Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Susu Farm Fresh Dalam Shopee Beberapa minggu ni CCL rajin sangat la angkut susu kotak Farm Fresh ni, dah macam kanak-kanak ribena sehari sekotak atau dua kotak wajib minum . Dah tu dua atau tiga hari sekali lepas balik keja kena singgah topup stock farm fresh la kan . So CCL terus godek-godek susu farm fresh ni dalam Shopee .. haa bila dah buat kira-kira harga berbaloi atau tak untuk beli di Shopee baru lah terus checkout .
Susu farm fresh yang CCL order melalui Shopee dah selamat sampai tanpa sebarang kemek pada air kotak tu tau . CCL order dua karton terus haa .. setiap satu karton ada 12 air kotak .. kalau dua karton so total semua 24 air kotak . CCL beli dua perisa .. coklat dan juga cafe latte . CCL memang suka susu farm fresh ni berbanding Dutch Lady . Beli kotak kecil ni sensng nak minum , kalau beli terus kotak besar kalau dah buka penutup kotak susu tu kena cepat-cepat habiskan . Susu kan tak elok simpan melebihi dua tiga hari . Rasanya pun dah jadi lain nanti .
Harga lebih kurang beli di kedai juga . Tapi kat kedai susah nak ada jual yang satu karton ni , tapi kalau jenama Dutch Lady ada pulak jual satu karton ..pelik juga .. nak beli ni Kena pandai cari voucher untuk free shipping .


































