Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam Cuti panjang kali ni bukan sebab holiday ke mana-mana, tapi sebab CCL demam. Bila badan tak sihat, memang tak boleh nak paksa diri juga. CCL ambil cuti untuk rehat dulu bagi pulih tenaga... Alhamdulillah, lepas beberapa hari rehat baru boleh start masuk office semula. Ni pun tak betul-betul recovery lagi .
Antara kerja utama yang perlu settle sekarang ni check data-data guest. Kerja nampak mudah, tapi detail dia banyak. Silap key-in satu nombor pun boleh jadi masalah besar. Jadi memang kena fokus lebih, walaupun badan baru nak recover dari demam.
4 Hari Menyepi, 4 Hari Juga Rehat Badan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
4 Hari Menyepi, 4 Hari Juga Rehat Badan Beberapa hari lepas, CCL ambil masa untuk ‘pause’ sekejap. Sebelum ni badan dah mula bagi signal sakit-sakit, lenguh satu badan. Mungkin sebab terlalu fokus nak siapkan kerja, sampai lupa nak rehat betul-betul. Rehat hanya cukup sekadar makan dan solat, lepas tu sambung semula kerja. Walaupun setiap hari ada masa sejam untuk rehat, tapi biasalah... bila dah fokus, rehat pun rasa tak cukup.Akhirnya, badan sendiri tewas, badan pun dah bagi isyarat. Allah bagi sakit ni tanda badan perlu berhenti rehat sekejap, jangan terlalu paksa diri. Jadi, 4 hari jugalah CCL bercuti untuk speed recovery.
Cuaca pun memang tak menentu, kejap hujan kejap panas. Badan pun terkesan, demam panas datang. Mujur CCL tak kena selsema, cuma batuk ringan dengan sakit tekak. Badan rasa lemau, sendi-sendi pun lenguh. Syukur lepas makan ubat, ada rasa lega sikit.
Bila rasa tak bertenaga, CCL pun mula cari mineral bubble O2 dan air sarang burung. Kononnya nak bantu sejukkan badan. Malam-malam pula, memang terasa badan panas semacam, tapi bila minum air tu, ada la rasa sedikit lega.
Syukur alhamdulillah dah rehat 4 hari nii badan pun dah mula pulih perlahan-lahan. Hari ni pun CCL dah mula msuk kerja . Harapnya selepas ni lebih pandai jaga rehat. Kerja tu memang takkan habis, tapi kesihatan kena utamakan juga ..
Hari Lahir Adik CCL – 4 September
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Lahir Adik CCL – 4 September
4 September ni hari Lahir adik CCL.. Kebetulan hari ni CCL balik kerja pun dah lewat, memang letih sangat sebab dua hari berturut-turut meeting dari pagi sampai tengahari. Tambah pula customer pun tak putus-putus datang. Memang terus ‘auto’ sakit kepala ..
Jadi untuk kali ni tak sempat nak buat makan-makan sempena birthday adik. InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi kalau ada masa free, CCL nak bawa family keluar makan-makan sama-sama. Tak lengkap sambutan hari lahir kalau tak ada kek kan? Nanti boleh laa belikan kek hari lahir untuk adik ..
Hadiah pula, CCL bagi adik pilih sendiri. Biar tak surprise pun tak apa, janji dapat tunaikan apa yang dia nak. Kadang-kadang hadiah yang berkenan di hati tu lebih bermakna daripada kita teka-teka sendiri.
Semoga adik CCL sentiasa sihat, murah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat selalu. Semoga sentiasa sukses dalam apa jua bidang..Happy Birthday!
Top Commentators Of August 2025 : Tahniah Blogger Cik Suka Taip
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of August 2025 : Tahniah Blogger Cik Suka Taip
Alhamdulillah, bulan Ogos dah berakhir dan Top Commentators blog CCL dah pun dikenalpasti! ..menariknya kali ni ada pencalonan baru yang tersenarai! Jarang-jarang sekali masuk carta, tapi sekali masuk… terus juara! Tahniah kepada blogger Cik Suka Taip. Untuk Nina boleh hantar detail ke email virgoyana61@yahoo.com supaya CCL boleh pos sedikit hadiah sebagai tanda penghargaan. Sekaligus, ni cara CCL kongsi rezeki dengan rakan blogger lain yang tak jemu singgah dan memeriahkan blog.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi tinggalkan komen, kongsi pendapat.. Komen-komen uguys semua memang buat blog CCL ni hidup dan meriah. Setiap perkongsian, sekecil mana pun, sangat bermakna.
Teruskan menyokong dan jangan malu-malu untuk komen di entri seterusnya. Siapa tahu, bulan depan nama uguys pula muncul sebagai Top Commentator!
Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru
Bila masuk bulan baru, automatik meja kerja pun penuh dengan fail lama campur fail baru. Kadang-kadang CCL rasa macam tak cukup tangan nak buat semua. Tapi biasalah, itu memang lumrah kerja kat opis nii .. Ada masa sibuk sampai tak sempat nak angkat telefon, ada masa pula boleh tarik nafas panjang sebab kerja agak reda. Dua tiga hari kebelakangan ni memang CCL berkawan rapat dengan kertas kerja yang satu nii . Hari ni nak finalize semua list supaya tak serabut kepala. Awal bulan September ni bila tengok semula jadual kerja, memang nampak esok dah mula sibuk. Lepas tu ada masa bertenang sekejap, tapi ikut nasib juga. Kalau dapat kertas kerja yang baru CCL kena hadap la jugak kan. Nak tak nak, dah nama pun kerja..
Bulan ni agak mencabar sebab CCL & semua staff kena mula guna sistem baru di tempat kerja. Masa training sistem baru haritu, trainer sempat ajar sikit-sikit je. Tak habis sepenuhnya. Jadi, semua staff kena ulangkaji sendiri. CCL sendiri baru sempat tengok rupa sistem tu dua kali saja, selebihnya memang tak sempat nak curi masa.
Awal bulan biasanya lebih banyak melibatkan penyusunan jadual kerja CCL nak kena pastikan semua tugasan ikut timeline.Penyediaan report bulanan pula selalu boss CCL yang uruskan , berkaitan Fail pelanggan / dokumen syarikat selalu jadi penyumbang utama pening kepala CCL . Kena teliti satu per satu .. Awal bulan seperti biasa ada briefing atau meeting kecil-kecil nak kena recap balik apa yang dah archive tahun lepas , apa yang belum archive . Mujur hari ni boss CCL masuk sekejap jenguk-jenguk keadaan di opis walaupun hari ni boss masih lagi mood cuti ..
Pagi tadi pula, dapat WhatsApp dari trainer sistem. Katanya, jangan key in sebarang data sebab pihak teknikal nak reset semula. Maknanya minggu ni akan ada tarikh rasmi bila semua staff kena mula guna sistem baru tu..Tak dinafikan, bila fikir-fikir balik, awal bulan memang penuh dengan macam-macam tugasan. Tapi kalau dah settle awal, hati pun rasa lebih tenang. Harapnya bila mula guna sistem baru nanti, semuanya jadi lebih mudah dan cepat. kerja pun lancar .
Salam 1 September 2025 !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam 1 September 2025 ! Selamat pagi Isnin semua. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan selamat bekerja buat yang dah mula bekerja hari ini. Apa pun mood uguys pagi ni, semoga kita semua memulakan bulan September dengan langkah yang baik dan penuh semangat baru..Kalau nak ikutkan, bulan September ni ibarat buku baru. Setiap helaian yang kosong tu kita sendiri yang akan corakkan dengan usaha, doa dan juga semangat. Kalau bulan-bulan sebelum ni ada tersilap langkah, biarlah ia jadi pengajaran untuk kita bangun lebih kuat. 💪
Bagi CCL sendiri, minggu ni memang agak padat dengan kerja pejabat. Hari ni juga merupakan hari terakhir CCL nak siapkan tugasan penting. Sejak dua ke tiga hari lepas memang tak lekang dengan fail dan kertas kerja kena pastikan semuanya lengkap tanpa ada sebarang kesilapan. Fuh, memang rasa macam berjiran dengan kertas dah ..
Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa, tapi bila fikir balik kalau kita susun jadual dengan betul, insyaAllah semua akan selesai tepat pada waktunya. Yang penting, jangan mudah stress dan jangan lupa rehat sekejap untuk segarkan minda . Setiap minggu ada cabaran berbeza, dan setiap bulan pula ada cerita baru.
Bulan September ni, semoga jadi bulan yang lebih baik dari bulan sebelum-sebelumnya. Sama ada dalam urusan kerja, rezeki, kesihatan, mahupun hubungan dengan orang sekeliling. Moga permulaan September ini membawa kelancaran dalam setiap urusan kerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, baik di pejabat mahupun di rumah.
Doa kecil untuk permulaan bulan September:
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami daripada kesilapan yang tidak disengajakan, dan berkatilah setiap langkah kami.”
Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya berjalan lancar, tanpa sebarang kesilapan, dan penuh dengan perkara baik.
Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ? Salam Kemerdekaan yang ke-68! Tahun ni memang terasa meriah sikit sebab cuti umum sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 jatuh hujung minggu. Jadi secara automatik, ramai yang dapat long weekend cuti Merdeka. Memang ramai yang ambil kesempatan untuk rehat panjang atau balik kampung.Kalau tengok jadual cuti sekolah pun, cuti Merdeka kali ni kena dengan hujung minggu. Jadi makin seronoklah budak-budak, mak ayah pun boleh luang masa lebih lama bersama anak-anak. Ada yang plan pergi bercuti, ada yang buat aktiviti santai di rumah
Tapi tak semua orang bercuti ya. Ada juga yang tetap kena kerja macam CCL sendiri. Kalau tak ada event dengan family atau adik-beradik, memang lebih memilih untuk kerja. Lagi pun boss CCL pun tengah cuti beberapa hari, big boss pula turun Perlis. Jadi nak tak nak, CCL kena standby.
Kebetulan pula memang ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum masuk bulan September. Tambah lagi dengan sistem baru yang CCL baru nak belajar, memang bertambah kerja la jawabnya. Tak apalah, rezeki masing-masing kan. Walaupun tak dapat cuti panjang, sekurang-kurangnya dapat luangkan masa dengan cara sendiri.
Apa-apa pun, semoga kita semua dapat meraikan Hari Merdeka 2025 dengan penuh kesyukuran. 68 tahun dah Malaysia merdeka, moga negara kita terus aman, makmur dan maju.
So korang macam mana? Cuti panjang sempena Merdeka kali ni, ada yang plan travel ke atau kerja macam CCL?
Boom Blogwalking Dari CCL
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Boom Blogwalking Dari CCL Bulan ni agak sibuk, jadi CCL tak sempat sangat nak blogwalking blog kawan-kawan. Ada jugak jenguk sekejap-sekejap, tapi tak konsisten macam biasa. Dua tiga hari ni baru dapat curi masa sikit untuk boom blog kawan-kawan.
Jangan terkejut pulak kalau nampak CCL hadir tiba-tiba dekat ruangan komen tu yaa . Kadang datang baca dulu, komen kemudian. Kadang sempat baca je tanpa tinggalkan jejak. Tapi CCL tetap juga cuba untuk singgah sebab setiap entri kawan-kawan ada cerita dan gaya tersendiri yang seronok nak baca.
Blogwalking ni memang seronok, selain dapat baca perkongsian menarik dari kawan-kawan, InsyaAllah, bila ada masa lapang, CCL akan teruskan blogwalking macam biasa. Jadi kalau ternampak nama CCL muncul tiba-tiba, itu tandanya saya tengah “curi masa emas” untuk berziarah blog kawan-kawan.
Pemergian Arwah Sepupu Di Usia Muda
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pemergian Arwah Sepupu Di Usia Muda Jam satu pagi kelmarin, ayah CCL terima satu panggilan dari pakjang CCL mengatakan anaknya dah tiada ..Ayah CCL terus bergegas ke hospital ..CCL memang tak tahu menahu lagi tentang perkhabaran tersebut .. Bangun subuh pagi tu selepas selesai semua CCL baca wassap group , terima berita yang sangat mengejutkan. Sepupu telah pergi meninggalkan kami semua. CCL pada mulanya memang tak percaya , tapi bila rata-rata cakap benda yang sama , ramai adik beradik yang update status perkhabaran tersebut, CCL kena percaya arwah dah tak ada .. sekelip mata yaa..
Katanya, arwah jatuh ketika bermain futsal bersama kawan-kawan...lepas tu terus dibawa ke hospital untuk postmortem. Saat menerima berita itu, hati rasa kosong dan sukar untuk percaya.
Pagi itu, jenazah selesai dimandikan serta dikafankan di hospital, kemudian dibawa pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Suasana penuh sebak, masing-masing cuba menahan air mata.
Selepas solat Zohor, jenazah dibawa ke masjid berhampiran rumah untuk disolatkan. Ramai hadir, tanda arwah disenangi ramai ketika hayatnya. Selesai sahaja solat jenazah, di masjid arwah terus dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan di situ.
Pemergian arwah di usia yang masih muda memang meninggalkan kesan mendalam, mengingatkan kita semua kematian tidak mengenal usia tua mahupun muda, bila sampai waktunya kita semua akan dijemput Ilahi. Sepatutnya 1 September yang akan datang sepupu CCL kena lapor diri di JPN Perlis (kerja tetap) tapi tu lah tak sempat . Allah ambil nyawa dia dulu ..
Arwah sepupu CCL pergi meninggalkan isteri dan anak lelaki berusia 2 tahun. Hanya doa yang mampu kami semua kirimkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ni ..
Al-fatihah Sepupuku . .
Berehatlah, semoga dipermudahkan segala urusan akhirat di sana .
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway Saham Akhirat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway Saham Akhirat Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Pagi kelmarin ni CCL sempat join giveaway saham akhirat yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu Giveaway dari Kak Notie.. Menariknya, giveaway kali ni bukan macam biasa yer, konsep dia lebih kepada siapa cepat dia dapat. Maksudnya, kalau cepat join, peluang nak rebut hadiah tu lebih cerah.
Sebenarnya CCL pun join last minute. Nampak info GA saham akhirat ni melalui blogger SA. Bila baca syarat, nampak simple je, terus cuba nasib. Walaupun kak Notie umumkan nak cari 10 orang pemenang je, tapi rezeki tu tak pernah salah alamat kan. Hehe… CCL yang ke-11 pun tetap dapat hadiah tambahan juga. Rasa macam bonus, tak sangka nama sendiri tersenarai sekali walaupun dah kira ‘terlebih kuota’. Memang betul orang kata, kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana.
Pengalaman pertama join GA “siapa cepat, dia dapat” Selalunya bila join giveaway, kita akan tunggu cabutan bertuah atau undian. Tapi kali ni lain sikit sebab konsepnya “first come first serve”. Ini juga kali pertama CCL sertai giveaway jenis macam ni. Seronok sebab ada kelainan, lagi-lagi bila rezeki berpihak pada kita.
Walaupun join di saat akhir, syukur alhamdulillah CCL terpilih juga sebagai salah seorang pemenang. Rezeki ni memang tak dijangka. Terima kasih pada kak Notie anjurkan giveaway saham akhirat
Install Taobao Claim Tumbler Tyeso Serendah Bayaran RM3
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Install Taobao Claim Tumbler Tyeso Serendah Bayaran RM3 Minggu lepas ni kawan CCL ada share satu link Taobao. Katanya kalau install apps melalui link tu, boleh claim voucher special untuk new user. Hati pun rasa nak cuba, mana tahu dapat beli barang murah kan.
Langkah pertama
1. Kena install apps Taobao versi international (Taobao Lite / Taobao Global).
2. Lepas install, kena buka link yang kawan bagi terus claim voucher welcome/new user.
3. Voucher tu boleh jadi dalam bentuk potongan harga (contoh ¥20–¥50) atau cashback.
4. Bila checkout, pilih barang contoh macam tumbler Tyeso tu harga asal mungkin RM30–40, tapi lepas guna voucher tinggal serendah RM3–RM5 je (ikut nilai voucher).
5. Jangan lupa set alamat penghantaran Malaysia & pilih shipping (selalunya kena combine shipping dekat warehouse dulu).
Voucher ni nilai dia agak besar juga, ada dalam bentuk potongan harga. Banyak senarai barangan yang ada , CCL pilih untuk add to cart tumbler Tyeso, jadi bila try add to cart tumbler Tyeso yang harga asal lebih kurang RM30–RM40, lepas apply voucher tinggal serendah RM3 saja! Murah betul.
Tapi CCL rasa voucher ni biasanya sekali sahaja untuk new user. Kalau akaun lama tak dapat.Harga RM3 tu kadang-kadang belum masuk shipping fee, so pastikan kira sekali kos penghantaran.Ada juga seller yang exclude barang tertentu walaupun nampak murah.Cuma kena ingat ya, harga tu belum masuk kos shipping. Jadi kalau betul-betul nak jimat, rajin-rajin check pilihan penghantaran yang paling sesuai. Kadang kalau combine shipping, boleh dapat lagi berbaloi.
Apa pun, memang best juga sesekali try benda macam ni. Rasa puas hati bila dapat barang branded dengan harga jimat. Thanks la dekat kawan yang share link Taobao tu. Kalau tak, memang tak tahu langsung boleh dapat deal best macam ni.
Masa CCL checkout tu, estimated delivery lebih kurang seminggu. Jadi sabar la tunggu tracking update hari demi hari. Hari ni bila check semula, barang tu dah dijangka sampai. Yeayy! Memang tak sabar nak unboxing parcel dari Taobao
Kalau betul original, memang puas hati join promo install apps Taobao ni. Kawan share link, kita try, dan akhirnya jadi pengalaman shopping online yang seronok untuk dikenang.
Giveaway Mencari Saham Akhirat
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Giveaway Mencari Saham Akhirat Hari ni ternampak satu GA yang dianjurkan oleh Kak Notie. Macam biasa, tak lepaskan peluang untuk join. Mana tahu ada rezeki dapat juga set telekung yang ditawarkan sebagai hadiah. Set telekung sulam dan juga set telekung lace
Klik banner kat atas untuk join ..Syarat-syaratnya adalah jeng jeng jeng. Tak susah lah kalau nak join.
1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.
2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.
3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadian lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.
Selain meriahkan giveaway, dapat juga kenal-kenal dengan blogger lain. Kadang-kadang daripada GA ni lah kita dapat tambah kawan baru, dapat baca blog orang lain yang menarik, dan rasa lebih semangat untuk menulis.
Semoga CCL ada tuah untuk kali ini. Kalau tak menang pun, yang penting dapat sokong dan meriahkan GA kawan-kawan blogger.
Souviner Kerongsang Dari Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Souviner Kerongsang Dari Sabah Baru-baru ni CCL dapat satu kerongsang cantik dari abah Rania sebagai buah tangan dari Sabah. Serius memang cantik, .. sebab kerongsang tu lain daripada yang biasa. Kalau tengok, kerongsang dari Sabah ni lain auranya. Batu kilauannya tak terlalu sarat, tapi cukup menyerlah. Walaupun kecil, tetap nampak eksklusif dan boleh dipakai untuk apa saja ..
Satu set kerongsang cantik berbentuk bunga dengan batu berkilat dan mutiara warna-warni. Memang nampak simple, tapi bila pakai terus rasa elegan. Lagi best sebab boleh mix & match dengan pelbagai warna tudung ada mutiara putih, hitam dan pink lembut.
Selain kerongsang, Sabah memang terkenal dengan mutiara, so tak peliklah bila cenderahati dari sana banyak yang berasaskan mutiara sama ada gelang, rantai, subang ataupun kerongsang
Alhamdulillah, syukur atas ingatan.
Pisang Goreng Atau Goreng Pisang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pisang Goreng Atau Goreng Pisang
Ada sesikat pisang muda kat dapur, mula tu plan nak hiris halus-halus nak goreng buat kerepek . Alih-alih tak sempat, pisang pun kian hari kian masak, kian lembut . Macam cepat jer menukarkan kulit hijau ke kulit kuning . Awal pagi tengok kulit masih lagi hijau cuma ada sedikit kekuningan . Sekali lagi pandang pada malam hari tengok kulit pisang dah masak kuning .
Petang kelmarin bagitau adik CCL , tak sempat nak buat kerepek, pisang dah masak so terjadilah menu pisang goreng .lepas beberapa hari pisang dah masak, kelmarin adik CCL dah buatkan pisang goreng ni . Jamah dengan air teh panas petang-petang hari .
Uguys sebut pisang goreng atau goreng pisang ? Dedua frasa ni sama sahaja
Pisang goreng merujuk kepada kata nama bagi nama makanan . Goreng pisang pulak merujuk kepada kata kerja iaitu perbuatan mengoreng pisang
Kadang-kadang tak jadi ikut perancangan asal pun tetap berakhir dengan sesuatu yang manis. Macam pisang ni , dari kerepek tak kesampaian, terus bertukar jadi pisang goreng yang mengenyangkan hati dan perut.
Rania Healing Naik Buaian Pokok
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rania Healing Naik Buaian Pokok
Buaian yang tergantung di dahan pokok pelam itu jadi port terbaik untuk tenangkan fikiran. Duduk sambil goyang perlahan, pandang ke langit biru dan daun-daun yang menari ditiup angin, memang rasa dunia ni tenang sekejap.Kadang-kadang kita tak perlukan jauh-jauh nak healing. Duduk di buaian pokok pun dah cukup buat hati rasa ringan. Lagi best bila ada bunyi burung berkicau, tambah rasa damai.
Setiap petang ni lah healing versi Rania ni memang simple, tapi penuh ketenangan, sesekali perangai nakal dia tu ada juga .
Masa si Rania naik buaian terhayun ke kiri ke kanan sempat ambil gambar masa tu senyum seikhlas, nampak betul seronok. Lepas dah bosan naik buaian, mula lah perangai dia berlari ke sana ke mari . Tak lama lepas tu, jatuh !! tangannya luka, berdarah sikit sebab tergesel dengan batu. Nasib baik lukanya tak teruk. Cepat-cepat cuci dengan air bersih dan sapu ubat. Alhamdulillah, selepas tu dia boleh senyum balik. Cuma kerap kali mengadu sakit..sakittt ..
Gambar yang sempat diambil sebelum dia jatuh tu jadi kenangan, bukti betapa gembiranya dia bermain walaupun akhirnya dapat luka sikit kat tangan.
Rezeki Menang Giveaway Coffee Lover
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rezeki Menang Giveaway Coffee Lover Seminggu tak buka blog… sekali buka, ternampak ada komen dari Blogger Mummy Ayu. Rupanya CCL terpilih sebagai pemenang giveaway Coffee Lover !. Syukur alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka. Walaupun cuma giveaway kecil, tetap rasa gembira sebab hadiah berkaitan kopi memang kena sangat dengan jiwa coffee lover ni.
Hadiah mungkin kecil, tapi cukup bermakna. Seronok bila penyertaan santai akhirnya bertuah. Terima kasih banyak pada Mummy Ayu yang rajin anjurkan giveaway macam ni, dapat juga eratkan ukhuwah antara blogger. Lepas baca entri tu, CCL pun terus email detail yang diperlukan pada Mummy Ayu. Maaf untuk Mummy Ayu buatkan Mummy Ayu tertunggu-tunggu detail CCL untuk pengeposan hadiah tersebut. Tak sabar nak tunggu hadiah sampai! Hehe.
Terima kasih banyak pada Mummy Ayu yang anjurkan giveaway ni. Seronok dapat join dan akhirnya bertuah pula menang. Tak sangka pula nama CCL naik sebagai pemenang. Alhamdulillah, syukur atas rezeki ni.
Sale 8.8 : Beli Apa Di Shopee ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sale 8.8 : Beli Apa Di Shopee ? 8.8 datang lagi… masa ni Shopee jadi tempat paling berbahaya untuk dompet CCL.. Awal-awal CCL cakap kat diri, “Tak ada beli apa-apa kali ni.” Sekali, lepas 10 minit scroll, CCL dah tekan Add to Cart tanpa sedar. . Rasa macam “alaaa… taknak beli apa-apa”, tapi bila scroll-scroll… ehhh, penuh pula dalam cart. 😂 Plan asal cuma nak scroll Shopee, tengok-tengok barang. Sekali..Add to cart, Claim voucher.Checkout. Tiba-tiba dapat parcel tracking .
Kopi Zus
8.8 kali ni bukan setakat beli barang Shopee je… kopi pun masuk senarai. ZUS Coffee buat promo gila – harga jatuh murah sampai rasa berdosa kalau tak beli. So CCL sempat grab 3 item . Zus Ngopi Kopi Coklat , Zus Ngopi White Coffe & Zus Signature Caramel Latte . Alang-alang tengah diskaun berganda why not tak grab kan ..
Skincare GladtoGlow
Ni pelaburan untuk masa depan muka. Kalau tak beli masa sale, rasa berdosa. Memandangkan bulan ni banyak skincare CCL yang kena topup so pelaburan untuk muka kena lebih sikit laa. Time sales macam ni laa berguna . Harga turun, dapat voucher diskaun ..dapat free shipping lagi dalam hati "kalau tak grab sekarang bila lagi kan " .So tercheckout lah tiga item skincare & makeup dari GladtoGlow . Dapat beli pelembap muka, cushion foundation & compact powder ..
Selesai tangkapan sales Shopee 8.8, . Barang yang ditunggu-tunggu pun dah sampai .Lepas settle semua unboxing parcel , reward diri dengan grab kopi ZUS dan GladtoGlow. Sambil hirup kopi, sambil belek skincare baru. Rasa penat hilang, hati pun berbunga-bunga.
Uguys pulak? Ada tak yang terbeli ala-apa semasa Shopee Sale 8.8 sebab terpengaruh voucher tengah malam tu? Mengaku cepat!
Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani
Hidup manusia ni kan ibarat jalan yang tak pernah lurus. Ada naik, ada turun. Kadang kita rasa di atas dunia, esok lusa jatuh terduduk. Hari ini senyum lebar, esok menangis dalam diam. Kadang kita mendaki tinggi, kadang tergelincir ke bawah. Ada waktu dunia terasa di genggaman, ada waktu kita jatuh memeluk sepi. Begitulah kehidupan bergerak, berubah, dan tak pernah statik.
Ada manusia diuji dengan harta, ada pula diuji dengan kehilangan. Ada yang hidup nampak mewah, tapi hatinya kosong. Ada yang hidup sederhana, tapi penuh syukur dan bahagia. Manusia juga pelik, suka menilai, jarang memahami. Yang bekerja keras dikata menunjuk, yang diam dikata malas. Tapi tak pa lah.. sebab kita tak hidup untuk puaskan mata mereka.
Akhirnya, kisah hidup kita bukan untuk dibandingkan. Tapi untuk dijalani, dengan hati yang redha dan jiwa yang kuat. Kerana setiap manusia ada cerita, dan setiap cerita ada makna.
Apa pun selamat pagi. Cuaca panas, apa lagi hati. Kena lagi jumpa manusia perangai macam matahari.
"Hidup Ini Ibarat Kamera: Fokus, Tangkap, Simpan... Padam Juga Perlu"
Assalamualaikum dan salam sejahtera
"Hidup Ini Ibarat Kamera: Fokus, Tangkap, Simpan... Padam Juga Perlu" Dalam hidup, kita akan lalui ribuan momen. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang buat kita tersenyum bila teringat dan ada juga yang buat dada terasa sesak bila dikenang. Hidup ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan kamera, kalau kita pandai 'setting' hati macam kita setting kamera, hidup akan jadi lebih tenang, lebih fokus, lebih bahagia.
Fokus pada yang penting , dalam dunia kamera, kalau tak fokus, gambar akan kabur. Begitu juga dengan hidup. Kalau kita sibuk nak jaga semua orang, sibuk fikir semua benda, akhirnya kita hilang arah. Letakkan fokus pada apa yang paling penting adalah Diri sendiri, Iman , keluarga, Kesihatan dan juga Misi hidup. Bila kita tahu apa yang penting, kita tak akan mudah terganggu dengan hal remeh yang cuba tarik perhatian kita.
Cipta moment bahagia.Tangkap gambar yang paling kita sayang dalam galeri bukan gambar mahal, tapi yang ada emosi.Yang tangkap senyuman mak, yang rakam gelak anak, ada yang simpan kenangan kejayaan kecil kita waktu kita rasa semua orang tak nampak usaha kita. Sama juga dalam hidup, Hargai saat kecil yang buat hati kita senyum. Simpan dalam ingatan setiap nikmat yang Allah bagi. Tulis dalam jurnal, rakam dengan hati. Itulah bekal untuk hari yang sukar.
Yang melukakan? Padam saja. Kamera pun ada fungsi delete. Sebab apa kita susah sangat nak ‘delete’ kenangan yang menyakitkan? Sebabnya Ada orang yang hanya muncul dalam hidup untuk beri pengajaran. Ada situasi yang hadir untuk ajar kita jadi lebih kuat. Tapi bukan semua perlu kita simpan dalam galeri jiwa. Bila hati penuh dengan kenangan yang melukakan, kita takkan ada ruang untuk bahagia yang baru. Pilih untuk padam. Dan izinkan diri move on.
Pilih untuk tenang, bukan terluka. Kita selalu fikir kita tak ada pilihan. Padahal setiap hari kita boleh pilih, kita nak terus marah, atau maafkan. Kita rasa nak terus salahkan, atau lepaskan, nak terus rasa down, atau bangkit perlahan-lahan. Tenang bukan bermakna tak ada masalah. Tenang itu bila kita belajar hadapi masalah dengan hati yang lapang.
Hidup ini bukan tentang siapa yang paling hebat.Tapi siapa yang paling bijak memilih apa yang patut disimpan, dan apa yang patut dibuang. Jadi, hari ini, Kalau ada yang buat awak rasa sakit bila diingat, awak tak perlu simpan. Padam saja. Sebab awak berhak untuk rasa tenang.
Cekak Rambut Merdeka – Gaya Patriotik yang Comel!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cekak Rambut Merdeka – Gaya Patriotik yang Comel! Sempena bulan kemerdekaan ni, bukan bendera ja yang boleh kibarkan semangat patriotik kita. Aksesori pun boleh jadi satu cara nak tunjukkan rasa cinta pada negara. Baru-baru ni, CCL jumpa cekak rambut bertema Merdeka ,serius comel sangat! Design-design cekak rambut bertemakan Kemerdekaan ni adalah hasil tangan wife kepada sepupu CCL ..
Ada lima design cekak rambut Kemerdekaan yang sangat simple tapi cantik dan comel sangat-sangat. Uguys yang ada anak-anak boleh la belikan satu .. tapi cekak rambut ni bukan sahaja anak-anak boleh pakai , kita yang dewasa ni pun sesuai jugak tau .. harga pun murah-murah belaka ..

Cekak tu dihiasi dengan warna Jalur Gemilang – merah, putih, biru dan kuning, memang kreatif! Semangat Merdeka sampai ke kepala!
Sebab apa kena Pilih Cekak Rambut ni
-Mudah dipakai ,sarung je terus siap!
-Menyerlahkan tema sesuai kalau ada sambutan kat sekolah, tempat kerja atau taman perumahan.
-Boleh matching dengan baju Jalur Gemilang atau t-shirt putih dan pin bendera.
Kadang-kadang benda kecil pun boleh bawa senyuman dan naikkan mood. Tambah pula kalau kita pakai sambil ajar anak-anak tentang erti kemerdekaan , lagi terasa maknanya.
Uguys dah ada cekak merdeka ke belum ? Kalau belum, korang boleh terjah Tiktok ChantiqCraft . .Jemput support bisnes kecil sepupu CCL .. Moga murah rezeki uguys .. Boleh pakai masa sambutan Hari Kebangsaan nanti. Mana tahu, dapat tangkap gambar OOTD bertema Merdeka paling comel tahun ni kan..
Coffee Lover Giveaway
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Coffee Lover Giveaway Rasanya dah lama tak join giveaway blogger. Dulu, setiap kali nampak giveaway, mesti rasa teruja nak cuba nasib. Seronok sebab selain peluang menang hadiah , rasa dia macam masuk pertandingan kecil-kecilan tapi penuh dengan kemesraan. Bukan saja untuk menang hadiah, tapi seronok dapat blogwalking, baca pelbagai cerita menarik, dan kadang-kadang bertukar komen dengan blogger lain.
Kali ni bila ternampak Coffee Lover Giveaway, hati CCL terus terpanggil. Sebagai pencinta kopi, memang tak boleh lepaskan peluang. Coffee Lover Giveaway kali ni anjuran dari Blogger Mummy Ayu .. Syarat-syarat pun sangat mudah , Uguys yang mana nak join Giveaway ni boleh terjah link Coffee Lover Giveaway
Jadi, kalau tanya CCL kenapa patut dipilih pemenang, jawapannya mudah…
Kopi dan CCL memang tak dapat dipisahkan. Pagi, petang, malah malam pun kadang-kadang CCL bancuh kopi. Kopi bukan sekadar minuman, tapi terapi. Aroma dia ubah mood, rasa dia bagi semangat. Aroma dia mampu tenangkan fikiran. Rasanya pula jadi sumber tenaga. Setiap kali hirup kopi panas, rasa macam semua masalah hilang sekejap. Memang sesuai sangat kalau giveaway ini untuk pencinta kopi sebab CCL salah seorangnya! Acewahhhh ..
Ada orang kata kopi ni sekadar minuman, tapi bagi CCL… kopi adalah satu moment. Moment untuk tenang, moment untuk recharge tenaga, dan kadang-kadang moment untuk mengubat rindu suasana santai di kafe.Orang yang betul-betul minum kopi setiap hari tau secawan kopi boleh mengubah mood dan memberi tenaga luar biasa.
Antara hadiah yang akan menanti pemenang dalam GA ni adalah Crochet Cup holder .. aaa.. comel sangattt tau
Kalau ada rezeki untuk menang GA dari blogger Mummy Ayu ni harapa-harap dapat crochet cup holder warna brown ni .. barulah sesuai dengan tema-tema kopi .. Menang atau tidak, yang penting rasa seronok tu dah cukup berharga. Tapi kalau ada rezeki menang… alhamdulillah,
Top Commentators Of July : Tahniah Blogger Mohamad Taufik !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of July : Tahniah Blogger Mohamad Taufik ! Alhamdulillah, lengkap 31 hari untuk bulan Julai , seperti biasa CCL akan screenshot top Commentators untuk bulan lepas ..walaupun entri baru sempat publish hari ni ..masuk bulan baru… macam biasa CCL akan umumkan siapa yang rajin meninggalkan jejak di ruang komen blog ni, dan menariknya bulan ni… pemenangnya orang yang sama seperti bulan lepas!
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen. Bukan sahaja menyokong, tapi juga memeriahkan suasana blog ni. Tahniah dan terima kasih untuk Blogger Mohamad Taufik konsisten dua bulan berturut-turut! .. CCL dah ada detail Blogger Taufik . So tunggu parcel sampai depan pintu rumah ..
Terima kasih juga untuk semua rakan blogger lain yang sudi bertegur sapa di ruangan komen.
InsyaAllah bulan depan kita tengok pula siapalah yang akan naik carta?
Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania
Dah cukup 4 hari Nia tidur di rumah. Riuh rendah rumah bila ada dia gelak, bising mainan,perangai dia yang macam-macam ragam, cerita tak habis-habis. Abah dia pergi Sabah atas urusan kerja, lawatan kerja bersama MADA. Jadi sementara tu Rania dan Mama Rania jadi peneman setia di sini.Sejak Rania tidur di rumah CCL, suasana jadi meriah. Dari pagi sampai malam, rumah tak pernah sunyi ada dia..
Petang semalam, Rania dah balik rumah dia. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Lepas ni sunyilah rumah… tak ada lagi suara dia minta makan, ajak main, atau selamba baring sebelah nak tidur. tak ada lagi bunyi tapak kaki kecil tu, tak ada lagi suara nyaring minta bukakan tv cerita kartun, tak ada suara-suara ajak main di luar rumah .tak ada lagi tawa manja sebelum tidur.










































