Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buah naga merah
- mempunyai kelopak pendek dan rapat
- warna kulit luar buah merah gelap
- tekstur isi yang lebih lembut
- mempunyai saiz yang bulat
- dapat menjaga kesihatan mata
- mencegah kanser
- membantu pembentukkan enzim serta meningkatkan metabolisma
Buah naga putih
- mempunyai kelopak yang panjang, jarang dan ada sedikit kehijauan pada kelopak
- warna kulit luar buah pink lembut
- Tekstur isi yang kurang lembut
- mempunyai saiz yang agak lonjong
- kaya dengan vitamin C dan antioksidan
- bagus untuk kulit sekaligus dapat mengurangkan antipenuaan
- mengurangkan risiko kecatatan pada janim
Buah naga merah agak mudah didapati berbanding buah naga putih . Harga buah naga merah lebih murah berbanding buah naga putih . So yang mana paling hangpa suka ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mencandat 3 helai Bawal MoonAndStella Dah lama sebenarnya tak follow setiap keluaran design tudung dari mana-mana brand . Sejak datang balik penyakit mencandat tudung tanpa henti ni risau pulak , sehinggakan terpaksa menahan godaan dari tertengok setiap design-design cantik .
Kali ni CCL mencandat tudung bawal dari MoonAndStella . Ini kali kedua tau CCL beli tudung bawal dari MoonAndStella. Bila dah rasa selesa, awning tudung mudah bentuk , kualiti kain premium tak tebal tak jarang sudah semestinya CCL akan repeat order lagi.
Untuk MoonAndStella edisi 'Klasik Malaya' ni CCL grab tiga helai tudung bawal . Banyak corak yang cantik-cantik MoonAndStella keluarkan . Memang rambang mata dibuatnya . Setelah dibuat keputusan CCL memilih tiga design sahaja .
Design pertama yang berjaya tambat hati CCL, gabungan warna pink serta warna nude . So tema warna-warna lembut. Cantik kan . Sedikit corak bunga dan corak geometri . Grab sehelai MoonAndStella code Cempaka . CCL beli design ni hadiahkan untuk kawan sempena birthday dia bulan lepas .
Corak yang kedua CCL berjaya beli seperti di dalam gambar . MoonAndStella code Mayang . Base warnanya adalah warna nuda, dan warna pada corak utamanya pula adalah warna merah meroon . . Border hitam . So kalau pandai gayakan dengan baju memang cantik . Jarang sekali CCL nak ada tudung bawal bercorak warna merah meroon ni , alang-alang corak cantik tak crowded sangat . Grab terus ok tanpa fikir panjang .
Ok, last tudung yang berjaya CCL candat MoonAndStella code suri . Code warna purple masam . Grab sebab corak cantik dan collection tudung untuk warna purple ni pun tak banyak . Hehe .
So korang CCL nak racun sekali untuk shopping tudung bawal dari MoonAndStella.Banyak lagi tau design-design yang cantik .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sticky Notes Elephant Yang Comel Pagi tadi pergi ke kedai stationery untuk restock barang-barang office ..alat-alat tulis, buku dan sebagainya . Balik rumah terus check barang-barang yang dibeli , terpandang pulak pada satu barang yang kecil comel ni .
Nampak ! Comelkan sticky note berbentuk 'gajah' . Rasa macam sayang pulak nak guna barang-barang secomel ini . Sticky note ni freegift staff kedai tersebut selit dalam plastik bag yang terisi barang-barang alat tulis yang lain .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 Jenis Oat di Pasaran dan Cara Penyediaan Ada penggemar oat atau baru try nak makan oat ? Oat ni sebenarnya bagus tau sebab tinggi fibre dan mengenyangkan . Tapi perasan dak ada pelbagai jenis oat di pasaran .
Cara penyediaan setiap oat juga sedikit berbeza .
Quick Cook Oat
-perlu masak lebih kurang 2 minit
-sesuai untuk sweet dan savory
Instant Oatmeal
-hanya perlu tambah air panas untuk mengembangkan (menghidrasi) oat
-sesuai untuk savory dan sweet
-kebaikkannya lebih kurang saja dengan rolled oat
Whole Rolled Oat
-perlu masak atas api atau menggunakan microwave
-sesuai untuk sweet dan savory serta boleh juga dibuat biskut dan kek
Instant Rolled Oat
-hanya perlu tambah air panas untuk mengembangkan oat
-lebih kurang sama fungsinya dengan whole rolled oat
3 in 1 Oat Drink
-hanya perlu tambah air panas dan ready untuk diminum
-tak boleh diconsider as makanan / minuman sihat sebab dimasukkan gula yang banyak
so , antara lima jenis Oat diatas , yang mana selalu korang ambil ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Barang di Watsons Deadorant habis ! Eyeliners pun seakan-akan tanda hampir habis . Maka nak tak nak kena terjah Watsons untuk beli barang- barang tersebut . Adakah CCL keluar hanya dua barangan tersebut atau sebaliknya ? Hahahah . Semestinya tidak !
Hah itu hasil pancingan dari Watsons . Nak beli dua barang jer , ehh terbeli barang lain pulak . Bahaya juga kalau sambil jalan sambil pandang produk itu produk ini alih- alih terambil letak dalam raga watsons .
Misi pencarian deadorant brand Simple yang selalu CCL pakai memang susah nak cari . Skincare brand Simple yang lain ada ya tetapi deadorant ni macam limited sikit . CCL sukakan deadorant Simple sebab tiada bau wangi-wangian . CCL tak selesa sangat pakai deadorant yang ada sedikit bauan. Memang tak boleh pakai , tambah-tambah kalau bauan tu kuat . Alahaiii memang jem .. pusing sana pusing sini memang takkan jumpa deadorant Simple so decide tykar deadorant Simple kepada brand Lady Speed Stick . Pernah pakai juga sebelum ni, bauan tu ada tapi tak berapa kuat sangat ,just sepintas lalu jer bauannya .

Untuk eyeliner, sekarang ni CCL prefer wardah sebab senang nak remove dan tak hitamkan bawah mata . Alih- alih sampai di tempat cashier, staff tersebut recomended untuk cuba eyeliner Maybelline ni , katanya function hampir sama dengan eyeliner Wardah , tetapi yang ini tajam dan senang nak dibentukan . Waterproof .. setelah penjelasan dari staff tersebut why not untuk cuba kan .. so far CCL sebelum nak tukar CCL tlakan tengok tarikh expired tu dulu, takut juga nanti stafff recommend barang makeup yang dh hampir expired . Kang nanti effect pada mata . Bahaya !
Mata terpandang pulak Buy 2 free 1 , so alang-alang shopping tu terus grab la . Sebab jarang- jarang sekali CCL nak masuk Watsons ni . Tetapi salah item pulak . Ingatkan body wash , lepas balik rumah perhati setiap item alamak terbeli hand wash rupanya . Sangkakan tadi body wash . Tapi its okay . Barang tersebut boleh pakai .
Last item yang CCL beli adalah Micellar Cleansing water . Dah ternampak , otak auto terfikir cleansing oil yang ada kat rumah hampir habis . Why not untuk beli juga kan ..
Ehh ada satu lagi terbeli mentos mint juga . Heheh .
Settle semua terus bayar dah taknak jalan-jalan lagi . Risau makin menambah barang dalam raga Watsons ni tau ..
Jumlah semua yang hangus RM71.90
Hangpa pun mesti sejenis perangai macam tu jugakan . Nak beli barang yang habis jer, alih-alih ada jer barang lain yang terikut balik .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Maksud Warna Pada Label Bungkusan Beras Setiap bulan kita semua akan restock beras kat dapur kan ? tapi sejauh mana kita ambil tahu tentang jenis beras yang kita beli dan gunakan . Jom CCL kongsikan serba sedikit tentang label warna pada bungkusan beras .
so sekarang hangpa dah tau kan beras yang mana hangpa makan selama ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuba Kopi Gantung Perlis Satu lagi kopi jalanan yang meletup-letup , CCL sebenarnya dah lama nak cuba minum Kopi Gantung Perlis ni . tapi tue lah setiap kali teringin nak minum kopi of course la Zus Coffee yang menjadi pilihan . so batalkan niat dan hasrat untuk minum kopi gantung tersebut .
Hari ni alhamdulillah rezeki CCL , dapatlah juga merasa . Tentang rasa . Rasa dia sedap dan kena dengan taste CCL . Rasa kopi yang kaw dengan gabungan susu memang mantap sekaligus sesuai dengan trademark Kopi Gantung Perlis ni "Padu Habaq Hang , Pastikan Yang Original"
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hangat-Hangat Pekena Teh O Ais Limau Hangat-sehangatnya cuaca sekarang ni kan , tambah-tambah lagi masuk ke tengahari sampai ke pukul 4 5 macam tu . Lagi pun biru cerah memang tak dak tanda- tanda hujan nak turun . Memang kat Perlis sekarang ni musim panas dan musim angin timur . Mujur panas-panas macam ni pun Allah hadirkan angin . So tak ada laa rasa bahang hangat tu terlampau tinggi .
Lepak tepi rumah sambil kena angin timur ni , CCL bancuh satu jug teh o ais limau . Hahhh dahaga sangat kan . Bancuh teh o , perahkan dua tiga biji limau kasturi , settle.