cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sambal Daging Dendeng Sumatraa Harapan nak merasa Dendeng Nyet dari Khairul Aming nampaknya tidak kesampaian lagi . 3kali terciduk battle untuk dapatkan daging dendeng nyet tersebut . First terciduk masa Khairul Aming launching dendeng nyet ni dik tiktok . Server down . Kali kedua terciduk Live Shopee Khairul Aming . Kali ketiga pun terciduk juga di platform shopee . 3 kali terciduk memang kecewa terus nak battle lagi . Tapi tak mengapalah .

Disebabkan CCL jadi kecur air liur jugak la nak cuba rasa daging dendeng ni , CCL baru teringat satu posting entri dari Blogger Bola Kotak . Beliau ada share tentang 'Daging Dendeng Sumatraa' . So CCL terus buka platform shoppe mencari daging dendeng sumatraa dan terus check out . 

Sambal Sumatraa berasal dari loghat Melayu Terengganu "Suma Traa" yang membawa maksud "semua mesti cuba".

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

First time nak rasa daging dendeng Sumatraa. Alang-alang dah buat pembelian di Shopee, CCL terus checkout dua pek . .Satu pek dengan berat 100gm berharga RM11.50 . Murah ! Untuk satu pek ni cukup untuk dua orang makan . 

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

Sambal  daging dendeng Sumatraa ni ready to eat . Tak payah susah-susah nak panaskan . Just bukak jer boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas.

Buka saja packaging daging dendeng sumatraa ni terus terbau satu aroma yang menyedapkan. Lagi terliur la dibuatnya .Aromanya wangi sangat sampai menusuk ke hidung buat CCL lagi tak sabar nak makan . 

Tekstur daging yang empuk berkeping-keping ,Nampak kan bertapa lembut dan tak liat daging tersebut. Daging dendeng sumatraa ni dimasak sampai kering, tapi tak ada laa kering sangat . Masih ada juga lebihan sambal-sambal tersebut pada daging.

Sambal daging dendeng sumatraa ni memang kena dengan tekak CCL sebab ada rasa pedas . Tapi nak kata pedas sangat tu tak ada laa, tapi pedasnya tahap sederhana. Rasanya pun memang cukup sedap . Paling berselera  bila makan terbau-bau aroma daun limau purut . 

Sambal daging dendeng sumatraa, harga daging dendeng sumatraa, daging dendeng sumatra , makanan ready to eat, daging dendeng sumatra ready to eat

Suka jenis makanan ready-to-eat . Koyak plastik , tuang dan makan . Settle ! Tak perlu ambil masa yang lama , tak perlu nak masak. Untuk korang yang selalu pergi camping, travel ke mana-mana wajib la cuba sambal daging dendeng sumatraa . 

Boleh repeat lagi . Bulan puasa pun dah nak dekat, so stok daging dendeng sumatraa ni boleh jadi menu bersahur . 

Untuk korang yang nak mendapatkan pek sambal daging dendeng sumatraa boleh dapatkan di platform shoppe https://shope.ee/mN7N6L2H


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Hari Wanita Sedunia 2024 

selamat hari wanita 2024, tema hari wanita 2024, ucapan hari wanita 2024


Semoga semua insan yang bergelar wanita diberikan kesihatan  yang baik agar dapat menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang dan sentiasa dalam lindungan Allah. Kepada semua wanita  hebat , tetaplah terus bersemangat menjadi insan yang memberi inspirasi kepada orang lain .  

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wonda Coffee : Booster 2X Coffee Shot CCL memang hantu kopi , kalau boleh semua jenis kopi CCL nak rasa . Sebelum ni brand Nescafe la antara brand yang paling terkenal . Sejak-sejak boikot ni  kena cuba brand lain pulak .. so why not untuk CCL cuba rangkaian kopi dari Wonda ni . 

Booster ni dikeluarkan dalam dua jenis iaitu kopi susu dan kopi hitam . Hari ni CCL cuba kopi susu ni dulu .   Rangkaian Wonda Extra Shot , minuman kopi dengan rasa dua kali ganda lebih kuat dari kopi biasa .

Wonda coffee, wonda coffee edisi booster , wonda coffee booster 2X shot, wonda coffee zero max original, peminat kopi

  • Rasa kopi lebih melekat dan kuat 
  • Aroma kopi yang kuat dan bau kopi tidak seperti kopi biasa 
  • Sesuai diminum pada waktu kecemasan kalau korang terlalu mengantuk 


Baca sini juga ; Wonda Coffee 
Zero Max Original



Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Lirik Lagu : Sah (Setia Akhir Hayat )  - Sarah Suhairi & Alfie Zumi


lirik lagu sah  sarah suhairi , lagu sah setia akhir hayat ,


Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Baby, I need to know how was your day?
I know that life is hard jangan bersedih
Aku kan ada
Takda antara
Yang lain sementara
Ku sini selamanya, yeah, yeah
Jangan gerak walau seinci
Girl, you got the resipi macam kimchi
Jadi yakiniku kau 'kan pasti
Kahwiniku bila aku ready
Tak pernah ubah fikiran, aku janji
Biarpun kauugut, aku ada saksi
Okey, aku tak peduli
Kaukeratlah jari kecuali ini, yeah
Kalau tak, mana nak sarung cincin?
Itu yang paling penting
Takda benda yang lain 'cause
Aku cuma mahukan kamu
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Hold up
Lupakan semua yang dah berlalu
Tengok depan, kan kau ada aku
Janji padaku kau takkan pergi
Tetap di sini jangan biarku sunyi
Tolong percaya semua kataku
Engkau harus buktikan dulu
Memang takda yang lain, cuma kamu
Jadi apa lagi yang kamu tunggu?
Tak pernah ubah fikiran, aku janji
Biarpun kauugut, aku ada saksi
Okey, aku tak peduli
Kaukeratlah jari kecuali ini, yeah
Kalau tak, mana nak sarung cincin?
Itu yang paling penting
Takda benda yang lain 'cause
Aku cuma mahukan kamu
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Sekarang kupercaya
Kita ditakdir 'tuk bersama selamanya
Hingga ke hari tua
Genggam erat tanganku (selalu)
Jangan pernah kaulepas (okey)
Kau tempatku berteduh
Yang paling selamat
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada bintang 'kan bersinar
Tiada lagi bumi berputar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh
Tiada tulang yang bergetar
Tiada senyuman yang kugemar
Jikaku tak bersamamu
Semuanya 'kan runtuh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Takwin Persekolahan 2024/2025 Kalendar Cuti Sekolah.Lagi berapa hari anak-anak dah mula cuti sekolah. Awal Mac dah mula sesi sekolah 2024. Genap sebulan, Hari Raya Aidilfitri pula.a

Macam-macam kena rancang untuk keluarga. Belanja barang-barang sekolah, belanja nak berpuasa, dan belanja untuk sambut Hari Raya Aidilfitri.Moh ler kita susun strategi apa yang patut .


Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025

Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025

Info semasa, kalender cuti sekolah 2024/2025, takwin persekolahan tahun 2024/2025


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Wordless Wednesday : Kritik , Cakap , Buat


Wordless wednesday , kritik cakap dan buat,


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Wonda Coffee : Zero Max Original Singgah petrol pam Petronas  untuk isi minyak , sempat juga ya menyinggah ke chiller air minuman ni , tangan pulak sempat sambar air tin Wonda Coffee ni . Wonda Coffee Zero Max Original This one memang tak ada sugar tau means it's totally just coffee and milk .  yang ni bagi rasa tekak CCL sedap . rasa coffee dia tu tak terlalu kuat dan tak terlalu manis 

wonda coffee , wonda coffee zero max original , review wonda coffee zero max original

  • dihasilkan dari biji kopi Arabica premium 
  • rasa kopi susu yang sedap tanpa gula tambahan 
  • rasa kopi yang tidak terlalu kuat & tidak terlalu pekat
  • tidak terlalu manis 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Tengahari di Dusun Riffa, Changlun Dusun Riffa ni adalah kawasan dusun terletak di Changlun Kedah , yang menyajikan makanan Thai . Antara menu yang paling wajib cuba kalau singgah sana adalah Miang Pla . Selain tu ada jugak makanan-makanan thai yang lain seperti tomyam , sup, kerabu, pulut ayam , pulut pelam dan beraneka lagi makanan Thai . Makanan vendor pun beraneka jenis 
. Pelbagai dessert dan juga air balang .
 
Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Dusun Riffa beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga petang . Pengunjung yang datang ke sini memang tak putus-putus . CCL dan kawan pergi hari weekday . Time sampai tu baru pukul 1 tengahari . Orang memang full sangat . 

Nak masuk ke Dusun Riffa ni agak dalam dan separuh jalan sudah diturap dengan tar , dan separuh lagi jalan berbatu . So memang kena bawa kereta dengan perlahan. Perjalanan yang agak dalam tapi jangan risau ada signboad memudahkan pengunjung untuk datang . Mujur time pergi tu walaupun parking penuh , alhamdulillah setelah dicari-cari dapat juga parking lot yang kosong . Dekat juga dengan Dusun Riffa tersebut . Tips baca doa makan okeyh . Dapat parking dekat pun salah satu rezeki, disebabkan kawan CCL bawa anak kecil so lagi memudahkan tak perlu jalan jauh-jauh .

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Cara order kat sini , order kat kaunter pastu bayar terus . Part ini bagi geng lelaki jer turun order makanan , mujur la bagus juga disebabkan tak nak bersesak-sesak di bahagian kaunter order makanan diorang ambil menu lalu masuk dalam kereta decide nak makan apa, dan diorang terus ke kaunter pesanan . 

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Ok part geng-geng perempuan pulak mencari tempat makan . Tempat makan memang banyak dan luas . Ada juga bahagian pondok-pondok makan dan juga pondok rumah yang boleh disewa sekitar harga RM30 - RM50 . Kalau korang bawa ramai family bolehla sewa satu pondok tu . Boleh makan sambil santai-santai .

Then tunggu makanan siap. Oh ya disini self service ya . Makanan yang dah siap korang kena pergi ambil sendiri di kaunter makanan . Nama customer akan dipanggil setelah makanan siap . So yang ni kena alert laa . Jangan ralit bersembang pulak kan . 

Antara menu yang kami 4 orang order  adalah

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Miang Pla (RM39)
Boleh pilih sama ada nak ikan talapia ataupun ikan siakap . CCL decide untuk pilih ikan siakap . Ikan besar memang cukup untuk 4 orang makan . Tak berbau hanyir dan paling penting ikan ni nampak fresh sangat .Nak makan Miang Pla ni pun ada caranya tau ! Salah makan maka jadi tak sedap la Miang Pla hangpa sebab ikan tersebut disalut dengan garam kasar sebelum dibakar . So cara makannya makan isi lapisan atas, cabut tulang ikan dan makan isi lapisan bawah , jangan sesekali terbalikkan ikan tersebut takut air garam turun ke isi ikan , so isi ikan hangpa akan rasa madin kalau salah teknik .  Hadir dengan  3 jenis sos cicahan yang berbeza rasa dan bawang goreng . Memang sedap ! Gabungan rasa pedas, manis dan masam . 

Daging bakar dannok (RM10)
Daging bakar dannok ni bagi CCL rasanya biasa-biasa ja . Sos pencicah daging tersebut pun biasa-biasa saja , tak berapa pedas . Tapi budak-budak boleh makan . 

Sup Tulang Thai (RM15)
Yes yang menu ni sedap . Hadir dengan daging yang lembut . Cukup rasa masam dan manis . Sup daging dia agak berbeza macam sup daging yang selalu kita buat kat rumah tu . 

Udang Galah Bakar (RM39)
Udang galah ni besar, rasa manis udang tu masih ada walaupun dah bakar, isi pun nampak fresh . Hadir dengan dua sos pencicah yang sedap . Pedas-pedas manis 

Kerabu seafood (RM12)
Sedap cukup rasa manis masam pedas . Tapi tidak terlalu pedas budak-budak pun boleh makan . 

Pulut mangga (RM10)
Wajib try ! Sepinggan ni hanya RM10 saja weii . Macam terbeliak biji mata tengok pasai muqah sangat . Hadir dengan sebiji pelam yang siap dikupas comel-comel. Rasa santan pekat berlemak . Pulut pun lembut saja .. memang sedap . 

Itu antara menu yang CCL dah cuba cukup banyak untuk 4 orang makan . Berbaloi datang ramai-ramai ke sini boleh cuba banyak makanan .

Dusun riffa, lokasi dusun riffa, tempat makan dusun riffa, dusun riffa changlun , hidden gems dusun riffa, makan dalam dusun di kedah , thai authentic

Di Dusun Riffa ni juga tersedia surau dan juga tandas  yang memudahkan pengunjung untuk guna . Selain itu terdapat juga aktiviti ATV.

Dusun Riffa , Changlun Kedah 
Operasi jam 11pagi - 7petang
Dibuka pada setiap hari 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators February 2024 : Tahniah Blogger Ladybird !   Selesai sudah bulan Februari dan hari ni kita semua melangkah ke bulan baru . Bulan Mac . So seperti bulan lepas , pada setiap awal bulan CCL nak kongsi rezeki dengan rakan-rakan blogger yang selalu singgah dan membaca jurnal blog CCL tanpa jemu-jemu. 

Seperti biasa hari ni CCL nak umumkan 'Top Commentators February 2024' .Oh sebelum tue CCL nak flashback kembali untuk 'Top Commentators January 2024’ korang boleh refer entri ini dan hadiah pengeposan pun telah ditebus  boleh refer entri ini . 


Top Commentators february 2024
So inilah 5 blogger yang tercalon untuk bulan ini . Jemput singgah , follow dan tinggalkan komen-komen untuk blog mereka.

1. Ladybird
2. Nina Mads
3. Dear Anies
4. Puan Hazel
5. Time Traveller


Top 5 Commentators February 2024 adalah jatuh kepada blogger Ladybird . Tahniah ! . Sila emailkan detail untuk pegeposan hadiah saguhati ke email virgoyana61@yahoo.com.

Tahniah juga kepada Top 5 dan tak lupa juga kepada blogger-blogger yang selalu singgah ke jurnal CCL . Terima kasih semua . Love !



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Doorgift Kenduri : Dapat 3 in 1 Teh Tarik & Kopi Cap Hang Tuah Hari ni 3.3.2024 . Tarikh cantik juga kan . So selagi dalam fasa cuti persekolahan selagi tu akan ada jemputan kenduri . Maka dengan itu dapur tak berasap , kuali sedia tergantung rapi . Siap-siap pergi makan kenduri dengan cuaca yang tak kurang panasnya . 

doorgift, doogift bajet, doorgift murah, doorgift kenduri, doorgift bajet murah, doorgift kopi, bunga telur,

Macam biasa balik dari kenduri kalau dapat doorgift of course la excited nak tengok isi dalamnya . Hari ni dapat paperbeg coklat tu, isinya banyak juga seperti di dalam gambar . Dapat 3 in 1 teh tarik dan juga kopi o. Cap Hang Tuah . Wah-wah peminat kopi memang seronok la dapat doorgift begini . Boleh buat minum . Selain daripada itu, dapat juga setangkai bunga telur, jarang-jarang sekali nak dapat bunga telur ni kalau kenduri sekarang . Tapi hari ni tuan rumah bagi bunga telur .cantik pulak tue . 



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kudapan Petang Tauhu Bergedil Sambal Kicap & Ayam Popcorn Sos Keju Kudapan petang ni dua menu sahaja, singgah vendor makanan beli sahaja apa yang inginkan . Kena tunggu mood rajin untuk buat kudapan cucur-cucur untuk minum petang . Kalau hangat-hangat macam ni memang mood malas laa nak buat apa pun . 

Antara menu yang menjadi pilihan CCL di vendor makanan tersebut adalah tauhu bergedil dan juga ayam popcorn sos keju . Dua menu ni sudah cukup , banyak - banyak kang nanti jadi tamak haloba . 

Tauhu bergedil , tauhu bergedil sambal kicap , chicken popcorn , resepi tahu bergedil sambal kicap

Tauhu bergedil Sambal kicap 
Dah berkali-kali repeat tauhu bergedil ni memang sedap . Portion pun banyak . Inti dalam tauhu bergedil tu pun sedap . Dan yang paling penting sambal kicap tu memang terbaik , tak pedas sangat dan  tak manis . Memang cukup ngamm rasanya . 


Tauhu bergedil , tauhu bergedil sambal kicap , chicken popcorn , resepi tahu bergedil sambal kicap

Ayam popcorm sos keju  
Ini pun menu killer juga . Kalau makan panas-panas lagi rangup rasanya . Gabung pulak dengan sos keju ni memang laju jer suap ke mulut . 

Korang makan apa jer petang tadi ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat Datang Bulan Mac 2024 Saat bertemu minit, minit bertemu jam , jam bertemu hari . Hari bertemu minggu , minggu bertemu bulan . Bulan bertemu bulan dan hari ni masuk bulan baru lagi .. 

Selamat datang bulan mac , hello march, bulan march, qoutes of the month

Hari ni dah 1 Mac 2024 , Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang dan ruang untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini . Tahun ni Ramadhan jatuh pada bulan Mac, 12 Mac 2034 , Ramadhan pertama, so dah tak lama juga laa, dalam 11 hari lagi kita semua umat islam bakal menyambut Ramadhan . Moga kita semua panjang umur, diberikan kesihatan yang sihat sejahtera untuk bertemu bulan Ramadhan .


Qoutes untuk bulan Mac

Selamat datang bulan mac , hello march, bulan march, qoutes of the month

"Jika anda rasa anda terlalu kecil untuk membuat perubahan, cuba tidur dengan nyamuk “


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Penghujung Februari hari ni dah 29 Februari 2024. Tahun ni juga merupakan tahun lompat . So yang mana lahir pada tanggal  atau tarikh 29 Februari CCL ucapkan selamat hari lahir , moga dipermudahkan segala urusan hendaknya .. hari ni juga hari terakhir kita semua berada dalam bulan Februari .. so untuk tahun ni dah cukup 60 hari kita semua dalam tahun 2024 . 

Pagi esok bakal langkah bulan Mac, bulan yang baru , tarikh baru , cabaran yang baru, ujian hidup yang baru . Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa sabar dan kuat untuk teruskan  segala cabaran dan ujian hidup di dunia ..

Self rewards untuk bulan ni hanya tambah koleksi tudung-tudung yang menarik minat CCL .. begitulah perempuan kan ..eh bulan ni juga kan dapat konsisten update blog tiap hari. Walaupun ada juga termiss dua ke tiga hari macam tu .. 

Salam penghujung februari . Moga baik-baik untuk kita semua . Dan bakal tiba moga lagi baik untuk kita semua . Keep it up 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kek Tapak Kuda RM4 Musim sekarang ni rata-rata tengah hangat dengan fenomena Kek Tapak Kuda . Sebenarnya Kek Tapak Kuda ni dah lama , cumanya sekarang ni naik trending balik dengan pelbagai flavour yang ada . 

Petang tadi CCL sempat singgah Food Vender berdekatan rumah CCL ni , ternampak pulak Kek Tapak Kuda dalam chiller apa lagi sambar terus la habuan rasa-rasa . Nak beli yang seketul terus takutnya tak habis so beli dalam packaging kecil ni dulu . 

kek tapak kuda , harga kek tapak kuda , kek tapak kuda murah , resepi kek tapak kuda

Satu pack ni berharga RM4 . Murahkan? CCL ingatkan dalam satu pack ini ada 3 slice jer , rupanya ada 6 slice . So memang berbaloi juga la dengan harga . tekstur kek span yang lembut dan gebu serta ada filling coklat di dalamnya memang sedap sangat 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Wordless Wednesday : Life Is Like A Camera


wordless wednesday , qoutes of life



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Blueberry Smoothie vs Strawberry Smoothie. Manis Yakmat !! 

strawberry smoothie, blueberry smoothie, minuman smoothie

Hangat-hangat ni memang mencari air ais jer lah untuk hilangkan dahaga tekak kering ni . Musim panas memang badan banyak perlukan air, lagi terbaik kalau amalkan air kosong . Disebabkan masing-masing dah dahaga sangat so singgah 'Bar 10 Cafe' . Bar 10 Cafe menyajikan pelbagai menu minuman . 

Selalunya CCL akan order minuman dalam kategori kopi . Hari ni lain sikit, memandangkan cuaca yang hangat , CCL elak awal-awal dari kopi takut taknak hadap risiko sakit kepala . So dia suggest untuk orderkan Blueberry smoothie dan strawberry smoothie . CCL pun iyakan saja, memang minuman tersebut CCL akan minum juga , tolak air bekarbonat sahaja CCL kurang minum . 

Selesai siap, so kitaorang pun masing-masing mencuba minuman tersebut . Sekali sedut MasyaAllah dia punya tahap kemanisan tu kena cari air kosong untuk tambah nak bagi kurangkan sikit rasa manis . Tengah-tengah dahaga ni spoil juga la kakau dapat minuman terlalu manis nak masuk ke dalam tekak ni . Rasa masam dah ok , manis tu memang tahap tak boleh bawa bincang . Dia yang order Blueberry smoothie tu pun sama juga , manis sangat . 

So nak taknak kena cari air kosong tambah sikit ke dalam minuman masing-masing . Nak buang sayang beli pakai duit kertas . Bukan daun .hahaha . 

Sekian cerita untuk petang ini. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

LeeyanaRahman Bagi Popia Simpul, Batang Buruk & Florentine Kaum-kaum hawa sekalin, jangan tanya siapa LeeyanaRahman tau. Jangan cakap tak kenal LeyanaRahman . Okay ! Okay ! Kalau tak kenal jugak CCL perkenalkan LeeyanaRahman ni adalah founder baju dan juga tudung . So apa kena mengena dia dengan biskut raya ni ? Leeyanna bagi biskut raya untuk CCL ? Ehhh tidaklah sekali nok , CCL bukannya artis .haha .. 

tudung bawal leeyanarahman, bawal printed leeyanarahman, bawal monogram leeyanarahman, harga tudung bawal leeyanarahman

Sebenarnya LeeyanaRahman ada keluarkan collection tudung bawal terbaru edisi 'Indahnya raya'. So semua code-code tudung nama kuih raya . So jangan terkejut . Seperti biasa asal tengok bukan tengok sahaja , asal tengok terbeli juga . Anggap ini sebagai self rewards setelah berkerja beberapa jam . 

tudung bawal leeyanarahman, bawal printed leeyanarahman, bawal monogram leeyanarahman, harga tudung bawal leeyanarahman
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Batang Buruk
Berkenan dari segi design dan juga combination warna yang cantik . Base colour light nude digabungkan dengan warna khaki . Paling CCL suka design ni adalah corak monogram berbentuk LR . 

tudung bawal leeyanarahman, bawal printed leeyanarahman, bawal monogram leeyanarahman, harga tudung bawal leeyanarahman
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Popia Simpul 
Base colour pink yang lembut, hadir dengan corak bunga dusty pink dan disulam dengan corak chain diamond biru . Memang cantik bagi mata CCL . Walaupun collection tudung pink ni dah banyak , tetap tambah juga untuk design ni 

tudung bawal leeyanarahman, bawal printed leeyanarahman, bawal monogram leeyanarahman, harga tudung bawal leeyanarahman
Tudung bawal LeeyanaRahman edisi Indahnya Raya Code Florentine 
Base colour cream . Base pada corak pulak warna dusty green , hadir dengan corak  chain jugak . Love sangat . 

Material bagi tudung bawal kali ni menggunakan material kain Velvet Chiffon . tudung bawal yang lembut dan flowy, walaupun material agak lembut awning tudung tetap on point tau . Dan lagi satu setiap collection tudung bawal LeeyannaRahman ni juga ada bau wangian mahal yang tersendiri . Hadir dengan bidang 46inchi dengan harga RM29 untuk sehelai . 

Banyak design yang LeeyanaRahman keluarkan . Design-design hot memang limited siap seller buat pembelian combo . 
So kalau hangpa berkenan godek-godek la dekat LeeyanaRahman . Confirm hangpa akan tergoda .


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Dapat Doorgift Kopi Cap Sauh 

doorgift, doorgift kenduri, doorgift murah , doorgift kopi, doorgift kahwin, doorgift bajet, doorgift ideas, doorgift kahwin borong

Normal lah kalau pergi kenduri kahwin, lepas selesai makan  berjumpa dengan tuan rumah of course laa tuan rumah akan hulurkan buah tangan sedikit .. kenduri hari ni dapat doorgift  . Doorgift kali ni unik sikit tau .. buka kotak doorgift dapat satu paket kopi cap sauh .. boleh la bancuh buat ngopi petang-petang . 

Doorgift sekarang banyak yang unik-unik . Kalau zaman dulu-dulu dapat bunga telur tak pun kotak kecil berisi coklat . Sekarang doorgift coklat, sumi atau snek-snek lain masih lagi ada , cumanya doorgift bunga telur sudah jarang dibuat .. 

Tiba-tiba rindu dengan suasana kenduri zaman dulu .. time tengah makan nasi akan ada adik beradik tuan rumah akan berjalan ke setiap meja hulurkan doorgift . Rindu dengan masakan kenduri angkatan kampung . Rata-rata sekarang dah banyak guna katering . 

Seusai makan, terus balik . Panas hari ni memang tak boleh bawa bincang .
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,

6 Jenis Cendawan di Pasaran CCL nak share jenis cendawan yang ada dijual di pasaran. Yang ini  ada yang selalu kita dalam masakan . 


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan Shiitake
- bentuk bulat berwarna coklat kehitaman
- ada sedikit corak pada bahagian atasnya 
- rasa yang lembut dan ada aromanya tersendiri
- boleh didapati dalam keadaan kering atau segar 


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan Shimeji
- ada dua warna iaitu coklat dan putih
- ada bau yang wangi 
- tekstur yang lembut , kenyal dan boleh dimakan mentah 


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan Butang 
- bentuk seakan butang
- mempunyai dua warna iaitu putih dan coklat 
- tekstur lembut dan kenyal 


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan Enoki 
- bentuknya panjang berwarna putih seperti taugeh
- tekstur yang kenyal dan rangup apabila dikunyah 
- harga cendawan ini agak murah di pasaran


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan Tiram Raja
-bentuk seakan butang dan mempunyai tangkai atau batang yang isinya tebal 
-tekstur yang kenyal dan lembut 
- mempunyai aroma tersendiri ketika dimasak . 


Jenis cendawan, khasiat cendawan, resepi cendawan , cendawan shiitake, cendawan tiram, cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enoki ,
Cendawan tiram
- rasa agak manis, lembut dan pejal
-boleh dimasak dalam pelbagai kaedah seperti goreng, tumis dan direbus
- cendawan ni sangat popular dalam masakan cina 

Selalu juga kan kita juga cendawan ni dalam masakan . Kalau hangpa nak tahu cendawan ni juga boleh menggantikan garam dalam masakan sebagai pelengkap rasa . 


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

buah naga merah, buah naga putih, khasiat buah naga merah, khasiat buah naga putih, perbezaan buah naga merah dan buah naga putih

Ada Beza Ke Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih ? Hari ni nak share dengan hangpa perbezaan buah naga merah dan juga buah naga putih . Nampak macam sama kan tapi banyak perbezaan . Rasa dan khasiatnya juga ada perbezaan . 

buah naga merah, buah naga putih, khasiat buah naga merah, khasiat buah naga putih, perbezaan buah naga merah dan buah naga putih

Buah naga merah 
- mempunyai kelopak pendek dan rapat 
- warna kulit luar buah merah gelap
- tekstur isi yang lebih lembut 
- mempunyai saiz yang bulat 
- dapat menjaga kesihatan mata 
- mencegah kanser 
- membantu pembentukkan enzim serta meningkatkan metabolisma


Buah naga putih 
- mempunyai kelopak yang panjang, jarang dan ada sedikit kehijauan pada kelopak 
- warna kulit luar buah pink lembut 
- Tekstur isi yang kurang lembut 
- mempunyai saiz yang agak lonjong 
- kaya dengan vitamin C dan antioksidan 
- bagus untuk kulit sekaligus dapat mengurangkan antipenuaan 
- mengurangkan risiko kecatatan pada janim 

Buah naga merah agak mudah didapati berbanding buah naga putih . Harga buah naga merah lebih murah berbanding buah naga putih . So yang mana paling hangpa suka ? 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella Dah lama sebenarnya tak follow setiap keluaran design tudung dari mana-mana brand . Sejak datang balik penyakit mencandat tudung tanpa henti ni risau pulak , sehinggakan terpaksa menahan godaan dari tertengok setiap design-design cantik . 

tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Kali ni CCL mencandat tudung bawal dari MoonAndStella . Ini kali kedua tau CCL beli tudung bawal dari MoonAndStella. Bila dah rasa selesa, awning tudung mudah bentuk , kualiti kain premium tak tebal tak jarang sudah semestinya CCL akan repeat order lagi.

Untuk MoonAndStella edisi 'Klasik Malaya' ni CCL grab tiga helai tudung bawal . Banyak corak yang cantik-cantik MoonAndStella keluarkan . Memang rambang mata dibuatnya . Setelah dibuat keputusan CCL memilih tiga design sahaja . 

tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Design pertama yang berjaya tambat hati CCL, gabungan warna pink serta warna nude . So tema warna-warna lembut. Cantik kan . Sedikit corak bunga dan corak geometri . Grab sehelai MoonAndStella code Cempaka . CCL beli design ni hadiahkan untuk kawan sempena birthday dia bulan lepas . 


tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Corak yang kedua CCL berjaya beli seperti di dalam gambar . MoonAndStella code Mayang . Base warnanya adalah warna nuda, dan warna pada corak utamanya pula adalah warna merah meroon . . Border hitam . So kalau pandai gayakan dengan baju memang cantik .  Jarang sekali CCL nak ada tudung bawal bercorak warna merah meroon ni , alang-alang corak cantik tak crowded sangat . Grab terus ok tanpa fikir panjang .


tudung bawal , tudung bawal printed, tudung bawal moonandstella, tudung bawal cotton , tudung bawal bercorak

Ok, last tudung yang berjaya CCL candat MoonAndStella code suri . Code warna purple masam . Grab sebab corak cantik dan collection tudung untuk warna purple ni pun tak banyak . Hehe .

So korang CCL nak racun sekali untuk shopping tudung bawal dari MoonAndStella.Banyak lagi tau design-design yang cantik . 


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Wordless Wednesday : How You Love Yourself ?


Wordless wednesday , how you love yourself, love yourself

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sticky Notes Elephant Yang Comel Pagi tadi pergi ke kedai stationery untuk restock barang-barang office ..alat-alat tulis, buku dan sebagainya . Balik rumah terus check barang-barang yang dibeli , terpandang pulak pada satu barang yang kecil comel ni . 

Sticky note , sticky note yang comel,


Nampak ! Comelkan sticky note berbentuk 'gajah'  . Rasa macam sayang pulak nak guna barang-barang secomel ini . Sticky note ni  freegift staff kedai tersebut selit dalam plastik bag yang terisi barang-barang alat tulis yang lain . 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (96)
    • ▼  April (9)
      • Lirik Lagu Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris
      • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
      • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
      • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
      • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
      • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
      • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
      • Wordless Wednesday | ' When I Said I Busy '
      • April 2026
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BALIK BERMALAM 😝😝 :.
  • Drawing the Words
    Aku Beli Matawang Luarnegara
  • Bola Katok
    Top Commentator bulan Mac 2026.
  • Blog Begins At Forty
    April 10, 2026
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 10 April 2026
  • SURIA AMANDA
    Kuku Kaki Dah Macam Kuku Harimau..
  • KakmimDotCom
    Tempat Ketiga Bridge Building Competition Daerah Kuching 2026
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Sarapan di rumah tapi beli kuih
  • Hidup Itu Indah
    Spontaneous Thursday-Pulut Kuning
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Paper bag besar watson
  • Mulan
    DI DASAR LAUT CHINA SELATAN
  • Coffee Break With Me
    Bawak Anak-anak Ke Kuching Wetland National Park
  • Sii Nurul
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
  • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • RESEPI DONUT CHEESE LELEH
  • Lirik Lagu Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris
  • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
  • REZEKI JUN : BOOKMARK DARI BK
  • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
  • D'VANDA WEIGHTLESS ESSENCE FOUNDATION SEKALI DAPP DAPP TERUS KAGUM !
  • SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

APRIL 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte