Tonton | Drama Langit Ke Tujuh
Nak Recap Semula Top Commentators Sepanjang Tahun 2024
Certot : Kenapa Tak Sama ?
Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Review Blog Fanny_Dcatqueen | Pemenang Top Commentators Bulan September & November 2024 Dah menghampiri penghujung bulan Januari 2025 ya. Dalam kekalutan bekerja CCL baru teringat ada benda yang belum selesai untuk pemenang top Commentators bulan September dan November 2024 iaitu blogger dari seberang negara Indonesia Fanny_Dcatqueen .
Disebabkan beliau dah dua kali dapat top commentator, so proses pengeposan hadiah dari CCL sebagai tanda penghargaan dan persahabatan tidak dapat dijalankan memandangkan beliau jauh di Indonesia . So sebagai gantian CCL dah janji akan review blog beliau .
Blogger Fanny Dcatqueen
Seorang blogger peramah yang berasal dari Indonesia . Hadir dengan tagline blog 'because travelling is not just a passion, it is a life need' . Melancong ni sebenarnya lebih daripada sekadar uguys menerokai tempat baru tetapi kelebihannya menjadikan uguys lebih berfikiran terbuka terhadap budaya luar serta pengalaman yang baharu . Begitu juga la kalau uguys kali pertama jejak ke ruangan blog Fanny . Pelbagai moment-moment manis yang dia catatkan di ruangan blog .
Untuk uguys yang kaki travel, boleh la terjah entri-entri yang menarik yang ada dalam blog Fanny, semuanya penuh berinformasi. Selain tempat pelancongan , blogger fanny juga selalu share tempat-tempat makan yang menarik di setiap tempat yang beliau pergi dan juga pengalaman-pengalaman beliau ketika pergi bercuti ..
Bagi CCL blog Fanny memang penuh berinformasi . Walaupun belum ada rezeki nak travel jauh-jauh di luar negara . Bila baca blog Fanny ni dapat juga tahu serba sedikit gambaran di luar negara .
Korang yang belum pernah masuk ke ruangan blog Fanny , jemput laa ke Fanny_Dcatqueen .
So untuk blogger Fanny terima kasih CCL ucapkan kerana tanpa jemu untuk singgah ke ruangan blog CCL . InsyaAllah ada rezeki satu hari nanti kita jumpa .
SR Mini Giveaway 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SR Mini Giveaway 2025 Giveaway yang pertama CCL join untuk tahun ni .. Mini giveaway ni datangnya dari blogger Syazni Rahim . CCL dapat tahu kewujudan Mini giveaway ni pun dari blogger Papaglamz .. time tengah blogwalking blog beliau, alang- alang tu terus la CCL join . Mana tahu ada rezeki .
Giveaway ni baru beberapa hari sahaja bermula . Kalau korang tengok banner tu tarikh tutup penyertaan adalah 15 February 2025 .
- -Ada blog dan follow blog SR ni.
- -Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post ni bila orang klik banner.
- -Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog ni.
- -Beralamat di Malaysia
Certot : Maaf
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Manisnya sudah hilang. Senyumnya juga sudah lama mati. Tuhan, bagaimana mahu berpura-pura terlihat bahagia sedang hati menjerit benci, jiwa merobek dendam?
Dendam. Ya, dendam. Lukanya sudah pulih, namun parut kian berdarah seiring waktu berputar pergi.
Segalanya gelap-gelita sama seperti hatinya. Tiada ruang, tiada jalan, hatta secebis peluang demi sebuah kemaafan. Hatinya hancur lumat. Tiada cara untuk merawat kembali. Yang ada hanya berambus, berambus daripada mata aku.
Nyah daripada segala sudut dan pandangan mata ini. Jangan biar diri ini kian membenci dan terus menanam api dendam kerana sekali diacuh selamanya terbakar.
Nilai kemaafan terlalu besar sehingga tidak ternilai dan tidak tercapai dek jiwa untuk membayarnya. Bukan tidak mampu, tetapi memilih untuk tidak mahu.
Memaafkan adalah hak seseorang. Hak setiap manusia. Hak individu.terpulang kepada dia mahu memaafkan atau menanam benci. Tiada yang salah kerana segala perhitungan yang terzalimi akan tetap diadili.
Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Peneram Comel Chu Anan Legasi Di Shopee Lama tak makan peneram , selalu kalau teringin nak makan memang akan beli kat pasar tani . Tiba-tiba si Shopee merealisasikan keinginan tersebut . Eh macam tahu-tahu jer kan , terlalu lalang pulak si peneram ni dekat live shopee . Saja kan..saja kannn .. CCL masuk live Shopee 'Chuanan Legasi' jual peneram ni. Bukan saja-saja masuk live , sekali terbeli dua Tupperware si peneram ni .
Peneram saiz kecil , memang betul-betul comel lahh . Rasa pun sedap paling penting peneram ni tidak terlalu manis .. so laju lah makan dengan saiz kecil ni sekejap jer ngapp.
Lepas ni boleh repeat Tupperware besar .. ehh uguys yang nak cuba peneram comel Chu Anam boleh beli di Shopee Chuanan Legasi
14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun
Assalamualaikum dan salam sejahtera
14 Januari 2020 - 14 Januari 2025 Cukup 5 tahun
Tarikh keramat ni akan tersemat dalam hidup CCL sampai bila-bila . Tanggal 14 Januari 2020 betul-betul mengajar CCL apa itu erti kehilangan . Kehilangan yang paling menyakitkan adalah kematian . Kehilangan orang yang kita rapat , orang kita sayang lagi menyakitkan , bukan hanya ditinggalkan sementara tapi selamanya ..
Kadang Susuk tubuh badan ni yang dah menjaga CCL sejak kecil sehinggalah besar kini dah genap 5 tahun pemergian arwah tok CCL . Betul lah kalau dipisahkan oleh kematian adalah luka dan rindu yang takkan sembuh sampai bila-bila .
Belajar untuk redha . Ya redha dengan pemergian arwah tok . Semua di atas muka bumi ni semuanya pinjaman Allah . Tiap masa kita kena bersedia dengan apa yang Allah nak bagi dan apa yang Allah nak tarik balik .
Rindu sebatas Al-fatihah
Dapat Daily Planner Book 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalendar Tahun 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masuk tahun baru, semestinya kalender pun kena bertukar baru . Macam biasa tahun ni dapat kalender cuma design setiap tahun berbeza-beza . CCL lebih sukakan 'stand desk calendar ' macam , sangat memudahkan untuk diletakkan di mana-mana especially di sudut meja kerja . Saiz kalendar ni tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil .
Paling penting kalendar ni lengkap dengan info cuti umum serta cuti sekolah . Side setiap helaian belakang ada bahagian untuk you guys letak nota- nota penting .
Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lirik Lagu Hijab Rindu - Black Hanifah
Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Top Commentators Of December 2024 : Tahniah Blogger Suria Amanda !! Penghujung tahun 2024, pada 31 Disember 2024 maka berakhirlah top commentator yang CCL adakan setiap bulan . Hujung bulan hari tu walaupun masih mood bercuti sempat juga CCL tengok siapakah yang merangkul top Commentators untuk bulan Disember 2024 .. cumanya entri ni CCL terpaksa hold seketika waktu disebabkan hampir beberapa hari CCL berada di Bangkok, Thailand . Menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan di sana sambil rehat minda .2 Januari baru balik Perlis . Perjalanan pergi dan balik memang mengambil masa yang lama. Belum cukup rehat lepas balik dari bercuti , 3 Januari barulah mula masuk office, kiranya minggu pertama memang betul-betul tumpu pada kerja , selesaikan apa yang patut. Ya laa dah cuti beberapa hari so kena settlekan beberapa daily report yang tertinggal .
Tak nak bebel panjang, CCL nak umumkan top Commentators bulan Disember 2024 jatuh kepada blogger Suria Amanda . Tahniahhh .. boleh emailkan detail untuk CCL pos hadiah ke virgoyana61@yahoo.com
Tak lupa juga kepada Top 5 bulan ni kerana sudi memeriahkan lama blog CCL ni .
Jom terjah mereka
Salam Tahun Baru 2025 !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Tahun Baru 2025 ! Hello you guys . Hari ni dah hari ke-8 kita semua melangkah ke tahun baru 2025 . Hari ke-8 CCL muncul semula dalam ruangan blog setelah menyepi beberapa minggu menyelesaikan kerja hakiki untuk report tahunan serta cuti healing-healing minda sempena masuk tahun baru 2025 ni . Alhamdulillah plan untuk bercuti akhir tahun Allah dah susun elok perancangannya .
























.jpg)


















