Install Taobao Claim Tumbler Tyeso Serendah Bayaran RM3

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Install Taobao Claim Tumbler Tyeso Serendah Bayaran RM3 Minggu lepas ni kawan CCL ada share satu link Taobao. Katanya kalau install apps melalui link tu, boleh claim voucher special untuk new user. Hati pun rasa nak cuba,  mana tahu dapat beli barang murah kan.

Langkah pertama 

1. Kena install apps Taobao versi international (Taobao Lite / Taobao Global).

2. Lepas install, kena buka link yang kawan bagi  terus claim voucher welcome/new user.

3. Voucher tu boleh jadi dalam bentuk potongan harga (contoh ¥20–¥50) atau cashback.

4. Bila checkout, pilih barang contoh macam tumbler Tyeso tu harga asal mungkin RM30–40, tapi lepas guna voucher tinggal serendah RM3–RM5 je (ikut nilai voucher).

5. Jangan lupa set alamat penghantaran Malaysia & pilih shipping (selalunya kena combine shipping dekat warehouse dulu).

tumbler Tyeso, tumbler tyeso serendah RM3 , claim voucher pengguna baru Taobao, cara claim voucher di taobao


Voucher ni nilai dia agak besar juga, ada dalam bentuk potongan harga. Banyak senarai barangan yang ada , CCL pilih untuk add to cart tumbler Tyeso, jadi bila try add to cart tumbler Tyeso yang harga asal lebih kurang RM30–RM40, lepas apply voucher tinggal serendah RM3 saja! Murah betul.

Tapi CCL rasa voucher ni biasanya sekali sahaja untuk new user. Kalau akaun lama tak dapat.Harga RM3 tu kadang-kadang belum masuk shipping fee, so pastikan kira sekali kos penghantaran.Ada juga seller yang exclude barang tertentu walaupun nampak murah.Cuma kena ingat ya, harga tu belum masuk kos shipping. Jadi kalau betul-betul nak jimat, rajin-rajin check pilihan penghantaran yang paling sesuai. Kadang kalau combine shipping, boleh dapat lagi berbaloi.

Apa pun, memang best juga sesekali try benda macam ni. Rasa puas hati bila dapat barang branded dengan harga jimat. Thanks la dekat kawan yang share link Taobao tu. Kalau tak, memang tak tahu langsung boleh dapat deal best macam ni.

Masa CCL checkout tu, estimated delivery lebih kurang seminggu. Jadi sabar la tunggu tracking update hari demi hari. Hari ni bila check semula, barang tu dah dijangka sampai. Yeayy! Memang tak sabar nak unboxing parcel dari Taobao

Kalau betul original, memang puas hati join promo install apps Taobao ni. Kawan share link, kita try, dan akhirnya jadi pengalaman shopping online yang seronok untuk dikenang.



Giveaway Mencari Saham Akhirat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Giveaway Mencari Saham Akhirat  Hari ni ternampak satu GA yang dianjurkan oleh Kak Notie. Macam biasa, tak lepaskan peluang untuk join. Mana tahu ada rezeki dapat juga set telekung yang ditawarkan sebagai hadiah. Set telekung sulam dan juga set telekung lace 


Klik banner kat atas untuk join ..Syarat-syaratnya adalah jeng jeng jeng. Tak susah lah kalau nak join.

1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadian lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.

Selain meriahkan giveaway, dapat juga kenal-kenal dengan blogger lain. Kadang-kadang daripada GA ni lah kita dapat tambah kawan baru, dapat baca blog orang lain yang menarik, dan rasa lebih semangat untuk menulis.

Semoga CCL ada tuah untuk kali ini. Kalau tak menang pun, yang penting dapat sokong dan meriahkan GA kawan-kawan blogger. 


Souviner Kerongsang Dari Sabah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Souviner Kerongsang Dari Sabah Baru-baru ni CCL dapat satu kerongsang cantik dari abah Rania sebagai buah tangan dari Sabah. Serius memang cantik, .. sebab kerongsang tu lain daripada yang biasa. Kalau tengok, kerongsang dari Sabah ni lain auranya. Batu kilauannya tak terlalu sarat, tapi cukup menyerlah. Walaupun kecil, tetap nampak eksklusif dan boleh dipakai untuk apa saja ..

kerongsang mutiara, kerongsang mutiara sabah , souviner dari sabah, souviner kerongsang

Satu set kerongsang cantik berbentuk bunga dengan batu berkilat dan mutiara warna-warni. Memang nampak simple, tapi bila pakai terus rasa elegan. Lagi best sebab boleh mix & match dengan pelbagai warna tudung ada mutiara putih, hitam dan pink lembut.

Selain kerongsang, Sabah memang terkenal dengan mutiara, so tak peliklah bila cenderahati dari sana banyak yang berasaskan mutiara sama ada gelang, rantai, subang ataupun kerongsang

Alhamdulillah, syukur atas ingatan.


Pisang Goreng Atau Goreng Pisang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pisang Goreng Atau Goreng Pisang 

Ada sesikat pisang muda kat dapur, mula tu plan nak hiris halus-halus nak goreng buat kerepek . Alih-alih tak sempat, pisang pun kian hari kian masak, kian lembut . Macam cepat jer menukarkan kulit hijau ke kulit kuning . Awal pagi tengok kulit masih lagi hijau cuma ada sedikit kekuningan . Sekali lagi pandang pada malam hari tengok kulit pisang dah masak kuning . 

pisang goreng , goreng pisang, goreng pisang rangup, pisang goreng rangup, cara membuat pisang goreng

Petang kelmarin bagitau adik CCL , tak sempat nak buat kerepek, pisang dah masak so terjadilah menu pisang goreng .lepas beberapa hari pisang dah masak, kelmarin adik CCL dah buatkan pisang goreng ni . Jamah dengan air teh panas petang-petang hari .

Uguys sebut pisang goreng atau goreng pisang ? Dedua frasa ni sama sahaja 

Pisang goreng merujuk kepada kata nama bagi nama makanan . Goreng pisang pulak merujuk kepada kata kerja iaitu perbuatan mengoreng pisang 

Kadang-kadang tak jadi ikut perancangan asal pun tetap berakhir dengan sesuatu yang manis. Macam pisang ni , dari kerepek tak kesampaian, terus bertukar jadi pisang goreng yang mengenyangkan hati dan perut. 



Rania Healing Naik Buaian Pokok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Healing Naik Buaian Pokok 

Buaian yang tergantung di dahan pokok pelam itu jadi port terbaik untuk tenangkan fikiran. Duduk sambil goyang perlahan, pandang ke langit biru dan daun-daun yang menari ditiup angin, memang rasa dunia ni tenang sekejap.Kadang-kadang kita tak perlukan jauh-jauh nak healing. Duduk di buaian pokok pun dah cukup buat hati rasa ringan. Lagi best bila ada bunyi burung berkicau, tambah rasa damai. 

Setiap petang ni lah healing versi Rania ni memang simple, tapi penuh ketenangan, sesekali perangai nakal dia tu ada juga . 




Masa si Rania naik buaian terhayun ke kiri ke kanan sempat ambil gambar masa tu  senyum seikhlas, nampak betul seronok. Lepas dah bosan naik buaian, mula lah perangai dia berlari ke sana ke mari . Tak lama lepas tu, jatuh !! tangannya luka, berdarah sikit sebab tergesel dengan batu. Nasib baik lukanya tak teruk. Cepat-cepat cuci dengan air bersih dan sapu ubat. Alhamdulillah, selepas tu dia boleh senyum balik. Cuma kerap kali mengadu sakit..sakittt ..



Gambar yang sempat diambil sebelum dia jatuh tu jadi kenangan, bukti betapa gembiranya dia bermain walaupun akhirnya dapat luka sikit kat tangan. 


Rezeki Menang Giveaway Coffee Lover

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rezeki Menang Giveaway Coffee Lover  Seminggu tak buka blog… sekali buka, ternampak ada komen dari Blogger Mummy Ayu. Rupanya CCL terpilih sebagai pemenang giveaway Coffee Lover !. Syukur alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka. Walaupun cuma giveaway kecil, tetap rasa gembira sebab hadiah berkaitan kopi memang kena sangat dengan jiwa coffee lover ni.

Hadiah mungkin kecil, tapi cukup bermakna. Seronok bila penyertaan santai akhirnya bertuah. Terima kasih banyak pada Mummy Ayu yang rajin anjurkan giveaway macam ni, dapat juga eratkan ukhuwah antara blogger. Lepas baca entri tu, CCL pun terus email detail yang diperlukan pada Mummy Ayu. Maaf untuk Mummy Ayu buatkan Mummy Ayu tertunggu-tunggu detail CCL untuk pengeposan hadiah tersebut.   Tak sabar nak tunggu hadiah sampai! Hehe. 


Terima kasih banyak pada Mummy Ayu yang anjurkan giveaway ni. Seronok dapat join dan akhirnya bertuah pula menang.  Tak sangka pula nama CCL naik sebagai pemenang. Alhamdulillah, syukur atas rezeki ni. 


Sale 8.8 : Beli Apa Di Shopee ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sale 8.8 : Beli Apa Di Shopee ? 8.8 datang lagi… masa ni Shopee jadi tempat paling berbahaya untuk dompet CCL.. Awal-awal CCL cakap kat diri, “Tak ada beli apa-apa kali ni.” Sekali, lepas 10 minit scroll, CCL dah tekan Add to Cart tanpa sedar. . Rasa macam “alaaa… taknak beli apa-apa”, tapi bila scroll-scroll… ehhh, penuh pula dalam cart. 😂 Plan asal cuma nak scroll Shopee, tengok-tengok barang. Sekali..Add to cart, Claim voucher.Checkout. Tiba-tiba dapat parcel tracking . 


Kopi zus, zus ngopi white coffee, zus ngopi kopi coklat , zus signature caramel latte, zus coffee


Selepas add to cart tanpa sedar dah tiba masanya untuk proceed to checkout barang- barang untuk minit berebut voucher… inilah senarai barang yang berjaya CCL checkout masa 8.8 haritu , tak semua tau .. 

Kopi Zus 

8.8 kali ni bukan setakat beli barang Shopee je… kopi pun masuk senarai. ZUS Coffee buat promo gila – harga jatuh murah sampai rasa berdosa kalau tak beli. So CCL sempat grab 3 item  . Zus Ngopi Kopi Coklat , Zus Ngopi White Coffe & Zus Signature Caramel Latte . Alang-alang tengah diskaun berganda why not tak grab kan ..

Skincare GladtoGlow 

Ni pelaburan untuk masa depan muka. Kalau tak beli masa sale, rasa berdosa. Memandangkan bulan ni banyak skincare CCL yang kena topup so pelaburan untuk muka kena lebih sikit laa. Time sales macam ni laa berguna . Harga turun, dapat voucher diskaun ..dapat free shipping lagi  dalam hati "kalau tak grab sekarang bila lagi kan " .So tercheckout lah tiga item skincare & makeup dari GladtoGlow  . Dapat beli pelembap muka, cushion foundation & compact powder ..

Selesai tangkapan sales Shopee 8.8, . Barang yang ditunggu-tunggu pun dah sampai .Lepas settle semua unboxing parcel , reward diri dengan grab kopi ZUS dan GladtoGlow. Sambil hirup kopi, sambil belek skincare baru. Rasa penat hilang, hati pun berbunga-bunga.

Uguys pulak? Ada tak yang terbeli ala-apa semasa Shopee Sale 8.8 sebab terpengaruh voucher tengah malam tu? Mengaku cepat!


Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani 

Hidup manusia ni kan ibarat jalan yang tak pernah lurus. Ada naik, ada turun. Kadang kita rasa di atas dunia, esok lusa jatuh terduduk. Hari ini senyum lebar, esok menangis dalam diam. Kadang kita mendaki tinggi, kadang tergelincir ke bawah. Ada waktu dunia terasa di genggaman, ada waktu kita jatuh memeluk sepi. Begitulah kehidupan bergerak, berubah, dan tak pernah statik.


Ada manusia diuji dengan harta, ada pula diuji dengan kehilangan. Ada yang hidup nampak mewah, tapi hatinya kosong. Ada yang hidup sederhana, tapi penuh syukur dan bahagia. Manusia juga pelik, suka menilai, jarang memahami. Yang bekerja keras dikata menunjuk, yang diam dikata malas. Tapi tak pa lah.. sebab kita tak hidup untuk puaskan mata mereka.

Akhirnya, kisah hidup kita bukan untuk dibandingkan. Tapi untuk dijalani, dengan hati yang redha dan jiwa yang kuat. Kerana setiap manusia ada cerita, dan setiap cerita ada makna.

Apa pun selamat pagi. Cuaca panas, apa lagi hati. Kena lagi jumpa manusia perangai macam matahari.


"Hidup Ini Ibarat Kamera: Fokus, Tangkap, Simpan... Padam Juga Perlu"

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

"Hidup Ini Ibarat Kamera: Fokus, Tangkap, Simpan... Padam Juga Perlu" Dalam hidup, kita akan lalui ribuan momen. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang buat kita tersenyum bila teringat dan ada juga yang buat dada terasa sesak bila dikenang. Hidup ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan kamera, kalau kita pandai 'setting' hati macam kita setting kamera, hidup akan jadi lebih tenang, lebih fokus, lebih bahagia.

Fokus pada yang penting , dalam dunia kamera, kalau tak fokus, gambar akan kabur. Begitu juga dengan hidup. Kalau kita sibuk nak jaga semua orang, sibuk fikir semua benda, akhirnya kita hilang arah. Letakkan fokus pada apa yang paling penting adalah  Diri sendiri, Iman , keluarga, Kesihatan dan juga Misi hidup. Bila kita tahu apa yang penting, kita tak akan mudah terganggu dengan hal remeh yang cuba tarik perhatian kita.

Cipta moment bahagia.Tangkap gambar yang paling kita sayang dalam galeri bukan gambar mahal, tapi yang ada emosi.Yang tangkap senyuman mak, yang rakam gelak anak, ada yang simpan kenangan kejayaan kecil kita waktu kita rasa semua orang tak nampak usaha kita. Sama juga dalam hidup, Hargai saat kecil yang buat hati kita senyum. Simpan dalam ingatan setiap nikmat yang Allah bagi. Tulis dalam jurnal, rakam dengan hati. Itulah bekal untuk hari yang sukar.


Yang melukakan? Padam saja. Kamera pun ada fungsi delete. Sebab apa kita susah sangat nak ‘delete’ kenangan yang menyakitkan? Sebabnya Ada orang yang hanya muncul dalam hidup untuk beri pengajaran. Ada situasi yang hadir untuk ajar kita jadi lebih kuat. Tapi bukan semua perlu kita simpan dalam galeri jiwa. Bila hati penuh dengan kenangan yang melukakan, kita takkan ada ruang untuk bahagia yang baru. Pilih untuk padam. Dan izinkan diri move on.

Pilih untuk tenang, bukan terluka. Kita selalu fikir kita tak ada pilihan. Padahal setiap hari kita boleh pilih, kita nak terus marah, atau maafkan. Kita rasa nak terus salahkan, atau lepaskan, nak terus rasa down, atau bangkit perlahan-lahan. Tenang bukan bermakna tak ada masalah. Tenang itu bila kita belajar hadapi masalah dengan hati yang lapang.

Hidup ini bukan tentang siapa yang paling hebat.Tapi siapa yang paling bijak memilih apa yang patut disimpan, dan apa yang patut dibuang. Jadi, hari ini, Kalau ada yang buat awak rasa sakit bila diingat, awak tak perlu simpan. Padam saja. Sebab awak berhak untuk rasa tenang.


Cekak Rambut Merdeka – Gaya Patriotik yang Comel!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Cekak Rambut Merdeka – Gaya Patriotik yang Comel! Sempena bulan kemerdekaan ni, bukan bendera ja yang boleh kibarkan semangat patriotik kita. Aksesori pun boleh jadi satu cara nak tunjukkan rasa cinta pada negara. Baru-baru ni, CCL jumpa cekak rambut bertema Merdeka ,serius comel sangat! Design-design cekak rambut bertemakan Kemerdekaan ni adalah hasil tangan wife kepada sepupu CCL ..

Ada lima design cekak rambut Kemerdekaan yang sangat simple tapi cantik dan comel sangat-sangat.   Uguys yang ada anak-anak boleh la belikan satu .. tapi cekak rambut ni bukan sahaja anak-anak boleh pakai , kita yang dewasa ni pun sesuai jugak  tau .. harga pun murah-murah belaka .. 

Cekak rambut kemerdekaan, cekak rambut tema kemerdekaan, cekak rambut bulu kawat, cekak rambut patriotik, cekak rambut tema merdeka , aksesori merdeka

Cekak rambut kemerdekaan, cekak rambut tema kemerdekaan, cekak rambut bulu kawat, cekak rambut patriotik, cekak rambut tema merdeka , aksesori merdeka

Cekak rambut kemerdekaan, cekak rambut tema kemerdekaan, cekak rambut bulu kawat, cekak rambut patriotik, cekak rambut tema merdeka , aksesori merdeka

Cekak rambut kemerdekaan, cekak rambut tema kemerdekaan, cekak rambut bulu kawat, cekak rambut patriotik, cekak rambut tema merdeka , aksesori merdeka

Cekak rambut kemerdekaan, cekak rambut tema kemerdekaan, cekak rambut bulu kawat, cekak rambut patriotik, cekak rambut tema merdeka , aksesori merdeka

Cekak tu dihiasi dengan warna Jalur Gemilang – merah, putih, biru dan kuning, memang kreatif! Semangat Merdeka sampai ke kepala!

Sebab apa kena Pilih Cekak Rambut ni 

-Mudah dipakai ,sarung je terus siap!

-Menyerlahkan tema sesuai kalau ada sambutan kat sekolah, tempat kerja atau taman perumahan.

-Boleh matching dengan baju Jalur Gemilang atau t-shirt putih dan pin bendera.

Kadang-kadang benda kecil pun boleh bawa senyuman dan naikkan mood. Tambah pula kalau kita pakai sambil ajar anak-anak tentang erti kemerdekaan , lagi terasa maknanya.

Uguys dah ada cekak merdeka ke belum ? Kalau belum, korang boleh terjah Tiktok ChantiqCraft . .Jemput support bisnes kecil sepupu CCL .. Moga murah rezeki uguys .. Boleh pakai masa sambutan Hari Kebangsaan nanti. Mana tahu, dapat tangkap gambar OOTD bertema Merdeka paling comel tahun ni kan..



Coffee Lover Giveaway

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Coffee Lover Giveaway Rasanya dah lama tak join giveaway blogger. Dulu, setiap kali nampak giveaway, mesti rasa teruja nak cuba nasib. Seronok sebab selain peluang menang hadiah , rasa dia macam masuk pertandingan kecil-kecilan tapi penuh dengan kemesraan. Bukan saja untuk menang hadiah, tapi seronok dapat blogwalking, baca pelbagai cerita menarik, dan kadang-kadang bertukar komen dengan blogger lain.

Kali ni bila ternampak Coffee Lover Giveaway, hati CCL terus terpanggil. Sebagai pencinta kopi, memang tak boleh lepaskan peluang. Coffee Lover Giveaway kali ni anjuran dari Blogger Mummy Ayu .. Syarat-syarat pun sangat mudah , Uguys yang mana nak join Giveaway ni boleh terjah link Coffee Lover Giveaway

Jadi, kalau tanya CCL kenapa patut dipilih pemenang, jawapannya mudah…

Kopi dan CCL memang tak dapat dipisahkan. Pagi, petang, malah malam pun kadang-kadang CCL bancuh kopi. Kopi bukan sekadar minuman, tapi terapi. Aroma dia ubah mood, rasa dia bagi semangat. Aroma dia mampu tenangkan fikiran. Rasanya pula jadi sumber tenaga. Setiap kali hirup kopi panas, rasa macam semua masalah hilang sekejap. Memang sesuai sangat kalau giveaway ini untuk pencinta kopi sebab CCL salah seorangnya! Acewahhhh .. 

Ada orang kata kopi ni sekadar minuman, tapi bagi CCL… kopi adalah satu moment. Moment untuk tenang, moment untuk recharge tenaga, dan kadang-kadang moment untuk mengubat rindu suasana santai di kafe.Orang yang betul-betul minum kopi setiap hari tau secawan kopi boleh mengubah mood dan memberi tenaga luar biasa.

Antara hadiah yang akan menanti pemenang dalam GA ni adalah Crochet Cup holder .. aaa.. comel sangattt tau 

Kalau ada rezeki untuk menang GA dari blogger Mummy Ayu ni harapa-harap dapat crochet cup holder warna brown ni .. barulah sesuai dengan tema-tema kopi .. Menang atau tidak, yang penting rasa seronok tu dah cukup berharga. Tapi kalau ada rezeki menang… alhamdulillah, 



Top Commentators Of July : Tahniah Blogger Mohamad Taufik !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of July : Tahniah Blogger Mohamad Taufik ! Alhamdulillah, lengkap 31 hari untuk bulan Julai , seperti biasa CCL akan screenshot top Commentators untuk bulan lepas ..walaupun entri baru sempat publish hari ni ..masuk bulan baru… macam biasa CCL akan umumkan siapa yang rajin meninggalkan jejak di ruang komen blog ni, dan menariknya bulan ni… pemenangnya orang yang sama seperti bulan lepas!


Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen. Bukan sahaja menyokong, tapi juga memeriahkan suasana blog ni. Tahniah dan terima kasih untuk Blogger Mohamad Taufik konsisten dua bulan berturut-turut! .. CCL dah ada detail Blogger Taufik . So tunggu parcel sampai depan pintu rumah ..

Terima kasih juga untuk semua rakan blogger lain yang sudi bertegur sapa di ruangan komen.

InsyaAllah bulan depan kita tengok pula siapalah yang akan naik carta? 


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Dah cukup 4 hari Nia tidur di rumah. Riuh rendah rumah bila ada dia gelak, bising mainan,perangai dia yang macam-macam ragam,  cerita tak habis-habis. Abah dia pergi Sabah atas urusan kerja, lawatan kerja bersama MADA. Jadi sementara tu Rania dan Mama Rania jadi peneman setia di sini.Sejak Rania tidur di rumah CCL, suasana jadi meriah. Dari pagi sampai malam, rumah tak pernah sunyi ada dia..


Petang semalam, Rania dah balik rumah dia. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Lepas ni sunyilah rumah… tak ada lagi suara dia minta makan, ajak main, atau selamba baring sebelah nak tidur. tak ada lagi bunyi tapak kaki kecil tu, tak ada lagi suara nyaring minta bukakan tv cerita kartun, tak ada suara-suara ajak main di luar rumah .tak ada lagi tawa manja sebelum tidur.


Nilai RM100 Kita Berbeza

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nilai RM100 Kita Berbeza RM100…Di pusat beli-belah mewah, ia mungkin hanya cukup untuk satu hidangan makan malam.Di pasar mini , ia boleh penuhkan satu bakul dengan barangan dapur harian. Tapi di hadapan tabung masjid, RM100 terasa berat untuk dilepaskan dari genggaman. Hati mula berkira-kira, “Banyak ni kalau derma…”


Sebenarnya, nilai RM100 itu tak pernah berubah. Yang berubah cuma bagaimana kita melihatnya dan di mana kita berdiri ketika menilainya.Bagi orang yang pernah melalui kesusahan, RM100 boleh jadi harapan.Bagi yang sedang berada, RM100 mungkin sekadar duit minyak atau bayaran parking. Namun bagi si kecil yang lapar,bagi si ibu tunggal yang kais pagi makan pagi, bagi pusat tahfiz yang bergelap kerana tiada dana elektrik, RM100 itu sangat besar nilainya.

Hakikatnya, rezeki yang kita genggam hari ini… bukan semuanya milik kita. Ada bahagian yang Allah titipkan, untuk kita salurkan kepada yang memerlukan. Bukan soal jumlah, tapi soal keikhlasan. Kerana tangan yang memberi itu… tak pernah rugi. Kita yang menerima, akan ditanya, adakah kita mensyukuri, atau mengkufuri..

Semoga setiap sen yang kita belanjakan dan yang kita infaqkan, diberkati dan digandakan oleh Allah SWT.

Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Penghargaan Perdana Menteri Untuk Rakyat . Rezeki Jangan Disangka! Hari ni buka je media sosial, penuh orang kongsi berita gembira Perdana Menteri umum penghargaan khas untuk rakyat! Alhamdulillah, ada juga sinar di hujung terowong untuk kita semua yang tengah berjimat cermat sekarang ni. Kalau sebelum ni kita biasa dengar bantuan masa musim perayaan atau bajet tahunan, kali ni penghargaan ni diberi sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang sabar, yang kuat hadapi cabaran, yang terus sokong pembangunan negara. Terasa dihargai, kan?

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Tak sangka, dalam keadaan ekonomi serba mencabar, masih ada ruang untuk kerajaan hulur tangan bantu meringankan beban. Bukan semua orang senang. Ramai tengah survive je sekarang. Jadi bila ada gesture macam ni memang kena pada masa.Ada orang mungkin kata, “Ala, bukan banyak mana pun.” Tapi bagi yang betul-betul perlukan, setiap sen tu ibarat nyawa. Nak isi minyak, beli pampers, bayar sewa semua tu perlukan duit.

4 Inisiatif Utama untuk Rakyat

1. Bantuan tunai RM100 (one‑off)

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad, sebagai sebahagian daripada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, di lebih 4,100 kedai runcit dan pasar raya tempatan  .

2. Potongan harga RON95 ke RM1.99/liter

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Melaksanakan penstrukturan dan penyasaran subsidi, di mana rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 sebanyak RM1.99 seliter (berbanding RM2.05 sekarang), manakala warga asing akan membayar harga pasaran penuh  .

3. Cuti umum tambahan – 15 September 2025

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Bersempena Hari Malaysia, hari kerja ditambah cuti umum pada Isnin, 15 September 2025 untuk mempromosi perpaduan dan peluang kunjung-mengunjung atau bercuti santai  .

4. Tiada kenaikan tol & subsidi RM500 juta

pengumuman penghargaan PMX, pengumuman PMX 23 Julai 2027, bantuan one off RM100, Cuti tambahan hari malaysia, kadar tol , harga minyak ron 95

Kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta bagi mengekalkan tarif tol terkini pada 10 lebuh raya utama seperti SDE, LPT2, SKVE, LLB dan MEX  .

Apa-apa pun, syukur dulu. Dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, bantuan sekecil mana pun tetap beri kesan. Kadang RM100 tu lah boleh beli barang dapur untuk beberapa hari. 



Perfume The Body Shop: Ada, Tapi Tak Selalu Pakai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perfume The Body Shop: Ada, Tapi Tak Selalu Pakai 

Perfume the body shop, perfume body shop strawberry blissful,

Entri berkaitan dengan perfume lagi .. CCL ada  perasan satu benda… perfume The Body Shop CCL ni dah lama beli, tapi level minyak dia macam tak turun-turun! .. Padahal bukan tak suka. Suka sangat. Bau dia lembut, manis, tak terlalu tajam. Bau yang jenis "selesa". Tapi entah kenapa, tak rajin nak pakai. Tak pakai bukan sebab mahal & sayang nak pakai .. tapi bau tu bergantung pada mood juga .. 

Perfume the body shop, perfume body shop strawberry blissful,

Dulu masa mula-mula try perfume The Body Shop, memang jatuh hati. Bau dia natural, bau strawberi tak terlalu menusuk. Sesuai sangat untuk orang yang tak suka perfume terlalu kuat.Tapi sekarang ni… botol dia masih penuh. Duduk elok dalam compartment  bekas isi barang skincare, Bila nampak botol perfume ni , sempat tengok dan cakap dalam hati, "Nanti lah pakai." tapi “nanti” tu sampai ke sudah tak datang 😂

Kat label dia tulis:

 “A serene blend of strawberry, peony and musk notes for a sense of tranquility.”

Dan memang betul..Sembur sikit je dah rasa macam duduk tepi taman sambil makan buah strawberi segar dalam mood angin sepoi - sepoi bahasa. 

Korang ada tak perfume yang jarang pakai tapi tak boleh buang? Kalau ada, kita geng!

Bukan tak suka. Suka. Sangat pun ya, Kadang-kadang rasa bersalah. Dah beli mahal-mahal, tapi pakai pun tidak. Tapi kalau nak bagi orang, sayang pulak. Perfume ni ada vibe lembut, tenang, Kadang, bukan semua yang kita simpan tu kita guna selalu.


Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong Pagi tadi, tengah bersiap nak pergi kerja,  pakai baju dah, tudung dah matching, makeup sikit-sikit pun on. Sampai part akhir perfume.Capai botol perfume, tekan… eh? Tekan lagi… ehh?Goncang… sembur sikit… keluar angin je Barulah CCL tersedar perfume dah habis! ..Rasa macam tak lengkap satu hari tu. .

Hati ni memang dah lama berhajat. Dah siap tengok-tengok dekat Shopee, dah survey review kat TikTok, siap masuk wishlist. Memang plan nak beli perfume baru. Bau pun dah bayang dalam kepala nak bau floral ka, fruity ka, fresh ka… semua nampak best! Survey sampai tak tahu nak pilih mana, akhirnya hasrat nak perfume tu tersadai la sekejap .Setiap kali CCL terpandang botol tu, terus teringat banyak moment. Perfume Paradise pemberian oleh Mak serta Adik Lelaki CCL  sempena birthday CCL tahun lepas . Botol tu dah kosong. Tapi setiap kali nak keluar rumah, tangan automatik masih capai botol tu. Dah tahu tak ada isi pun, tapi tetap buka penutup… macam ada harapan magik keluar setitis terakhir .



Sekarang banyak je perfume murah yang berkualiti. Local brand pun dah makin kreatif. Ada yang inspired by jenama mahal, ada yang bau lembut dan tahan lama. Yang penting, kita kena pandai pilih dan cuba dulu. Kadang perfume bawah RM30 pun buat orang tanya, "Eh, wangi ni… pakai perfume apa?"

Perfume mahal takkan bermakna kalau kita tak yakin. Tapi bila kita rasa yakin dengan diri, walau perfume tu murah kita tetap nampak menyerlah. Pakai perfume bukan sebab nak impress orang. Tapi sebab nak rasa baik tentang diri sendiri. Nak langkah keluar rumah dengan senyuman dan bau yang menyenangkan.

Kadang-kadang,  goncang sikit, sembur… tapi yang keluar cuma hanya angin dan kenangan. Bau dia masih terlekat kat dinding memori. Pernah tak uguys rindu dekat bau? dan ada satu perasaan yang pelik bila kita habiskan perfume, rasa macam kita habiskan satu fasa hidup. Macam penutup pada satu bab cerita. Bau tu mungkin pernah temankan kita masa jatuh, masa gembira, masa nervous nak jumpa orang penting .Tapi realitinya perfume habis, dan hidup tetap kena jalan. Kita boleh beli perfume baru, tapi rasa sayang dekat yang lama tu susah nak ganti.

Sekarang CCL tengah fikir nak repeat beli yang sama atau cuba perfume baru. Dilema biasa orang yang suka perfume setia dengan yang lama atau explore bau baru? 

Uguys pulak macam mana? Perfume dah habis ke belum? Jenis simpan botol atau terus buang? Dan paling penting ada cadangan perfume yang best?


Rindu Yang Tak Bertepi – Setahun Tanpa Tokwan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rindu Yang Tak Bertepi – Setahun Tanpa Tokwan Hari ini bukan hari biasa. Setahun yang lalu, pada tarikh inilah CCL sekeluarga kehilangan seorang insan yang sangat bermakna , Tokwan. Seusai subuh tokwan menghebuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun jasad Tokwan dah tiada di depan mata, tapi bayangnya masih terasa dalam setiap ruang dan sudut kenangan.

Baca sini : 18 Julai 2024 Pemergian Arwah Wan Hassan



Tokwan menghembuskan nafas terakhir selepas Subuh, waktu yang sunyi dan penuh rahmat...Seolah-olah Tokwan pilih masa yang tenang untuk pergi, tanpa menyusahkan sesiapa, tanpa pesan panjang, cuma dengan satu nafas terakhir yang dalam dan perlahan…Sampai sekarang tau, CCL masih terbayang Tokwan baring atas katil, dengan riak wajahnya yang tenang seperti orang yang akhirnya bebas dari lelah dunia.

Baca sini : Selesai Pengebumian Arwah Tokwan

Tokwan dah tak ada,tapi dalam hati CCL ada sampai bila-bila . Moga roh Tokwan dicucuri rahmat,ditempatkan bersama para solehin.Amin..

Al-Fatihah buat Tokwan.

Blogwalking Time !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blogwalking Time !! Tiba-tiba malam ni CCL ada mood nak berjalan… tapi bukan berjalan keluar rumah, ya. Nak berjalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain. Hehe. Inilah yang dipanggil blogwalking, aktiviti santai yang buat hati rasa seronok bila nampak entri-entri menarik dari kawan-kawan blogger.. Kadang-kadang best juga lepak kejap baca entri-entri terbaru dari kawan-kawan blogger lain .. Ada yang update pasal resepi, ada yang cerita pasal trip cuti-cuti, ada juga yang kongsi cerita harian ..


Kadang-kadang kita stuck nak update apa kat blog sendiri… tapi bila baca entri orang lain, terus rasa inspired! ..Siapa yang macam tu ??? Angkat tangannnn !! Ada yang share resepi, review barang, cerita pasal anak-anak, pasal cuti-cuti, dan macam-macam lagi. Best kan! Rasa macam duduk borak dengan kawan lama sambil minum kopi panas . 

Dapat pulak tinggalkan komen kat blog uguys boleh eratkan lagi silaturahim sesama blogger. Tak kisah lah kita silent reader, atau suka komen panjang-panjang yang penting, support sesama kita . Sambil baca tu, boleh tinggalkan jejak, komen sikit, dan support kawan-kawan. Dunia blog ni macam satu komuniti kecil yang penuh warna. Ada yang dah kenal lama, ada yang baru jumpa. Tapi bila kita saling ziarah dan baca hasil tulisan masing-masing, terasa macam satu keluarga.

So, kalau korang nampak jejak CCL kat blog uguys hari ni… haa, maksudnya CCL tengah buat tour lah tu! Jom la sama-sama, kita ziarah blog kawan-kawan… mana tahu dapat idea baru untuk next entri  .. 


Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap Hello blog! Lama tak menulis, kan? Rasa macam rumah sendiri yang dah seminggu tak sapu. Berhabuk sikit, tapi tetap selesa bila balik ..Pejam celik, pejam celik… ehhh dah seminggu CCL tak update blog! Minggu ni entah kenapa mood menulis tu lari. Mungkin CCL tengah settle kerja yang banyak yang datang dan pergi.. Kepala banyak fikir benda lain, tapi tangan tak juga rajin nak menaip. Bukan tak nak menulis, tapi minggu ni macam-macam hal datang bertimpa. Kadang kita rasa sehari tu macam ada 10 jam je, padahal cukup 24. Hahaha. Bila malam je, mata dah kuyu… idea pun melayang-layang entah ke mana.


Tapi dalam sibuk-sibuk tu, CCL tetap rindu nak jenguk blog sendiri. Rindu nak bercerita walaupun kadang cerita tu simple je tentang makanan, pokok baru, benda random yang buat senyum sorang-sorang . Tapi hari ni, CCL paksa juga tulis walau sekejap. Nak bagitau diri sendiri tak apa kalau tak konsisten sangat, asalkan tak give up. Blog ni macam jurnal suka-suka… bila datang rasa, kita coretkan. Ada masa, idea datang mencurah-curah. Tapi masa nak tulis tu yang tak cukup. Kadang buka laptop, tengok skrin… terus tutup balik. 

Kalau uguys tengah ‘mood suam-suam kuku’ pun, don’t worry. Kita tulis bila ready. Hidup ni bukan perlumbaan. Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun blog CCL senyap sekejap. Harap lepas ni rajin sikit, dan idea datang mencurah-curah macam hujan waktu petang.

Kalau uguys pun pernah “hilang” seminggu dari blog, meh komen sikit. Kita geng! Jumpa lagi dalam entri seterusnya… harap tak tunggu seminggu lagi lah! 


Born to be Mak: The Woman Behind Our Strength

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Born to be Mak: The Woman Behind Our Strength Setiap kali masuk bulan ini, kami adik-beradik mula berbincang dalam diam..Hari ini 9 Julai hari yang istimewa , hari lahir wanita paling hebat dalam hidup CCL iaitu hari lahir emak CCL ..Nak hadiahkan apa tahun ni? Nak buat kejutan macam mana? Walaupun mak selalu bagitau, “Tak payah susah-susah untuk semua” tapi dalam hati kami adik-beradik hari lahir mak bukan hari biasa.Tapi bila hari lahir mak, dia cuma senyum dan cakap, “Doa anak-anak pun dah cukup buat mak gembira..Takdak hadiah mahal, tapi doa kami adik beradik untuk mak tulus dan ikhlas, moga sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia dunia akhirat.


Mak selalu kata, Tak perlu sambut besar-besar, cukup ingat dan sayang.” Tapi bagi kami, mak layak diraikan setiap hari.Sekarang, bila masing-masing dah besar, kami rasa bertuah sebab masih dapat sambut hari jadi emak bersama.Terima kasih mak, untuk segalanya.

Ya Allah, panjangkan umur mak CCL, sihatkan tubuh badannya, tenangkan hatinya, dan bahagiakan setiap harinya. Semoga Allah lapangkan rezeki dan terus jadi cahaya dalam hidup kami.

Selamat Hari Lahir, Mak. Terima kasih untuk segalanya.

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan , Nikmatnya ! 

Bukan selalu pun makan mee goreng. Selalunya roti, nasi lemak, atau kuih-muih jadi pilihan sarapan CCL. Pagi tadi turun makan di Cafe, Menu pagi ni ada mee goreng .. Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya, tapi entah kenapa pagi ni tengok mee goreng  nampak sedap, tekak teringin sangat nak rasa mee goreng. Kadang-kadang, makanan yang kita jarang jamah tu lah yang paling ‘feel’ bila sesekali menikmatinya.

Mee goreng, mee goreng basah, mee goreng mamak, mee goreng sedap, mee goreng simple, menu mee goreng

Duduk menghadap pinggan mee goreng panas, sebelahnya secawan kopi O panas sudah cukup untuk kenyangkan perut sesi pagi ni . Bukan sarapan mewah. Tapi cukup untuk buat CCL rasa hidup ini masih ada ruang untuk nikmat kecil. Mee gorengnya sederhana ,tak banyak bahan, tapi cukup rasa. Kopi O tu pula pahit, tapi pahit yang menenangkan. Macam hidup, tak manis sepanjang masa, tapi tetap boleh dinikmati perlahan-lahan.

Uguys sarapan apa pagi ni ?


Rania Main Air & Masak-Masak

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Main Air & Masak-Masak Petang yang redup selang seli dengan terik dari cahaya matahari luar rumah , Rania tunjuk paip air, minta mama dia bukakan untuknya tak lain tak bukan rupa-rupanya nak main air. Selepas permintaanya di approve , Rania mula cari-cari besen kecil, isi air dan bawakan mainan masak-masak.. Seronok betul tengok dia leka main air sambil Bermulalah dunia kecilnya yang penuh dengan tawa dan percikan air seperti berada di dunia yang diciptanya sendiri.

Air dalam bekas plastik  tu jadi macam ‘dapur’ mini dia. Pinggan kecik, senduk mainan, dan daun-daun yang dia kutip jadi bahan masakan. Main air pun boleh jadi macam dapur besar untuk dia! Air bersepah sana sini, lencun satu badan sampai ke seluar. Tapi senyuman dia tak hilang.


Setiap kali Rania cebok air, bunyi gelak tawa dia tak henti. Main air betul-betul buat dia gembira tanpa perlu mainan mahal. Terus teringat kenangan-kenangan masa CCL kecil dahulu pun pernah lalui kenangan ini , main masak-masak .. kutip laa segala daun-daun yang ada di pokok buat masak-masak . 

Rasa tenang sangat tengok dia bermain... tak perlu gajet pun. Imaginasi dan alam sekeliling dah cukup buat dia gembira. Lepas dah puas main air, habis basah lencun terus ke bilik air pula untuk sesi mandi. 

Memori kecil macam ni yang paling manis untuk dikenang

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Alhamdulillah! Hari ni akhirnya anak pokok sandpaper yang CCL tunggu-tunggu tu sampai jugak . Anak pokok sandpaper yang saya pesan secara online dah selamat sampai di depan pintu rumah! Excited betul ..Masa abang kurier bagi notification bungkusan tersebut sudah selamat berada di hadapan rumah, terus rasa senyum sampai telinga. Terus rasa tak sabar nak unboxing kotak berisi anak pokok sandpaper . 

Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Bila buka bungkusan perlahan-lahan, CCL lega sangat tengok pokok dalam keadaan baik. Seller bungkus dengan elok, siap lilit batang dengan kertas lembab dan plastik. Masa sampai tu , keadaan daun pun masih segar, tak layu, tak patah. Rezeki sangat! .


Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Packaging pun kemas, siap dengan medium tanah yang masih lembap. CCL pun tambahkan medium tanah pada anak pokok tersebut . Supaya kukuhkan lagi pertumbuhan anak pokok ..Nampak penjagaan memang tip-top! . CCL tak terus dedahkan pada matahari. Bagi dia berehat dulu kat tempat teduh, tenangkan diri selepas ‘berpindah’. Macam manusia juga lepas pindah rumah, kena ada masa sesuaikan diri 

Sebab CCL beli pokok ni? Masa pergi kenduri baru-baru ni, ternampak pokok sandpaper ni tumbuh cantik di halaman rumah tuan rumah. Bunga ungu lembut dia memang menarik perhatian. Terus rasa nak ada satu sendiri kat rumah!

Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan dapat berbunga seperti yang diidamkan. Doakan pokok ni subur .. tak semua pokok terus naik lebat atau berbunga lepas tanam. Ada yang ambil masa. Sama macam kita. Kadang-kadang kita perlukan ruang dan masa sebelum boleh 'bersinar' semula.