Selamat Datang Bulan Mac 2024
Penghujung Februari
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penghujung Februari hari ni dah 29 Februari 2024. Tahun ni juga merupakan tahun lompat . So yang mana lahir pada tanggal atau tarikh 29 Februari CCL ucapkan selamat hari lahir , moga dipermudahkan segala urusan hendaknya .. hari ni juga hari terakhir kita semua berada dalam bulan Februari .. so untuk tahun ni dah cukup 60 hari kita semua dalam tahun 2024 .
Pagi esok bakal langkah bulan Mac, bulan yang baru , tarikh baru , cabaran yang baru, ujian hidup yang baru . Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa sabar dan kuat untuk teruskan segala cabaran dan ujian hidup di dunia ..
Self rewards untuk bulan ni hanya tambah koleksi tudung-tudung yang menarik minat CCL .. begitulah perempuan kan ..eh bulan ni juga kan dapat konsisten update blog tiap hari. Walaupun ada juga termiss dua ke tiga hari macam tu ..
Salam penghujung februari . Moga baik-baik untuk kita semua . Dan bakal tiba moga lagi baik untuk kita semua . Keep it up
Kek Tapak Kuda RM4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kek Tapak Kuda RM4 Musim sekarang ni rata-rata tengah hangat dengan fenomena Kek Tapak Kuda . Sebenarnya Kek Tapak Kuda ni dah lama , cumanya sekarang ni naik trending balik dengan pelbagai flavour yang ada .
Petang tadi CCL sempat singgah Food Vender berdekatan rumah CCL ni , ternampak pulak Kek Tapak Kuda dalam chiller apa lagi sambar terus la habuan rasa-rasa . Nak beli yang seketul terus takutnya tak habis so beli dalam packaging kecil ni dulu .
Satu pack ni berharga RM4 . Murahkan? CCL ingatkan dalam satu pack ini ada 3 slice jer , rupanya ada 6 slice . So memang berbaloi juga la dengan harga . tekstur kek span yang lembut dan gebu serta ada filling coklat di dalamnya memang sedap sangat
Blueberry Smoothie vs Strawberry Smoothie. Manis Yakmat !!
LeeyanaRahman Bagi Popia Simpul, Batang Buruk & Florentine
Dapat Doorgift Kopi Cap Sauh
6 Jenis Cendawan di Pasaran
Ada Beza Ke Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih ?
Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella Dah lama sebenarnya tak follow setiap keluaran design tudung dari mana-mana brand . Sejak datang balik penyakit mencandat tudung tanpa henti ni risau pulak , sehinggakan terpaksa menahan godaan dari tertengok setiap design-design cantik .
Kali ni CCL mencandat tudung bawal dari MoonAndStella . Ini kali kedua tau CCL beli tudung bawal dari MoonAndStella. Bila dah rasa selesa, awning tudung mudah bentuk , kualiti kain premium tak tebal tak jarang sudah semestinya CCL akan repeat order lagi.
Untuk MoonAndStella edisi 'Klasik Malaya' ni CCL grab tiga helai tudung bawal . Banyak corak yang cantik-cantik MoonAndStella keluarkan . Memang rambang mata dibuatnya . Setelah dibuat keputusan CCL memilih tiga design sahaja .
Ok, last tudung yang berjaya CCL candat MoonAndStella code suri . Code warna purple masam . Grab sebab corak cantik dan collection tudung untuk warna purple ni pun tak banyak . Hehe .
So korang CCL nak racun sekali untuk shopping tudung bawal dari MoonAndStella.Banyak lagi tau design-design yang cantik .


















































