Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-14 : Daging Masak Hitam & Kerabu Taugeh Bersama Kacang Kelisa
Dah puasa yang ke-14 yerr . Bermakna dah 2 minggu kita semua berada dalam bulan Ramadan ni . Sekejap saja rasa, alih-alih dah nak sampai ke penghujung Ramadan . Hari ni CCL offday so ni ja peluang untuk berbuka dengan family . Khabarnya adik CCL dah bertolak balik dari Selangor balik ke Perlis . Esok atau lusa insyaAllah dapat la kami semua berbuka sekeluarga 5 beranak .
Menu Ramadan ke-14
- Daging masak hitam
- Kerabu taugeh bersama kacang kelisa @ kacang botol
- Ikan masak asam (lebihan menu semalam)
- Ulam & sambal belacan
- Roti john
- Harumanis
- Sirap bandung cincau
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pergi Eco Shop, masuk bahagian minuman tin, ada F&N Teh tarik , sebelum ni memang tak pernah cuba tapi hari ni tangan capai air tin ni masuk dalam raga . Tak ambil banyak cukup hanya satu tin untuk rasa-rasa .
Tertera pada tin yang ditulis kurang manis . Yes ! F&N teh tarik ni memang kurang manis sekaligus rasa teh yang kuat dan ada sedikit rasa kelat teh .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-13 : Roti John Hari ni menu yang paling ringkas . Cukup dengan satu makanan beserta satu minuman . Hari ni berbuka puasa bertiga bersama kawan-kawan . Ini pun memang last minit plan , berbuka di dataran . Planning nak beli makanan lain risau banyak-banyak takut tak termakan semua .. berbuka di outdoor ni risiko sikit takut hujan jenuh juga nak berpindah randah .. lagi pun masing-masing kekangan masa ..
petang kelmarin bumi Perlis alhamdulillah dituruni hujan , tapi petang tadi tiada hujan .
Menu ramadan ke-13
- Roti john
- Kopi ais vanilla
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Blogger Suria Amanda Hadiahkan Periuk Labu Seminggu yang lepas, CCL terima parcel dari seseorang . Siapakah gerangannya ? Jenggg ! Jenggg ! Jenggg ! .Parcel tersebut daripada akak SA empunya blog Suria Amanda . Beberapa minggu yang lepas Blogger Suria Amanda (SA) umumkan top komentator february 2024 menerusi blog beliau . Ada 10 blogger yang tersenarai sebagai kaki komen yang paling banyak Korang boleh tengok link entri di sini . Jadi sebagai penghargaan kepada pembaca blog akak SA, CCL dipilih untuk menerima cenderahati . Nak tahu apa dia ?
Taraaa ! CCL dapat periuk labu ..
Periuk labu ni bukan khas untuk masak menu-menu labu yerr . Boleh masak macam-macam , cuma design periuk ni seakan bentuk buah labu . Design yang sangat comel, tambahan pula warna pink lagi bertambah comel . Oh ya, pemegang kiri kanan periuk dan juga pemegang pada penutup periuk tu kena pasang sendiri yer . Mujur ada adik lelaki CCL yang tolong pasangkan . Pasang tu mudah dah tersedia beberapa skru bagi mengukuhkan lagi tempat pemegang tersebut . Design periuk ni pun nampak mahal .
Periuk labu ni juga besar yer , boleh la masak dalam kuantiti yang banyak . Tak sabar rasanya CCL nak memasak rasmi periuk labu pemberian akak SA ni .
Kepada akak SA , terima kasih beri cenderahati yang sangat bermanfaat untuk CCL . Bila memasak guna periuk ni auto teringatkan akak SA , sekali gus teringat juga setiap menu yang akak SA selalu share dalam blog beliau . CCL doakan semoga akak SA sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak .
Sekali lagi , terima kasih buat Blogger Suria Amanda .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-12 : Sambal Ayam & Kerabu Suhun
Ramadan ke-12, setelah beberapa bulan bumi Perlis tak ditimpa hujun walaupun sekejap , petang tadi dalam pukul 6.30 petang hujan turun membasahi tanah . Tak berapa lebat sangat tapi cukup untuk membasahi tanah .. hujan sehingga Maghrib tiba . Alhamdulillah turun sikit bahang panas malam ni .
Macam biasa berbuka dengan family kami berempat . Adik CCL belum balik Perlis lagi .
Menu Ramadan ke-12
- Sambal ayam
- Kerabu suhun
- Gulai ikan talang & terung (menu semalam)
- Ikan kembung goreng
- Ikan pekasam & ikan kering
- Harumanis
- Puding roti marble
- Teh ais cincau
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cara Kenal Label Tarikh Luput Barang di Dapur korang selalu kan beli barang dapur tapi korang tengok tak label tarikh luput tue pada barang ? Ni antara benda penting tau sebelum korang beli sesuatu produk supaya produk tersebut kekal bersih dan dijamin untuk makan . Label tarikh luput ni ada 3 jenis tau .
1. Best before / baik sebelum
Melibatkan soal kualiti produk tersebut. Ia masih selamat untuk di makan atau dijual selepas tarikh yang dinyatakan tetapi kesegaran nutrisi, rasa makanan akan berubah selepas tarikh yang dinyatakan .
2. Use before / guna sebelum
Untul label ini ia tidak boleh dimakan selepas tarikh yang dinyatakan. Contoh produk sejuk beku, dan lain-lain
3. Expired date / tarikh luput
Ia sama seperti use before , makanan selepas tarik yang dinyatakan juga tidak boleh dimakan . Ianya selalu terpapar pada produk tenusu, makanan tin dan cecair formula .
So sebagai pengguna korang perlu bijak memilih
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-11 : Gulai Ikan Talang & Kerabu Kaki Ayam
Berbuka dengan family lagi yer hari ni . Cukup laa menu untuk 4 orang . Alhamdulillah macam biasa tak banyak menu tetapi cukup kenyangkan perut.
Menu Ramadan ke-11
- Gulai ikan talang bersama terung
- Kerabu kaki ayam
- Ikan kembung goreng & ikan kembung rebus
- Ikan pekasam goreng
- Ulam raja
- Kurma & harumanis
- Sirap bandung cincau
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-9 : Daging Goreng Kunyit & Sambal Ikan Talang
Hari ni rezeki, rezeki dapat nasi putih bersama daging goreng kunyit . Memang kalau bulan puasa menu daging ataupun ayam goreng kunyit menjadi juadah berbuka CCL . Memang dah jadi favourite . Tapi sejak-sejak bazar Ramadan berdekatan ni berpindah le tempat lain so proses nak mencari nasi daging goreng kunyit ni sukar sekali . Kalau rajin terpaksa laa jelajah semua bazar- bazar yang ada di Perlis ni . Dengan keadaan cuaca yang panas ni memang tidak laa nak pergi berjalan , bersesak dengan orang ramai .
Apa-apa pun terima kasih, kongsi rezeki untuk hari ni . Semoga murah rezeki berterusan berpanjangan .
Menu Ramadan ke-9
- Daging goreng kunyit
- Sambal ikan talang
- Cucur keria, cucur badak & tepung talam
- Buah tembikai & kurma
- Air laici
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-8 : Kurma Ayam & Gulai Rebung dan Daging
Ramadan ke 8 , macam biasa nak share menu berbuka walaupun bukanlah menu yang special . Menu yang simple , alhamdulillah atas rezeki cukup untuk kenyangkan perut selepas seharian berpuasa .
Menu ramadan ke-8
- Gulai rebung & daging
- Kurma ayam
- Buah tembikai
- Kuih lompang & kuih cara berlauk
- Air tembikai susu + laici ( tak interframe)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
FILEM : DAMSEL Filem fantasi Amerika ini mengisahkan Puteri Elodie (Millie Bobby Brown ) dilamar oleh putera raja dari negara yang Elodie tak pernah dengar pun. Atas nasihat ayahnya yang mengatakan perkahwinan tu bakal memberi manfaat pada rakyat mereka, Elodie setuju.
Sejurus selepas majlis perkahwinan, Elodie di bawa ke sebuah gua oleh suaminya untuk upacara penghormatan kepada leluhurnya. Rupanya Elodie ditipu, perkahwinan tu hanyalah alasan untuk Elodie keluar jauh mengembara dari negaranya untuk di jadikan santapan seekor naga. Elodie di campak oleh suaminya sendiri ke dalam lohong yang dalam. Maka bermula lah pertarungan Elodie dengan seekor naga yang penuh amarah dan dendam. Elodie perlu mencari jalan untuk selamatkan diri sebelum dia hangus terbakar terkena hembusan api naga.
Millie Bobby Brown berjaya membawa watak Elodie dengan baik. Lasak dan bijak . CGI cerita ni ada masa cantik, ada masa nampak agak kartun , (ada satu babak naga menghembus api) . Itu pandangan peribadi CCL, mungkin akan ada perbezaan pandangan dengan orang lain) CCL suka watak ibu tiri Elodie, seorang ibu tiri yang penyayang yang pada mulanya CCL ingatkan dia ni jahat .
Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-7 : Ikan Gerut Bakar & Tomyam Ayam Sedar tak sedar hari ni dah seminggu kita semua berada dalam Bulan Ramadan dan hari ni juga genap seminggu arwah tok pergi menghadap ilahi. Kita yang masih diberi kesempatan bernafas, gunakan sebaik yang mungkin . Ramadan ke- hari ni berbuka di rumah bersama-sama family .
Menu Ramadan ke-7
- Ikan gerut bakar
- Tomyam ayam
- Air asam perut / sambal belacan
- Cucur keria
- Harumanis
- Teh bunga & anggur lemon (tak interframe)
Rindu pulak pada adik CCL yang nun jauh di sana . Puasa pertama berpeluang berbuka sekali dengannya .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cerita edisi ngopi lagi hari ni , masih lagi dengan Wonda Coffee . Kali ni edisi black coffee . Jenis ni memang tak ada susu , tapi ada rasa gula . CCL jarang sekali tau minum kopi o kosong ni tapi alang-alang dah beli ni so minum jer lahh . Hirupan pertama perghh ! dia punya rasa gula tu manis , bagi korang yang tak berapa minat kopi o kosong ni memang takkan boleh go . Rasa kopi yang agak keras lebih keras dari kopi susu booster . Pahit kopi ni boleh menyegarkan mata .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Ramadan ke-6 : Nasi Goreng Seafood Udang Tanam Ramadan ke-6 tak banyak menu, cukup sekadar nasi goreng seafood udang tanam untuk sorang sebungkus . Ini pun dah cukup kenyang .
Kenapa dipanggil , nasi goreng seafood udang tanam ? Sebenarnya udang ni memang tertanam di sebalik nasi goreng ni . Nampak dari luar macam nasi goreng seafood biasa-biasa tapi bila korang dah gali dalam nasi tu perghh ada 2 ekor udang . Memang dah banyak kali repeat nasi goreng ni . Kalau dah repeat tu faham-faham jer la memang sedap dan kena dengan selera tekak CCL . Seafood yang ada dalam nasi pun semuanya segar-segar . Tambah-tambah lagi udang tu memang sangat segar . Makan nasi goreng memang wajib la kena ada sambal kicap . Lagi bertambah sedap .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Ramadan ke-5
Cuaca panas ni, dahaga air jer yang lebih . Bila dah terlebih minum air waktu berbuka ni auto perut jadi mengah penuh dengan isian air . Cepat kenyang . So decide untuk ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit . Risau membazir pulak nanti
Menu Ramadan ke-5
- Nasi putih
- Ayam golek & sambal
- Kangkung goreng belacan
- Daging padprik
- Betik
- Kuih cara manis & masalodeh
- Murtabak (tak interframe)
- Air sirap bandung (tak interframe)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bahan-bahan Jelly Teh Bunga
- 2 kotak Teh bunga Yeo's
- 2 sudu gula melaka
- 4gram serbuk agar-agar
- Daun pudina
- Ais kiub
- Asam boi
- Limau kasturi
- Buah laici
Cara membuat Jelly Teh Bunga
1. Perlukan 2 kotak besar air kotak teh bunga Yeo's . Masukkan 2 sudu gula melaka , tambahkam 4gram serbuk agar-agar . Masukkan daun pudina dan biarkan sehingga mendidih
2. Keluarkan daun pudina dan sejukkan agar-agar ni dalam peti ais selama beberapa jam sehingga tekstur agar-agar tersebut tak keras sangat dan tak lembik sangat .
3. Masukkan agar-agar tadi ke dalam ais kiub, tambah asam boi , dan perahkan sedikit limau kasturi untuk bagi lagi masam dan lagi kick . Masukkan buah laici.
Siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Ramadan ke-4 : Kerabu Mangga , Kambing Bakar & Tomyam Seafood
Ramadan ke-4 berbuka bersama officemate .menu yang simple alhamdulillah kenyang perut . Menu hari ni ada 4 menu berat tapi semuanya portion yang sedikit , cukup la untuk dua orang makan , kang ambil lebih-lebih takut membazir . Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah bagi untuk hari ini .
Menu Ramadan ke-4
- Tomyam seafood
- Kurma ayam
- Kerabu mangga / mempelam
- Kambing bakar & sos black pepper
- Buah tembikai (pencuci mulut)
- Kurma, karipap & onde-onde
- Air kiwi asam boi
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1. Ikan Berlado
pastikan hangpa tumis renca sampai pecah minyak dan cili masak betul-betul tau , Sesuai dimasak dengan pelbagai jenis ikan . Pastikan goreng dulu ikan sebelum digaul dalam sambal lada . Menu ni sedap digabungkan dengan sayur masak lemak .
2. Asam Pedas Ikan
Tums dengan minyak sedikit banyak untuk garingkan rencah . Sesuai dengan pelbagai jenis ikan tapi kebiasannya orang masak dengan ikam kembung , ikan pari , ikan sembilang , ikan merah , ikan tenggiri dan ikan mayong .
3. Ikan Masak Asam
Ikan masak asam ni boleh dikatakan menu penambah selera sebab rasanya yang masam pedas . boleh juga kalau hangpa nak masukkan sekali timun dalam kuah masakan .
4. Ikan Kicap Berempah
menu ni sejenis yang wangi bau rempah dan sedikit pekat berbanding kicap biasa sebab ada banyak bahan rencah .
5. Ikan Singgang
Singgang ni memang sedap sangat kalau digabungkan dengan sambal budu . hangpa boleh tambahkan juga tomato dalam kuah .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Berbuka Ramadan Ke-3 : Cencaru Sumbat Nyior & Kangkung Goreng
Salam Ramadan yang ke tiga . Hari ni baru sempat nak snap gambar menu berbuka . Puasa pertama dengan family , adik-beradik sebelah ayah . Memandangkan arwah tok baru sahaja meninggal sehari sebelum puasa . So decide untuk berbuka rumah tokwan supaya tokwan tak rasa sunyi . Puasa hari kedua pun dengan family juga . Balik kampung berbuka puasa dengan family sebelah mak . Puasa yang ketiga hari ni baru dapat berbuka puasa dengan family di rumah . Tak kisah mana-mana tempat asalkan moment berbuka puasa dengan family tu penting .
Ramadan ke-3 cukup hanya menu seringkas ini untuk kami 4 orang . Adik CCL dah gerak balik Selangor dari puasa kedua lagi .
Menu ramadan ke-3
- Cencaru sumbat kelapa
- Kangkung goreng
- Pekasam daging
- Ikan kembung goreng
- Karipap daging
- Kangkung rebus (ulam)
- Air asam perut (tupperware tudung biru, terlupa nak buka)
- Air strawberry yougart
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Drama Dia Dari Syurga Drama ramadan di RTM , Dia dari Syurga, episod pertama ditayangkan pada 11 Mac 2024, tayang setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 12.05 minit tengah hari di Tv1. Drama ni diinspirasi dari drama bersiri yang pernah di tayangkan di RTM dahulu, yang bertajuk Korban Kasih .
Raisha ( Ummi Nazeera) berkahwin dengan Abdul Kalil dan menjadi kesayangan keluarga mertuanya. Walaupun Farizah ( Fazlina Hj Ahmad Daud) mempunyai sedikit konflik dengan Abdul Kalil kerana menyangka yang Abdul Khalil adalah penyebab kematian arwah suaminya tetapi dia tetap menyayangi Raisha, anggap Raisha seperti anaknya sendiri.
Selepas kematian Abdul Kalil, Raisha tetap tinggal dan menjaga keluarga arwah Abdul Kalil kerana dia pernah berjanji dengan arwah suaminya ,seandainya suaminya "pergi" dahulu, dia tak akan tinggalkan keluarga suaminya, tetap menjaga mereka sehinggalah Raisha bertemu orang lain ( suami baru).
Namun janjinya terhadap Abdul kalil kini menjadi sukar untuk ditunaikannya setelah kemunculan Ahmad Kalil, kembar seiras Abdul Kalil yang terpisah sewaktu kecil, kini datang untuk menjaga Farizah. Pelbagai faktor yang difikirkan oleh Raisha untuk keluarga dari rumah tersebut, antaranya dia sering teringatkan arwah suaminya apabila melihat wajah Ahmad Kalil dan tidak manis dia tinggal dirumah tersebut kerana dia dan Ahmad Kalil bukan mahram.
Raisha nekad untuk keluar dari rumah tersebut tetapi terdapat permintaan dari ahli keluarga untuk dia berkahwin dengan Ahmad Kalil demi untuk menjaga Farizah.
Drama ni sedih, kisah pengorbanan anak menantu menjaga mertua. Selain itu ada diselitkan kisah rumahtangga ipar Raisha yang turut mempunyai konflik keluarga.
Baru tayang 3 episod tapi dah ada dua babak Fazlina Hj Ahmad Daud menampar dengan bersungguh sungguh pipi Alif Aziz.
Jika terlepas menonton di tv1, boleh menonton drama ni di RTM Klik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam Entri harini special untuk para beginners cook . CCL nak kongsi senarai rencah asas maskaan melayu yang berasaskan ayam . penggemar ayam boleh cuba . So korang perlu sediakan bahan seperi dalam gambar sebelum mula memasak .
Tips yang hangpa boleh apply ialah jika proses memasak perlu untuk menumis pastikan tumis hingga rencah kering air kisar , sedikit garing dan pecah minyak . Baru sedap hangpa punya masakan .
Kalau proses masakan perlu terus lebur dengan bahan lain , jangan terus masukkan air , sebaikkan biarkan rencah meresap pada ayam sehingga keluar airnya dulu . jika perlu tambah air baru tambah , risau nanti terlebih cair kuah masasakan