akan kemudian diikuti dengan Lagu Negaraku yang akan dimainkan oleh orkestra Angkatan Tentera Malaysia yang diiringi dengan salut pistol 21 das untuk menghormati pertabalan YDPA yang baharu. Selepas Lagu Kebangsaan berkumandang di Istana, ucapan tahniah akan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri.

Ucapan PM ini selalunya mengandungi janji kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Diraja bagi pihak Rakyat Malaysia .Selepas ucapan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong pula akan memberikan Titah Ucapan pertamanya dari Takhta kepada seluruh negara di Ruang Takhta, yang menggariskan prospek dan impiannya dalam masa pemerintahanya sebagai ketua negara Malaysia.Selepas Titah Ucapan Baginda, Pegawai Agama Istana Negara akan membaca Doa Selamat, untuk meminta Allah SWT merahmati pemerintahan YDPA baharu serta negara

Bagi menutup majlis, Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan YDPA untuk mengemukakan bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri. Nobat pada waktu ini akan memainkan lagu “Raja Berangkat”

TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TUDUNG YANG SELALU MENJADIKAN MOOD PEREMPUAN SWING-SWING Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati. lagi sedih bila lelaki yang akan kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.


Tapi, jangan risau. CCL nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.

TUDUNG, TUDUNG PEREMPUAN,TIPS PEMAKAIAN TUDUNG,TIPS PEMILIHAN TUDUNG



1. Tudung konyok

Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.Lepas tu mula cakap perempuan ni siap,berjam-jam . Heheh .


2. Susah nak bentuk

Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!.Korang pernah alami tak ? Semestinya pernah bukan termasuklah CCL juga. Tapi sekarang rata-rata ada jual "spray pengeras tudung" function dia untuk awning terbentuk dengan elok . 


3. Tudung comot

Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyak. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa! . Kalau warna tudung tu sedikit gelap CCL tak kisahlah . Sebab takde nak nampak sangat kesan tepercik kuah laksa,mee kari bagai tue . Yang kisahnya kalau pakai tudung warna-warna nude . Alahaiiii ... 


4. Tudung bau asap

Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni? Sakit hatikan..So CCL  nak tanya ada tak yang jual tudung anti asap .hahaha . 


5. Kain tudung licin

Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, CCL tetap cuba.tapi koleksi tusung jenis sarin ni tak berapa banyak CCL ada . Tak sampai 5 helai pun .Cuma tu la, bila pakai tudung satin ni sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, time suap makan ke mulut tudung mula kedepan . Alahaiii stresss uols . hmm boleh bikin mood swing jugak tu.


So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini puncanya .

DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PEMEGANG KAD EKSPRESS PENJIMATAN SEHINGGA 50%


Assalamualaikum dan salam sejahtera

 DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PEMEGANG KAD EKSPRESS PENJIMATAN SEHINGGA 50% Berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!

Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.



Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di 
http://www.dominos.com.my/.

RESEPI : KUIH KETAYAP PELANGI INTI KELAPA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI : KUIH KETAYAP PELANGI INTI KELAPA Wow! Just as tasty as the traditional kuih ketayap, but better! Cantik kan? Kuih Ketayap Pelangi ni .nampak menarik bukan , tapi inti didalamnya tetap sama . 


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


Bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
2 1/2 cawan air
Secubit garam
Pewarna ikut suka


Cara-cara

1) Blend semua bahan hingga sebati


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


2) Panaskan kuali non stick (api perlahan) sapu nipis minyak. Asingkan adunan warna pelangi. Boleh tuang adunan warna dalam piping bag atau botol kecil yg bermuncung. Picit,tekan untuk buat jalur/belang mengikut kreativiti sendiri.


Kuih tradisional,ouih ketayap,kuih ketayap pelangi,kuih ketayap hijau,ketayap pelangi inti kelapa,resepi


3) Ambil sesenduk adunan tuang atas belang yg kita buat tadi (buat ni kena cepat ye)..lenggangkan kuali bagi rata adunan

4) Boleh angkat isi inti kelapa, gulung sedikit lipat kiri & kanan.gulung semua .Siap Boleh dihidang


Inti Kelapa

Kelapa parut separuh
1/2 cawan gula merah
Sedikit gula pasir
Secubit garam
Sedikit air
1 sudu tepung ubi
1-2 helai daun pandan

Cara-cara

Masak gula sampai larut, masukkan kelapa parut,garam,tepung gandum/tepung ubi .biar kering sikit.. Siap


RESEPI : AYAM MASAK BERLADA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


RESEPI, RESEPI MUDAH, RESEPI AYAM MASAK BERLADA, AYAM BERLADA,


RESEPI : AYAM MASAK BERLADA Disebabkan dah jemu ayam masak merah, ayam masak sambal, ayam masak kicap terhasil la ayam masak berlada campak campak .sedap terangkat pedasnya makan dengan nasi panas panas ni sedap .


BAHAN-BAHAN

- Ayam
- Sos tiram
- Serai

(bahan di bawah semuanya dihiris dicincang halus) 
- Bawang putih 1 labu kecil
- Cili api 4-5 tangkai
- Cili masak merah 2-3 tangkai
- Halia 1 inci


CARA-CARA

1. Gorengkan ayam macam biasa gaul dengan kunyit garam, goreng medium ya jangan terlampau masak

2. Panaskan api, tumiskan bahan bahan yang dihiriskan halus tadi bila dah naik bau terus masukkan serai sebatang ya ketuk dulu tau

3. Masukkan sos tiram 1 sudu tumis bersama bahan tadi

4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Simple mudah

PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APPS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APPS Memandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini, berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App.
TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.
Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara purata berdasarkan bilangan hari pembilan.
Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).
Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

CARA SEMAK BIL TNB ONLINE

Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.
Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.
Caranya mudah sahaja:
#1 – Download myTNB App

mytnb app
Sila download applikasi myTNB terlebih dahulu di Google Play atau App Store.
#2 – Daftar Sebagai Pengguna
  1. Klik “Register”
  2. Isi maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon
  3. Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
#3 – Tambah Bil TNB
Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
Namun jika anda penyewa rumah, anda boleh tambah akaun TNB secara manual (rujuk gambar di bawah)
  1. Adakah akaun ini didadfarkan menggunakan IC anda? Pilih NO
  2. Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih NO
  3. Isi maklumat yang diperlukan
  4. Klik tambah akaun
Selain itu, anda boleh juga scan bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.
#4 – Papar Bil
Selesai tambah akaun barulah anda boleh semak bil TNB online termasuk bil semasa dan bil terdahulu.
Rekod pembayaran bil turut dipaparkan.
#5 – Pembayaran Bil TNB Online
Anda kemudian boleh membuat pembayaran terus melalui myTNB App.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX).

MYTNB APP

Untuk info lanjut tentang myTNB App sila rujuk portal rasmi https://www.mytnb.com.my/
Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.
Dan diharapkan syarikat bekalan air turut menyediakan applikasi seperti ini bagi memudahkan pengguna merekodkan segala bil dari semasa ke semasa.

TIPS : HILANGKAN BAU DALAM BALANG KUIH RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

TIPS : HILANGKAN BAU DALAM BALANG KUIH RAYA Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, para ibu merupakan antara yang paling sibuk menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk perayaan. Ianya termasuklah penyediaan balang kuih raya. Balang kuih raya yang disimpan berbulan-bulan boleh menyebabkan bau yang kurang enak.


TIPS, TIPS PERSIAPAN RAYA, TIPS HILANGKAN BAU DALAM BALANG KUIH RAYA,

Tips hilangkan bau dalam balang kuih raya

1. Basuh dan keringkan balang
2. Masukkan beberapa ketul arang ke dalam barang. Kemudian, tutup balang dan biarkan selama 2 atau 3 jam.
3. Bersihkan semula balang.
4. Jika masih berbau, tutup semula balang bersama arang tadi dan biarkan untuk beberapa jam berikutnya.

Selamat mencuba!!

IKLAN RAYA AINAA BEAUTY 2019 : IMPIAN AIDILFITRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA AINAA BEAUTY 2019 : IMPIAN AIDILFITRI  CCL  rasa, ianya macam telefilem pulak. Panjang ni!  Siapa yang tak kenal dengan pelakon air mata Malaysia, Wan Maimunah. Tampil dengan watak seorang ibu yang selalu menyokong impian anak perempuannya namun sesuatu yang tidak enak terjadi kepada anaknya.

Siapa nak tonton iklan raya 2019 yang sedikit panjang, boleh la tonton. Tak panjang manapun. 10:40 minit je.



IKLAN RAYA LAZADA 2019 : RAYA PALING BERMAK-MAKNA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA LAZADA 2019 : RAYA PALING BERMAK-MAKNA Lazada mempersembahkan kisah dua jiran, Mak Ani & Mak Dah yang sering berdaya saing. Mujurlah terdapat seorang pemuda yang mengingati mereka bahawa menyambut perayaan bersama lebih bermakna. 



IKLAN RAYA SHOPBACK 2019 : SAYANG BUAT HAL NAK RAYA SHOPPING


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA SHOPBACK 2019 : SAYANG BUAT HAL NAK RAYA SHOPPING  Kelainan yang sangat lain. Maksud Mooveits, memang betul-betul lain. Mana Shopback terfikir untuk buat iklan parodi ni. Siapa punya kerja ni. ahahaha



IKLAN RAYA MALAYSIA AIRLINES 2019 : SAMA-SAMA BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


IKLAN RAYA MALAYSIA AIRLINES 2019 : SAMA-SAMA BALIK KAMPUNG  Hari Raya Aidilfitri adalah istimewa buat kami di Malaysia Airlines. Kami bukan sahaja dapat menerbangkan ribuan rakyat Malaysia pulang ke kampung, malah kami juga dapat menyatukan mereka bersama yang tersayang, tempat yang dekat di hati dan banyak lagi. Apakah detik yang paling anda nantikan pada Hari Raya ini?




IKLAN RAYA AIRASIA 2019 : HARI RAYA EXCITEMENT


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA AIRASIA 2019 : HARI RAYA EXCITEMENT Filem ringkas pendek webshortfilm sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri daripada AirAsia. Di saat anda bersiap untuk menyambut AidilFitri, kami bersedia untuk menyambut anda. It's nearly Hari Raya! Are you as excited as we are? Take a look at how we're prepping to bring you home this festive season!





IKLAN RAYA MITHUBISHI 2019 : RUMAH NENEK


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA MITHUBISHI 2019 : RUMAH NENEK   Iklan raya yang menceritakan perjalanan hidup sering membawa kita menempuh pelbagai detik manis dan pahit. Sejauh mana kecekalan mampu membawa kebahagiaan, dan sejauh mana kita mampu kembali ke titik asal di akhirnya.

Ada yang mampu merancang dan menyusun detik Syawal indah nanti, namun ada yang hanya tersenyum berbekalkan secebis memori.

Iklan raya Mitsubishi.Penceritaannya ringkas namun setiap saat digunakan untuk mempromosikan produk Mitsubishi.Inilah fungsi iklan dan musim raya adalah waktu terbaik menarik penonton.




IKLAN RAYA MAXIS 2019 : DERIA TAKBIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA MAXIS 2019 : DERIA TAKBIR Kisah seorang kanak-kanak bernama Faiz yang kurang upaya pendengaran memang menyentuh rasa. Buat kita yang lengkap pancaindera pasti akan terkesan dengan iklan Hari Raya 2019 daripada Maxis ini. Kisah hari raya Faiz dalam iklan Maxis Raya 2019, Deria Takbir.




IKLAN RAYA GRAB 2019 : GRAB KEMBARA MASA DALAM #BUANGBALIKRAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA GRAB 2019 : GRAB KEMBARA MASA DALAM #BUANGBALIKRAYA Masa Hari Raya, ramai datang menziarahi kita.Kadang-kadang, krisis pun datang ziarah. Aidil-fitri ini, jom kita ziarah iklan-iklan popular bersama Grab dan selesaikan krisis-krisis ini. Bila raya lebih senang, anda boleh luangkan lebih masa meraikan bersama keluarga. Cuba teka ke manakah Iedil telah ziarahi.



IKLAN RAYA YEO'S 2019 : RAYA BERGAYA 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA YEO'S 2019 : RAYA BERGAYA 2019 Kebiasaannya iklan raya 2019 dimeriahkan dengan iklan tanpa banyak promosi. Namun tahun 2019 ini rata-rata produk telah memilih untuk menghasilkan iklan raya yang berbentuk promosi. Boleh la korang cuba untuk memenangi hadiah sempena pertandingan Raya bergaya. Ada yang dah join?



IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA  Tahun ni konvoi Raya nak terjah rumah Ahmad Jimat. Jom tengok gelagat keluarga Ahmad Jimat - Ros Boros, Salleh Pemilih, Emma Jenama dan Cakar.

"Jimat jimat, jimat jimat di Courts,
Senang senang, senang senang di Courts,
Jimat jimat, semuanya ada di Courts,
Jimat Raya Sempurna di Courts




IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYA Songkok dah biasa dipakai di Hari Raya. Tahun ni, apa kata kita tampil dengan kelainan sikit buat si jejaka. #UCubaTry lahh up kan balik memakai tengkolok. Confirm segak dan kemas dipandang si gadis.






IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJEN Siapa yang lejen menganyam ketupat? Memang terbaik la iklan dari SunLife ni. Ketupat Lejen dari Nenek Lejen lebih Lejen dari Mobile Legend


IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA Dah cantik pakai baju raya serba baru, juadah raya pun sudah dihidang tapi ada je yang tak kena. Kadang-kadang apa yang kita rancang jadi sebaliknya. Itulah dugaan raya namanya.



IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya. Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton



IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYA FashionValet membuat kelainan untuk iklan hari raya 2019 dengan menggunakan pendekatan interaktif yang kreatif! Penonton diberi arahan untuk memilih jalan cerita sendiri! Macam siri Black Mirror: Bandersnatchpun ade juga. Tapi bagi CCL , FashionValet berani membuat kelainan! Ada siapa yang dah test sehingga habis?