Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aktiviti Shredded Paper . Lupuskan Report-Report Lama Dalam entri minggu lepas CCL ada cerita kena spring cleaning office . Kalau yang belum baca boleh laa singgah link ini . Nak mengemas dan nak buang barang-barang yang dah rosak . Paling lambat part nak kena shredded report-report lama . Memang ambil masa yang lama .
Barang-barang yang rosak tak boleh dipakai memang dah buang ..terutamanya printer, telefon office yang dah tak boleh pakai tu .
Hari ni teruskan lagi aktiviti Shredded paper . Mujur laa mesin ni heavy duty shredded yang sekali shredded boleh la letak helaian kertas tu banyak keping . Kalau letak sekeping dua keping mak oiii lagi lambat kerja .. dua tiga hari ni mesin ni memang kena kerja keras sikit laa sebab berkotak-kotak kertas nak kena lupuskan . . Kadang shredded paper ni sampai tersangkut kertas . Bukan disebabkan terlalu banyak helaian kertas yang dimasukkan , tetapi lama sangat guna sehinggakan mesin tersebut lanas, terpaksa berhenti dahulu biar mesin ni sejuk baru lah sambung kembali .
Kelmarin dan hari ni .. untuk dua hari ni dapat la shredded paper 3 plastik beg besar ni .. nak dapatkan sebanyak ni pun jenuh juga . Ni baru settle shredded paper dua kotak besar ..ada lagi beberapa kotak .. aduhaii agaknya boleh settle sebelum ujung bulan ni laa ..
Shredded paper siap ikat bagi kemas , risau terbuka atau tertumpah satu hal pula nak kena cari vakum .













































