Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus Malam tadi dapat berita dari mama Rania dalam WhatsApp group family mengatakan Rania tak sihat . Dari apa yang Mama Rania ceritakan , badan Rania dah mula panas, dah mula nak demam . Awal pagi tadi pukul 7 pagi macam tu badan panas, muntah dan cirit . Muka pun nampak lesu je, tak seceria selalu. Bila panggil pun hanya angguk perlahan . Minum susu pun muntah.

Virus Rotavirus, virus Norovirus, punca Rotavirus, punca Norovirus

Rania di bawa ke klinik berdekatan . Doktor kata kemungkinan besar Rania terkena jangkitan virus perut.Mungkin rotavirus atau norovirus .dua virus ni yang biasa ganggu kanak-kanak. kena minum air banyak, dan jaga pemakanan. Tadi bagi minum air sikit-sikit, lap badan dengan tuala basah.

Virus atau kuman yang boleh sebabkan gejala demam, muntah dan cirit-birit seperti yang Rania alami biasanya datang daripada beberapa jenis.

 Punca Virus yang Biasa:

1. Rotavirus

Sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Sebab utama cirit-birit teruk pada bayi dan kanak-kanak berjangkit melalui makanan dan minuman tercemar atau tangan kotor.

2. Norovirus

Menyebabkan muntah dan cirit-birit mendadak. Boleh berjangkit sangat cepat dan sering jadi punca wabak di sekolah dam taska.

Doakan Nia cepat sembuh ya. Rasa sunyi rumah bila dia tak lincah macam biasa.Yang penting, jaga kebersihan… virus senang merebak, terutama dalam musim panas ni.Doakan Rania kuat dan kembali aktif macam biasa ya.


Topeng Simpati . Wasapa Pada Lembut Yang Beracun !

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Topeng Simpati . Wasapa Pada Lembut Yang Beracun ! Ada orang bila depan kita, dia nampak sangat prihatin. Nada dia lembut. Bahasa dia penuh simpati. Tapi belakang kita dialah yang sibuk buka cerita, dialah yang tarik tali orang lain untuk ragut nama kita perlahan-lahan. Itulah bahaya simpati palsu.

Dia tak jerit. Dia tak marah. Tapi dia racun ,dalam nada baik, dan kalau kita ni jenis cepat percaya, cepat lembut hati… kita akan jatuh dalam perangkap dia sebelum sempat sedar. Sebagai wanita, kena belajar kenal pattern manusia macam ni. Yang gunakan simpati sebagai topeng, dan “baik” sebagai strategi.

Jangan mudah rasa dihargai hanya sebab ada orang yang nampak macam sayang. Kadang orang nampak macam pelindung, padahal dia datang bawa jarum , bukan peluk.

Simpan baik uguys untuk yang betul-betul jujur, dan simpan lembut uguys, untuk yang tak pandai main helah.Tenang, tapi tajam. Sebab yang terlalu baik hati…selalu jadi mangsa yang paling senyap.

Ada orang keprihatinan bukan tulus . Nadanya lembut bukan sebab hatinua baik, tapi sebab dia tau cara nak membungkus racun dengan gula . Depan kita kemain jaa seolah-olah penjaga . Tapi sisi belakang kita dia sibuk menyusub perangkap . 



Kita tak diajar untuk curiga kan ..kita juga tak patut terlalu cepat percaya . Zaman sekarang ni kejujuran bukan lagi datang dengan senyuman . Kadang ia datang dalam diam . Dan ingat tau orang yang paling manis tak semestinya paling ikhlas . Yang betul-betul sayang tak akan menjatuhkan nama kita walau sekali  . 

Belajarlah membezakan tangan yang memeluk dengan tangan yang sembunyi jarum . Belajar beza suara yang lembut membalut luka dengan suara yang mencari titik untuk menusuk . Tak semua yang lembut itu tulus . Ada yang datang dengan nada tenang tapi dalam diam dia racun pelahan-lahan ..

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai Seronok tengok pokok sawi yang ayah tanam dalam polibeg besar tepi rumah ni makin hari makin membesar hari ke hari . Hari ni bila tengok-tengok balik , wahh daun pun ada yang lebar  , segar , elok jer berdiri . Confirm dah boleh tuai ! 

Tak sangka kan dari biji benih kecil jer dulu, sekarang dah jadi sayur sedia untuk masuk kuali . Hasil tangan ayah memang terbaik . Pagi petang memang sibuk menyiram , buang anak rumput , letak baja pokok . Lepas no boleh jual sayuran . Sebenarnya banyak lagi tanaman sayur hasil tangan ayah  . Cili, terung, bendi , tomato , dan kangkung .


pokok sawi, pokok sawi hijau, tanaman pokok sawi, cara tanam pokok sawi

Alang-alang dah nak petik sayur sawi hari ni buat masakan tengahari kan , snap dulu la gambar sawi tengah menghijau ni . Sekarang ni tengah fikir nak masak apa .  Sawi ni banyak cara boleh masak . boleh la buat sawi goreng belacan ke, sup sawi pun sedap juga kan makan pula dengan tauhu . Sedap bila makan sayur segar-segar ni lagi-lagi kita dapat petik sendiri sayur tu  . Lagi rasa puas hati , segar dan bersih . 

Simple saja hidup ni kan . Kadang bila dapat hasil tanaman macam ni rasa puas . Kadang-kadang bahagia tu juga datang dari tanah dan air tangan sendiri . 




Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap ?  Cuci muka hari-hari tapi bila nak cuci berus-berus mekap ambil masa berbulan-bulan . Siapa macam tu ?? Cepat mengaku  !! . Sibuk ? Ok faham .. Malas ?? Ok sama ..tapi bila jerawat mula datang barulah teringat  'oh patutlah'  . Macam CCL nak cakap rajin pun tak juga .. kalau berus-berus mekap tu sebulan sekali sahaja buat cleaning . Kalau span foundation tu memang wajib berkali-kali juga la cuci . Tak rajin pun . Tapi kena buat sebab sayang kulit muka.


Cuci berus mekap, tools makeup, berus makeup,

Ini antara beberapa berus mekap yang CCL selalu guna . Tak banyak pun kan  . Cukup la untuk apply blusher dan juga eyeshadow . CCL pun mekap light sahaja . Not heavy sebab tak pandai nak mekap lebih-lebih . Kangg jadi buruk lah muka . 



Cuci berus mekap, tools makeup, berus makeup,

Cara CCL cuci berus mekap sangat mudah , rendamkan selama 5 minit semua berus mekap dan span foundation dalam air panas . Letakkan sedikit sabun cuci pinggan . Lepas tu cuci-cuci dengan manja . Uguys boleh nampak dari air yang bersih sudah bertukar air yang kotor hasil dari sisa-sisa mekap  .


Cuci berus mekap, tools makeup, berus makeup,

Lepas bila dengan air bersih berulang kali , terus jemur biar bagi kena pancaran matahari supaya cepat kering . Berus mekap bersih . Nak mekap pun jadi smooth . Feeling macam pakai berus yang baru .  Uguys dah cuci-cuci berus mekap ? Berus pun nak fresh start tau !  Mekap flawless starts with tools yang bersih . Jangan bagi bakteria buat rumah sewa  kat berus tu . 


Nasi Tomato Ayam Masak Merah & Ketupat Rendang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Nasi Tomato Ayam Masak Merah & Ketupat Rendang Cerita ni kelmarin, Raya ketiga baru CCL offday . Orang lain pagi raya dah beraya sakan dengan keluarga dan sanak-saudara . CCL raya ketiga baru nak feel-feel raya .. tak kisahlah lambat sikit yang penting raya !! Cuma lately ni cuaca kejap-kejap hujan . Kawasan uguys hujan tak ? 

Tengahari kelmarin hujan turun renyai-,renyai .. seharian memang tak pergi mana . Disebabkan raya pertama dan raya kedua masing- masing keluar beraya  . So raya ketiga lah baru nak masak hidangan juadah raya untuk tetamu yang datang . Open house kecil-kecil .


nasi tomato ayam masak merah , ketupat rendang ,

Hidangan utama adalah nasi tomato bersama ayam masak merah . 100% air tangan mak CCL , CCL hanya tolong sediakan bahan-bahan sahaja . Ok lah kan at least tolong juga di bahagian dapur . Nasi tomato bersama ayam masak merah ni request dari adik CCL . Cuma acar timun yang dimakan bersama nasi tomato itu sahaja 100% air tangan CCL . Menu simple sahaja, tapi bila masa makan tenang-tenang , air tangan mak ni terus rasa macam hidangan hotel lima bintang gitu . Hujan renyai di luar rumah , wangi nasi di dalam rumah , nikmat apa lagi nak didustakan . 

Side menu lain yang terlupa nak snap gambar , nasi putih , sup daging bersama air asam perut . Sup daging memang mak CCL dah siap rebus malam raya kedua tu , so keesokkan pagi cuma letak bahan-bahan sup sahaja . So tak perlulah tunggu daging dan tulang tu terlalu lama untuk empuk . 


nasi tomato ayam masak merah , ketupat rendang ,

Raya Aidiladha ni ketupat 100% air tangan dari mak . CCL hanya tolog bukakan daun palas sahaja .  Raya puasa haritu ada juga beli ketupat frozen untuk tambahan . Raya Aidiladha kali ni mak dah buat banyak . So elakkan pembaziran . Makan ketupat cicah rendang, serunding daging . 

Lain-lain side menu ada pencuci mulut , CCL sempat juga buat sedikit puding karamel . Ada kek coklat lembab dan kek marble tempah dengan kawan . Ada la sikit-sikit kuih raya . Ini pun lupa nak snap gambar .. kesibukkan apakah itu  .haha . 

Alhamdulillah , walaupun hidangan tak  adalah nak istimewa sangat, tak ada menu banyak-banyak tapi alhamdulillah dapat mengenyangkan perut tetamu yang datang kelmarin . 



Raya Kedua, Tapi Masih On Duty

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Raya Kedua, Tapi Masih On Duty Throwback cerita pagi raya kedua Aidiladha . Raya belum habis, kerja pun belum cuti, tapi semangat raya tetap on ! . Outfit hari ni still ada aura-aura raya gitu . Ya lahh walaupun Aidiladha tak semeriah Aidilfitri . Raya tetap raya, kerja tetap kerja .. 


Outfit raya pertama, baju kurung moden corak pastel, tudung  bawal kosong.. Outfit raya kedua recycle pakai baju yang mana ada dalam almari . Raya kedua CCL memakai baju kebaya plain berwarna blue black ada sulam sedikit pada baju . Tudung pula CCL pilih tudung bercorak disebabkan baju plain . Memang tak pandai nak pakai tudung bercorak dengan baju bercorak ni . Serabut bila tengok banyak-banyak corak . Jadinya tak confident nak keluar . 

Outfit untuk raya kedua, baju dan tudung beli dalam Shopee . Baju ni CCL hanya pakai sekali sahaja masa kenduri kahwin Mama Rania dua tahun lepas . So raya ni repeat la pakai baju ni .sebab cutting baju ni pun selesa , walaupun kain tebal tapi tak rasa panas . . untuk tudung pun beli Shopee sahaja, yang penting tudung murah , awning on point yer .. 

Habis duty pukul 3 petang terus pergi rumah adik beradik ada buat korban . 



Balik Kerja, Baru Nak Serang Juadah Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Balik Kerja, Baru Nak Serang Juadah Raya Aidiladha Kerja tetap kerja, raya tetap raya . Duduk di office terbayang ketupa , lemang, sup daging dan kuih raya sebab pagi tadi memang tak bawa bekal apa-apa ke tempat kerja, setidaknya pagi raya bawa kuih raya. Boleh ka kunyah-kunyah . Ni disebabkan tak sempat, keluar rumah capai handbag sahaja .  


Balik kerja terus pergi rumah sepupu memandangkan rumah sepupu CCL ada buat korban . Terus pergi , sampai di destinasi terus ke meja menu yang disediakan  . Banyak menu yang terhidang, perut tengah laparkan memang tak kuasa lah nak tangkap semua gambar, kangg meleleh air liur pulak, Makan macam seminggu tak makan , nikmat dia lain macam bila perut tengah lapar ni kan. Tapi suapan masih lagi sopan walaupun lapar . Hargai setiap suapan tanpa pembaziran . Tak terburu-buru sambil bersembang dengan adik beradik lain .



Ini antara menu yang ditunggu-tunggu tiap kali Aidiladha . Gearbox !!  Gearbox berdiri tegak, asap naik melayang baru keluar dari periuk . Hiris-hiris supaya senang nak makan, letak perahan limau purut sikit  . Tabur daun sup ..hirup dengan kuah panas-panas, sedut sumsum  memangggg surrrr layang dengan cuaca petang pulak hujan renyai kan . 

Raya tak semestinya pagi raya sahaja. Bila kita ada berkumpul sama-sama , duduk sama-sama, makan beramai-ramai . Itu pun salah satu rezeki besar 


Outfit Raya Pertama Aidiladha

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Outfit Raya Pertama Aidiladha  Pagi raya , alarm jam pukul 5.30 pagi  dah berbunyi bukan hanya lagi raya sahaja , memang setiap hari CCL akan set alam 5.30 pagi . Bangun awal bukan untuk siapkan juadah raya, sebaliknya kena on duty pukul 7 pagi . Begitulah cerita CCL kena kerja pagi raya . Bukan tak biasa tapi sudah terbiasa . Bangun dengan semangat luar biasa . Baju dan tudung memang dah iron dari semalam lepas balik dari kerja . Risau kalau terbangun lewat, jadi kalut dengan persiapan semua . Pagi raya nak pakai cantik-cantik . Bukan cantik untuk dipandang oleh lelaki tapi pakai cantik-cantik untuk diri sendiri . 


Selalunya kalau raya Aidiladha ni masing-masing akan repeat untuk pakai baju raya puasa haritu . CCL baru teringat ada sepasang baju dari collection Jemels.co yang belum pakai . Masih lagi belum buka plastik , masih belum lagi buka tagging .  Baju kurung moden berwarna pastel ni CCL beli tahun lepas lagi . Time tu ada sales, so harga turun why not untuk beli kan . Material kain pun memang sangat selesa . 


Brand Jemels.co ni  juga antara salah satu brand yang selalu CCL pakai untuk setiap tahun . Design-design memang cantik  . Keluaran Jemels.co ni memang banyak keluarkan warna-warna pastel yang cantik . 

Dah bersiap cantik-cantik , dah sarung baju kurung moden dari Jemels.co ni dah tiba masanya untuk CCL lilit-lilit tudung . So far dah lama tau CCL tak pakai shawl , lebih suka pakai tudung bawal . Pagi raya ni CCL mengenakan tudung bawal dari LeeyanaRahman . Code pistachio . Material tudung sedikit lembut.  So awning tu memang susah sikit la nak on point macam biasa .. tudung tak nak bagi kerjasama . 

So ya .. tudung mungkin tak jadi, tapi senyum tetap jadi . Raya tetap raya . 


Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja Kerja di Hari Raya Aidiladha ,  bulan CCL sorang jer rupanya . Pagi raya, orang lain bangun awal mandi sunat Aidiladha , bersiap pakai baju cantik-cantik, sembur perfume wangi-wangi . CCL ? buka mata, aduhhh kena kerja ya hari ni. Tahun lepas merupakan giliran CCL untuk cuti raya, so untuk tahun ni kena kerja seperti biasa  . Nak buat macam mana , bukan semua orang cuti masa hari raya, lagi-lagi macam CCL kena jaga kaunter sambil tercongak jer depan komputer  dengar takbir raya pagi-pagi . Bila dengar takbir raya ni mula laa rasa sayu, mula la teringat pada arwah tok dan arwah tokwan . Mula la teringat moment-moment raya semasa diorang ada . Ya sedih dan sayu , sebab kenangan tersebut takkan dapat lagi.

Suasana kerja dalam suasana raya.bila scroll media sosial, rata-rata ramai yang upload gambar keluarga, ketupat, lemang, kambing dan lembu yang kena korban . Sambil tengok sambil minum segelas kopi sambil dengar printer office berbunyi layan suasana pagi raya . Habis kerja nanti la baru nak merasa juadah raya . 


Kerja hari raya dapat duit extra . Nak sedapkan hati , bisik pada hati CCL sendiri ' tak apalah kerja di hari raya, bukannya sebelum ni tak biasa kan , dapat double pay sekurang-kurangnya  boleh beli belanja dapur lebih sikit untuk bulan ni '.

Raya itu rasa , bukan lokasi. walaupun pagi raya di tempat kerja . Kadang bila kita ikhlas kerja ,bantu orang ringankan beban itu pun satu bentuk pengorbanan kan .. kalau kita tak boleh korban lembu, kita korban lah kejap perasaan ..cewahhh..ehh uguysss ada buat korban tahun ni ? CCL tak buat korban , tahun lepas sempat la buat. 

Walaupun kerja kita mungkin bukan berada di pentas takbir , tapi kita tersenarai dalam orang yang layak  terima ucapan  ' Selamat Hari Raya Aidiladha ' dan ucapan 'Terima Kasih' dari CCL yang kena kerja di pagi hari raya . Raya tetap raya 


Top Commentators Of May 2025 : Tahniah Blogger Sembang Sorang !

Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Top Commentators Of May 2025 : Tahniah Blogger Sembang Sorang !  Salam bulan Jun . Seperti biasa di awal bulan entri wajib CCL akan keluarkan adalah entri Top Commentators untuk setiap bulan .. 

Untuk bulan May, ada pemenang baru . Terima kasih untuk blogger Fanny yang sering kali singgah ke blog CCL . Blogger Fanny blogger dari negara seberang Indonesia . So proses nak bagi hadiah saguhati tanda penghargaan CCL untuk blogger Fanny amat rumit . Doakan mana tahu sati hari nanti Fanny datang Malaysia , CCL dapat bertemu beliau . insyaAllah ada rezeki tak ke mana kan .. korang yang suka travel atau suka baca journey-journey luar negara boleh laa terjah blog Fanny Terima kasih sekali lagi CCL ucapkan .. 


So untuk top Commentators bulan May , CCL memilih blogger Sembang Sorang sebagai pemenang top komen . walaupun entri blog CCL untuk bulan Mei ke laut sikit, tak sempat nak update day by day , uguys tak putus-putus singgah blog CCL .. untuk blogger Sembang Sorang  boleh emailkan detail  ke virgoyana61@yahoo.com untuk CCL berikan sedikit hadiah kecil-kecilan sebagai tanda penghargaan . 

Tak lupa juga untuk top ten Commentators bulan Mei . Terima kasih sudi singgah blog CCL  . Pencarian top Commentators untuk bulan Jun pula agak-agak siapa yaa ? 




Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna Pensel putih . Ya ! Pensel warna putih yang dianggap tak berguna tapi ia amat dihargai oleh mereka yang tahu melihat nilainya. Pensel putih , sering diketawakan, kononnya paling tak berguna dalam kotak warna . Tak nampak bila digunakan dan tak mencuri perhatian.

Pensel warna, pensel warna putih

Tapi bagi pelukis yang tahu ia bukan sekadar untuk melukis, tetapi ia untuk memberi cahaya, untuk melembutkan sudut tajam, untuk menambah sinar pada bayang.

Begitulah juga dalam hidup. Ada orang yang tak menonjol. Tak bising. Tak viral. Tak bersinar di mata ramai. Tapi diam-diam, dia menyempurnakan hidup orang sekeliling. Dia yang mendamaikan suasana. Dia yang menampung bila orang lain hampir rebah.

Bukan semua orang akan nampak nilainya.Tapi yang tahu, akan selalu hargai.

Bahagia Cara Sendiri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bahagia Cara Sendiri  Semua orang ada definisi bahagia sendiri. Apa yang buat kita seronok, mungkin tak menyeronokkan bagi orang lain tapi tak apa lah kebahagiaan tak perlukan endorsement daripada orang lain. Yang penting, kita tak menyusahkan, tak merendahkan dan tak menghina cara orang lain memilih untuk menikmati hidup macam orang lain kan ..


Ada orang suka bahagiakan diri dengan shopping. Orang perempuan suka beli handbag dan aksesori mahal. Orang lelaki pula suka menambah aksesori kenderaan. Tapi, ada pula yang suka simpan duit dalam unit trust atau emas dan suka mengamalkan gaya hidup sederhana. Itu pilihan. Betul kan ?? Benda macam ni terjadi dalam diri setiap di antara kita . Tak kira laki atau pun perempuan .. 

Ada orang bahagia apabila travel, kumpul memori dan kurang mengumpul aset. Ada orang bahagia dengan berdiam diri di rumah dan memenuhkan rumah dengan kelengkapan dan perhiasan. Itu pilihan. 

Ada orang suka memasak. Dia sanggup beli gajet memasak yang branded seperti Periuk Noxxa atau Philips Air Cooker mahupun Breadmaker. Ada orang suka memasak guna dapur gas sahaja. Itu pilihan. Tiada pilihan yang salah sebab masing-masing tahu keupayaan sendiri. Yang salah hanyalah apabila kita rasa kita sahaja yang betul dan paksa orang ikut cara kita.

Educate boleh,  kondem jangan. Kita bahagia dengan cara tersendiri , jangan berlumba-lumba bahagia macam orang lain ..



Tenang Tapi Tewas

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tenang Tapi Tewas Hidup tapi tak hidup, bernyawa tapi kosong dan ketawa tapi takda rasa apa- apa. Ada orang, dia bangun setiap pagi tapi jiwa dia dah tidur bertahun-tahun lamanya. Dia pakai baju, dia pergi kerja, tapi hati dia tak ada kat situ. Dia makan, dia scroll phone, dia layan drama, tapi sebenarnya dia dah mati rasa.

Orang tengok dia okay. Orang nampak dia senyum, tapi dalam diam, dia dah lama tak rasa ‘hidup’. Dia bukan penat badan tapi dia penat jiwa . Dia bukan malas tapi dia lost . Dia bukan tak nak bahagia tapi kan dia dah lupa rasa bahagia tu macam mana.

Ada satu masa dulu ni kan dia pernah jadi orang yang ada impian pernah juga jadi orang yang bersinar, pernah ada cita-cita tinggi, dan pernah tulis dalam diari — “Aku nak jadi somebody.”

Tapi lepas satu demi satu usaha tak menjadi, satu demi satu orang yang dia percaya mengkhianati, satu demi satu harapan dia dikecewakan dia dah pelan-pelan jadi robot . Ya robot ! Jadi pelakon dalam hidup sendiri . Dialog yang sama juga skrip yang sama, tapi plot hidup yang membosankan tapi dia tetap nak ulang sebab dia dah taktau nak buat apa lagi. Kau kenal orang macam ni? atau sebenarnya kaulah orang tu . 

Sampai satu tahap, dia rasa bersalah sebab tak ada rasa. Orang peluk dia, dia rasa kosong. Orang bagi hadiah, dia senyum sebab terpaksa. Orang kata “Kau okay?”Dia jawab “Okay…” sebab dia tak tahu nak cakap apa. Bukan dia tak bersyukur , bukan dia tak taju orang lain pun struggle juga . Tapi dia cuma hilang bukan untuk sementara tapi dah lama .. 

Dan orang sekeliling pun makin menjauh. Sebab bagi diorang, dia pelik. Dia banyak diam. Dia banyak termenung. Dia tak excited. Dia tak macam dulu. Tapi tak da siapa yang tau dalam diam tu lah dia tengah menjerit, berharap ada orang datang tepuk bahu dan cakap ' talk to me, aku akan dengar tanpa menghakimi' . Sebab bukan semua luka berdarah. Ada luka yang tak nampak, tapi dalam dan menyakitkan dan lama.

Kalau kau tengah baca ni, dan kau rasa macam dia percayalah kau tak keseorangan. Ramai antara kita masih hidup tapi mati rasa dan tak salah pun kalau kau tengah rasa macam tu, tapi jangan duduk lama sangat kat situ, sebab hidup ni kan bukan tempat untuk bertahan , tapi hidup ni tempat untuk rasa bahagia, rasa cinta dan rasa cukup segalanya . 

Mungkin sekarang kau penat. Tapi jangan padam terus cahaya dalam diri. Slowly… hidupkan semula tak perlu terus lari tapi cukup sekadar melangkah dan kalau tak ada siapa peluk kau, peluklah diri sendiri cakap dalam hati 'aku ada, aku takkan tinggalkan kau lagi' . Bangkit perlahan-lahan . Carilah ketenangan yang menghidupkan sebab mati rasa itu tenang tapi tewas . 


Mutiara Terhasil, Luka Jadi Nilai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mutiara Terhasil, Luka Jadi Nilai Tiram tidak dilahirkan untuk menghasilkan mutiara. Ia bukan misi hidupnya. Ia bukan tujuan asalnya. Mutiara hanya wujud apabila tiram terganggu apabila satu benda asing seperti pasir, serpihan, atau parasit masuk ke dalam tubuhnya secara senyap. Tubuh kecil itu tidak punya senjata, tidak tahu melawan. Satu-satunya cara untuk bertahan adalah dengan melindungi diri. Maka ia mula menyelaputi ‘luka’ itu dengan lapisan demi lapisan nacre, bahan yang akhirnya menjadi mutiara. Apa yang menarik, tindak balas ini bukan sekali. Ia berulang. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Setiap lapisan adalah tindak balas diam terhadap ketidakselesaan.


Tiram tak mengadu. Ia tak menjerit. Ia hanya bertahan dan tanpa sedar, ia mencipta sesuatu yang kemudian dianggap sebagai antara objek paling bernilai di dunia: sebutir mutiara. Mutiara bukan hasil dari nikmat. Ia bukan hasil dari keadaan sempurna. Ia wujud kerana ada gangguan. Ia tumbuh dari satu luka. Dan proses itu panjang, perlahan, dan penuh tekanan. Tapi lihat hasilnya. Kilauan yang dicari manusia, simbol kemewahan, kecantikan, dan keanggunan. Dan semuanya bermula dari satu titik yang menyakitkan.

Dalam hidup manusia juga begitu. Ada perkara yang kita tak minta, tapi datang juga. Ada kesakitan yang tak sempat kita elak. Tapi di situlah pertumbuhan berlaku. Kita belajar jadi kuat bukan masa senang, tapi masa tiada pilihan. Kita membina daya tahan bukan masa dipuji, tapi masa dilukai. Dan dalam diam, kita bertukar jadi sesuatu yang lebih kukuh, lebih halus, lebih tajam nilainya walaupun orang luar hanya nampak kilauan, bukan luka di dalam.

Mereka yang punya banyak ‘mutiara’ dalam hidup selalunya tak banyak bercerita. Mereka hanya terus melapisi luka mereka dengan akhlak, ilmu, dan amal. Dan akhirnya, hidup mereka menjadi indah bukan kerana tiada kesakitan, tapi kerana tahu bagaimana menanganinya, sebab tue kita jangan cepat anggap tekanan sebagai tanda kelemahan. Kadang, tekanan itulah isyarat awal bahawa sedang ada sesuatu yang lebih berharga sedang terbentuk di dalam, bila sampai waktunya, sebutir mutiara akan keluar dari tiram… bukan untuk kekal di dasar laut, tapi untuk dinilai oleh dunia.

MasyaAllah. Allah tak jadikan luka tanpa rahmat. Dalam tekanan yang paling kecil pun, tersembunyi hikmah yang tak terjangkau akal.

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai dalam entri INI CCL ada cerita , CCL beli keratan anak pokok rose jepun dalam Shopee . Setelah dua hari kotak berisi keratan anak pokok tersebut dah selamat mendarat ke rumah CCL , 

Anak pokok rose jepun , keratan anak pokok rose jepun , tanaman pokok rose jepun, pokok rose jepun , warna pokok rose jepun
Keratan anak pokok rose jepun masih lagi segar-segar walaupun dah dua hari terperam dalam kotak . Mujur kurier tak delay penghantaran risau kang layu pulak keratan anak pokok ni . 


Anak pokok rose jepun , keratan anak pokok rose jepun , tanaman pokok rose jepun, pokok rose jepun , warna pokok rose jepun
Menghijau daun-daun pun . Semua ni keratan ni seller dah asingkan id warna mengikut warna yang CCL orderkan , dan dapat free gift 5 batang keratan rose jepun mix colour . 


Anak pokok rose jepun , keratan anak pokok rose jepun , tanaman pokok rose jepun, pokok rose jepun , warna pokok rose jepun
Petang kelmarin CCL dah siap tanam keratan anak pokok tersebut . Setiap pasu asingkan mengikut warna . Semuanya ada 10 warna . Moga-moga keratan anak pokok rose jepun ni cepat-cepat merimbun . Moga tak terkena serangan bena putih dalam tanah .  Kangg give up pulak nak tanam pokok ni . Pokok rose jepun ni memang mudah dijaga dan mudah hidup melalui keratan batang sahaja , tapi kalau dah kena serangan bena putih tue alahaiii .. 



Beli Anak Pokok Rose Jepun Dalam Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Anak Pokok Rose Jepun Dalam Shopee Haritu dah kemas-kemas sikit susunan pokok-pokok di kawasan tepi rumah CCL ni, dah cabut segala anak rumput , ada yang replant semula pokok-pokok bagi hidup subur, ada la beberapa pasu kosong, tanah pun masih ada lagi . So datang laa idea nak bercucuk tanam lagi . Nak tanam pokok apa ?? 

CCL terbeli pokok rose jepun dalam Shopee yer . Hahahah ... Sebelum-sebelum ni pernah tanam , banyak kali juga . Kadang ambil benih kat rumah mama Rania , tapi sekarang ni pun kat rumah mama Rania dah tak ada benih . Pokok masing-masing dah reput dan mati . Sebelum ni pun CCL pernah juga beli dalam shoppe . Bila sampai pokok tak ada laa hancur patah-patah , sampai elok kejadiannya, cuma sedikit layu biasa la terperam dalam kotak kan . Rendam air sekejap segar la daun-daun tu , 


So pagi tadi CCL terbeli, cewahhhh terbeli ke sengaja beli ni ? Ok sengaja beli atas alasan ada pasu kosong yang terbiar . CCL dah checkout sepuluh id warna pokok rose jepun ni  . Satu id warna ni ada 5 keratan pokok dengan harga RM1.50 . Decide beli sikit sahaja sebab pokok ni mudah hidup melalui keratan pokok , just patahkan dan cucuk dalam tanah tunggu la beberapa hari akan mula tumbuh tunas pokok . 

Tapi tu la harap-harap, tak kena serang dengan bena putih dalam tanah , stress juga laa bila pokok merimbun hijau, penuh bunga tiba-tiba batang pokok jadi kering, padahal setiap hari jenguk pokok ni , kadang ada juga siput-siput kecil yang makan daun , tapi paling sakit hati bila nk replant pokok rose jepun ni tiba-tiba ada nampak bena putih . Aduhhh !! Lagi-, lagi bena putih tu serang dalam tanah , memang tak subur la pokok  tu. Ada yang petua sembur cuka epal , tapi macam tak menjadi , bena putih tetap ada , ke ada racun khas ? 

racun shopee, beli anak pokok rose jepun , pokok rose jepun, bubga rose jepun, tanaman pokok rose jepun, bunga rose jepun

Uguys kat rumah ada tanam pokok rose jepun ni tak ? Bila berbunga cantik ja dipandang kan .. 




Pasu Kosong

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pasu Kosong Selesai dah sedikit susun atur pokok-pokok . Ada pokok yang dah mati , reput akar dan batang pokok dah cabut semua . So ada la beberapa pasu kosong yang tinggal hanya terisi tanah tanpa pokok . Ya .. tanah tanpa pokok . 


Pasu ni sebenarnya tergantung di pagar tepi rumah . CCL tanam pokok-pokok yang menjalar , cuma pokok ni malas nak replant so cabut semua biarkan ia kosong untuk sementara waktu . Tengah memikir ni nak tanam pokok apa pulak dalam pasu ni ya .. 



Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning Sekarang tengah mood tanam-tanam pokok yerr gais . Teringat pulak ada biji benih yang belum buat semaian , so tanpa lengahkan masa ,terus cari-cari biji benih tu . Mujur ada . Biji benih ni dah hampir berbulan-bulan CCL keringkan , tapi tak ada masa untuk buat semaian. Padahal buat semaian tu tak ada laa teruk mana kan . Sampaikan hampir telupa nama pokok ni . CCL hanya ingat pokok ni bunganya rimbun dengan bunga kuning .terus research dalam google mujur dapat juga , rupanya pokok ni pokok tecoma kuning . 


Pokok outdoor, pokok  tecoma bunga kuning, semaian pokok tecoma bunga kuning, biji benih pokok tecoma kuning

Semaian biji benih pokok tecoma bunga kuning . kambus biji benis dengan tanah yang tidak terlalu dalam . Senang anak pokok nak munculkan diri nanti . 

Pokok outdoor, pokok  tecoma bunga kuning, semaian pokok tecoma bunga kuning, biji benih pokok tecoma kuning

Benih pokok tecoma bunga kuning . Bila dak keringkan , ia pecah dan dalam tu ada biji benih pokok tersebut .  

Pokok outdoor, pokok  tecoma bunga kuning, semaian pokok tecoma bunga kuning, biji benih pokok tecoma kuning

Ni lah rupa pokok tecoma kuning . Kalau musim panas memang bunganya galak merimbun . 

Tak sabar ni nak tunggu progress selepas 1, minggu semaian . Harap-harap semaian biji benih tecoma tu akan munculkan anak-anak pokok . 



Gangguan Bekalan Air Dah Okay

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Gangguan Bekalan Air Dah Okay  Dua hari lepas CCL ada cerita berkenaan gangguan bekalan air di kawasan rumah CCL hampir 48jam tak ada, sampai lah lewat pagi pun masih belum ada . Boleh pergi baca entri ini dulu . Sebelum nak masuk tidur , memang dah buka paip dalam bilik air, bukak pelahan sahaja mana tahu kalau-kalau tengah tidur, pihak SAP dah siap kerja-kerja pembaik pulih , bekalan air pun dah jalan mungkin boleh penuh air dalam tadahan kolah mandi tu .. tapi ternyata pagi semalam tiada setitik air pun . Pihak SAP keluarkan notis baharu mereka tengah membaik pulih 'welding' paip tersebut sebab ada kebocoran sikit . Bermakna hampir 48jam tiada bekalan air . Nak mandi pun kena berjimat cermat . 


Semalam  pukul 12 tengah malam alhamdulillah bekalan air dah mula ada, tekanan air pun laju, tiada angin , tapi macam biasa selepas membaik pulih sudah semestinya air kotor . Yes air memang kotor dah macam air kopi .. kena buka paip air bagi lama untuk hilangkan air kotor tu, alang-alang tu boleh basuh sekali kolam tadahan air dalam bilik air . Pukul 3pagi alhamdulillah, air yang keruh dah semakin ok . 

Lega bila bekalan air dah ada . Alhamdulillah  syukur .. bila 2 hari terputus bekalan air, air yang ada pun terpaksa kena jimat, terfikir pulak macam mana kalau orang lain diuji dengan terputus bekalan air berpanjangan . Allahuakbar .. macam mana nk mandi, nak minum ..


Replant Pokok Daun Rama-Rama

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Replant Pokok Daun Rama-Rama Cerita Ahad lepas, aktiviti hujung minggu ni memang tak ke mana, so plan nak ubah susunan pokok-pokok tepi rumah . Nak replant semula pokok-pokok . Rumput-rumput kecil pun mula tumbuh dalam pasu . Walaupun dalam pasu tersebut masih ada pokok yang hidup, rutin setiap hari siram pokok sahaja, nak cabut satu per satu pasu memang malas . Yes ! Bila penyakit malas menguasai diri jangan disuruh untuk buat-buat rajin ya ..jadi tak ikhlas kanggg . Hahah

Lepas dah ubah susunan pokok,sapu-sapu daun kering , Cabut anak rumput yang tumbuh dalam pasu, gembur-gembur tanah biar pokok lagi subur , terekstra rajin nak replant pokok . Kan dah cakap kalau datang mood malas memang akan malas , tapi kalau tengah mood rajin jangan ditegur pulak tau . Hahha ..terus auto replant pokok-pokok . 

pokok daun rama-rama, pokok rama-rama ungu, tanaman pokok rama-rama, khasiat pokok rama-rama, pokok rama-rama hijau

Pokok daun rama-rama purple ni, dulu-dulu daunnya memang lebat penuh pasu, tapi sekarang dah makin kurus, daun pun boleh bilang ada berapa, mungkin dah lama tak letak baja tak gembur tanah . So CCL decide untuk cabut semua anak pokok ni , dan tanam semula . Pokok daun rama-rama ni pun dah kurus keding ya . dari ada 4, 5 pasu lepas replant terus tinggal 3 pasu . Seban anak pokok daun rama-rama ni tak banyak so campur-campur cukup la tiga pasu ni . 

Lepas replant letak bawah pokok biar teduh supaya tidak terkena cahaya matahari terus menerus pada daunnya . Lepas seminggu baru alih ke tempat bersesuaian . 

Moga-moga lepas replant pokok rama-rama ni pokok akan hidup subur, daun penuh pasu . 

Sebelum ni ada satu pokok daun rama-rama ni warna hijau , tapi tu la rasanya dah mati . Tinggal daun purple ni sahaja . 



Seharian Tak Ada Air

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seharian Tak Ada Air Dah beberapa hari tak ada idea nak update blog, ada masa terlintas idea nak update tapi rasa malas pulak kan . And now tengah blogwalking blog rakan blogger, idea terus datang . So tak tunggu laaa, terus taip ada yang nak di ceritakan, walaupun jam dah menghampiri pukul 1 pagi . 

Cerita pagi semalam , 7May seharian tak ada air . Ada gangguan bekalan air di kawasan rumah CCL . Dua hari sebelum tu pihak Syarikat Air Perlis (SAP) ada war-warkan notis gangguan bekalan air selama satu hari bermula 10pagi sehingga 10 malam . Mujur pihak SAP keluarkan notis ni, tak adalah penduduk-penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air ni marah disebabkan ketiadaan masalah air tanpa notis ni kan .. Masalahnya sekarang pihak SAP bagi notis sampai pukul 10 malam ..sekarang dah lewat pagi bekalan air masih lagi terganggu, tak ada air walaupun setitik . Ramai juga laa yang bising kan . 






Pihak SAP tengah jalankan tugas masing-masing.  Berdekatan dengan rumah CCL juga ni , memang terganggu laa bekalan air . Kawasan ni juga memang under construction oleh pihak JKR dan kontraktor  berdekatan dengan highway, diorang tengah buat jalan untuk susur keluar , so berkenaan paip air bawah ni tak pasti sama ada mengalami kebocoran atau pun diorang ada sambung paip yang baru . 

Harap-harap lewat pagi nanti bekalan air akan jalan seperti biasa, bekalan yang sedia ada masih cukup untuk sehari lagi. Sebab kat rumah CCL memang tiada simpanan air tangki . Memang 100% air paip ditadah dalam kolah mandi . Mujur ada juga air simpanan untuk buat masak dan minum . Dah tadah satu tong besar. Incase kalau ada emergency macam ni boleh la guna . 

Tak ada elektrik boleh la tenang-tenang lagi . Kalau tak ada air memang tak tenang dibuatnya . 

Semoga dipermudahkan segala urusan pihak SAP untuk membaik pulih paip tersebut . 




Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pakai Sheet Mask Bird Nest CCL bukanlah seorang yang addict untuk pakai sheet mask , tapi tak tahulah kalau lepas-lepas ter in-love nak pakai sheet mask sebelum tidur kan .. bergantung pada kerajinan juga lah, kadang tue sebelum nak tidur wajib cuci muka, lepas cuci muka kalau terajin CCL ada laa tampal-tampal sikit skincare dekat muka ni ..cewahhh tampal-tampal gituhh, ingat salotape ?? Hahh .. kadang tampal-tampal , toner, moisturizer, serum .. kadang biar lepas cuci muka tak apply apa-apa pun . kan dah cakap tadi ikut kerajinan .. uguys sebelum tidur lepas cuci muka ada letak skincare routine tak dekat muka ? 

Malam tadi sedikit terajin . Tarikh drawer yang terisi sheetmask, banyak keping juga sheetmask yang belum pakai . Rasanya ada yang dah expired tu . Ada yang dapat menang giveway, ada yang dapat untuk review . Memang banyak keping yerr, ada masa nanti nak kena check semula yang dah expired tu . Bahaya kalau pakai kangg breakout satu hal .. 

Sheet mask, sheet mask dari watsons, sheet mask untuk semua jenis kulit, sheet mask melembapkan kulit, sheet mask bird nest

Jengggg..jenggg dalam banyak-banyak sheet mask , sheet mask pilihan untuk CCL pakai malam ni sheet mask dari brand Watsons sendiri tau .. sheet mask bird nest !! Sebelum pakai tengok-tengok dulu risau kalau expired kan .. dah check ok approve untuk koyak plastik dan tampal pada kulit wajah ..

Memang selesa sangat pakai sheet mask ni, sheet mask pun tak tebal sangat dan tak nipis . Saiz pun ngam-ngam dengan muka . Overall memang selesa laa bila dah tampal atas muka ni . Bau pun boleh diterima hidung, tak ada la bau yang keras-keras gitu . Sheet mask bird nest ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebab ingredients yang ada dalam ni memang sangat-sangat membantu . 

Ada jeju thermal spring water , hyaluronic acid, niacinamide dan ada cica memang sangat membantu melembapkan serta mencerahkan kulit wajah, essence serum yang ada pada sheet mask pun tak rasa melekit sangat, yang paling penting cepat meresap ke dalam kulit . Essence serum yang ada dalam packaging sheet mask ni tak banyak tau, pendek kata tak ada lebihan essence serum macam sheet mask yang lain . So no pembaziran di situ . 

Lepas pakai sheet mask bird nest ni , bangun keesokkan tu, pegang muka ohhhh love sangat tauuu, rasa lembut, rasa macam wajah cukup kelembapan .. love sangat laa dengan sheet mask nii .. 



Top Commentators Of April 2025 : Tahniah Blogger Tot !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of April 2025 : Tahniah Blogger Tot !! Tak nak peram entri ni lama-lama , so macam biasa setiap awal bulan CCL akan umumkan top Commentators, sebagai tanda penghargaan untuk rakan blogger yang tak putus-putus ziarah dan baca entri sendu dalam blog CCL . Terima kasih yang tak terhingga . 

So untuk top Commentators pada bulan April . CCL nak ucapkan tahniah sekali lagi untuk Blogger Tot menjuarai carta bulan April . 


Bulan April yang berlalu CCL memang tak sempat sangat nak update entri blog . So tak banyak entri pada bulan lepas . Kekangan masa dan kerja . Untuk bulan Mei InsyaAllah CCL akan comback ..acewahhhh comeback yerrr, tapi schedule kerja bulan ni masih lagi full macam bulan lepas ya .hahah .. 

Tahniah untuk blogger Tot, dua kali menjuarai carta top Commentators bulan Mac & April . Seperti biasa CCL akan pos hadiah saguhati tanda penghargaan . Detail blogger Tot dah ada pada CCL , incase kalau ada sebarang perubahan alamat seperti biasa boleh email virgoyana61@yahoo.com . 

Terima kasih juga 10 blogger yang tersenarai selalu terjah dan tinggalkan komen pada entri blog . Tanpa uguys lagi bertambah sendu . Kehadiran uguys penambah keceriaan blog CCL . Terima kasih sekali lagi ya . So untuk top Commentators bulan May siapakah agak-agaknya ?? 

Eh uguys jom terjah Blogger Tot

Diam Bukan Kalah , Tapi Tenang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Diam Bukan Kalah , Tapi Tenang Diam. Kadang-kadang itu je yang kita mampu buat. Bukan sebab kita kalah. Tapi sebab kita pilih tenang. Kadang rasa malas nak berpenat pertahankan diri. Sebab bila kita jerit kebenaran pun orang buat tak dengar. Penat nak jawab bila setiap perkataan kita diputar balik jadi senjata untuk gigitt kita semula. 


Jadi kita pilih untuk diam.Bukan sebab kita lemah. Tapi sebab kita tauhu Tuhan nampak.Kita tauhu masanya akan tiba. Dan masa jugalah yang nanti akan bawa orang-orang baru dalam hidup kita.

Yang tak minta kita jelaskan apa-apa. Yang terus percaya walaupun mereka tak ada masa kita dilukaii. Mereka tak tanya kisah semalam kita. Tapi mereka hadir dengan sokongan hari ini. Dan perlahan-lahan, kita sedar diam kita dulu bukan tanda kalah. Tapi ruang untuk Tuhan balas dengan tenang.



Salam 1Mei & Selamat Hari Pekerja

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam 1Mei & Selamat Hari Pekerja Morning semua . Salam 1 Mei , lembaran bulan baru ..Selamat Hari Pekerja juga CCL ucapkan  . Hari ni ada yang kerja dan ada juga yang cuti . Yang bercuti CCL ucapkan selamat bercuti sempena hari Pekerja . Yang mana kena onduty , selamat jari pekerja juga diucapkan beserta salam triple pay.   Uguys kerja ka cuti ?? CCL tahun ni onduty lagi , so dapat laa merasa triple pay juga . Tapi yang kena onduty hari ni pun tak ramai mengikut department masing-masing .

1 mei , selamat hari pekerja , ucapan selamat hari pekerja, hari pekerja, cuti hari pekerja

Semoga bulan baru yang datang baik-baik sahaja untuk kita semua . CCL seperti biasa bulan April dan bulan Mei memang sibuk sikit . Sehinggakan masa nak ziarah blog kawan-kawan pun rasa terhad .  Tak sempat nak ziarah semua .kalau ada kelapangan masa pun ada juga selit sedikit . Entri  blog untuk bulan April pun merundum , tak sempat nak update tiap-tiap hari . Kadang ada juga idea yang nak dikongsikan, tapi tu laa kadang balik kerja letih terus tertidur, rehat .  

Uguys yang mana singgah blog CCL terima kasih diucapkan . insyaAllah ada kelapangan masa yang panjang CCL akan ziarah semula . Take time .. 


Selamat bercuti dan selamat hari Pekerja .